Makan nasi bersama ulam-ulaman tentunya lebih menyelerakan. Antara ulam-ulaman yang cukup popular di kalangan masyarakat kita ialah pegaga. Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica ialah sejenis ulam yang bukan sekadar memiliki kebaikan dari segi kesihatan dalaman, malah memberi impak besar kepada kecantikan.

Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan. Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta, juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan demam, melancarkan peredaran darah, merawat pitam.

Pegaga juga sangat elok diambil untuk mengurangkan berat badan, awet muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber gambar: purelyb.com

Selain itu, pegaga juga digunakan untuk menyembuhkan beberapa penyakit antaranya mengecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina dan menghilangkan bintik-bintik hitam di muka. Daun pegaga juga boleh merawat kecantikan anda. Sangat sesuai diamalkan dalam diet harian.

MENAIKKAN SERI WAJAH
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. Setelah itu, minumlah sekali sehari setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda akan lebih berseri.

KECUTKAN PERANAKAN
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari sehingga peranakan kecut.

MENGHILANGKAN BINTIK-BINTIK HITAM DI MUKA 
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

IKLAN

CARA-CARANYA:
Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam. Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.

Sumber gambar: haykakan.top

Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka akan berseri. Amalan kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak gemuk

Untuk menyejukkan badan, biasanya pegaga diambil secara segar sebagai ulaman, dan diminum sebagai tonik untuk kecergasan otak. Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.

Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institusi Penyelididkan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), Faridah Hussin telah berjaya menghasilkan minuman pegaga daripada empat jenis minuman iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga halia madu. Beliau telah berjaya membangunkan suatu teknologi praperlakuan ke atas pegaga dengan menggunakan larutan garam pada peratus yang amat rendah.

Peratusan ini telah berjaya menstabilkan klorofil yang amat sensitif kepada pemprosesan dan penyimpanan kerana ia akan berubah warna daripada hijau kepadahijau keperangan.
Dalam penghasilkan produk-produk ini, pegaga segar dikisar begitu saja atau ditambah halia pada peratus yang telah ditetapkan dan dicampur dengan sedikit larutan garam.

IKLAN

Kemudian pegaga akan ditapis dan ekstrak jus akan dicampurkan dengan madu, asid sitrik, penstabil makanan semulajadi dan ditambah dengan air sehingga ke isi padu yang ditetapkan.

Berikut perkongsian Rose Madrus cara-cara membuat jus pegaga.

CARA BUAT JUS PEGAGA:

BAHAN-BAHAN:
1 inci halia
Segenggam pegaga bersama akar(ambil dalam pasu kat laman)
1 gelas air
1 sudu madu

IKLAN

CARA-CARA:
Kisarkan ke semua bahan dan bolehlah terus diminum. Boleh diminum terus atau boleh juga ditapis. Terpulang pada diri masing-masing. Ada rasa pedas-pedas halia tapi tiada rasa pahit.

Minuman jus halia ini bagus untuk merawat kulit bermasalah, menyerikan wajah dan menegangkan kulit. Ia juga membantu menambahkan kolagen dan membantutkan penuaan sel supaya wajah kelihatan sentiasa awet muda.

Sumber kredit: Petua Bonda dan Rose Madrus

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI