Buat para hijabi yang bekerja di pejabat terutamanya, mesti anda sering mengalami masalah sakit belakang bukan? Masalah sakit belakang ini bukan boleh dibuat main ya. Semua orang berisiko mengalami masalah sakit belakang semasa melakukan aktiviti harian. Tetapi anda tak perlu risau, terdapat beberapa senaman yang mudah tetapi berkesan yang boleh membantu melegakan sakit belakang.

Apakah punca sakit belakang?

Meninjau perkongsian daripada Hello Doktor, sakit belakang biasanya datang dalam dua bentuk, iaitu secara tiba-tiba dan berlarutan.

Sakit belakang secara tiba-tiba berlaku selepas terjatuh atau mengangkat benda berat secara tidak sengaja. Kebiasaannya, anda akan merasai rasa sakit secara serta-merta. Sakit belakang yang tidak ‘disengajakan’ ini boleh menyebabkan slipped disc atau sakit otot. Jika anda mulai merasai sakit seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor. Sebaliknya, sakit belakang jenis berlarutan akan menjadi teruk dari masa ke masa. Kalau anda nak tahu, ia disebabkan sama ada oleh aktiviti yang terlalu banyak atau aktiviti yang tidak mencukupi.

Disebabkan oleh ‘terlalu banyak’ aktiviti dan ‘tidak cukup’ aktiviti

Bagi anda yang aktif, sakit belakang boleh berlaku disebabkan kerap melakukan aktiviti yang berimpak tinggi dan aktiviti berpusing berulang-ulang seperti melompat, berlari, mengangkat benda berat, bermain golf dan bermain raket tenis.  Aktiviti ini boleh memberi kesan kerana beban yang terlalu berat tidak mampu ditampung oleh bahagian belakang dan pinggang anda.
Yang menariknya, bagi anda yang tidak aktif, anda juga berisiko untuk sakit belakang. Ia disebabkan oleh otot yang menjadi kaku dan tidak fleksibel. Terutamanya buat anda yang bekerja di pejabat yang duduk sepanjang hari. Jika otot anda dikekang dalam kedudukan yang sama setiap hari, otot tidak biasa bergerak bebas dengan pergerakan badan yang berbeza. Ia menjadikannya lebih terdedah kepada kecederaan akibat pergerakan secara tiba-tiba. Tabiat ini juga mengetatkan fleksor pinggul anda seterusnya melemahkan postur dan perut anda.

Artikel berkaitan: Wow! Masalah Paha Besar Boleh Diatasi Dengan Senaman 2 Minit Ini! Hebatnya!

Atasi masalah sakit belakang dengan langkah senaman ini.

Anda tidak perlu risau, cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan…. bersenam! Langkah senaman dibawah mampu membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian belakang anda.

1.Trunk Rotation

Trunk Rotation boleh membantu dengan sakit lower back pain kerana ia berfungsi melawan rintangan otot teras anda. Ia meregangkan otot belakang, perut dan pelvis anda.

Cara lakukan: Anda perlu berbaring di atas lantai, bengkokkan lutut anda ke arah dada anda seolah-olah anda sedang duduk. Kemudian, rapatkan lutut anda dan perlahan-lahan bengkokkan kaki anda ke kanan dan tahan selama 15-20 saat. Kemudian kembali ke posisi permulaan, bengkokkan kedua lutut ke kiri dan tahan selama 15-20 saat. Ulang gerakan ini 5-10 kali pada setiap sisi.

IKLAN

2. Pelvic Tilt

Pelvic Tilt atau kecondongan pelvis adalah salah satu latihan paling mudah untuk melatih otot belakang dan mengekalkan fleksibiliti.

Cara lakukan: Latihan ini boleh dilakukan dengan berbaring di atas lantai yang rata terlebih dahulu. Letakkan tangan anda terus di sisi. Lengkungkan tulang belakang anda dan jarakan punggung anda sedikit dari lantai. Kemudian, lengkungkan pinggul anda dengan lembut dan tolak perut anda ke luar untuk menstabilkan teras anda. Tahan selama 5-10 saat, kemudian berehat. Selepas itu, tolak pelvis anda ke atas sedikit. Semasa anda melakukan ini, anda akan merasakan pinggul anda menekan lantai. Tahan selama 5-10 saat dan berehat. Untuk ‘beginner‘, anda boleh mula lakukan gerakan ini 10-15 kali sehari, dan seterusnya meningkatkan kekerapan kepada 25-30 kali sehari.

3. Partial Crunches

back pain

Latihan ini membantu untuk menguatkan punggung bawah serta otot perut anda. Semasa melakukan langkah ini, anda perlu berhati-hati supaya tidak memberi tekanan kepada tulang belakang anda.

IKLAN

Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berbaring di atas lantai dengan lutut bengkok. Kemudian letakkan tangan anda di belakang kepala atau silangkan di atas dada anda dan perlahan-lahan angkat bahu anda dari lantai. Pastikan otot perut anda ketat. Tarik nafas sambil menghembus sambil mengangkat bahu. Jangan angkat badan anda dengan menggunakan siku anda. Tahan kedudukan badan separuh terangkat ini selama 1 saat. Ulangi langkah ini sehingga 12 kali. Perkara paling penting adalah kekalkan tulang belakang, kaki dan pinggul anda di atas lantai latihan.

4. Wall Sits

At-Home Exercise: Wall Sit – HealthFit Coaching

Latihan ini paling mudah kerana anda boleh melakukakannya bila-bila masa dan dimana-mana sahaja.  Latihan ini membantu menangani sakit belakang akibat terlalu banyak duduk. Selepas penat duduk seharian, anda boleh mencari dinding yang terdekat dan amalkan gerakan ini.

Cara lakukan: Pertama sekali, anda perlu berdiri dengan membelakangi dinding. Berdiri kira-kira 10 cm dari dinding dan bersandar secara perlahan-lahan. Kemudian, turunkan badan anda sehingga lutut anda bengkok, seperti dalam kedudukan duduk. Pastikan belakang anda ditekan ke dinding. Tahan kedudukan tersebut untuk kiraan hingga 10 dan perlahan-lahan turunkan diri anda ke bawah. Ulang sehingga 8-12 kali.

5.Press Back Up Extensions

Back Extension Progressions For Lower Back Pain and Flexibility | Family Health Chiropractic

IKLAN

Satu lagi cara untuk menangani sakit belakang adalah dengan melakukan Press Back Up Extensions.

Cara lakukan: Anda perlu bermula dalam posisi meniarap dan letakkan tangan anda terus di bawah bahu anda. Tolak tangan anda ke bawah seolah-olah anda mengangkat bahu anda. Jika boleh, letakkan siku anda di atas lantai pada ketinggian bahu dan tahan kedudukan ini selama beberapa saat.

Artikel berkaitan: Idamkan Kaki Sekecil Tiang Lampu, Amalkan 5 Langkah Senaman Ini Juga, Mampu Sorok Lemak Berlebihan Di Peha.

Sedang anda berehat semasa bekerja atau bosan duduk di rumah, anda bolehlah amalkan langkah senaman ini. Mudah sahaja! Senaman di atas juga mampu menguatkan kembali otot belakang anda. Namun, sekiranya anda mulai tidak selesa dan mengalami sakit yang teramat, teruslah berjumpa doktor.

Sumber info dan gambar: Dewi Magazine, Canva dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=M3rH5ajuvUA&list=PLwTVJflD5bmEdsRSaK52O4WwS9HgVND4S&index=3

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI