Tahukah anda terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya untuk mendapatkan solekan yang mampan. Ramai yang menolak fakta ini namun anda sendiri boleh menilai bagaimana berus solekan mampu capai piawaian wow!
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus Highlighter
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus Bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Berus ‘Blush On’
Ads
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus Kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Artikel berkaitan: Palet Solekan Kotor Berdebu? Jom Lakukan ‘Spring Cleaning’ Sebelum Raya Ini!
Berus Samar Noda
Ads
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Berus Blending Eye Shadow
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus Garis Mata
Ads
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.
Waktu malam adalah wakti dimana momentum kulit anda akan bekerja untuk merawat kulit pada kadar maksima. Oleh itu, adalah amat penting untuk hijabi mengetahui waktu tidur yang ideal agar kulit dapat dirawat dengan lebih baik.
Justeru di sini Hijabista syorkan waktu-waktu tidur yang tepat supaya hijabi boleh praktikkan dan memberikan masa yang optimum dan secukupnya untuk kulit anda berehat dan dalam masa yang sama dirawat.
Jika anda dambakan kulit yang glowing dan mulus, pastikan anda menjaga dengan teliti waktu tidur anda. Waktu yang disarankan untuk tidur adalah diantara jam 9 hingga 11 malam. Ini demikian kerana, pada waktu ini, adalah waktu paling baik untuk kulit menyerap kandungan yang terdapat dalam produk penjagaan kulit (Skincare).
Malah, pada jam 9 hingga 11 malam ini juga tubuh anda akan mula merembeskan hormon tidur yang dipanggil sebagai melatonin yang meningkatkan rasa letih supaya badan dapat berehat dan dalam masa sama meningkatkan kemampuan kulit memberi rawatan dari dalam di malam hari.
Lebih menarik lagi, hormon melatonin ini juga aktif merawat kerosakan yang berlaku di bawah lapisan kulit akibat terdedah terlalu lama kepada pencemaran udara dan sinaran Ultra Violet (UV) di siang hari.
Justeru, jika hijabi mengikut waktu tidur yang disarankan dan menjaga kulaiti tidur dengan baik, maka kulit akan menghasilkan hormon yang baik dan merejubenasi kulit agar kelihatan lebih glowing dan sihat keesokkan harinya!
Oleh kerana, sel kulit menjadi lebih aktif dan bekerja merawat kulit di malam hari. Apabila tibanya waktu pagi kulit akan mengalami fasa yang dikenali sebagai transepidermal water loss.
Ini terjadi kerana kehilangan air dalam semalam ketika proses rejuvenasi kulit berlaku, jadi apabila anda bangun tidur di waktu pagi kulit akan berada dalam keadaan kering.
Lebih memburukkan keadaan, jika anda mengabaikan masalah kulit kering ini, ia bakal mengganggu dan merosakkan skin barrier.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku dan mendapatkan kulit wajah glowing di waktu pagi. Hijabi perlulah mengamalkan minum segelas air setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Selain itu, pemilihan skincare yang tepat untuk merawat kulit pada waktu malam juga amat penting!
Rawatan Estetik Muka tidak lagi menjadi rawatan orang kaya dan terkenal, kini lebih merangkumi dan meluas lebih dari sekadar suntikan ke dahi untuk menghilangkan garis-garis atau permasalahan wajah yang lain.
Ketika mempertimbangkan jenis rawatan kulit, terumatanya rawatan wajah, anda haruslah memilih klinik estetik yang sesuai. Terdapat pelbagai jenis perkhidmatan estetik menular di pasaran sekarang dan bukan kesemuanya adalah klinik yang menawarkan rawatan yang tulen, tepat atau efektif. Adalah penting untuk meneliti latar belakang klinik dan doktor estetik dan berbincang secara lanjut mengenai masalah kulit atau wajah anda, sebelum membuat keputusan untuk menjalani sebarang rawatan.
Menariknya perkongsian hijabista bersama Dr Chin dari TrueClinic yang mempunyai lulusan dari Rusia pada tahun 2012 dan menjalani perkhidmatan wajib selama 4 tahun di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), untuk mempelajari teknik dan cara betul melakukan rawatan estetik. Elak teperdaya dengan pengiklanan di media sosial, penting anda tahu langkah-langkah ini:
Apabila bercadang melakukan rawatan estetik, anda perlu tahu fungsi dan beza antara rawatan klinik atau rawatan spa. Tawaran mungkin kedengaran sama tetapi keberkesanan dan keselamatan perlu diberi keutamaan. Menurut Dr Chin, “anda dinasihati memilih klinik medikal yang sah untuk rawatan wajah dan kulit, kerana peralatan dan mesin yang digunakan di klinik telah mendapat perlesenan dan pengesahan daripada badan-badan yang berkenaan. Klinik yang sah juga mempunyai doktor pakar estetik yang berlesen yang dilatih dalam bidang estetik”.
Klinik biasanya menawarkan khidmat nasihat secara percuma kepada pelawat mereka yang ingin mengetahui lebih mengenai rawatan estetik. Ini merupakan cara terbaik untuk meneliti klinik dan doktor. Datang dengan banyak soalan dan perhatikan sama ada kakitangan dapat menjawab soalan-soalan tersebut.
Anda perlu meneliti latar belakang klinik atau spa yang menawarkan rawatan estetik, “Satu senario yang mengelirukan pengguna adalah nama pelabelan pusat itu sendiri, di mana kebanyakkan spa kecantikan akan meletak perkataan ‘estetik’ dalam nama mereka,” ujar Dr Chin. Sebaiknya carilah rawatan estetik di sebuah klinik berlesen dan bukannya di pusat rawatan spa.
Di kebanyakan pusat rawatan estetik, anda boleh mudah terpedaya dengan hasil yang dijanjikan dari pusat rawatan tersebut mahupun bukan klinik estetik. Berhati-hatilah dengan mana-mana pusat rawatan yang tidak mahu berbincang mengenai kesan sampingan sebarang rawatan, komplikasi, jangkaan tempoh rehat selepas rawatan, dan kos perkhidmatan. Anda harus diberitahu dengan mendalam dan memahami segala risiko dan faedah setiap rawatan.
“Terdapat dua perbezaan klinik estetika di Malaysia ini yang dapat saya perhatikan, satu adalah jenis yang bertujuan komersial dan satu lagi bertujuan untuk merawat masalah kulit anda”.
Salah satu langkah yang penting agar anda tidak tersilap membuat keputusan, penting anda teliti masalah kulit yang dhadapi dan juga apakah harapan hasil rawatan yang anda jangkakan.
“Sebaiknya jika anda berjumpa dengan pakar atau doktor kecantikan, tidak perlu tanya apa yang anda perlu buat, yang penting adalah untuk pastikan keputusan yang hendak dicapai dengan sebarang rawatan, dan bersetuju dengan doktor tentang program atau pelan rawatan (treatment plan) yang dicadangkan,” sarankan Dr Chin.
Secara lazim, doktor pakar estetik akan tanya anda soalan-soalan berikut sebelum mencadangkan rawatan yang sesuai untuk anda. Sebagai contoh:
Bertukar dari rawatan muka seperti produk tradisional ke estetik, pasti anda mempunyai pelbagai tanggapan pantang atau tabo. Seperti yang dibincangkan, tidak semua rawatan estetik menggunakan jarum, sebaliknya rawatan estetik bergantung pada permasalahan kulit atau wajah yang anda alami.
Satu soalan paling gemar diajukan pada pakar kecantikan: adakah rawatan estetik berbentuk laser boleh menipiskan kulit? Ini tidak dinafikan oleh Dr Chin, tetapi ia bergantung kepada permasalahan kulit anda, kekerapan anda menjalani rawatan, serta jenis rawatan yang dijalankan. Bukan semua rawatan laser adalah sama, terdapat banyak jenis mesin yang direka khas untuk menangani masalah-masalah kulit tertentu. Teramat penting jika anda tahu mesin apa yang digunakan sebelum membuat rawatan estetik.
Kenalilah DiscoveryPico – laser Picosecond paling berkesan di pasaran! DiscoveryPico berfungsi dengan memancarkan teknologi laser nadi ultra pendek yang menembusi lapisan luar kulit, memecah pigmen kulit yang lebih gelap tanpa merosakkan tisu kulit di sekitar kulit yang dirawat.
DiscoveryPico sesuai untuk peremajaan kulit, pembentukan semula kulit yang rosak, menghilangkan parut jerawat, masalah pigmentasi, dan bahkan cukup berkuasa untuk memadamkan tatu dan tanda lahir. Yang pentingnya DiscoveryPico hanya boleh dikendalikan oleh doktor yang berkelayakan dan terdapat di klinik terpilih. Laser inovatif ini boleh digunakan pada wajah dan badan, sesuai untuk wanita atau lelaki, dan juga untuk jenis dan warna kulit (termasuklah kulit gelap)! Dengan mengurangkan penampilan tisu kulit yang rosak, kulit kelihatan lebih licin dan lebih cerah sejurus selepas rawatan.
Perkhidmatan estetik boleh jadi mahal, itu kenyataan. Anda harus memastikan bahawa hasil yang ingin anda kecapi, bernilai pelaburan kewangan yang anda bayari, di samping itu masa dan emosi yang juga anda laburkan berbaloi dengan keseluruhan prosedur. Kenal pasti klinik atau doktor yang berbincang dengan anda mengenai kos rawatan. Mereka juga boleh memberi beberapa pilihan yang berlainan dalam julat harga yang berbeza. Oleh itu, penting untuk memahami kos rawatan secara keseluruhan, serta jangka masa yang berpatutan, untuk mencapai hasil yang anda inginkan.
Pakar estetik perubatan harus menasihati anda mengikut bajet dan jangkaan anda, serta memberi saranan mengenai rawatan yang bersesuaian untuk mencapai hasil yang terbaik. Pelan penjagaan kulit yang komprehensif biasanya merangkumi anggaran selama beberapa bulan atau bahkan setahun. Daftar untuk mendapatkan buletin klinik dan tanyakan apakah prosedur tertentu yang akan muncul dengan harga istimewa dalam beberapa bulan akan datang.
Secara keseluruhan, cara terbaik untuk memastikan anda mencari klinik yang berlesen dan terkenal yang sesuai dengan keperluan anda, adalah dengan membuat kajian teliti. Ini termasuklah mengkaji laman web mereka, laman media sosial dan bertanya sendiri mengenai konsultasi dan rawatan yang ditawarkan. Pastikan anda sentiasa merasa selesa dengan kakitangan klinik dan semua soalan anda telah dijawab dengan puas hati.
Konsultasi yang menyeluruh dari doktor boleh mendedahkan pilihan yang ideal dan sesuai untuk anda, seterusnya membolehkan anda menyesuaikan tahap keselesaan dan anggaran mengikut kehendak hati.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekiranya anda telah memutuskan untuk menjadikan solekan anda ke tahap seterusnya dan menambahkan sedikit kilauan pada mata? Sekiranya anda seorang pemula ke bidang eyeshadow, kami memahami bahawa memilih palet eyeshadow pertama boleh menakutkan.
Dengan begitu banyak pilihan pembayang mata di luar sana, sukar untuk memutuskan mana yang harus dipilih, dan warna apa yang paling mudah dipakai tanpa memerlukan banyak teknik. Panduan ini mempermudah pekerjaan anda. Berikut adalah koleksi palet pembayang mata mesra pemula termasuk tip penggunaan! Untuk membantu anda sebagai pemula.
Huda Beauty Nude Obsession Mini Eye Shadow Palette adalah pilihan terbaik bagi wanita yang gemar memakai solekan mata menggabungkan kilauan dan warna lembut dan ingin membawa dua puluh empat tujuh dalam beg mereka. Palet ini mengandungi 9 warna berbeza, mulai dari warna matte sederhana hingga warna berkilauan yang menarik dan cukup sesuai untuk setiap warna kulit.
Warna ini memuaskan dan cukup selesa digunakan untuk semua mungkin profesional mungkin pemula atau orang awam. Dengan palet ini, anda dapat memperoleh pandangan mata yang sempurna kerana ia mengandungi semua warna penting seperti coklat untuk disapukan di sudut dan mempunyai pandangan mata yang bercampur.
Ia mengandungi warna merah jambu berdebu untuk memberikan penampilan menarik yang sangat sejuk dan sederhana. Ia juga mengandungi warna emas gangsa untuk ditonjolkan dan diserlahkan dengan cara terbaik untuk memberikan penampilan yang menawan.
Adakah anda mahukan penampilan yang lembut? Inilah pallete terbaik yang akan membantu anda mendapatkan penampilan terbaik. Palet ini mengandungi 12 warna lembut dan lembut termasuk enam warna matte dan enam warna berkilauan yang cukup sesuai untuk kegunaan biasa. Anda tidak menyukai kilauan yang hebat dan warna yang lebat pada mata mereka terutamanya ketika mereka harus memakainya setiap hari.
Oleh itu, palet ini memberikan anda semua penampilan yang lembut dengan warna matte yang sangat sejuk dan liputan tambahan dengan penampilan yang elegan dengan warna berkilauan yang sangat lembut.
Ia sangat sesuai untuk pemula kerana anda boleh menggunakannya dengan bebas dan bermain dengan skema warnanya. Anda tidak perlu risau tentang aplikasinya. Warnanya sangat menarik sehingga memberikan penampilan yang seksi dan hebat. Warna-warnanya cukup berguna untuk digunakan pada kelopak mata atau di sudut mata. Ia juga mempunyai warna yang membantu menonjolkan dan memberi anda penampilan yang glamor.
Penampilan yang ideal dari segi padanan pakaian, perhiasan dan solekan. Dengan solekan yang elegan, anda dapat menikmati penampilan yang terbaik dan menarik, tetapi untuk ini anda mempunyai beberapa warna dan palet.
Seorang profesional dapat mencari semua warna dan palet terbaik secara berasingan tetapi agak sukar bagi pemula dan anda tidak menyedarinya. Palet KAT VON D adalah perkara terbaik untuk mengatasi semua masalah. Mengandungi pembayang mata asas yang meningkatkan dan memperluas bentuk mata anda, untuk memberi penampilan yang lembut dan elegan, warna kontur untuk membentuk wajah anda dan penyerlah untuk meningkatkan ciri mereka.
Palet ini sangat sesuai untuk semua jenis wanita kerana ia mengandungi warna putih dan hitam untuk anda yang suka solekan mata yang sederhana dan elegan. Warna yang lebih gelap seperti hitam dan coklat gelap adalah yang terbaik untuk anda yang lebih suka solek mata smokey. Semua warna memberi anda liputan tambahan dan penampilan yang sensasional. Warna lembutnya yang lain memberi anda penampilan semula jadi. Ia cukup mudah dalam aplikasinya. Ia mengandungi semua warna yang diperlukan sehingga cukup untuk solek mata dan anda boleh membawanya ke mana sahaja di dalam beg anda kerana ukurannya.
Menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan perkara terbaik untuk keperluan mereka dan wanita untuk menjadi lebih peka tentang produk kecantikan yang semestinya sesuai dalam semua aspek. Urban Decay Naked Palettes adalah palet terkenal di antara semua sebagai IPhone di antara semua telefon. Ini adalah palet yang hebat dan cukup sesuai untuk semua jenis warna kulit.
Palet ini akan membantu anda setiap saat kerana mengandungi semua warna yang diperlukan dari lembut hingga tebal. Tekstur warnanya luar biasa dan menarik. Sebilangan kecil produk sudah cukup untuk penampilan yang sempurna. Anda boleh mengadunkan warna ini sedikit dan selesa kerana ia tidak mengandungi bahan berbahaya yang mungkin berbahaya bagi kulit mata anda.
Palet ini mempunyai warna yang tidak berkesudahan yang akan anda mainkan dan nikmati dengan warna-warna ini dan nikmati sesi solekan anda. Ia bukan sahaja memberikan penampilan cantik tetapi juga memberi liputan tambahan sepanjang hari. Anda boleh menikmati smokey, berkilau dan solek sederhana dengan bantuan palet ini.
Adakah anda gemar melancong di tempat yang berbeza, seperti beberapa tempat bersejarah atau pantai? Maka anda pasti menghadapi masalah berkaitan dengan solekan di tempat-tempat tersebut kerana persekitaran dan perubahan suhu. Anda pasti mencari solekan terbaik yang akan bertahan sepanjang hari di mana sahaja anda berada.
Apa yang menarik untuk anda, palet pembayang mata yang hebat yang dipersembahkan oleh Maybelline New York untuk semua jenis warna kulit. Ia memberi anda penampilan nude yang tahan lama. Ia terdiri dari semua warna yang diperlukan untuk penampilan semula jadi, penampilan lembut dan penampilan berkilat.
Anda boleh mengubah diri anda dengan nuansa nude berkrim dan di samping itu menikmati nuansa berkilauan untuk mendapatkan penampilan yang segar dan menarik. Kesemua 16 warna hanya mesra kulit kerana ia tidak membahayakan mata dan kulit anda. Cukup sapukan sebilangan kecil produk pada sikat dan gaul dengan mudah sehingga kelihatan memukau.
Ramai di antara anda suka solek mata smokey untuk penampilan yang glamor. Rias mata smokey paling tepat menentukan bentuk mata anda dan memberi anda penampilan yang lebih pintar. Oleh itu, anda memerlukan palet yang baik untuk solekan smokey. Palet solekan profesional NYX membantu anda dalam tampilan smokey terbaik anda.
Palet 16 warna ini membantu anda dalam solekan pesta tengah malam dan juga pada hari untuk kemasan yang tahan lama. Penerapannya cukup mudah tidak kira sama ada anda seorang profesional atau pemula. Anda mesti mengatakan bahawa solekan tidak lengkap tanpa menyerlahkan sehingga palet ini mempunyai warna yang sempurna dan hebat untuk diserlahkan.
Palet ini terkenal dengan tujuan solekan smokey dan penekanan, ini tidak bermaksud anda tidak pernah melakukan solekan biasa dan ringkas dengan ini. Palet ini mengandungi warna seperti warna merah jambu berdebu, warna putih dan cahaya lain yang boleh anda gunakan dengan mudah dalam rutin harian anda. Jadi ini adalah palet terbaik untuk semua jenis solekan mata.
Kombinasi apa yang sangat sesuai untuk mata? Biru digabungkan dengan coklat atau hitam akan menjadi sempurna? Ini adalah beberapa pertanyaan yang muncul dalam fikiran ketika anda tidak memiliki kepakaran. Oleh itu, inilah yang menarik bagi pemula, Etude House Play Color Eyes Palette. Palet ini terdiri daripada 10 warna, yang menarik adalah kesemua sepuluh warna berwarna coklat sehingga anda akan bebas dari masalah kombinasi warna.
Teksturnya yang berkilauan dan meningkatkan keindahan mata anda dan dengan warna terang seperti putih dan keemasan, anda dapat menyerlahkan mata anda untuk penampilan menarik yang sempurna. Anda boleh bermain dengan warna coklat asas ini dengan mudah tanpa merasa ragu-ragu, kerana tidak ada peluang untuk kelihatan ganjil dengan warna ini.
Setiap orang mempunyai eyeshade pilihan mereka sendiri. Sebilangan hijabi lebih suka warna merah jambu, ada yang suka warna coklat, ada yang mahu berwajah cantik dengan warna berkilauan, dan ada juga yang gemari oleh warna lembut sederhana yang digabungkan dengan warna hitam. Clio Pro Eye Palette menyajikan tiga warna palet warna coklat, merah jambu, dan Corel.
Inilah faedah lain bagi anda yang tidak dapat membeli palet besar dengan semua warna, sebaliknya mereka boleh membeli satu palet dengan semua warna kegemaran. Anda boleh memilih palet kegemaran dan sesuai atau membeli ketiga-tiganya jika anda gemar dengan solekan dan ingin mengenakan warna yang berbeza pada mata anda.
Palet ini terdiri daripada 10 warna yang masing-masing sangat sejuk, semula jadi, dan bergaya. Ini sangat lembut dan mudah dalam aplikasi kerana anda boleh menggunakannya tanpa berus solekan.
Wanita yang bekerja juga mampu dan dengan mudah menggunakan produk kecantikan yang mahal kerana mereka harus bekerja dan bertemu dengan orang yang berbeza agar kelihatan sempurna dan menarik.
Tetapi mungkin sukar jika kita membincangkan seorang pelajar yang harus bergantung pada wang sakunya dan memenuhi semua perbelanjaan belajar. Zoeva Naturally Yours sangat sesuai untuk pelajar dan orang yang tidak mampu membeli palet pembayang mata yang mahal. Kualitinya sangat tinggi. Ia terdiri daripada warna warna asas yang sesuai dengan warna kulit anda dan memberi anda penampilan semula jadi dan menarik.
Skema warnanya hebat. Teksturnya yang berkrim akan memberi anda liputan tambahan dengan penampilan yang lembut. Oleh itu, ia sempurna dalam semua aspek kerana ia berpatutan, mempunyai kualiti yang baik, tekstur yang baik dan skema warna semula jadi. Ini adalah pilihan terbaik untuk pemula untuk bermain dengan warna dan menikmati sesi solek untuk menjadi artis solek.
Sebagai pemula anda keliru tentang warna apa yang akan memberi liputan tambahan dan penampilan yang sempurna. Anda mencampurkan pelbagai warna satu demi satu dan bukannya kelihatan cantik dan cantik, tetapi semakin kelihatan pelik.
Oleh itu, kita perlu mempunyai satu warna yang tidak hanya memberi anda penampilan yang sempurna tetapi juga memberi anda liputan tambahan. Dalam keadaan lain, anda harus memakai alat solekan mata sepanjang hari dan anda tidak mempunyai pengalaman dengan warna palet solek mata atau a tidak mempunyai anggaran untuk membeli palet pembayang mata yang mahal.
Anda boleh membeli satu atau dua warna keg
emaran anda dan memakainya selama 24 jam. Kerana ia adalah palet warna tunggal sehingga akan menyelamatkan anda dari kekacauan warna yang berbeza dan boleh dipercayai.
Anda boleh membawanya ke dalam beg tangan anda di mana sahaja kerana saiznya yang kecil. Tidak perlu menjadi profesional untuk penggunaan palet mata ini. Semua orang boleh menggunakan ini dengan mudah tanpa menimbulkan kekacauan pada mata mereka.
Anda sentiasa boleh menggunakan eye shadow untuk meningkatkan warna mata semula jadi anda. Anda boleh memberikan hasil yang ajaib untuk mata anda seperti juru solek walaupun di rumah anda sendiri dengan memilih palet bayangan mata yang bagus.
Berikut adalah beberapa petua yang dapat membantu anda memilih yang ideal di bawah:
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di