Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin meluahkan rasa syukur dengan kehidupanya kini dan memohon doa semua agar perniagaanya, dapat memberi manfaat sama kepada orang sekeliling.
Malah, suri hati kepada aktor kacak Aeril Zafrel ini juga mendedahkan bahawa hidupnya kini serba cukup dan sudah tiada apa lagi yang mahu dikejar di dunia. Tumpuan Wawa kini lebih terarah kepada mengejar melakukan amal soleh untuk persiapan menghadapi akhirat.
Tiada Apa Lagi Yang Dikejar Di Dunia Ini – Wawa Zainal
“Impian Wawa untuk ada kereta dan rumah, alhamdulillah dah tertunai. Hidup kalau mewah sangat pun Wawa takut sebab risau ada yang terkesan bila tengok lifestyle atau posting kita di media sosial. Wawa ada kereta ke apa bukan niat menunjuk.
“Kami start bisnes kecil-kecilan sekitar tahun 2017 dari situ dapat beli rumah agak besar dan tak percaya sampai mampu beli tanah lot banglo.”
“Wawa tak ada apa lagi benda nak kejar, dah ada segalanya. Alhamdulillah boleh beli apa je. Wawa nak staf Wawa hidup senang boleh beli kereta mereka nak, leaders dan resellers berterusan rezekinya.
Ads
“Orang bahagia, Wawa bahagia. Memang jujur cakap, alhamdulillah Wawa dah ada semuanya berkat doa orang. Jadi, masa untuk bantu orang pula,” ujar penerima Nona Online Entrepreneur Award pada Nona Superwoman Award 2022.
Ujian Masa Lalu, Pengalaman Berharga Untuk Terus Maju!
Enggan mendabik dada dengan kurniaan rezeki dari Ilahi, Wawa sentiasa berpijak di bumi nyata dan menjadikan ujian masa lalu sebagai panduan untuk terus melangkah maju mendalami selok-belok perniagaan.
“Waktu saya mula berniaga macam-macam dugaan terpaksa saya tempuh antaranya kena tipu dengan individu yang kononnya ada kilang OEM dan mereka mark-up sampai kami beli dengan harga yang sangat mahal. Paling terkesan, ratusan ribu ringgit duit kami ‘hangus’ begitu sahaja kerana terpedaya dengan orang tidak bertanggungjawab.
“Kami juga diuji apabila wujud pemikiran skeptikal segelintir pihak terhadap produk niaga artis yang dikatakan produk timbang kilo. Jadi, kami perlu meraih kepercayaan pelanggan yang bahawa produk Wawa Cosmetics ini berkualiti.
Ads
“InshaAllah Wawa Cosmetics akan mengecapi kejayaan demi kejayaan dengan doa dan restu. Bagi saya, ia sebenarnya berkait rapat dengan doa suami, keluarga dan amal jariah. Walau ada ketika kita sudah berusaha bersungguh-sungguh tapi masih gagal, kena cari di mana silapnya. Mungkin kita ‘kekurangan’ dari segi rohani.
“Saya pun masih dalam proses memperbaiki diri dan buat benda yang boleh jadi magnet rezeki salah satunya dengan bersedekah serta buat kebaikan membantu orang dalam kesusahan. Saya percaya kebaikan ini akan memudahkan perjalanan kita. Apabila kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudah urusan kita.”
Tambah Wawa, dia sangat bersyukur kerana dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa menyokong minat isteri.
Ads
“Semua wanita yang dapat sokongan sepenuhnya dari suami, bisnes mereka makin berkembang maju. Apa yang saya hendak sampaikan di sini ialah kejayaan ini adalah kerana sokongan daripada suami sendiri dan saya tidak pernah rasa ia milik saya seorang. Saya rasa kalau suami tiada di sisi, saya tidak akan sampai ke tahap ini.
Dialah tulang belakang saya. Kadang saya rasa sedih, dialah yang akan bagi semangat. Jangan ada perasaan bahawa duit bisnes yang dapat ini milik kita seorang. Jangan sesekali ada sekelumit pun perasaan terbeban itu. Sebaliknya, tanam perasaan yang duit itu adalah duit bersama dengan keluarga.
Bila ada perasaan negatif akan timbul rasa ego dan perasaan ego tersebut mendorong untuk merendah-rendahkan suami. Bila ia terjadi, rezeki susah hendak berterusan. Kita kena anggap rezeki ini berkat doa suami dan saling berusaha,” jelansya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Buat mereka yang gemar mengekspresikan diri melalui fesyen, setiap pemilihan pemakaian, gaya rambut dan juga aksesori yang yang ingin dipadankan adalah sangat penting. Seperti gaya peribadi yang menjadi simbol kepada personaliti anda, pernahkah anda terfikir yang gajet di tangan anda juga boleh jadi ‘fashion statement’ yang sangat penting seperti beg tangan dan juga rantai?
Mari kami perkenalkan anda kepada gajet HUAWEI nova 7 SE terbaharu. Datang dengan rekaan yang sangat versatile, telefon pintar 5G ini tidak seperti yang lain di pasaran yang biasanya hadir dengan rekaan yang tebal bagi memuatkan chipset 5Gnya.
Teknologi Hebat Gabungan Aksesori Pelengkap Gaya
HUAWEI nova 7 SE ini lebih ringan dan nipis dengan ketebalan hanya 8.58 mm dan beratnya hanyalah 189 gram. Ia juga mempunyai rekaan kaca 3D di bahagian belakangnya yang membuatkannya sedikit melengkung bagi keselesaan pengguna untuk memegangnya.
Di bawah pancaran matahari, gajet ini kelihatan sangat terang dan ekslusif seperti botol wangian mahal. Di bahagian depannya pula terdapat 6.5 inci ‘FullView Display’ dengan resolusi 1080p.
Ini memberikan kesan yang lebih jelas dan mendalam dalam aspek visual. Skrin bawah di bahagian kamera hadapan yang hanya mengambil sedikit ruang memberikan ratio 90.3% skrin kepada pengguna yang mana memberikan pengalaman menonton yang lebih baik.
Rekaan Dan Kombinasi Warna Yang Sempurna
HUAWEI nova 7 SE terbaharu ini juga dilengkapi dengan kamera Al Quad yang mempunyai 64 MP untuk kamera utama, 8MP lens ‘ultra wide angle’, 2MP lens makro dan 2MP lens bokeh. Kameranya melengkapi di antara satu sama lain dan sinergi bersama AI menghasilkan senario fotografi yang menarik. Lain daripada kameranya, hayat bateri dan pengecasan juga pantas sekali! Hayat bateri sebanyak 4000mAh boleh menyapai 70% dalam masa pengecasan setengah jam sahaja!
Tambahan pula, warnanya yang terang menyerlahkan lagi rekaan telefon pintar ini. Warna yang dipasarkan juga sangat menarik minat pengguna iaitu perak (Space Silver), hijau (Crush Green) dan ungu (Midsummer Purple).
Space Silver menggunakan warna tona perak untuk menghasilkan saturasi rendah warna daripada cahaya biru, perak dan merah jambu. Dihasilkan dengan proses filem warna, warna yang terhasil ini memberikan sentuhan yang terang namun lembut. Ia merupakan kombinasi yang sempurna yang menonjol namun tidak berlebihan.
Midsummer Purple pula menggunakan tona ungu gelap yang memberi refleksi biru muda seperti awan di musim panas. Dengan rekaan kaca, telefon pintar ini memberikan imej yang segar dan elegan buat si pemiliknya.
Telefon Pintar 5G Yang Paling Berbaloi Dimiliki
Prestasi tinggi untuk era 5G ini memang sangat penting. Oleh itu, HUAWEI nova 7 SE 5G ini adalah pilihan tepat buat anda. Bukan hanya sekadar memiliki rekaan yang mengagumkan, ia merupakan telefon pintar 5G yang sangat berbaloi untuk dimiliki di Malaysia.
Dikuasakan dengan Kirin 820 5G dan menyokong 4G dan 5G. Apa yang membuatkannya sangat istimewa adalah teknologi uplink 5G yang hebat, yang membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman melayari internet yang lebih baik.
Terima kasih padanya, bukan hanya sekadar menjadi aksesori pada pelengkap gaya anda tetapi HUAWEI nova 7 SE ini yang digabungkan dengan teknologi inovatif membuatkan anda teruja menggunakannya tiap-tiap hari.
Selain rekaan yang feksyen sekali dan 5G chipset yang hebat, HUAWEI nova 7 SE juga terdapat fungsi menarik, Dual-View! Anda boleh merakam dengan kamera utama dan depan pada masa yang sama!
HUAWEI AppGallery
Satu tempat semua ada! Menerusi HUAWEI AppGallery, anda boleh mendapatkan semua aplikasi kegemaran merangkumi pelbagai genre. Ia kini menjadi platform kegemaran rakyat Malaysia untuk meneroka pelbagai aplikasi hebat terkini.
Huawei AppGallery berkembang pesat di MalaysiaTonton video untuk mengetahui lebih lanjut!Maklumat lanjut mengenai HUAWEI AppGallery: https://bit.ly/2Y1Gvek#AWANInews
Bermula 19 Jun 2020 sehingga 30 Jun 2020, pengguna AppGallery boleh menikmati pelbagai super deals menarik dan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah dengan jumlah keseluruhan bernilai sehingga RM2 juta!
Ia boleh didapati di semua HUAWEI Experience Stors dengan pelbagai hadiah menarik yang menanti anda seperti Proton X70s dan 500 buah skuter elektrik.
Jika anda sudah tidak mahu bersabar sehingga 16 Jun, segeralah ke Huawei Store untuk mendapatkan baucar bernilai sehingga RM160.
Info lanjut mengenai segala tawaran hebat Huawei nova 7 SE boleh melayari sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tular di laman sosial apabila ada antara pembeli barangan secara online di laman sesawang FashionValet tidak sampai pada tarikh yang dikehendaki. Malah lebih mengejutkan barang tersebut amat penting untuk kegunaan barang hantaran.
Namun kita patut kagum dengan cara Vivy Yusof dan team mereka dalam menangani isu ini. Rupa-rupanya ini bukan kali pertama terjadi malahan sebelum itu pernah berlaku ketika musim raya.
Bertanya sendiri kepada Vivy dan menjawabnya dengan tenang perkara ini bukan kali pertama berlaku, malahan pernah terjadi ketika musim raya lalu.
Apa yang mereka boleh bantu team FashionValet sendiri menghantar barang pesanan mengikut alamat yang tidak menerima parcel lagi.
Lebih mengagumkan lagi sekiranya ada 5 buah negeri, mereka akan membahagikan team kepada 5 tempat berasingan.
Walau bagaimanpun apabila pesanan melalui laman sesawang pembeli kena tahu risiko berhadapan dengan global internet sistem.
2018 tahun kolabrasi dengan pelbagai jenama
Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara asalkan kita berusaha untuk terus maju. Alhamdulilah walaupun dilabel jenama tudung mahal dan banyak pihak menciplak rekaannya, namun Vivy Yusof tidak pernah melatah dengan isu ini.
Jika sebelum ini peminat tegar dUCkscarve dapat menjangka rekaan tudung istimewa akan di bawa pada waktu tertentu atau sesuatu perayaan tetapi lain pula pada tahun ini.
Pelbagai kejutan dari pihak dUCk mengeluarkan tudung khas di mana rekaan dUCk bersama berkolabrasi dengan jenama-jenama terkenal.
Scarf in cheers! Kolabrasi terbaharu Disney x Duck di mana rekaan ini mengimbas kembali zaman kanak-kanak beliau.
The Walt Disney Company Malaysia telah memilih untuk berkolabrasi bersama The dUCk Grup bukan sekadar rekaan skarf, malahan beberapa peralatan tulis beserta pouch bag dan buku nota.
Terdahulu The Duck Grup berkolabrasi dengan Martell Malaysia menghasilkan rekaan skarf untuk patung Barbie dan juga berkolabrasi dengan Big TIME mengeluarkan grocery untuk beg guna semula.
Ulang Tahun Persahabatan Bersama MIMPIKITA
Bertemu dalam sesi perasmian rekaan khas sempena 10 tahun persahabatan dengan Zukifli Sisters Mimpikita bersama FashionValet baru-baru ini ternyata kesemua rekaan mengimbas kembali hubungan persahabatan ini.
Bermula dari berbalas email, keakraban mereka bukan di bidang perniagaan sahaja malahan lebih dari itu.
