Pernahkah anda mengalami bibir pecah-pecah, kering, dan terasa pedih ketika memakan atau meminum sesuatu? Keadaan ini sangat tidak selesa terutama bagi para wanita yang mementingkan penampilan diri.

Lebih parah lagi jika penggunaan kosmetik yang tidak bersesuaian akan menyebabkan bibir jadi hitam. Mislanya penggunaan gincu bibir yang tidak sesuai dengan bibir.

Sebagai alternatif kepada gincu terutamanya yang mengolesnya di bibir sebagai penyeri wajah, boleh menggunakan lip balm sahaja. Malah, kini lip balm atau pelembap bibir semakin popular di kalangan wanita kerana ia lebih simple dan terasa ringan di bibir.

Untuk lebih jimat, admin nak kongsikan beberapa lip balm yang boleh kita buat sendiri di rumah. Lip balm ini mampu melembap dan melembutkan bibir kering, malah, mempunyai bau yang luar biasa dan tahan sepanjang hari.

1. ORANGE KISS LIP BALM

Cara penyediaan:

•    2 sudu Beeswax

•    2 sudu shea butter

•    4 sudu sweet almond oil

•    10-12 titis minyak pati oren atau limau

Cairkan beeswax, sweet almond oil, shea butter di dalam bekas kaca dalam ketuhar gelombang mikro. Sentiasa check setiap 30 saat dan kacau. Tambah minyak pati anda atau mana-mana pewarna tambahan. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam tin anda dan biarkan sejuk.

2. VANILLA LIP BALM

Cara penyediaan:

•    2 sudu Beeswax

•    2 sudu shea butter

•    2 sudu coconut oil

•    Pati vanilla

Cairkan beeswax, shea butter, coconut oil di dalam bekas kaca dalam ketuhar gelombang mikro. Tambah pati vanilla. Tuangkan ke dalam bekas kecil dan sejukkan.

3. PEPPERMINT COCOA LIP BALM

Cara penyediaan:

•    Beeswax

•    Cocoa Butter

•    Coconut Oil

•    Vitamin E

IKLAN

•    Peppermint Oil

Ambil periuk kecil dan letakkan mangkuk kaca/logam di atasnya, buat kaedah double boiler. Seterusnya pada haba yang rendah, cairkan bahan-bahan bermula dengan beeswax, coconut oil, cocoa butter. Potong dua kapsul Vitamin E, masukkan ke dalam campuran adunan dan tambah sedikit peppermint oil. Apabila semuanya cair, tutup api dan tuang adunan beeswax ke dalam bekas pilihan anda.

                                      http://www.hijabista.com.my/5726-2/

4. GRAPEFRUIT LIP BALM

Cara penyediaan:

•    Beeswax

•    Shea Butter

•    Coconut Oil

•    Sweet Almond Oil

•    Grapefruit essential oil

•    Shimmer dust

Gunakan kaedah double boiler ataupun ketuhar gelombang mikro, ikut suka. Cairkan beeswax, shea butter, coconut oil, almond oil. Setelah semua bahan telah cair, kacau dan tambah 15 titis grapefruit oil. Kemudian tambah kira-kira 1/4 sudu teh shimmer dust, ini akan memberikan sedikit warna dan kilauan.

5. SPICY  LIP BALM

Cara penyediaan:

•    Coconut oil

•    Shea butter

IKLAN

•    Beeswax

•    Castor oil

•    Pati vanilla

•    Essential oil – Cinnamon, Ginger, Clove

Beeswax, shea butter, coconut oil dicairkan kira-kira 5 hingga 10 minit. Tambah castor oil, untuk berikan kilauan pada lip balm. Tambahkan pati vanilla dan campuran essential oil seperti cinnamon, ginger dan clove. Kacau semuanya. Letakkan dalam bekas dan biarkan sejuk.

6. RASPBERRY LIP BALM

Cara penyediaan :

•    Coconut oil

•    Dried raspberry

•    Beeswax

Kisar dried raspberry sehingga halus, cairkan coconut oil dan beeswax dengan kaedah double boiler. Tambah raspberry ke dalam adunan dan kacau sebati. Tuangkan perlahan-lahan ke dalam tin anda dan biarkan sejuk.

7. ORGANIC LIP BALM

Cara penyediaan :

•    Minyak pati lemon

•    Sweet almond oil

•    Organic extra virgin oil

IKLAN

•    Besswax

Gunakan kaedah double boiler, cairkan beeswax, sweet almond oil, organic extra virgin oil. Seterusnya ketepikan adunan, tambah minyak pati lemon. Tuang ke dalam bekas dan biarkan sejuk selama beberapa jam

8. STRAWBERRY LIP BALM

Cara penyediaan :

•    Shea butter

•    Rosehip seed oil

•    Beeswax

•    Strawberry extract

•    Pewarna – rose petals powder

Campur shea butter, rosehip seed oil dan beeswax dan cairkan menggunakan kaedah double boiler. Keluarkan adunan dan biarkan sejuk. Tambah sedikit strawberry extract dan pewarna ke dalam adunan. Gaul ke semua bahan, letak perlahan-lahan dalam bekas.

9. COCONUT MANGO BUTTER LIP BALM

Cara penyediaan :

•    Coconut oil

•    Mango butter

•    Olive oil

•    Jojoba oil

•    Castor oil

•    Beeswax

Campurkan ke semua bahan ke dalam bekas kaca, guna kaedah double boiler. Teruskan pemanasan sehingga mango butter dan beeswax cair. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam tin atau bekas pilihan.

NOTA:  BEESWAX – Lilin semula jadi yang dihasilkan oleh lebah. Beeswax disebut juga dengan lilin madu atau lilin lebah. Beeswax diperolehi dari sarang lebah atau tala yang telah dikeluarkan madunya. Selepas sarang diproses dalam pemerah, madu akan keluar dan tinggalah sarang lebahnya. Sarang lebah itulah yang disebut dengan nama beeswax.

Selamat Mencuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI