Bila berbicara tentang tulisan Jawi, pasti ramai yang teruja. Seni penulisan ini semakin dilupakan namun ia menimbulkan memori lalu kala zaman persekolahan. Jika anda pernah bersekolah di sekolah agama pasti akan diajar cara membaca tulisan ini.

Namun tahukan anda berpuluh tahun lalu, tulisan ini merupakan tulisan yang boleh dibaca oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Pelbagai medium akhbar dan pengiklanan menggunakan tulisan Jawi untuk memasarkan produk mereka. Namun kini tulisan ini seperti dipandang sepi.

Oleh itu Hijabista mengambil inisitatif dalam melancarkan kempen penulisan Jawi. Suara-suara selebriti tempatan turut kami dapatkan bagi memberi pandangan tentang isu ini. Antara selebriti yang menyumbangkan pendapat benas dan suara mereka ialah pelakon dan pengacara terkenal, Amyra Rosli.


“Seperti yang kita tahu, tulisan jawi ni adalah satu seni penulisan yang dah lama wujud. Namun dah terpinggir sebab dah ada tulisan rumi kan. Kadang-kadang Mira tertanya juga, adakah kita tak cukup bangga dengan zaman kegemilangan tulisan Jawi dulu yang sentiasa orang gunakan sebagai jabatan keilmuan. Hari ini, dah jadi tanggungjawab kita semua untuk memartabatkan tulisan jawi menerusi usaha pemuliharaan dan pengembangan terutamanya golongan muda menguasai kemahiran asas untuk membaca dan menulis tulisan jawi,” ujarnya.

IKLAN

Tambah ibu beranak dua ini dia mengenal tulisan jawi sejak dibangku sekolah lagi. Kongsinya, “Mira belajar tulisan jawi di sekolah kebangsaan dan selebihnya di sekolah agama.”


Melentur buluh biarlah dari rebungnya, pepatah ini sering kita dengar dalam kalangan masyarakat yang mahu mendidik generasi muda dalam memulakan sesuatu perkara lebih awal agar mereka menghayatinya sepenuh hati. Begitu juga dengan wanita anggun ini, dia mendidik anak-anaknya sejak awal dalam pembelajaran mengenal huruf jawi.

IKLAN

Kongsi pengacara Nona TV3 ini, “Untuk Mira yang mempunyai seorang anak yang berusia seorang empat tahun dan seorang lagi berusia setahun. Kita tahu sekarang ni banyak sangat kemudahan, apa yang Mira praktikan sekarang adalah beri mereka buku agama yang ada suara muzik dan bagi mereka tonton YouTube dan TV untuk beri kenal huruf asas, bila dah kenal baru kita ke langkah setrusnya pada latihan penulisan. Yang penting kita sebagai ibu bapa perlu menerapkan stail yang fun baru mereka cepat tangkap.”


Amyra juga berpendapat yang banyak kebaikan jika generasi kini kenal dan belajar bagaimana untuk membaca tulisan jawi. Jelasnya dengan penuh hemah, “Kalau kita tahu tulisan jawi untunglah, mudah untuk kita belajar Al-Quran dan sebagainya. Sebab kalau kita master in English pun ia masih tulisan sama. Kiranya, kalau kita belajar tulisan jawi ini kira macam satu ilmu ekstra. Bagi Mira, tulisan jawi harus dipentingkan dan diperkembangkan kerana ia memiliki nilai estetika yang tinggi.”

IKLAN

Sumber gambar: Instagram Amyra Rosli

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI