Ads

Solekan Sofea Shra Memukau, Azni Hadi Dedah Detik Gementar Solek Beauty Influencer

Majlis perkahwinan pencipta kandungan kecantikan dan pempengaruh Sofea Shra mencuri perhatian ramai di media sosial, terutama menerusi penampilannya yang anggun pada hari bahagia.

Antara yang paling mendapat perhatian tentunya solekan Sofea Shra yang tampil lembut, kemas dan elegan, sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadinya tanpa kelihatan berlebihan.

Namun di sebalik hasil akhir yang dipuji ramai, jurusolek terkenal Azni Hadi mengakui dia sebenarnya berasa gementar apabila diberi kepercayaan untuk menata rias wajah Sofea.

Solekan Sofea Shra Memukau, Azni Hadi Dedah Detik Gementar Solek Beauty Influencer

GEMENTAR HASILKAN SOLEKAN SOFEA SHRA

Menerusi perkongsian di Threads, Azni mendedahkan Sofea sebenarnya sudah lama menempah khidmatnya.

Namun ketika menghadiri sesi percubaan solekan, dia pada mulanya menyangka ia dilakukan untuk sebuah penggambaran komersial.

Rupa-rupanya, sesi tersebut adalah persediaan untuk majlis perkahwinan Sofea yang bakal berlangsung kira-kira dua minggu kemudian.

Ads

“Finally, IT GIRL dah kahwin! Congratulations, Sofea! Sebenarnya dia dah lock date dengan I lama dah.

“Masa I datang trial makeup, I ingatkan untuk trial TVC shoot. Rupa-rupanya… ia sebenarnya untuk majlis kahwin dia! Lagi dua minggu pula tu!

“Mahunya I tak nervous?! Nervous sampai ke otak,” kongsinya.

Azni turut berseloroh bahawa dia dan penata hijab, Yaya Ibrahem beberapa kali saling menghantar mesej kerana sama-sama berasa gementar.

BUKAN MUDAH TENTUKAN GAYA SOLEKAN

Menurut Azni, menata rias seorang pempengaruh kecantikan bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi apabila dia perlu menentukan gaya solekan Sofea Shra untuk salah satu hari paling istimewa dalam kehidupan pempengaruh itu.

Solekan Sofea Shra Memukau, Azni Hadi Dedah Detik Gementar Solek Beauty Influencer

Ini kerana Sofea sudah biasa bersolek sendiri, malah sering menghasilkan kandungan berkaitan kecantikan dan tutorial solekan.

Ads

“Bukan senang untuk menentukan solekan bagi seorang pempengaruh kecantikan yang sudah biasa bersolek sendiri dan sering menghasilkan tutorial solekan.

“Kita benar-benar perlu memikirkan gaya solekan yang sesuai, lebih-lebih lagi apabila dia sendiri tahu tentang solekan dan apa yang disukainya,” katanya.

Situasi itu membuatkan Azni perlu benar-benar memikirkan konsep yang sesuai supaya penampilan Sofea tetap menyerlah, namun masih mengekalkan identiti dan keselesaan dirinya.

Pada masa sama, solekan Sofea Shra perlu disesuaikan dengan keseluruhan penampilan pengantin agar hasil akhirnya kelihatan harmoni dan tidak keterlaluan.

TAK MAHU FOKUS PADA SOLEKAN SAHAJA

Dalam menghasilkan keseluruhan penampilan pengantin, Azni tidak mahu solekan menjadi satu-satunya fokus.

Sebaliknya, dia mahu semua elemen daripada solekan, busana hingga layah kelihatan seimbang dan saling melengkapi.

Ads

“Jadi, saya tidak nak fokus sangat dekat solekan sahaja. Saya mahu keseluruhan penampilannya menyerlah, daripada solekan, busana, layah sehinggalah segala-galanya.

“Selepas melihat busana cantik daripada Adila Long, saya terus rasa inilah gaya yang sesuai. Inilah hasil yang kami tampilkan,” jelasnya.

Hasilnya, solekan Sofea Shra melengkapkan penampilannya yang anggun dengan gaya cukup elegan dan moden tanpa kelihatan terlalu sarat.

TERHARU JADI SEBAHAGIAN HARI BAHAGIA SOFEA

Dalam masa sama, Azni turut meluahkan rasa terharu kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada hari istimewa Sofea.

Dia juga menitipkan doa agar rumah tangga Sofea dan suami sentiasa dipermudahkan serta dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.

“I doakan you dan suami bahagia, dipermudahkan segala urusan dan kekal bersama sampai syurga. Amin.

“So happy I got to be a little part of your special day,” katanya lagi.

Penampilan Sofea sekali lagi membuktikan bahawa solekan pengantin tidak semestinya perlu terlalu berat untuk tampil memukau. Konsep solekan Sofea Shra yang lembut dan elegan juga menyerlahkan kecantikan semula jadinya pada hari bahagia.

Apa yang lebih penting adalah keserasian keseluruhan gaya supaya solekan, busana dan hijab saling melengkapi, sekali gus menyerlahkan seri pengantin secara semula jadi.

Sumber : Threads

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Yang lain

Air Garam Bukan Petua Biasa, Rupanya Boleh Bantu Legakan Selesema &...

Air garam untuk selesema boleh membantu melegakan sakit tekak dan hidung tersumbat. Ketahui cara penggunaan yang betul, selamat dan berasaskan sains.