
Sopan dan berilmu, hijabi wajib ambil tahu hukum pakai heels dan 6 trend fesyen yang kini menjadi-jadi tapi haram di sisi Islam.
Baru-baru ini, selebriti Nora Danish dikhabarkan bertindak menjual kasut-kasut heels miliknya selepas memahami maksud surah al-Humazah.
Katanya, surah tersebut menceritakan tentang golongan yang dihumban ke dalam neraka khas disebabkan terlalu melebihkan harta berbanding agama Allah.

“Saya mahu menjual semua kasut tumit saya, ada macam-macam warna, saiz antara 35 dan 35.5, yang berminat boleh DM saya.
Saya terbuka surah al-Humazah, tentang golongan pengkeji yang dimasukkan ke dalam neraka khas iaitu neraka al-Hutamah.
Neraka ketiga dari bawah, neraka al-Hutamah penghuninya adalah golongan yang menghitung harta.
Meletakkan harta mereka lebih daripada Allah. Jadi saya refleks semula diri saya. Segala apa yang saya tak pakai, saya mahu jual.”
Nora berkongsi perkara itu menerusi beberapa siri hantaran di Instagram Story miliknya.

Selain faktor harta, apakah hukumnya bagi Muslimah memakai heels atas tujuan fesyen?
Menurut penjelasan Ustaz Azhar Idrus, kasut tumit tinggi mahupun sebarang kasut lain tidak haram. Yang tak bolehnya, bila kasut-kasut ini dipakai untuk berjalan dan dibunyikan dengan sengaja supaya orang lain menoleh kepada auratnya. Itu haram.
Melainkan jika bunyi tapak kasut yang normal tanpa niat untuk menarik perhatian orang, ia dibenarkan.
Selain itu, memakai heels juga termasuk dari tabarruj yang dilarang. Sang pemakai memberi ilusi postur tubuh yang lebih tinggi dari sepatutnya dan ini terangkum sebagai satu penipuan.
Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah Al-Ahzaab; Dan janganlah kalian berhias dan tingkah laku seperti orang Jahiliah yang dahulu.
6 trend hijabi jatuh hukum haram
(1) Memakai subang di luar tudung
Subang merupakan perhiasan telinga dan telinga adalah aurat yang wajib ditutup. Jadi tidak boleh mempamerkan perhiasan yang tersembunyi melainkan yang zahir seperti cincin atau gelang.
(2) Pakai tudung tapi bersanggul tinggi
Trend memakai inner tudung yang dijahit sekali dengan sanggul palsu, dalam aneka saiz. Rambut seorang wanita yang dikepang tinggi disamakan dengan bonggol unta.
Gaya bonggol unta ini sebenarnya adalah dilarang dalam Islam. Pun begitu, masih ada sesetengah wanita yang kurang maklum akan kesedaran dalam menjauhi gaya yang serupa dengan bonggol unta.
(3) Memakai minyak wangi terlalu kuat
Niat memakai minyak wangi seharusnya sekadar menghilangkan bau badan bukannya meninggalkan bau semerbak yang ‘tinggal belakang’.
(4) Pakai bulu mata palsu
Haram memakai bulu mata palsu kerana ada unsur penipuan. Melainkan dengan tujuan menutup aib atau bersolek depan suami saja dibolehkan.
(5) Pakai tudung tapi nampak dada & bentuk leher
Konsep berhijab adalah menutup aurat bukannya rambut semata-mata. Kini banyak hijabi terikut-ikut trend styling yang singkat serta tidak dilabuhkan mengikut syariat.
(6) Mencukup bulu kening dan melukis semula
Apa-apa saja perkara yang dibuat untuk mencantikkan kening adalah haram termasuklah rawatan sulam kening, sulam bedak, tanam bulu mata atau sambung rambut yang kesemuanya mengubah ciptaan Allah serta menyebabkan wuduk tidak sah.
Usahlah kerana inginkan rasa cantik yang sekejap, sis ketepikan ibadah! Semua ni tak kekal lama, malah hakikatnya Allah SWT telah menciptakan setiap wanita itu dengan kecantikan tersendiri.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kulit-merah-merah-tapi-bukan-jerawat-ini-cara-rawat-rosacea-yang-sis-kena-tahu/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI