Hawa Rizwana Redzuan bukanlah nama asing dalam dunia penyiaran kini. Gadis berusia 26 tahun ini baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Cemerlang dalam pengajian dengan gred purata keseluruhan 3.78, dia bijak membahagikan masa di antara pelajaran dan juga kerjaya. Hijabista duduk dengan personaliti ini dan berbicara tentang pelajaran dan juga prinsip kecantikan yang dia amalkan.

Selain bergelar seorang hos, Hawa juga sibuk dengan sebagai seorang pempengaruh media sosial

“Pada mulanya, saya menyambung pelajaran ketika masih lagi bekerja sepenuh masa sebagai wartawan penyiaran di unit berita TV3 dan juga pembaca berita Buletin Utama. Namun begitu pada semester kedua saya rasa saya perlu berkorban kerana waktu kerja sebagai wartawan penyiaran tidak menentu, jadi saya berhenti namun masih meneruskan kerjaya sebagai pembaca berita.

IKLAN

“Adakalanya kalau kita mahukan sesuatu kita perlu berkorban. Alhamdulillah, selepas itu saya ditawarkan untuk menjadi pengacara program Wanita Hari Ini dan Hello Doktor pula. Kerjaya sebagai hos agak fleksibel, oleh itu saya boleh menyeimbangkan di antara pengajian dan juga kerjaya,” ujarnya panjang lebar.

Menurutnya lagi, menyambung pelajaran merupakan cita-citanya sejak dahulu lagi. Namun dia memilih untuk memasuki dunia kerjaya terlebih dahulu. Baginya bekerja sambil belajar bukan satu perkara yang mudah namun apabila kita mahu yang terbaik, tiada apa yang mustahil. Tambahnya lagi, belajar di peringkat sarjana menambah ilmu bukan sahaja dari ajaran pensyarah bahkan perkongsian dari rakan-rakan sekelas yang datang dari pelbagai bidang banyak memberikan input berguna.

IKLAN

PRINSIP CANTIK
Tidak sah berbicara dengan Hawa jika tidak menyentuh isu cantik. Dia yang gemar berbasikal dan sentiasa kelihatan anggun pasti memiliki prinsip sendiri berkenaan isu ini.

“Bagi saya kecantikan itu perkara yang subjektif. Apa yang paling penting adalah kecantikan dalaman, personaliti, cara pergaulan dan cara kita menghormati orang lain. Perkara ini akan menyerlahkan kecantikan seseorang.

IKLAN
Berbasikal merupakan aktiviti yang digemari personaliti ini.

“Dari segi amalan pula, saya percaya yang kita perlu menyeimbangkan antara rutin kecantikan dan juga kesihatan sebab dua perkara ini saling berkait. Minum air cukup lapan gelas sehari, bersenam dan tidur yang cukup. Kalau rajin bersenam tapi tidur tidak cukup pun tidak baik juga untuk kesihatan.

“Kalau bersolek pula pastikan anda mencuci solekan dengan betul supaya bersih agar tidak menimbulkan masalah kulit kemudian hari.”

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI