Pelakon jelita dan juga usahawan inai, Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa dengan panggilan Che Ta baru-baru ini menzahirkan rasa sedih dan kurang senang dengan kelakuan orang melayu beragama Islam yang menyambut hari Krismas pada 25 Disember lalu.
Menurut Che Ta golongan ini terlalu berusaha mahu ‘acah-acah mat salleh’ dengan tanpa segan silu menyambut perayaan itu sambil bermain dengan anjing meskipun agama Islam melarang menyentuh haiwan berkenaan.
Sedih Tengok Orang Melayu ‘Acah’ Jadi Orang Putih
Perkara tersebut dimaklumkan isteri kepada aktor kacak Zain Saidin itu, menerusi satu hantaran di laman Instastory miliknya tengah malam tadi.
“Sedihnya bila tengok orang Melayu ni acah-acah nak jadi orang putih, nak sambut Krismas, main-main dengan anjing, walaupun beragama Islam!,” Tulis Che Ta
Ads
Moga Allah Kurniakan hidayah Kepada mereka
Sehubungan itu, ibu kepada Aisyah Dhia Rana itu juga berkesempatan menitipkan doa agar individu-individu ini kelak akan mendapat hidayah kurniaan Allah SWT.
“Allahuakbar.. Moga ada hidayah lah untuk mereka..” Tulisnya lagi.
Untuk rekod, isu artis dikecam kerana meraikan sambutn hari Krismas turut terpalit kepada penyanyi, Nourul Depp yang baru-baru ini tindakannya itu telah menjadi perdebatan hingga menerima kritikan hebat dari netizen, selepas berkongsi momen berkenaan di media sosial miliknya.
Ads
Bagaimanapun, Nourul menjelaskan bahawa dia dan keluarganya sekadar meraikan kegembiraan dengan memberi hadiah sahaja, memandangkan kedua-dua mentuanya juga tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.
Canang kemewahan di media sosial, pempengaruh beri perspektif berbeza pada orang ramai. Hafiz dan Aina antara pempengaruh yang mempunyai pengikut ramai sehingga kini mempunyai legasi yang masih utuh dan mempunyai strategi tersendiri.
Bercerita tentang kehidupan seorang influencer yang kini kerap tayang kemewahan, Aina berpendapat bahawa zaman sekarang pendekatan yang berbeza berbanding dengan cara dia sendiri sebagai pempengaruh di peringkat awal dahulu.
“Mereka mungkin telah diberi latihan dan pendekatan untuk menunjukkan kemewahan yang dimiliki, malahan gaya hidup mereka juga penting untuk menarik perhatian orang di luar sana untuk mengikutinya, berbeza dengan pendekata kami berdua dahulu,” ujarnya.
Manakala Hafiz mempunyai padangan yang berbeza, mereka ini terdiri dari dua golongan, bahawa influencer itu sendiri mungkin mempunyai kehidupan sebegitu dan kedua bergantung juga pada penerimaan orang sekeliling.
“Zaman sekarang tidak pernah lari dari kemewahan yang ditayangkan di media sosial, gaya hidup, travel, makan dan media sosial adalah salah satu platform yang mendidik generasi sekarang. Oleh itu kitalah yang berperanan mendidik masyarakat untuk lebih bijak menilainya,” kongsinya lagi dalam majlis Briefing & Chillin’ With AINAA di Mariott Putrajaya.
Hafiz antara lima calon top 5 Influencer Tergempak Anugerah Gempak Most Wanted 2022 akui dia juga melalui proses memantangkan diri sebagai seorang pempengaruh. Begitu juga mereka generasi baharu, dalam proses untuk berada peringkat yang mereka ingini, pelbagai strategi pemasaran di lakukan mengikut kehendak semasa.
Walaubagaimanapun perubahan itu akan berlaku setelah mereka sedar untuk berada untuk terus relevan di dalam industri pasti memiliki kebijaksanaan. Proses ini juga mengajar mereka menjalaninya dengan jaya walaupun perjalanan kematangan itu tidak semuanya yang indah-indah berlaka.
Hafiz dan Aina gemar berkongsi cerita realiti sebenar kehidupan mereka, tidak pula ingin mereka di luar sana untuk mengikutinya seratus peratus. Tidak terlepas dari kencaman pasangan ini tidak pernah melatah malah anggap itu satu pengajaran dan lebih berhati-hati dalam sesebuah perkongsian di media sosial.
Tiada apa yang lebih membahagiakan pasangan ini apabila mendengar luahan orang sekeliling dan dapat membantu mereka adalah satu pembayaran balik atas doa dan sokongan mereka terhadapa kejayaan mereka di tahap ini.
Pempengaruh dan usahawan popular Hafiz Mahamad mendedahkan ramai individu dalam kalangan anak muda berusia bawah 25 tahun terbelenggu dengan hutang yang mencecah hingga jutaan ringgit. Jelas pengasas produk kecantikan Ainaa Beauty ini, kebanyakan anak muda terpengaruh dengan janji manis dan terjebak dengan sistem pengurusan syarikat tertentu yang secara tidak langsung memperalatkan mereka.
Tambah Hafiz, dia dan pasukannya sering dipertemukan dengan anak-anak muda yang meminta bantuan untuk keluar dari kesempitan dan hutang. Malah, ada yang pernah tersilap langkah merancang ekonomi sehingga terikat dengan hutang dan pinjaman tidak bertauliah serta menjadi mangsa diperalatkan oleh pengasas produk tempatan.
“Ramai anak muda berhenti berniaga, tak berjaya dan dikelilingi hutang. Ada yang dah bankrap di usia muda. Yang datang pada kami sampai ratus ribu hutang, mereka diajar berhutang dengan ah long!
“Kalau selama ini kita mendengar orang yang meminjam ah long berumur 30 tahun ke atas, tapi sekarang ni apa komitmen hidup mereka golongan muda untuk berhutang dengan ah long?
“Adakah mereka berkeluarga? Susah? Tidak… mereka masih belajar.
“Ini bermakna mereka dipergunaalatkan oleh sistem perniagaan yang salah,” jelasnya lagi.
Justeru kempen ‘Malaysia Baru, Peluang Perniagaan Baru’ berobjektifkan untuk memacu masa depan ekonomi negara dan kestabilan kewangan golongan B40 muda.
Dalam kempen sama, Hafiz menyeru anak muda yang ingin menjana pendapatan melalui sistem ejen atau stokis, untuk lebih cakna dalam memilih jenama yang mempunyai wawasan serta visi di masa hadapan seperti AINAA Beauty.
Setelah hampir enam tahun menempa nama menggunakan sistem ejen dan stokis yang telus dan bersih, AINAA Beauty telah berjaya melahirkan lebih dari 3,000 orang usahawan bersama pasukan pengurusannya serta dibantu oleh 10 orang stokis terbesar dalam komuniti mereka yang kini mempunyai empayar perniagaan yang stabil dan berwawasan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan kecantikan. Dua perkara ini tidak mungkin dapat dipisahkan dan selalu berkaitan antara satu sama lain diibaratkan nafas bagi setiap wanita. Setiap wanita mendambakan kulit wajah yang berseri untuk tampil lebih berkeyakinan.
Indikator cantik bagi seorang wanita biasanya tertumpu pada kulit yang mulus, putih bersih serta cerah berseri. Kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan, malah jika boleh sehingga usia mencecah 40 tahun ke atas pun, wajah masih mahu kelihatan muda.
Semakin ramai wanita memilih untuk menjalani prosedur estetik bagi merealisasikan impian memiliki kecantikan seperti yang diidam-idamkan. Rawatan atau prosedur estetik memberi tumpuan kepada pembaikan rupa bentuk wajah, kulit dan badan yang berasaskan kaedah dan produk saintifik.
Pada masa kini, terdapat banyak klinik perubatan estetik di Malaysia yang dikendalikan oleh doktor perubatan estetik berdaftar dan kualiti prosedur estetik semakin meningkat. Doktor Perubatan Estetik dilatih dan mahir dalam kedua-dua kaedah rawatan invasif atau tidak invasif.
Namun pandangan masyarakat tentang prosedur pembedahan plastik masih lagi taboo jika ianya bertujuan untuk kecantikan. Mungkin ini disebabkan oleh budaya atau agama. Di beberapa negara seperti Korea, mereka lebih cenderung untuk melakukan prosedur ini secara terbuka.
Menurut pakar perunding bedah plastik, rekonstruktif dan estetik, Hospital Pakar Avisena, Dr. Wan Syazli Rodzaian Wan Ahmad Kamal, pembedahan plastik boleh dibahagikan kepada dua, iaitu rekonstruktif dan estetik.
• Pembedahan plastik rekonstruktif bertujuan untuk mengubah bentuk anggota badan yang rosak akibat kemalangan, kebakaran atau kecacatan sejak lahir.
• Pembedahan kosmetik pula dilakukan untuk memperbaiki bentuk struktur badan agar kelihatan anggun dan menarik seperti Facelift untuk menghilangkan kedutan kulit di muka, Rhinoplasty untuk mancungkan hidung dan dan runcingkan dagu.
Tidak dapat dinafikan apabila menyebut prosedur estetik ramai yang beranggapan ianya mahal dan memerlukan rawatan yang tinggi. Sebenarnya tidak. Ini kerana tidak semua prosedur estetik melibatkan pembedahan yang rumit memerlukan dewan bedah, sebaliknya ianya boleh dilakukan di bilik rawatan di klinik sahaja.
Pendapat skeptikal masyarakat apabila bertemu dengan perunding bedah plastik perlu menjalani prosedur di dewan bedah adalah tidak benar. Prosedur yang melibatkan pembedahan di dewan bedah, antaranya adalah melibatkan kes-kes antaranya seperti liposuction (sedut lemak) dan pembedahan kelopak mata atau hidung.
“Sebenarnya 70 ke 80 peratus daripada kes yang saya kendalikan tidak perlu ke dewan bedah sebaliknya boleh dilakukan di bilik rawatan di klinik. Prosedur seperti chemical peel, laser, botox, fillers dan microneedling Dr Wan Syazli turut menyediakan khidmat pemulihan rambut (Hair Restoration). Antara rawatan yang disediakan adalah hair transplantation atau penanaman rambut, suntikan Cytokine, suntikan PRP, suntikan growth factor, syampoo and ubatan pelebat rambut serta LASER rambut.
Jika anda bercadang untuk mendapatkan rawatan estetik atau mempunyai minat dalam apa-apa prosedur estetik, sila pastikan bahawa pengamal tersebut adalah berdaftar dan disahkan oleh KKM. Jangan takut untuk bertanya kepada doktor tersebut jika ada apa-apa keraguan.
Dalam banyak-banyak prosedur estetik, chemical peel tetap menjadi rawatan estetik yang paling popular. Akui Dr. Wan Syazli, chemical peel menjadi prosedur estetik yang popular diikuti laser dan juga botox.
Prosedur chemical peel menjadi pilihan ramai kerana kesannya boleh dirasai dengan segera. Prosedur chemical peel juga tidak invasif dan senang dilakukan. Ia mampu meningkatkan kualiti kulit dan memperbaiki tekstur kulit.
Prosedur ini sesuai untuk merawat jerawat, parut jerawat dan pelbagai masalah kulit berjeragat. Walaupun prosedur ini agak mudah, ia perlu dilakukan oleh pengamal perubatan yang terlatih untuk mengelakkan sebarang komplikasi daripada berlaku.
“Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan estetik, boleh datang ke hospital Avisena. Klinik estetik kami mesra Muslim. Anda tidak perlu ragu-ragu untuk mendapatkan rawatan di sini kerana hospital Avisena sudah lama bertapak dalam dunia perubatan. Menjadi keutamaan kami memastikan semua prosedur adalah selamat dan tidak memudaratkan dengan harga yang berpatutan serendah RM300,”jelas DR.Wan Syazli.
Prosedur chemical peel juga amat sesuai dilakukan bagi mereka yang menginginkan efek wajah yang lebih glowing. Hanya memakan masa selama lebih kurang 15 minit, kesannya boleh dirasai dengan cepat. Manakala untuk prosedur laser pula, ianya sesuai untuk mengatasi masalah pigmen hitam pada wajah dan daging berlebihan atau skin tag. Rawatan laser juga sesuai untuk mengatasi masalah parut jerawat.
“Nasihat saya kepada mereka yang ingin menjalani prosedur estetik, dapatkan nasihat dan maklumat sebanyak mungkin. Fahamkan dahulu prosedur dan dapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu prosedur estetik.
“Penting untuk anda pergi di tempat yang sepatutnya seperti di hospital dan juga di klinik-klinik estetik yang bertauliah dan ada sijil Credentialing and Privileging (LCP). Paling penting, jika berlaku sebarang komplikasi, segera dapatkan rawatan awal. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi lebih serius,” akhiri Dr. Wan Syazli.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mask muka sejak bulan April, Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengesyorkan agar semua orang memakai kain penutup wajah di khalayak ramai, terutama di kawasan di mana sukar untuk menjaga jarak antara satu sama lain.
Agensi ini mengubah garis panduan awal dalam usaha untuk mencegah penyebaran COVID-19, yang mudah disebarkan dari individu ke individu lain, walaupun seseorang tidak mempunyai gejala.
Sejak itu, memakai mask telah menjadi sebahagian lain dari rutin anda. Pelbagai jenis mask muka dihasilkan yang anda sendiri tidak menjamin boleh melindungi kulit wajah anda.
Tetapi untuk kebaikan semua yang melakukan rutin ini, anda mungkin menyedari beberapa masalah yang menjengkelkan di luar pandangan anda seperti kulit gatal, jerawat, komedo berminyak dan beberapa masalah kulit yang lain. Ini kerana memakai mask muka secara tidak sengaja dapat membuat sebahagian kulit anda terkesan secara tidak sengaja, jelas pengarah penyelidikan kosmetik dan klinikal dalam dermatologi.
Mask muka boleh membahayakan kulit dengan dua cara, pertama, geseran langsung dapat merosakkan lapisan kulit luar, menyebabkan kerengsaan dan keradangan. Kedua, mask memerangkap kelembapan, peluh, dan minyak pada kulit. Sebaliknya, ini mewujudkan persekitaran yang mendorong mikroorganisma berkembang, keadaan yang semakin buruk seperti jerawat dan rosacea.
Mask muka sangat mustahak, anda tidak boleh berhenti memakainya kerana masalah kulit. Tetapi anda dapat mengurangkan kemungkinan kerosakan dengan memberikan sedikit penjagaan pada kulit anda dan merawat mask muka dengan betul.
Tidak semua mask dibuat sama material, sekurang-kurangnya untuk menjaga kulit anda bersih. Doktor pakar mencadangkan memakai mask kapas kerana serat semula jadi lebih lembut pada kulit dibandingkan dengan sintetik, dan cenderung menyebabkan kerengsaan kulit.
Mask kapas sangat berguna semasa bersenam, apabila terdapat peningkatan geseran dan kelembapan di sekitar wajah anda. Untuk mencegahnya menjadi “kulit kasar”, seperti yang dikatakan oleh doctor pakar, pastikan untuk memilih bahan kapas 100%.
“Jangan memakai alat solek di bawah mask muka anda, ia mungkin terperangkap di kulit, menyumbat pori-pori, atau menyebabkan kerengsaan kulit. Oleh kerana wajah anda tidak kelihatan di bawah penutup, lebih mudah daripada sebelumnya untuk memberi kulit anda rehat.
Anda tidak selamat dari terbakar sinar matahari hanya kerana memakai mask, sisi lainnya pelindung matahari adalah cerita yang berbeza. Doktor pakar mengesyorkan gunakan pelembap dengan SPF atau pelindung matahari wajah yang berlapis di atas krim pelembap muka.
Cari produk tanpa komedogenik yang bebas minyak, kerana ini dirumuskan untuk tidak menyumbat liang. Pastikan anda menyapukan krim SPF di seluruh wajah anda untuk membantu mengelakkan masalah kulit yang ditakuti. Apatah lagi dalam cuaca panas, muka akan berbelang dan akan menampakkan tidak sekata apabila membuka mask muka.
Pastikan penjagaan kulit muka sama seperti sebelum anda memakai mask muka.
Setelah sampai di rumah, tanggalkan mask muka dan cuci muka sepenuhnya dengan pembersih wajah. Ini akan menghilangkan kotoran, minyak, dan serat di sebalik mask. Saranan pakar menggunakan pembersih harian ultra gentle neutrogena. Kemudian, gunakan pelembap untuk membantu mengatasi kerengsaan dan kekeringan dari pembersihan tambahan.
Mask harus dicuci secara rutin bergantung pada frekuensi penggunaan, Basuh selepas pakai seharian sekiranya anda menjalani aktiviti olahraga. Anda perlu merawat mask kain dengan betul seperti pakaian lain yang bersentuhan dengan kulit anda. Jangan gunakan bahan pencuci secara berlebihan, ini boleh menyebabkan molekul pencuci tertanam di dalam tenunan kain dan menyebabkan kerengsaan kulit secara langsung. Pilih pencuci tanpa pewarna dan wangian.
Sekiranya anda telah mencuba langkah-langkah di atas dan anda masih menghadapi masalah kulit berminyak dan jerawat, mungkin sudah tiba masanya untuk membuat temu janji dengan pakar dermatologi yang bertauliah. Jangan endahkan nasihat pakar walupun anda mempunyai plan pelindungan diri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.