Terdapat desas desus bahawa penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Rizwana akan menggantikan Neelofa dan mengemudi rancangan popular MeleTOP secara tetap.
Menerusi hantaran di laman Instagram MeleTOP memaparkan satu sosok tubuh ‘rahsia’ bergandingan bersama pengacara Nabil Ahmad, meninbulkan persoalan dikalangan netizen.
Sehubungan itu, netizen bertindak menghujani hantaran berkenaan dengan tekaan, selebriti yang mungkin bergandingan bersama Nabil. Rata-ratanya meneka bahawa Hawa Rizwana yang akan menyambung legasi tinggalan Neelofa itu.
Antara nama pengacara lain yang disebut sebagai calon pengacara MeleTOP adalah, Uyaina Arshad, Jihan Muse dan Kak Lina Pom Pom.
Menerusi hantaran sama, bekas pengacara MeleTOP, Neelofa dilihat turut meninggalkan komen emoji hati berwarna merah sebagai tanda sokongan kepada MeleTOP.
Untuk rekod, pada Disember 2019, Neelofa mengumumkan untuk bersara dari mengacarakan program MeleTOP kerana mahu berhijrah ke arah lebih baik. Bagaimanapun sehingga kini MeleTOP masih gagal mencari pengacara tetap bagi program itu.
Nama personaliti ini mula jadi bualan ketika hadir di Perhimpunan Agung Umno atas jemputan Kelab Umno Luar Negara yang lalu. Bukan sahaja cantik tetapi bijak dan dia juga pandai bergaya. Ramai menggelarnya doktor selebriti kerana penampilannya seperti model (jika dilihat dalam laman sosial instagramnya). Doktor Syarifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, 25 tahun baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kedoktoran dari Kursk State Medical University, Russia Jun lalu. Kejayaannya menamatkan pengajian di bidang perubatan dalam usia yang masih muda ini memang cukup membanggakan.
Walaupun dia kini sedang menunggu surat panggilan untuk memulakan perkhidmatan sebagai doktor, tetapi gadis cantik ini tetap masih mengulang kaji setiap hari supaya ilmu dipelajari tidak dilupakan.
Malah oleh sebab orang tahu dirinya pelajar perubatan, ramai yang bertanya tentang penyakit di (PAU) biarpun dia masih belum ‘posting’ sebagai doktor pelatih (housemanship). Dia yang meminati bidang perubatan sejak kecil lagi turut menjadikan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Sukor sebagai idolanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur yang mesra di sapa Affa merupakan anak tunggal kepada pasangan ibu bapa berdarah campuran Melayu, Cina dan Belanda sebelah ibunya, dan pakistan, Arab dan Indioa pula di sebelah bapanya.
Buat masa ini Afa berkhidmat sebagai penasihat kecantikan di sebuah syarikat di Setia Alam dan pada hujung minggu pula, akan bekerja secara sambilan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen swasta.
Ini bermakna, selain bergelar doktor perubatan, Affa juga turut digelar doktor selebriti kerana minatnya dalam bidang fesyen juga cukup terserlah setiap kali melihat foto yang dimuat turun di laman instagramnya. Affa dilihat cukup bijak bergaya dan ada kelas tersendiri.
Tidak hairanlah dia turut berjinak-jinak dalam dunia peragaan untuk mengisi masa terluang. Gadis manis ini juga turut dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan jenama antarabangsa, Airish London di negara ini.
Dia juga sebenarnya punya cerita tersendiri kerana pernah jadi tular gara-gara mempunyai dua kad pengenalan sejak 13 tahun lalu.
Sebelum ini beliau pernah berhadapan dengan masalah apabila terpaksa membiasakan diri memegang dua jenis kad pengenalan yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara. Ini kerana satu kad pengenalan biasa digunakan memaparkan nama dan maklumat penempatan dirinya dan satu lagi kad bertujuan untuk mengesahkan nama penuhnya.
Sepanjang mempunyai dua kad pengenalan itu, dia tidak lupa ketika urusan melanjutkan pengajian ke luar negara kerana ditahan berjam-jam di Jabatan Imigresen untuk memastikan kebenaran yang dia memang mempunyai dua kad pengenalan.
Menurutnya dia mengalami kesukaran apabila melakukan urusan rasmi termasuk berdepan dengan Jabatan Imigresen sama ada dengan kerajaan Rusia atau Malaysia sendiri.
Ada yang tidak percaya keaslian kad berkenaan kerana nama ayahnya diasingkan daripada kad pengenalan asal.
Malah dia juga perlu meyakinkan orang ramai berhubung ketulenan kad pengenalan dan berdepan masalah jika mahu mengisi borang yang mempunyai ruang yang pendek.
Dan satu lagi masalah sering dihadapi adalah apabila beliau juga berdepan masalah untuk mengisi maklumat butiran peribadi terutama ketika menjalani ujian peperiksaan sejak bersekolah rendah lagi. Dia perlu mengisi dua borang kerana ruang nama yang disediakan tidak mencukupi.
Bagaimanapun pada Oktober lalu, Sharifah Insyirah sudah boleh menarik nafas lega apabila akhirnya mempunyai satu kad pengenalan.
Menurut Unit Perhubungan Awam JPN sebelum ini, penggunaan dua kad iaitu kad pengenalan dan satu lagi kad pengesahan nama adalah satu prosedur biasa.
Ia dilakukan sekiranya nama seseorang individu itu agak panjang dan melebihi ruang ditetapkan.
Bagaimanapun, JPN menyatakan ianya hanya ditetapkan untuk kad pengenalan lama memandangkan Mykad kini mempunyai cip simpanan melebihi 80 aksara. Malah, setakat ini tiada lagi penggunaan dua kad membabitkan Mykad.
JPN menasihatkan orang ramai terutama yang masih menggunakan kad pengenalan lama supaya mengemas kini kepada Mykad baru di cawangan terdekat bagi memudahkan segala urusan rasmi.
Semakin cantik dan jelita pelakon terkenal tanah air, Fazura apabila tampil dengan imej baharu. Sejak kebelakangan ini, pelakon filem Pisau Cukur ini kerapkali memuat naik gambar OOTD nya dengan gaya hijab yang anggun, molek dan sopan. Apa yang penting, semua stailnya ‘on-point’ biarpun berhijab!
Team Hijabista kongsikan beberapa gambar OOTD pelakon Fazura yang boleh anda jadikan rujukan untuk gaya fesyen muslimah yang moden. Mana tahu, anda juga boleh jadi cantik persis ibu kepada Fatima ini? Jom lihat fesyen hijab terbaik Fazura!
Suka benar kami melihat pelakon Fazura dalam rona putih. Sudahlah memang empunya diri cantik & manis, apabila menyarungkan rekaan berona putih, lebih tampak ayu dan sopan. Seperti gaya OOTD di atas, pelakon ini bijak menggayakan rona putih dengan rekaan celana potongan besar atau ‘palazzo’ untuk menjadikan seluruh imej lebih menarik. Padanan akesesori seperi ‘handbag’ juga memainkan peranan penting menjadi pelengkap stail ini. Pilih warna-warna aksesori yang lebih ‘bold’ untuk dijadikan sebagai ‘fashion statement’ dalam keseluruhan gaya. Gaya hijab juga menjadi nilai bonus dalam stail rona putih ini. Cuba gayakan hijab anda dengan gaya yang lebih moden! Pastinya ia memberi lebih ‘volum’ dan keunikan gaya OOTD anda. Jika anda ingin wujudkan stail wanita yang sofistikasi, jangan lupa bawa sekali cermin mata hitam untuk lebih mahal dan eksklusif!
Ayunya Fazura dalam rekaan serba ‘pink’ ini! Jelas kelihatan gaya yang santai, selesa dan paling penting, sopan! Biarpun hanya mengenakan rekaan ala jubah, pelakon ini masih nampak urban dan bergaya! Nak tahu triknya? Usah beli rekaan jubah yang terlalu besar atau terlalu kecil. Anda harus membeli jubah yang sesuai dengan saiz tubuh anda. Barulah nampak gaya OOTD ‘on-point’ walaupun hanya menyarungkan sehelai jubah. Pilihan warna serta aksesori juga memainkan peranan penting untuk melengkap keseluruhan stail ini. Jika mahu selamat, elakkan pilihan corak yang terlampau. Ingat ya! ‘Less is more’! Lebih sederhana lebih mahal!
Ramai wanita di luar sana risau jika menggayakan ‘blouse’ yang kosong dan sopan, keseluruhan gaya nampak bosan. Tidak ya! Lihat saja pelakon ini! Bijak dalam menyesuai padankan rekaan ‘blouse’ yang berona polos putih bersama dengan celana biru cair, semestinya gaya ini wajib anda lihat dan rujuk untuk menghasilkan stail yang mewah! Fazura tidak kekok dalam menggayakan busana muslimah tetapi menjadikannya lebih menarik dengan gaya hijab yang lebih ‘intrend’, warna yang segar serta pilihan cermin mata hitam yang sempurna gaya ‘Lady Boss’ versi islamik! Cubalah!
Ketepikan dahulu padanan yang sarat dengan corak bunga, potongan yang labuh atau feminin. Untuk gaya OOTD ini, kita raikan gaya ranggi si muslimah moden! Padanan ‘baseball shirt’ bersama seluar khakis berona tanah cukup sempurna untuk digayakan di tengah bandar raya Kuala Lumpur!Pilihan kasut yang sesuai ala ‘sporty’ juga menghidupkan imej OOTD ini! Masih dalam konteks menutup aurat, cumanya ia lebih ranggi! Mengapa tidak?
