Senario di waktu pagi, mungkin anda pernah alaminya ketika asyik memandu di jalan raya untuk ke pejabat bagi memulakan hari yang indah. Tiba-tiba muncul anak lipas elok sahaja berada di atas dashboard. Mahu sahaja menjerit sekuat hati kerana geli!
Tipulah jika anda tidak pernah alami senario yang seakan-akan sebegini. Kadangkala kita lupa haiwan perosak ini boleh berada di mana-mana sahaja tanpa kita sedari.
Kenapa boleh ada lipas, kereta saya bersih sahaja.
Sabar, kami faham mungkin anda juga seorang yang teliti dalam menjaga kebersihan kereta. Jika boleh di tunjukkan bukti pasti anda ingin sahaja tunjuk dan tidak mahu akui bahawa kereta anda kini di takluki lipas.
Lipas ini sebenarnya sejenis serangga perosak yang boleh hidup di mana-mana kawasan yang gelap dan lembap, seperti celah-celahan almari, kerusi, singki dan juga mana-mana kawasan yang boleh beri dua ciri-ciri itu. Bahkan, lipas hidup juga dengan sisa-sisa makanan yang di tinggalkan tanpa sengaja.
Jadi celah-celahan kereta yang di katakan bersih itu juga boleh juga terdedah kepada ‘kelembapan’ mungkin secara tidak langsung jika anda masuk kereta dalam keadaan basah dari hujan mahupun ada makanan sejuk yang menitis air wapnya. Perkara ini juga boleh menyumbang kepada 2 ciri utama habitat buat lipas.
Serangga perosak ini juga di katakan sebagai salah satu makhluk yang agak susah untuk dihapuskan. Meskipun terdapat letupan bom atom terkena di muka bumi, lipas tetap boleh meneruskan kehidupan, seperti dalam cerita Disney Wall-E (2008).
Jadi bagaimana nak halau lipas ini? Tak selesa bawa kereta dalam keadaan geli
Tak sangka lipas ini adalah makhluk yang kuat sehinggakan bom atom juga kalah untuk menghapuskannya. Tetapi anda kena tahu bahawa lipas juga ada cara yang mudah untuk membunuhnya.
1. Elakkan untuk makan di dalam kereta
Lapar mana pun kita, seeloknya kita perlu elakkan makan di dalam kereta. Bukanlah menghalang atau melarang anda untuk makan, kesian pula menahan lapar sehinggakan boleh kacau mood.
Jika anda mahu makan, sediakan plastik atas sesuatu untuk di tadah. Ini berupaya untuk mengelakkan jika sebarang ‘serdak’ atau sisa makanan dari terjatuh tanpa sengaja. Maka tiadalah makanan ‘percuma’ buat serangga perosak itu.
Ads
2. Letakkan daun pandan di dalam kereta
Sering kita lihat ibu bapa kita yang meletakkan daun pandan di dalam kereta. Kadangkala, ada kereta kawan kita yang mempunyai bau pandan yang sangat kuat yang membuatkan kita tertanya—adakah mereka tertinggal daun pandan itu di dalam kereta tanpa sengaja?
Sudah tengu anda seorang yang bijak, mereka tidak akan membuat sedemikian tanpa sebab. Kenapa daun pandan? Bau daun pandan yang kuat membuatkan lipas tidak keruan.
Caranya juga amat senang kerana anda hanga perlu basuhkan daun pandan seperti biasa. Selepas itu, simpulkan ia seolah-olah untuk memasak tetapi anda akan hanya letakkan sahaja di bawah kereta. Dengan ini, lipas akan mula keluar dan lari dari kereta anda!
3. Gunakan spray penghalau lipas!
Popular satu cara yang sangat mudah iaitu menggunakan spray penghalau lipas yang viral di laman sosial. Ramai pengguna spray penghalau lipas ini kongsikan video di laman sosial media dan memperlihatkan kita bahawa berkesannya spray ini.
Banyak lipas yang keluar dan ini membuatkan ramai orang sangat kagum terhadap produk ini. Ada juga beberapa jenama yang terjual di kedai mahupun gedung atas lain seperti shopee dan lazada.
Senang sahaja untuk menghalang lipas ini dari terus ‘parti’ dalam kereta kita. Anda jangan rasa buntu jika lihat sahaja lipas lalu di atas dashboard, siap sedia dengan tip yang kami kongsikan supaya tiada lagi kehadiran lipas dalam kereta!
Perempuan mana yang tak mahu cantikkan? Pasti kebanyakan daripada kita idamkan kulit yang berseri-seri, tak perlukan mekap yang tebal untuk menutup segala cela di wajah.
Apa kata kita ikuti cara daripada Norafiza Mahmud atau lebih mesra disapa Cik Oya yang dikongsinya ini di facebook mengenai detoks wajah. Mari kita ikuti caranya ini.
Buang Angin Jahat Buat Muka Ada Efek ‘Face-Lifting’
Mula-mula sekali wap muka dengan tuala. Kosnya sangat murah dan menyenangkan. Hanya dalam 15 minit sahaja!
Bahan-bahan untuk detoks ialah campuran air panas, lemon dan halia.
Tiga bahan ini sahaja yang diperlukan.
Jenis coco mask yang digunakan oleh Cik Oya.
Selepas siap proses anda membuat detoks muka, sapukan coco mask (atau anda boleh gunakan mask yang berbeza ikut pilihan) untuk memberikan face lifting pada wajah anda. Tak perlu letak terlalu tebal, hanya lapisan yang nipis sahaja.
Biarkan selama 15 ke 30 minit. Kulit akan menjadi tegang. Cik Oya biasanya akan membawa tidur sekali dengan face mask ini dan cuci keesokkan harinya untuk mendapat ‘V shape’ di wajahnya.
Selepas anda siap mencuci muka jelas dapat dilihat ‘glow‘ pada wajah anda. Memang ia akan memberikan kesan setelah anda lakukan setiap langkah yang di tunjuk sebentar tadi.
Apabila wajah sudah mula sihat dan tampak ‘lifting‘, jadi tak perlu susah payah untuk letakkan solekan yang tebal pada muka. Hanya perlukan beberapa touch up sahaja dan anda sedia untuk keluar!
Ibu adalah wanita perlu dihormati dan dikasihi oleh anak-anak tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana disitu terletaknya syurga mereka. Malah, redha seorang ibu mampu membawa anakya mengecapi kejayaan kerana doa seorang ibu tiada hijab.
Justeru, sebagai anak kita perlulah menghormati dan mengasihi ibu. Sepertimana yang dilakukan oleh aktor kacak dambaan wanita, Meerqeen yang menjadi sorotan netizen kerana langsung tidak kekok apatah lagi segan memeluk dan mengucup pipi ibunya dikhalayak umum semasa menghadiri sebuah acara ‘karpet merah’ baru-baru ini.
Sedar Kehadiran Ibu Ketika Dikerumuni Peminat, Terus Salam Dan Kucup Pipi Ibu!
Tindakan Meerqeen berkenaan tular dalam sebuah video di aplikasi TikTok. Dalam video pendek berdurasi 15 saat berkenaan memaparkan Meerqeen yang sedang berjalan di karpet merah, sambil dikerumi peminat sebelum menyedari keberadaan ibunya di acara tersebut.
Sebaik melihat ibunya, Meerqeen terus meluru kearah syurganya itu untuk bersalam dan mengucup pipi ibunya di khalayak ramai, kemudian meneruskan perjalanan di karpet merah.
Tindakan Merqeen Jadi Sorotan Netizen – “Meerqee Anak Yang Baik.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati hantaran itu dibanjiri dengan komen positif dan puji-pujian buat pelakon drama ‘Melur Untuk Firdaus’ itu kerana memualiakan dan menghormati ibunya, selain itu, aktor berkenaan juga dilabel sebagai anak yang baik.
Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 6 juta tontonan sejak ia dimuat.
Sekadar info, untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, Meerqeen mengambil keputusan untuk mengupah dua orang pengawal peribadi untuk melindunginya mengharungi lautan peminat.
Tanggal 19 November 2022 menjadi hari penantian setiap rakyat untuk menjalankan tanggungjawab untuk memilih pemimpin yang boleh dipercayai. Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyumbang dan berbakti bagi masa depan yang cerah.
Namun, hasrat seorang wanita tidak kesampaian apabila dia tidak dibernarkan untuk mengundi. Insiden itu berlaku di Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Melalui perkongsian di laman sosial media Twitter, Aisha Adam, meluahkan rasa kecewanya oleh kerana tidak dapat untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa pagi semalam.
Dilaporkan oleh Says, Aisha menyatakan bahawa dia tidak tersenarai dalam manual pemilih berdaftar di pusat mengundi itu. Apabila di soal pada pegawai bertugas, mereka meminta Cik Aisha terus membuat rayuan kepada pengarah SPR.
Kejadian itu membuatkan wanita tersebut agak kecewa oleh kerana masalah dalam sistem pendaftaran undi. Dia juga terus membuat laporan polis berikutan kes tersebut.
“Saya dah 2 kali mengundi dan ini bukan first time saya mengundi,
“Yang peliknya, saya didaftarkan sebagai pengundi pos dan kertas undi saya dihantar ke Australia.” katanya.
Melalui temubual bersama Says, dia juga menyatakan makluman mengenai namanya didaftarkan sebagai pengundi pos dalam talian telah dikeluarkan tiga hari sebelum pengundian.
Baru selesai membuat laporan polis. Rupanya saya tidak keseorangan. Syabas kepada semua yang membuat laporan polis atas halangan-halangan yg dihadapi untuk mengundi hari ini. Andalah nadi demokrasi negara ini. Hidup Rakyat! pic.twitter.com/clnBCnkHHP
“Saya menelefon pejabat SPR, tetapi tidak berjaya. Kemudian saya fikir, daftar pemilih telah dimuktamadkan, tetapi saya tetap berharap ia kemungkinan adalah satu kesilapan,
“Ini masalah besar. Ini maklumat peribadi saya dan pelanggaran data. Tambahan lagi, bagaimana SPR tiba-tiba boleh mendaftarkan saya sebagai pengundi pos? Ini penindasan terhadap hak pengundi.”ujarnya.
Sebelum ini, Aisha telah mengundi sebanyak dua kali pada pilihan raya umum 2013 dan 2018 menggunakan alamat dan maklumat peribadi yang sama, tiada pula masalah yang timbul.
Dia juga menunjukkan bukti yang menjelaskan nombor kad pengenalannya tidak di daftar ke akaun MySPR dalam talian yang memerlukannya untuk mengundi pos.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...