Buntu mekap hujung minggu anda? Apa kata cuba sesekali mekap ala pelakon dan pengacara popular Neelofa dalam drama Suri Hati Mr Pilot yang cukup trending dua tahun lalu. Inilah masanya untuk bersantai bersama teman-teman di hujung minggu sambil berkongsi cerita menarik. Curi perhatian ramai dengan permainan rona semulajadi yang cukup memukau.
Bagi yang tidak pandai bermekap, boleh ikut tutorial mudah oleh influencer Syifa Melvin ini. Jika diamalkan hari-hari tidak mustahil anda mampu solek diri sendiri tanpa minta bantuan orang lain. Apa yang penting ada keinginan untuk mencuba.
Ada macam-macam cara dilakukan untuk seseorang itu mengurangkan berat badan. Bagi salah seorang pengguna di laman sosial facebook Darwisy Fathiyah Zam, dia hanya gunakan cara menjaga pemakanan betul dengan mengira kalori yang diperlukan setiap hari. Hasilnya setelah berdiet selama 7 bulan, dia berjaya membuang 18 kg dari 71 kg sebelumnya dan kini hanya 53.1 kg.
Walaupun makan 5 atau enam kali sehari, dia tidak perlu risau kerana mampu menurunkan berat badan dengan cara sihat dan tidak menyakitkan.
Menurutnya lagi dia juga jarang melakukan senaman dan apa yang penting adalah perlu menjaga pemakanan yang seimbang.
Ikuti perkongsiannya.
Berat sebelum 71kg Berat selepas 53.1kg
Lilit pinggang sebelum 34 inci
Lilit pinggang selepas 26 inci
Bmi sebelum 29.2 Bmi selepas 21.8
Ramai yg nk tahu rahsia macam mana saya boleh kurus tanpa produk dr 71kg-60kg…sebenarnya xde rahsia pon hanya jaga pemakanan dgn betul dan tahu berapa calori yg badan kita perlukan setiap hari
Apa yang saya buat
Makan nasi setiap hari tp kadar suku2 separuh,mesti ada yg xfaham apa yg suku apa yg separuh…nasi suku,laut suku,sayur buah separuh.
Makan 5 kali @6 kali sehari
Snack pagi 10-11pg makan buah
Tengahari nasi+lauk pauk yg dikukus/panggang/rebus+sayur2an direbus/grg tanpa minyak/ulam2an.
Mkn mlm 7-8mlm roti+lauk+sayur
Bersenam jarang2
follow fb diet kalori malaysia
Tu je yg saya buat
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Beberapa minggu ini kita sering ‘dihidangkan’ dengan berita-berita kemalangan maut. Kita yang membaca berita itu pun sudah sedih, apatahlagi ahli keluarga mangsa yang terlibat. Tidak dapat dibayangkan bagaimana mereka ‘menghadapi’ kehilangan ahli keluarga dan orang yang tersayang tanpa dapat diduga.
Bersedih adalah respon normal selepas kehilangan insan tersayang. Merasai rasa sedih bermula dengan:
Ia bukan mimpi dan anda tidak boleh berfikir seolah olah tiada apa yang berlaku. Ya, pada permulaan pasti ada rasa marah dan penafian. Ia juga satu yang normal.
Alami dan rasai kesedihan itu. Anda berhak untuk sedih dan berkongsi kesedihan. Menangis, menulis di buku, kongsikan di media sosial adalah respon normal. Memendamkan kesedihan dengan berlagak seperti tiada ada berlaku lebih menyakitkan anda.
Kehidupan tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ambil masa untuk adaptasi kehidupan tanpa insan tersayang. Beri diri anda ruang untuk menyesuaikan diri. Ia tidak mudah, tapi perlahan lahan anda boleh.
Walaupun sebahagian dari “diri anda” telah pergi, jasadnya mungkin telah tiada namun kenangan dan memori bersama tetap abadi selamanya. Ingatlah masa dan memori yang ditinggalkan sebagai hadiah yang tidak ternilai.
Bertahun hidup bersamanya adalah anugerah. Berbanding menfokuskan kepada apa yang telah anda hilang, fikirkan apa yang telah anda terima dari insan tersayang. Ia kekuatan anda untuk teruskan hidup baru dengan memori dan ingatan sepanjang hayat.
Hanis Zalikha antara selebriti yang sudah hampir empat tahun berhijab sejak 2015. Kalau dulu pelakon dan pengacara popular ini cukup aktif berblogging, tetapi kini haluannya sedikit berbeza.
Hanis dilihat selesa menjadi suri rumah melayan anaknya Yusuf Iskandar yang sudah berusia 3 tahun dan Alisa Aisyah 3 bulan. Selain itu Hanis ada juga mengendalikan bisnes tudung dengan jenama Cakenis dan terbaharu Cakenis Curves Set.
Hanis tidak pernah lokek berkongsi rahsia menjaga penampilan, penjagaan anak dan juga kecantikan susuk tubuh yang sehingga kini tidak nampak berubah walaupun sudah memiliki 2 cahaya mata malah akuinya lebih kecil dari sebelumnya.
Cakenis Curve Set rahsia tampil kekalkan bentuk badan, buah tangan Hanis untuk peminat set bengkung didatangi dengan 3 rekaan yang sesuai ketika pantang dan selepas bersalin. Yang paling istimewa Cakenis Petite Oil, tiga kandungan aktif adalah peppermint oil, lavender oil dan rosa seed oil.
Rosa seed oil membantu melembapkan kulit dan memudarkan parut dan sesuai disapu di bahagian yang berlemak. Bahagian badan kita yang berlemak (perut/pinggul/lengan) berpotensi regang, seterusnya menghasilkan stretchmark/rekahan. Jadi sapuan Cakenis Petite Oil di kawasan berlemak bertujuan merawat kulit bahagian berlemak daripada stretchmark dan minyak ini bukan untuk memecahkan lemak.
Kelebihan minyak ini jua boleh mengawal nafsu makan dengan aroma peppermint oil sendiri yang buat kita kurang selera makan. Hanis merujuk pada penyelidikan (university study (https://www.aeroscena.com/pages/research-oils-30) di mana dalam kajian itu peserta inhaledpeppermint oil (di bawah pemerhatian setiap 2jam) & kadar pemakanan mereka direkod berkurangan dalam tempoh 2 minggu. Berbanding peserta yang tidak inhale (sedut/hidu) peppermint oil.
Hanis akui yang seleranya amat tinggi “maka untuk orang yang selera makan sangat tinggi macam saya (I’m a real foodie), memang sangat membantu untuk displin makan salad & ikan sahaja. Jadi itulah caranya saya dapat pinggang yang lebih kecik daripada sebelum ni.” Sebab saya berjaya DIET dengan baik, betul & berpanjangan, bersama bantuan Cakenis Petite Oil.
Setelah berhijab, ramai yang suka sekali lihat cara pemakaian tudung Hanis yang simple dan ia memang menjadi tumpuan netizen. Kebanyakan follower di instagram yang berjumlah 5.1 juta ini ingin tahu cara pemakaian tudung stail Hanis Zalikha.
Nampak gaya itu sesuai sekali dipakai terutama bagi yang mempunyai anak kecil aktif, lasak dan sedang membesar. Walaupun Hanis sibuk melayan anaknya itu, hijab digayakan tetap terletak cantik di atas kepala. Dia juga tidak perlu gaya keterlaluan hanya cuku sekadar hijabnya di selempang kiri dan kanan. Hanis tetap kelihatan stailo dan caranya yang tersendiri.
Hanis tidak lokek berkongsi tutorial ringkas cara menggayakan hijab seperti yang digayakan setiap hari. Tidak perlu pin, cukup sekadar inner neck untuk menutup leher daripada terdedah. Perkongsian tutorial tudung di laman IG Hanis ini mendapat tontonan 459K. Malah turut mendapat reaksi positif dari netizen.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.