Apa yang tidak kena dengan helaian denim? Tidak ada salah dalam menyarungkan rekaan denim samaada celana mahupun baju! Sesuai untuk anda yang ingin gaya minimalis dikala sibuk melakukan tugasan kerja di luar, sehelai rekaan denim mampu untuk membuatkan gaya anda mahal! Pilih kemeja yang kosong (lebih baik jika fabriknya ‘cotton’) untuk digayakan dengan celanan denim. Percaya atai tidak, biarpun ianya tampak ringkas tetapi sebenarnya gaya ini sahaja sudah cukup untuk menonjolkan aura kejelitaan anda persis pelakon Fazura ini! Tidak salah juga untuk menyarungkan dari atas ke bawah dengan fabrik denim! Asalkan tidak terlalu sarat dan tidak kelihatan ‘murah’, ia sesuai untuk digayakan!
Adakah a tahu, bahwa mengurus ibu bapa tergolong ibadah yang paling tinggi darjatnya. Dalam beberapa hadis digambarkan, mengurusi ibu bapa termasuk ibadah yang sangat banyak pahalanya. Bahkan, lebih utama mengurusi ibu bapa dibandingkan berjihad. Jadi, jika zaman sekarang ada kes seorang anak sibuk dengan urusan ekonomi dan meniggalkan ibu bapanya, maka semua ibadah wajib dan sunah yang dilakukan tidak berbuah hasil.
Apalagi kalau keadaan kesihatan ibu bapa tidak berapa baik, itu ertinya sebagai anak kita wajib untuk merawat ibu bapa dan memberikan perhatian lebih. Sebagai umat Muslim tentu doa untuk kesembuhan ibu bapa yang sakit jadi hal yang utama. Sebab, hanya doa anak solehlah yang akan menjadi salah satu bekal ibu bapa kita walau kelak terpisah alam. Jom semak bagaimana doanya!
Mendoakan kedua ibu bapa yang sedang sakit adalah sebuah perkara yang lazim dilakukan oleh seorang anak. Berdoa boleh dikatakan sebagai salah satu cara berinteraksi dengan Allah, di mana penyakit tersebut tidak semata-mata diberikan kecuali dengan izin Allah. Maka, hanya kepada-Nya lah anda boleh memohon kesembuhan. Berikut doa yang boleh anda amalkan :
Allahumma robbannaasi adzhibil ba’sa wasy fihu, wa antas syaafi, laa syifaa-a illa syfaauka, syifaan laa yughaadiru saqaama.
Ertinya : Ya Allah, Rabb Manusia, hilangkanlah kesusahan dan berikanlah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.
Ketika berdoa, alangkah baiknya kalau anda mengikuti turutan-turutan dalam berdoa agar doa anda segera dimakbulkan oleh Allah.
“Ibu bapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah pada anda, hendak menjaganya atau membiarkanya.” (HR Tirmidzi)
Anak-anak yang merawat ibu bapanya hingga wafat kebanyakan dicintai Allah. Perkara tersebut tercermin dalam karier hidupnya di dunia, dan mereka cenderung menjadi orang-orang yang sukses. Mukjizat merawat ibu bapa boleh anda temukan dalam sejarah hidup seorang sahabat Nabi, iaitu Elias bin Muawiyah. Ketika ibu dari Elias wafat, beliau menitiskan air mata tanpa meratap, lalu beliau ditanya seorang sahabat yang lain tentang sebab tangisannya.
Jawabnya, “Allah telah membukakan untukku beberapa pintu untuk masuk surga, sekarang satu pintu telah ditutup.” Begitulah, ibu bapa adalah pintu syurga, bahkan pintu yang paling tengah di antara pintu-pintu yang lain. Maksud pintu yang paling tengah adalah yang paling bagus dan paling tinggi. Ertinya, sebaik-baik bermaksud yang boleh menghantar seseorang ke dalam syurga dan meraih darjat yang tinggi adalah dengan menjaga dan merawat ibu bapa.
Semasa memanjatkan doa dan meminta kesembuhan kepada Allah SWT, ada amalan-amalan lain yang boleh anda lakukan ketika ibu bapa sedang sakit.
Itulah doa untuk kesembuhan ibu bapa yang sakit beserta tata caranya. Selalu doakan ibu bapa dalam keadaan apapun setiap saat. Kerana mereka adalah orang terbaik yang paling berjasa dalam kehidupan kita. Selain itu, mendoakan kedua ibu bapa juga mampu melapangkan rezeki serta dapat memanjangkan usia kita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.