Bila semua barang naik harga hatta barang-barang dapur pun semua melambung-lambung naiknya, wang hantaran kahwin pun naik mencanak-canak juga.

Tiada lagi wang hantaran 10K waima 15K. Jika dilihat hari ini ‘rate’ untuk wang hantaran ialah sekitar 20k dan ke atas.

Keadaan ini sudah tentu menimbulkan kesukaran terutama buat bakal pengantin lelaki. Bukan mudah hendak kumpul duit sebanyak itu.

Photo by peggy-anke from Pexels.

Berikut ulasan daripada perunding kewangan, Azizul Azli Ahmad tentang soal wang hantaran yang tinggi.

SEMUA BENDA SEMAKIN MAHAL?

1. Anak muda semakin sukar hidup mereka. Nak beli rumah bukan saja mahal malah sukar dapat pembiayaan.

2. Jika hanya buat Grab Food dan berniaga online, nak dapat pembiayaan makin susah.

IKLAN

3. Nak ada harta susah, nak ada isteri juga makin susah. Bakal mertua mintak sampai RM40,000 hantaran lepas PKP ini.

4. Jika dalam tempoh setahun nak kahwin, perlu himpun sebulan RM3,333 sahaja. Jika himpun sebulan hanya RM500, majlis kahwin akan ada pada tahun ke 6.7! Waktu itu hantaran sudah naik lagi amaknya.

5. Perangai bakal mertua pun macam pemaju, bagi alasan besi naik untuk naikkan harga kediaman. Duit hantaran pun sama, naik sebab “harga barang semua naik Mah Oi!” Kata Musalmah anak kerja kilang Panasonic.

6. Kenapa mesti bila nak buat kenduri kahwin guna duit hantaran lelaki. Kita yang nak buat kenduri, pakai duit bakal menantu kita.

IKLAN

7. Kenduri sepatutnya rasa syukur kita, anak kita dilamar oleh orang. Tanggujawab dari bahu kita dah berpindah ke bahu menantu kita.

8. Kenduri kahwin janganlah sampai ‘merompak duit hantaran’ atas rasa kesyukuran yang kita fahamkan.

IKLAN

9. Sampaikan khabar berita gembira buat anak muda, jangan latih mereka kerja gila hanya untuk kumpul duit semata-mata, lepas kahwin nak kumpul beli kereta pula, beli rumah, kumpul duit buat anak, buat bersara semua kena kumpul.

Kawan kawan, kasihani mereka, mudahkan urusan anak anak kita. Jangan sampai anak- anak ini semua terpaksa buat hutang, semata mata nak halalkan hubungan mereka.

Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad Top image: Photo by sultan-basmallah from Pexels

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/HioBxAQaWRU

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI