Setiap pasangan suami isteri perlu menyemarakkan hubungan agar tidak bosan di antara satu sama lain. Namun, setiap hubungan ada pasang surutnya. Tentu ada sahaja pertengkaran yang akan berlaku. Cuma anda perlu bijak mencari cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Jika ada sebarang ketidakpuasan hati, luahkan dan selesaikan dengan cara yang baik.
Meskipun hubungan suami isteri memerlukan sifat saling memahami antara satu sama lain, anda perlu lakukan beberapa tip lain untuk mencipta hubungan yang lebih intim dan mesra. Barulah rumah tangga lebih harmoni.
1. Biasakan Diri Mencium Pasangan
Mencium pasangan dapat menguatkan lagi hubungan suami isteri. Setelah seharian penat bekerja, anda harus ketepikan segala masalah dan tamatkan hari anda dengan sesuatu yang indah. Dengan mencium pasangan anda, anda boleh selesaikan segala masalah yang ada di dalam hati.
Ads
2. Berbicara Tentang Perasaan & Hubungan Bersama
Antara kunci dalam sesebuah perkahwinan adalah berkongsi tentang cinta atau perasaan sebelum tidur di atas katil. Sekiranya anda meluahkan segala perasaan dan bercakap dari hati ke hati, ia dapat meningkatkan kualiti tidur dam hubungan antara suami dan isteri.
Ads
3. Urut Pasangan
Ketika anda berdua di atas katil, sila letakkan telefon anda di sisi. Gunakan masa yang ada untuk bermanja dan bermesra bersama suami. Salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah urut pasangan anda. Setelah penat bekerja, tidak salah rasanya ringankan sedikit beban yang ditanggung oleh suami. Suami pun suka, pahala pun dapat!
Bagi kebanyakan orang, mandi pada waktu malam tidak datang secara semula jadi. Atas sebab kesihatan, ibu bapa sering melarang anak-anak mereka mandi malam. Tetapi benarkah mandi malam memudaratkan badan?
Kesan negatif mandi malam tidak didokumenkan sepenuhnya dalam sektor kesihatan. Walaupun mandi malam sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit, kebanyakannya adalah mitos.
Sebenarnya, mandi malam boleh mendatangkan faedah tertentu apabila dilakukan dengan betul. Malangnya, faedah ini hanya boleh dinikmati oleh orang dewasa. Pada bayi, tabiat mandi pada waktu malam boleh menyebabkan mereka berisiko mengalami hipotermia.
1.Mandi malam menyebabkan hipotermia?
Jadi bagaimana pula dengan kesan mandi semalaman yang lain? Penjelasan tentang kesan mandi malam dan mitos atau faktanya boleh didapati dalam ulasan berikut.
Kesan mandi malam pertama boleh menyebabkan hipotermia badan. Hypothermia adalah keadaan di mana suhu badan turun di bawah 35 darjah Celsius akibat suhu rendah.
Kini, suhu waktu malam yang lebih sejuk daripada suhu pagi atau petang boleh menyebabkan hipotermia.Orang yang mengalami ini biasanya merasakan badan mereka bergetar, bibir mereka menjadi biru, dan degupan jantung mereka meningkat.
Walau bagaimanapun, hipotermia lebih kerap berlaku pada bayi dan juga pada orang tua. Ini kerana bayi tidak dapat mengawal suhu badan mereka dengan betul. Suhu badan mereka boleh turun empat kali lebih cepat daripada orang dewasa.
2.Mandi malam menyebabkan rematik?
Salah satu andaian yang paling biasa berkaitan dengan kesan mandi malam ialah ia menyebabkan penyakit reumatik. Rheumatism adalah penyakit yang menyerang sendi dan tisu sekeliling.
Menurut Rheumatologi, andaian bahawa mandi malam adalah salah satu punca penyakit reumatik adalah mitos semata-mata. Penyelidikan menunjukkan bahawa mandi pada waktu malam atau dalam cuaca sejuk tidak menyebabkan arthritis.
Walau bagaimanapun, faktor sejuk ini boleh memburukkan lagi gejala pada pesakit reumatik tertentu, menyebabkan mereka berasa sakit pada sendi mereka.Ini kerana perubahan dalam tekanan atmosfera meningkatkan tekanan pada ruang sendi.
3.Mandi malam meningkatkan risiko stroke?
Penyakit yang, selain reumatik, sering dikaitkan dengan kesan mandi pada waktu malam ialah strok. Benarkah mandi malam boleh meningkatkan risiko strok? Pada masa pengenalan Oregonlive, tidak ada bukti bahawa mandi pada waktu malam meningkatkan risiko strok.
Faktor risiko utama untuk strok termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diet yang tidak baik, merokok dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Mandi pada waktu malam tidak dianggap sebagai faktor risiko untuk keadaan ini.
Untuk mengelakkan kesan mandi malam sebelumnya, anda boleh mandi malam dengan air suam. Penyelidikan menunjukkan bahawa mandi air suam sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur.
Ini adalah salah satu penjelasan tentang pelbagai kesan mandi malam yang sering kita dengar. Saya harap ulasan sebelum ini dapat menjawab soalan anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pada 3 Oktober yang lalu, anak kepada personaliti terkenal negara, Puan Sri Normala Samsudin telah selamat mengikat tali pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya.
Cantik mengenakan busana berona pastel, Ruhila Roslan,28, yang merupakan seorang doktor gigi telah bergelar tunangan kepada Majid Nazli di majlis yang serba indah itu.
Mendoakan yang terbaik buat anak gadisnya itu, Puan Sri Normala yang juga merupakan juri tetap program Ratu Hijabista bersyukur kerana fasa pertama anaknya untuk meninggalkan zaman bujang telah berjaya dilaksanakan dengan lancar.
Mama doakan yang terbaik untukmu, moga perjalanan ini akan dipermudahkan Allah jua. Fasa pertama meninggalkan zaman bujang sudah pun selesai. Setelah semua rakan-rakannya kini menjadi suri dan ibu, dia baru mula terbuka hati melangkah ke alam baru. Moga Allah Rahmati dan berkati, amin.
Love these smiles, teased by friends, she laughed when surrounded by close friends. Since TKC Her friends were like my own kids, tetiba rasa macam ramai anak perempuan 🤣🤣🤣😂 so much fun!! Riuh rendah.
Saling tak tumpah raut wajah persis ibunya, Dr. Ruhila ternyata memiliki pakej yang lengkap iaitu bukan sahaja cantik malah bijak.
Tular baru-baru ini mengenai video seorang penyanyi tanah air yang cukup terkenal membuang gula-gula di atas pentas ketika sedang membuat persembahan di Konsert Merdeka 65. Shila Amzah tidak berniat bertindak sedemikian dan memohon maaf atas tindakannya itu.
Orang ramai sangat terkejut dengan aksinya itu malah ada juga yang melontarkan komen kepadanya menerusi ruangan posting perkongsiannya di Instagram. Ada juga yang telah faham keadaan Shila kerana ini bukan kali pertama.
Menerusi perkongsian video yang di muat naik oleh Shila Amzah di posting Instagram, penyanyi itu sedang menyanyikan lagu berjudul Khilaf Asmara pada Konsert Merdeka 65. Sewaktu asyik membuat persembahan, Shila kelihatan tidak selesa dan dapat di lihat dia mengeluarkan sesuatu dari mulutnya yang di fahamkan merupakan gula-gula berangin lalu membuangnya di atas pentas.
Shila Amzah atau nama sebenarnya NurShahila binti Amir Amzah, 32, itu tidak berniat untuk membuat tingkah laku sedemikian. Jelas terlihat di wajahnya ketika itu kurang selesa dan katanya lagi di posting itu bahawa dia baru sahaja pulih dari sakit, jadi dia perlukan sesuatu untuk segarkan badannya.
“Sorry sebab lupa buang gula-gula again. The aftermath of being demam, makan ubat batuk, selsema and panadol then minum coffee at 11.30 p.m., dapatlah kita menikmati video bts ini.” katanya di ruangan caption sebagai titipan buat warganet.
Di fahamkan bahawa ini bukan kali pertama Shila Amzah membuat sedemikian. Melalui caption dia juga telah berkata dia membuat kelakuan ini sekali lagi. Penyanyi lagu Patah Seribu itu telah melakukan aksi ini buat kali pertama sewaktu dia menanyi di peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-36 tahun lalu.
Menerusi temubual bersama OhBulan!, Shila menegaskan bahawa dia sememangnya mempunyai tabiat kunyah gula-gula sebelum membuat persembahan. Bagaimanapun, sewaktu hari kejadian dia terlupa untuk mengeluarkan gula-gula tersebut dari dalam mulutnya dan terpaksa membuat aksi tersebut kerana khuatir tercekik.
“Saya memang ada satu tabiat sebelum membuat persembahan, iaitu saya suka mengunyah gula-gula berangin untuk menyejukkan tekak,
“Selepas dah menyanyi bahagian ‘adlip’, rasa macam nak tercekik dan terganggu. Nak telan, takut tersekat pula. Bila tengah tak sihat, ruang udara macam terbatas, jadi, saya kena buang gula-gula itu.” kata Shila.
Ramai juga orang memberikan respon melalui posting di Instagram miliknya. Pelbagai reaksi yang telah di terima dan ramai juga yang cuba menasihatkan penyanyi tersebut supaya tidak memakan gula-gula sebelum menyanyi. Tetapi ada juga peminat Shila yang sudah tahu tabiatnya yang suka mengunyah gula-gula itu.
Shila Amzah juga selalu beringat untuk di membuat perkara sedemikian kerana ramai juga yang telah memberikan pesanan kepadanya. Malah, ini bukan sahaja kali pertama dia ‘kantoi’ membuat perkara sedemikian.
“Sebelum ini, saya dah pernah ‘buat hal’ di acara akhir Anugerah Juara Lagu yang mana, turut ‘tertangkap’ oleh kamera. Selalunya, saya memang ingat dan tak pernah buat dah,
“Bila dah berlaku sekali lagi dan tular, saya tak boleh nak buat apa sebab benda dah jadi. Bagi saya, ini adalah hiburan. Orang nak cakap apa pun, cakaplah.” katanya lagi.
Persembahan Shila Amzah yang menyanyikan lagu Khilaf Asmara serta pakaian yang di kenakan sewaktu membuat persembahan pada Konsert Merdeka 65 banyak mendapat respon yang positif. Orang ramai sangat tak sangkal lagi kebolehan Shila yang mampu memberi vokal yang hebat.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.