Berkongsi perihal peribadi, gossip dan segala-galanya mengikat persahabatan dan perniagaan penuh pahit dan manis.
Kolaborasi khas ini menampilkan 6 rekaan khas menceritakan persahabatan mereka dalam minat berfesyen dan diperbaharui mengikut perkembangan semasa.
Rekaan Istimewa Hujung Tahun 2018
Apabila dikejutkan dengan kolabrasi bersama Disney, ramai D yang tertanya-tanya ‘what next’? Mungkin adakah lagi keluaran khas dari The Duck Grup.
Menjawap dengan tenang soalan ini, Vivy Yusop sambil berseloroh berkata “mungkin ada”. Hijabista percaya walau banyak mana rekaan yang didatangkan khas dari The Duck Grup, D akan setia menanti dan mendapatkannya hanya yang original bukanlah keluaran Made In Vietnam.
Insyallah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Nama, Noor Faezah Md Elai atau Faezah Elai mula melonjak naik dalam industri hiburan tanah air sejak membintangi drama slot Akasia di TV3 yang berjudul Sutera Maya. Meski pembabitan seninya tidak lagi seaktif dulu, namun penampilan ibu kepada lima cahaya mata ini sering menjadi sorotan dan meraih perhatian!
Sehubungan itu, Pelakon Faezah Elai sememangnya menekankan setiap pemakaian yang digayakan olehnya. Malah, jelasnya makna sebenar fesyen itu terletak pada penampilan setiap individu yang menggayakannya.
Fesyen Tidak Hanya Bersandar Pada Jenama Mewah!
Tegasnya lagi, fesyen tidak hanya berladaskan pada sebuah penjenamaan semata-mata, sebaliknya keserasian dan keselesaan pemakai ketika berfesyen adalah antara perkara yang perlu diutamakan.
Bintang jelita anak jati kelahiran Pulau Mutiara ini, turut mempunyai sudut pandang sendiri mengenai cara berpakaian, berfesyen dan menutup aurat.
“Satu perkara yang saya fahami tentang fesyen adalah, ia tidak terletak pada jenama. Anda tidak perlu menyandarkan fesyen pada jenama seperti Prada, Chanel atau Louis Vuitton untuk kelihatan ‘Fashionable’, tetapi semuanya tertakluk bagaimana anda menggayakanya.
“Fesyen bermakna selesa dan berkeyakinan.. Tapi sedih bilamana pemahaman orang kita tentang fesyen, sampai orang luar tengok, keliru yang menggayakan fesyen itu beragama apa.
“Saya tak bermaksud bila berfesyen perlu menggayakan tudung labuh, pakai jubah, pakai seluar atau skirt, sebab saya tidak menilai orang dari apa yang mereka pakai.
“Islamnya seseorang itu terletak pada Rukun Islamnya, bukan baju dia. Kalau semua tutup aurat sekalipun hingga nampak mata saja.
“Tapi Rukun Islam pun tak penah buat, yang tu bukan islam, setakat pakai jubah dan tudung labuh ke lutut, perempuan arab yang bukan islam pun pakai yang sama,” kongsinya.
Tudung Labuh Juga Boleh Digayakan Sebagai Fesyen Patuh Syariah
Dalam pada itu, Faezah, 38, turut mengajak orang ramai untuk istiqamah berhijab dengan cara yang sempurna dan mematuhi syariah.
“Cuma, untuk yang bertudung tu, bila orang tengok, orang tau hang tu Islam.. tak kisah lah hang lilit tudung macam mana pun.
“Contoh macam sis, walaupun sis macam Jessica Alba, tapi memang semua tau dah sis Muslim. Kalau Trumph tengok, dia tembak terus. Walaupun langsung tak sempurna cara sis tutup aurat..
“You know what I mean? Jangan salah faham pulak.. Don’t manipulate my words okay.. Moga kita terus istiqamah,” akhirinya.
Untuk rekod, Faezah Elai mula yang mula berhijab sekitar tahun 2015 dan sehingga kini Faezah Elai amat menitikberatkan soal penampilan agar selari dengan imejnya sebagai seorang muslimah.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
Kisah mualaf cantik dari Indonesia, Arnita Rodelina Turnip boleh dijadikan inspirasi. Sering mendengar ceramah agama di saluran Youtube telah membuka hati Arnita yang menuntut...