Masalah paha besar merupakan antara masalah utamaya yang dihadapi oleh kaum wanita pada hari ini. Bukan hanya menjadikan seseorang itu kurang berkeyakinan, malah ia juga menyebabkan bentuk badan tidak seimbang apabila bahagian paha lebih besar daripada tubuh badan bahagian atas.

Tambahan pula jika ingin mencari pilihan seluar yang sesuai dengan saiz paha yang besar, pastinya ia membuatkan kamu buntu dan kecewa. Jangan bersedih wahai kaum hawa! Cuba senaman ringkas ini! Tidak memerlukan ‘step’ yang banyak, tetapi mampu untuk mengecilkan paha kamu persis model! Tak percaya? Cubalah!

Sumber gambar: Cosmopolitan
  1. Gerakan V-Stretch

Cukup mudah melakukan gerakan regangan ini. Duduk di lantai dan buka kaki seluasnya ke sisi. Tegakkan tubuh kemudian bongkokkan ke arah kaki kiri dengan dua tangan menarik jari-jari kaki kiri. Tahan selama 5-15 saat dan lakukan sebanyak lapan kali.

Ulang gerakan yang sama untuk kaki kanan.

IKLAN

2. Angkat kedua-dua kaki ke atas

Dalam keadaan berbaring, angkat kedua kaki ke atas. Kedua tangan berada di sisi menekan lantai. Kemudian, lakukan gerakan di dalam video.

IKLAN

Bengkok kedua kaki ke dada, angkat ke atas, hayunkan lalu kembali ke posisi asal semula. Ulangi 8 kali untuk hasil yang mantap!

IKLAN

3. Gerakan Superman terbang

 

Posisikan tubuh dalam keadaan berbaring di lantai. Kemudian regangkan kedua tangan ke depan sejauh mungkin.Angkat tangan kiri dan kaki kanan pada masa yang sama. Tahan selama 3-4 saat. Ulangi pada tangan kanan dan kaki kiri. Ulangi 5 kali.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI