Menjadi impian setiap suami mahukan isterinya menutup aurat dan memenuhi ciri-ciri sebagai wanita Muslimah. Namun hidayah itu milik Allah dan kita tidak tahu bila ia akan datang. Begitu juga dengan lelaki ini yang juga pernah viral kerana kisahnya menjaga adik Cik Pia yang ada masalah sindrom down. Popular dengan panggilan Bengah turut berhajat agar isteri tersayang akan berhijab. Dalam postingnya dia setiap hari mendoakan isterinya itu akan memakai hijab. Malah turut melukis isterinya yang memakai hijab sebelum di muat turut dalam instagram.

Netizen ingat isteri Bengah orang cina. tapi dah banyak kali terangkan yang dia berdarah kacukan. Mak melayu Bapa cina.. asal Kedah. tang mana? tang tu rahsia ? YA dia islam.. . Jika ada orang kata keburukan tentang dia akan aku tentang habis habisan.. ewah! macam pahlawan pulak! ? tapi betul la. dia tak pernah buat apa apa yang menyakiti sesiapa pon… . Orang nasihat Bengah terima.. orang hina Bengah elak dan terus mengelak. isteri cantik tapi tak bertudung.. cantik tu subjektif. Bengah pandang dia cantik dari segi hati dia.. cara dia melayan keluarga, cara dia terima keadaan Cik Pia yang istimewa selalu merampas waktu bahagia dia ? dia banyak juga bekorban. itu kehebatan yang dia ada.. belum sempurna lagi. . Setelah dikenali dan dia menjadi perhatian sebab selalu interframe dalam hidup Bengah soalan yang ditanya “Bila Nak Ada Anak?” akibat terbaca komen yang berunsur menyakiti Bengah dan Cik Bunge terjadi salah faham. lantas aku block dia… HAHAHA! ? lelaki senang je nak selesaikan masalah. Ya.. Bengah block dia supaya dia tidak lagi membaca komen bangang itu.. sebab hati dia tidak kuat membaca apa yang netizen komen. . Bengah hari hari doa nak dia berhijab. kekadang usik dia kata ada sale kat supermarket ni.. bila dia tanya sale apa? “TUDUNG SALE SAYANG!” bergurau sambil berhajat.. kadang dia cakap laa “INSYAALLAH..” sambil muka senyum… . Ada dapat review untuk tudung. banyak sangat tapi dia tolak atas sebab tertentu. SATU HARI NANTI.. terbuka hati dia nak berhijab. Bengah nak buka kedai tudung untuk dia. dan corak pada tudung tersebut ialah bunge bunge yang dilukis dari tangan kidal ni.. macam gambar yang dilukis diatas. . Kalau dia baca posting sebelum ni mesti dia dah diam tak nak bercakap. sebab dia suka baca posting Bengah. takpelah.. dunia alam maya ni penuh dengan kekejaman. aku je tabah menghadapi. sorry sayang takleh nak unblock. ? . Mana tahu rezeki akan datang boleh buka butik tudung? Amin.. insayaAllah… dia isteri yang baik dan dia isteri yang paling Bengah sayang… tiada yang lain. hanya lah SATU! . I love you my Bunge ? . #LagendaMakhlokMacho #DahPutihPonPakaiBedak

A post shared by Hammad Zamakhshari (Bengah) (@makhlokmacho) on

Menurutnya bermacam-macam cara dilakukan dalam memujuk isterinya untuk berhijab. Misalnya memberitahu ada sale tudung di pasaraya dan isterinya hanya akan menjawab insya-Allah akan berhijab nanti.

Bukan itu sahaja, dia yang juga dinobatkan sebagai Personaliti Media Sosial ABPBH 30 memberitahu turut mendapat banyak tawaran review untuk tudung tetapi ditolak memandangkan isterinya masih belum berhijab.

Sebagai suami, dia sentiasa mendoakan semoga satu hari nanti isterinya akan terbuka hati untuk berhijab.

Dia juga turut berhajat untuk membuka kedai tudung dan corak pada tudung adalah gambar bunga yang dilukis menggunakan tangan kidalnya.

IKLAN

Walaupun belum lagi berhijab, tetapi Bengah tetap  menyayangi isterinya itu kerana wanta ini adalah seorang isteri yang baik dan hanya satu tiada yang lain.

Biarpun ada juga dia menerima teguran membertahu isternya cantik tetapi tidak berhijab, bagi dia cantik itu terlalu subjektif.

Isterinya yang dipanggil Ck Bunge itu menurutnya cantik dari segi hati, caranya melayan keluarga, menerima kedaan adiknya yang tidak sempurna.

IKLAN

 

Sebelum itu, pasangan ini telah mendirikan rumahtangga dan walaupun sudah berkahwin, Bengah tetap tidak melupakan tanggungjawabnya menjaga Cik Pia yang cukup istimewa.

IKLAN

Walaupun ramai netizen menyangka isterinya Cik Bunge adalah orang Cina kerana wajahnya yang putih melepak.

Tetapi dia sudah banyak terangkan bahawa isterinya itu adalah berdarah kacukan, emaknya berketurunan Melayu dan bapa pula Cina. Berasal dari Kedah dan memang beragama Islam.

Kita doakan semoga Cik Bunge akan dibukakan hatinya oleh Allah untuk berhijab sepenuhnya insya-Allah.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MAKHLOK MACHO

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI