Solekan dan wanita adalah sahabat karib yang sukar untuk dipisahkan! Namun, adakah hijabi cakna bahawa produk solekan dan penjagaan kulit yang sering anda gunakan ini juga mempunyai tarikh luput (Expired Date) atau tarikh guna sebelum (Best Before).
Ini demikian kerana, tarikh luput produk kecantikkan amat berbeza dengan makanan di mana anda boleh lihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kulat, atau boleh menghidumakanan yang masam dan rasanya yang sudah tidak enak lagi.
Hal ini amatlah berbeza dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana setiap produk tersebut mempunyai tarikh luput dan tempoh masa yang disyorkan jangkamasa sesuai penggunanya pada setiap bungkusan. Haa.. jangan main bedal je guna sis! Buruk padahnya nanti.
“Alahhh, saya dah pakai blusher ni 10 tahun, elok je”
“Jimat duit akak pakai lipstick ni, 5 tahun tak habis-habis tauuu”
Iyalah kan dengan inflasi harga barang sekarang, semestinya kita mahukan gunakan barang mekap kita sehingga ke titisan terakhir. Lagi-lagi kalau produk itu sudah tiada lagi dalam pasaran.
Namun anda perlu peka dengan bahaya yang menanti sekiranya masih berkeras mahu menggunakan produk yang sudah melebihi tamat tempoh ini.
Cara Hijabi Pastikan Produk Telah Tamat Tempoh?
Biasanya terdapat nombor pada label produk penjagaan kulit anda yang tertulis angka seperti 6, 12, 24 atau 36. Ini merujuk kepada bilangan bulan produk anda dapat bertahan selepas ia dibuka.
Ads
Tetapi jika warna produk anda berubah atau mula mengandungi bau yang pelik, buang sahaja, walaupun belum melepasi tarikh luput. Suhu, kelembapan dan cahaya boleh mempengaruhi sesuatu produk itu untuk lebih cepat luput.
Apakah Bahaya Yang Menanti Sekiranya Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Dan Solek Yang Telah Tamat Tempoh?
Dengan menggunakan produk yang telah tamat tempoh, anda mendedahkan diri sendiri kepada risiko jangkitan kuman, keradangan dan masalah jerawat.
Sia-sia sahaja habiskan beratus-ratus ringgit beli produk penjagaan kulit dan pergi ke spa kecantikan sekiranya punca utama jerawat muncul diabaikan begitu sahaja.
Anggaran Jangka Hayat Solekan ‘Favourite’ Hijabi
Ads
Maskara: 3 bulan
Bedak asas: 6 bulan hingga 2 tahun
Gincu: 1 hingga 2 tahun
Celak pensel: 1 tahun (kerana anda boleh mengasahnya dan membuang bakteria)
Jika urat anda kelihatan seperti bercampur warna hijau dan biru, atau anda rasa bahawa baju ungu anda kelihatan cantik persis baju jingga anda, tidak mustahil anda memiliki tona kulit NATURAL. Juga disyorkan untuk memeriksa tompokan di mata anda. Jika lebih ke arah keemasan atau hazel, anda mungkin mempunyai tona kulit WARM. Biru atau kelabu menandakan tona kulit COOL, dan gabungan kedua-duanya menandakan tona kulit anda NATURAL.
Pakar warna bersetuju bahawa mereka dengan tona kulit NATURAL memiliki fleksibiliti terbaik apabila dikaitkan dengan warna. Mereka boleh memakai apa-apa sahaja warna rambut jenis blonde, cool platinum, pale beige blonde hingga warna lebih keemasan atau amber blonde.
UJIAN TONA BAJU
Antara langkah termudah untuk menentukan tona kulit ialah melalui almari anda. “Fikirkan blaus atau baju kegemaran anda, yang membuatkan anda rasa selesa dan anggun, yang membuatkan orang lain memuji anda.”
“Apakah warna baju tersebut? Jika kuning, jingga atau pic, anda mungkin memiliki tona warna kulit WARM. Jika biru, hijau atau ungu, anda mungkin memiliki tona warna kulit COOL. Jika anda kelihatan cantik dalam kedua-duanya, tona warna kulit anda ialah NATURAL.”
CADANGAN WARNA GARNIER COLOR NATURALS
Jika anda dapati tona kulit anda NATURAL, Garnier Color Naturals Cream #4 Coklat adalah tona blonde yang terbaik untuk anda. Selain itu bagi menambah seri wajah si hijabi yang bertona kulit NATURAL, Garnier Color Naturals #3 Coklat Gelap juga sesuai untuk anda. Lebih gelap warna kulit anda, lebih mudah untuk anda mengguna pakai warna yang kuat terhadap bibir anda seperti warna plum dan burgundy. Jika warna rambut anda terlalu dekat dengan warna kulit, ciri-ciri anda yang lain akan tenggelam.
Hidup sebagai pasangan suami isteri memang perlu adanya sikap senda gurau dan kalau boleh elemen surprise yang boleh membuatkan kita tesenyum sendiri. Seperti yang dilakukan oleh penceramah selebriti, Ustaz Don Daniyal yang mempunyai sikap boleh tahan romantisnya. Beliau dikatakan suami yang sweet kerana membuat kejutan sempena hari lahirnya isterinya, Dr. Husna Zahry dengan menyamar sebagai pesakit di hospital tempat isterinya bekerja.
Ustaz Don yang menyamar menjadi pesakit kemudiannya keluar membawa sejambak bunga. Memang terserlah sikap romantis Ustaz Don yang sebelum ini kita begitu senang melihat atau mendengar caranya berceramah dengan lawak jenaka.
Kejutan yang dibuat ini memang membuatkan isterinya sendiri tergamam. Menurut Dr Husna, dia mendapat panggilan seorang jururawat yang memberitahu ada seorang pesakit yang mahu bercakap dengannya di kaunter depan.
Dia yang menyangka pesakit itu tidak puas hati dengannnya hinggakan tidak mahu masuk ke biliknya berjumpa secara personal. Dia hanya mampu mengomel dalam hati memandangkan dia juga tidak berapa sihat. Lantas Dr. Husna terus sahaja ke kaunter dan secara tiba-tiba seseorang menyambar tangannya dengan membawa hadiah.
Dr. Husna memang tidak menyangka pesakit berkenaan adalah suaminya sendiri, Ustaz Don Daniyal yang datang membawa hadiah hari jadi lebih awal (in advance). Menurutnya, jururawat bertugas di kaunter turut tersenyum melihat aksi romantik dan surprise dilakukan Ustaz Don.
Posting yang dimwit turun di laman instagramnya ini turut menarik perhatian netizen dan rata-rata mengucapkan selamat hari jadi padanya dan berharap agar rumah tangga dibina kekal hingga ke jannah.
@watiepb Aloor..so sweet nyaa Ustaz Don… Happy Birthday Dr.Husna may Allah blessed you till the end
@siti_noorqamariah Mesti dlm hati mcm panas je nk jalan ke kaunter tetiba melting..Happy birthday ..best surprise ni
@junidahsulaiman Happy Birthday Dr Husna…sweet sungguh ust kita ni…semoga Dr n ust bahagia hingga jannah…Aamiin
Jika anda pernah mengalami kulit kering, kemungkinan besar, anda telah mencapai asid hyaluronic. Bahan penghidratan ini menghidupkan semula kulit yang kering, tegang atau menggelupas. Sekiranya anda mempunyai kulit yang sangat kering tidak kira apa yang anda lakukan, anda sering berharap ada sesuatu yang lebih menghidratkan daripada asid hyaluronik.
Masukkan asid polyglutamic! Pertimbangkan dua bahan unggul ini, asid hyaluronik asid poliglutamik yang terlalu gah dalam siri kecantikan anda. Kedua-dua bahan tersebut dipotong daripada aliran yang sama dan mempunyai banyak manfaat yang sama untuk kulit, tetapi dengan beberapa perbezaan utama.
Apakah faedah asid poliglutamik?
Sama seperti asid hyaluronik, asid poliglutamik adalah humektan. Menurut pakar dermatologi, ini bermakna ramuan tersebut menarik kelembapan ke dalam kulit apabila ia dipasangkan dengan pelembap. Ini membawa kepada peningkatan penghidratan kulit dan peningkatan dalam penampilan kusam dan kedutan halus. Ia adalah ramuan yang bagus untuk sesiapa sahaja yang mahukan penghidratan tambahan pada kulit, terutamanya mereka yang bergelut dengan kulit kusam atau dehidrasi. Ia berfungsi dengan baik dengan hampir semua bahan kulit lain dan berfungsi dengan baik untuk semua jenis kulit
Asid Hyaluronik vs Asid Poliglutamik
Perbezaan terbesar antara asid hyaluronik dan asid polyglutamic ialah keupayaan asid polyglutamic untuk mengekalkan air. Ia telah ditunjukkan untuk mengekalkan kelembapan sehingga 5000 kali ganda beratnya, yang lebih kuat daripada asid poliglutamik dan pakar dermatologi yang diperakui oleh pakar. Asid hyaluronik boleh mengekalkan kelembapan sehingga 1000 kali ganda beratnya.
Produk yang mengandungi dua bahan unggul ni
DERMALOGICA Circular Hydration Serum With Hyaluronic Acid
Pertimbangkan serum penghidratan ini sebagai ancaman tiga kali ganda. Pelembab mega asid hyaluronik, ekstrak alga, dan asid poliglutamik pada asasnya adalah seperti Gatorade untuk kulit yang dehidrasi.
Menggunakan esen sudah menjadi cara terbaik untuk menambahkan ledakan penghidratan pada kulit. Yang ini mempunyai vitamin C dan asid polyglutamic untuk mencerahkan dan melembapkan.
THE INKEY LIST Polyglutamic Acid Hydrating Serum
Dengan hanya RM66, serum seperti gel ini mempunyai pukulan pelembap utama. Ia membantu mengunci kelembapan sementara juga menyejukkan kulit untuk pemakaian solekan.
PAULA’S CHOICE C5 Super Boost Moisturizer
Jika anda inginkan kulit cerah, cuba campurkan dengan pelembap yang kaya dengan vitamin C ini. Campuran peptida, asid polyglutamic, squalane dan campuran lipid berkapsul dua kali membantu melembapkan dan menguatkan kulit.
CHARLOTTE TILBURY Charlotte’s Magic Serum Crystal Elixir
Serum supercharged ini pada asasnya adalah kedai sehenti untuk kulit yang baik dalam botol. Asid polyglutamic dan vitamin C diadun bersama untuk serum yang menggebukan sambil mencerahkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Orang yang mudah memaafkan cenderung lebih bahagia dan memiliki kesihatan mental yang lebih baik.
Memaafkan bukan bermakna melupakan, tetapi memilih untuk melepaskan perasaan negatif. Sikap...