Sering mengayakan hijab di bulan Ramadan dan beberapa majlis tertentu yang menuntutnya berhijab sebagai pengacara jemputan ramai terpukau dengan keayuaannya. Malah ada yang tidak perasan penampilan terbahrunya sehinggakan mengaggap selebriti ini sudah lama mengayakan hijab.

Daphne Iking berasa syukur dan secara rasminya berkongsi di media sosial pada Oktober tahun lalu yang dia benar-benar sudah berhijab sepenuhnya.

Tak dapat warnakan rambut sebab bertudung

Sudah pasti rambut menjadi mahkota seorang wanita. Gagal mendapat temu janji salon rambut menjadi sebab mengapa Daphne Iking mengenakan hijab sehingga hari ini. Sebagai selebriti dan sering bertugas sebagai pengacara jemputan, dia akan pastikan penampilannya sempurna, jadi rambut perlu diwarnakan bertujuan untuk menutup helaian ubannya.

“Kalau uban putih duduk di rumah tiada event, saya ok lagi, tetapi apabila industri hiburan telah mula aktif, saya perlu menguruskan rambut dan mula menutupinya dengan skarf,” kongsinya.

Derma rambut untuk pesakit kanser

Pengayaan hijab bagi Daphne Iking adalah perkara biasa dan tidak nampak kekok sama sekali kerana apabila tibanya Ramadan bulan penuh barakah, ibu kepada tiga cahaya mata ini pasti akan mengenakan hijab. Namun wujud satu perasaan yang tak dapat digambarkan apabila selepas Ramadan tahun lalu apabila dia  kembali tidak berhijab. Menurut Daphne, ada satu perasaan lain yang terdetik di hatinya.

IKLAN

Menjadi sebahagian penderma rambut untuk pesakit kanser, Daphne Iking dinasihatkan tidak mewarnakan rambut dan harus menjagannya sihat selama 6 bulan, niat untuk mewarnakan rambut tertangguh dan ini adalah salah satu sebab perubahahannya secara perlahan-lahan.

Tanggal tudung terasa macam bogel

Hidayah yang Allah beri kepada insan terpilih ini pasti menjadi inspirasi kepada hijabi di luar. Perasaan yang membawa kepada satu tujuan memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat, Daphne Iking sendiri merasa sangat malu dan pelik jika beliau tidak bertudung sepeti dahulu.

“Ada seketika itu saya cuba jadi diri saya yang dahulu, tetapi Allah Maha Agung. Saya sebenarnya rasa selesa bertudung, timbul perasaan segan dan rasa macam bogel jika saya menanggalkannya,” kongsinya jujur.

IKLAN

Lantas Daphne Iking berkongsi rasa pada suami tercintanya bahawa kali ini dia akan kekal berhijab bukan sekadar untuk menutup rambut yang beruban.

Preloved semua baju seksi

Menyambut baik niat Daphne Iking, suaminnya meminta dia berhijrah secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa. Lakukan apa yang terbantut ketika pandemik dan lihat sama ada niat ini ingin diteruskan dengan sepenuh hati.

“Setelah mendermakan rambut pada badan kebajikan berkenaan, Daphne Iking meneruskan hajatnya namun hati masih ingin kekal berhijab. Dah derna, dah warna, dah potong rambut! Tapi masih rasa tak selesa, dengan izinNya dan sokongan padu dari suami tercinta, Daphne Iking teruskan niatnya berhijab.

IKLAN

“Suami saya tidak pernah memaksa dan menekan saya malah, dia menzahirkan rasa syukur dan saya lebih tampak seksi mengayakan hijab di matanya” ujar Daphneiking.

Terima perubahan saya secara perlahan-lahan

Ketika pandemik covid-19, kerjaya Daphne Iking berjalan seperti biasa. Begitu juga apabila sudah memakai hijab, tiada kekangan dan halangan biarpun dia menggayakan hijab. Tawaran kerja diterima seperti biasa, tiada yang menolaknnya kerana sudah berhijab.

Ditanya mengenai pengayaan yang menjadi pilihannya sehingga hari ini, wanita cantik ini tidak menetapkannya pada satu gaya. Pengayaan tudung buat masa kini mengikut kesesuaian aktiviti semasa yang pastinya buatkan dirinya berasa lebih selesa.

Paling mengharukan, dia dihujani dengan pelbagai mesej peribadi di media sosial apabila ramai mendoakan supaya dia kekal istiqamah. Bukan mudah untuk kekal istiqamah, wanita ini berkongsi yang dia lebih menumpukan pada pengisian rohani terlebih dahulu dan menuntut orang ramai terimanya seadanya dan teruskan menyokong, bukan sahaja kepadanya malahan mereka di luar sana yang  baru mula berhijab.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI