Kecantikan asli yang dimiliki oleh pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, Mimi Lana tidak dapat disangkalkan lagi.
Walau tanpa secalit solekan pun, selebriti berusia 27 tahun ini tetap kelihatan manis dan berseri-seri!
Kredit Foto: Instagram Mimi Lana.
Baru-baru ini, Mimi atau nama penuhnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin berkongsi satu hantaran di Instagram peribadi di mana dia menghadiri majlis ilmu di kediaman rakan baiknya, Betty Rahmad.
Dalam hantarannya itu, Mimi menzahirkan rasa terharunya dan berterima kasih kepada Betty Rahmad kerana sudi menjemputnya ke majlis yang cukup bermakna itu.
Ads
“Thank you @bettyrahmad for having me and organizing Majlis bacaan Yassin untuk saudara kita semua di Palestine semalam disusuli Majlis Tausiyah bersama Ustazah @asnimansor
“It was a beautiful sharing session and I really had a good time. Alhamdulillah”
Turut mencuri perhatian ialah penampilannya yang serba putih kelihatan cukup manis dan sopan. Pada majlis itu Mimi menyarungkan jubah dan tudung labuh polos. Solekan pun sweet sangat!
Kredit Foto: Instagram Mimi Lana.Kredit Foto: Instagram Mimi Lana.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para peminat dan pengikut memuji Mimi yang manis bertudung.
Kredit Foto: Instagram Mimi Lana.
Malah, ramai juga yang mendoakan agar Mimi terbuka hati untuk bertudung suatu hari nanti.
Ads
Kredit Foto: Instagram Mimi Lana.Kredit Foto: Instagram Mimi Lana.
Majlis bacaan yasin yang disusuli dengan majlis tausiyah bersama Ustazah Asni Mansor itu turut dihadiri rakan-rakan artis antaranya Azira Shafinaz, Ezzaty Abdullah, Uqasha Senrose dan Adira Suhaimi.
Solat malam atau solat tahajjud merupakan satu peluang bagi umat Islam untuk mengeratkan hubungan dengan Allah. Secara zahirnya, tidak ramai individu yang mampu bangun malam dan menunaikan solat tahajud.
Mungkin ia satu kesulitan bagi individu yang jarang melakukannya tetapi satu kenikmatan bagi mereka yang selalu menunaikan solat tahajjud.
Waktu paling mustajab untuk melakukan solat tahajjud adalah pada 1/3 malam. Ketika ini, malaikat akan turun ke bumi dan Allah akan mengabulkan doa hambaNya.
Terdapat pelbagai manfaat bagi individu yang menunaikan solat tahajud antaranya:
1. Menghapus dosa dan mencegah daripada melakukan dosa
Ibadah mampu mendekatkan diri manusia kepada penciptaNya dan solat tahajjud merupakan medium untuk menghapus dosa. Malah, individu tersebut akan dikuatkan iman dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun kecil.
2. Ketakwaan dapat dilihat melalui wajah
Orang yang selalu bangun menunaikan solat tahajjud akan kelihatan bersinar pada wajahnya. Ini merupakan tanda ketakwaan seseorang hamba kepada Allah Taala.
3. Melancarkan aliran darah
Kebiasaannya, solat tahajjud akan dilakukan pada jam 3.00 pagi. Pada ketika itu, udara masih segar dan akan dihirup oleh paru-pau. Tubuh kita akan menggerakkan seluruh otot yang akan membuatkan badan segar dan seluruh aliran darah terasa lancar. Oksigen segar akan hilang ketika matahari terbit. Hanya orang yang berjaga malam mampu merasakannya.
4. Membesarkan rongga paru-paru
Manfaat gerakan dalam solat ternyata mampu memberi efek positif terhadap kesihatan manusia. Gerakan takbiratul ihram sebenarnya membuka rongga paru-paru lebih lebar dan melancarkan pengaliran udara menuju paru-paru. Paru-paru akan menjadi lebih lapang daripada sebelumnya.
5. Jaminan masuk syurga
Rasulullah pernah mengatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan solat tahajjud akan mendapat jaminan syurga. Hal initelah diriwayatkan dalam salah satu hadis, sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Wahai manusia, sebarkanlah salam, beri makanlah, sambung tali kasih, salam malamlah saat orang pada terlelap, maka masuklah syurga dengan selamat.” (HR. Al-Hakim, Ibnu Majah, At-Tirmizy)
6. Dicintai Allah
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang selalu melaksanakan solat Tahajud akan memperoleh cinta Allah S.W.T. Baginda pernah bersabda pada Abu Darda’ r.a tentang keutamaan solat tahajjud ini. Mereka yang memilih bangun di tengah malam dan meninggalkan kenyamanan tidur, nescaya akan mendapat cinta Allah S.W.T.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4.00 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajud.
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that good habit (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Wah, kita tidak “align” dalam diri kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Sukar dan payah? Tidak, amalan harian kalau anda lakukan selalu pastinya menjadi satu rutin seperti anda menjaga kecantikan luaran begitu juga amalan ini. Jadikan amalan ini rejim kecantikan dari dalan diri, pastinya kecantikan itu terpancar di luaran.
Amalan yang boleh amalkan mulakan yang mana ada rasa tidak sukar dan diikuti dengan amalan-amalan lain secara istiqomah insyallah tiada rasa terbeban.
2. Selepas Subuh, zikir 300 pagi 100x (tasbih,tahmid dan takbir), 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut Dajjal untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin, Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat. Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, (100x tasbih,tahmid dan takbir, 100x selawat & 100x istighfar).
8. Baca Surah An-Naba’- Nabi SAW bersabda: “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isyak bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh. Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, si isteri mintalah keizinan daripada suami terlebih dahulu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhuk. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
13. Amalkan sedikit demi sedikit yang mana mampu. Jika tidak mampu lakukan semua, jangan pula kita tinggalkan semua.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tiada yang paling membahagiakan apabila sambutan ulang tahun perkahwinan diserikan dengan berita cukup menggembirakan. Begitu juga yang berlaku sempena ulang tahun keenam perkahwinan Ustaz Don Daniyal dan isterinya Dr Husna Zahry. Melalui posting di laman sosial Dr Husna, dia memberitahu 23 Ogos lalu merupakan sambutan ulang tahun ke enam usia perkahwinanya mereka. Kali ini Ustaz Don membuat kejutan makan tengah hari di sebuah hotel.
Dan hadiah cukup bermakna buat pasangan ini adalah apabila mereka berdua bakal dikurniakan dengan cahayamata ketiga tidak lama lagi. Muat turun gambar ultra sound menunjukkan Dr Husnza kini dalam trimester kedua kehamilan anak ketiganya.
Jika kehamilan pertama dan kedua dia tidak berdepan alahan, namun kali ini senarionya agak berbeza. Berdepan masalah alahan seperti keletihan melampau, mual serta muntah namun doktor muda ini berjaya mengharunginya sebaik mungkin.
Sambutan ulang tahun keenam juga cukup bermakna apabila Ustaz Don turut membuat kejutan apabila meraikan isterinya itu dengan kejutan makan tengah hari di sebuah hotel di Putrajaya.
Sebelum ini juga Ustaz Don pernah membuat kejutan meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta dengan menyamar sebagai pesakit.
Ternyata Ustaz Don memang dikenali sebagai seorang suami yang romantik seperti juga kala dia menyampaikan ceramah dengan nada humor yang tersendiri.
Sempena ulang tahun kali ini juga Dr Husna turut menitipkan kata-kata cukup bermakna. Menurutnya sepanjang enam tahun mereka berdua berkongsi setiap susah dan senang bersama, ketawa dan menangis juga bersama.
Malah Imamnya ini juga yang turut mengajar dia untuk sentiasa senyum dan menjadi insan yang baik walau dalam apa situasi. Dr Husna juga mengharapakan agar hubungan mereka akan kekal selamanya.
Posting ini mendapat reaksi positif dari netizen. Masing-masing mengucapkan tahniah (atas kehamilan ketiga) dan juga mendoakan hubungan mereka kekal till Janna.
zarinamzak Alhamdulillah. Semoga berkekalan hingga ke jannah Ameen
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.