Disebabkan bahagian kaki merupakan aurat dan haram dipertayangkan pada orang ramai, sebuah jenama kasut tempatan mengambil insitiatif berbeza apabila menggunakan kaki lelaki sebagai model kasut mereka.
Hasil daripada kreativiti jurufoto,foto itu seterusnya akan disunting supaya kelihatan ‘flawless’ seperti kaki seorang perempuan.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Mohd Nor Amin Zainuddin di laman Facebooknya dan menyifatkan si penjual kasut ini mengambil tindakan yang bagus dalam memelihara aurat wanita.
alaupun nampak kecil namun sebenarnya ia boleh jadi dosa besar jika aurat menjadi tatapan ramai. Sebenarnya, bagi mengatasi masalah ini ada alternatif lain juga yang boleh digunakan iaitu dengan mengenakan stoking pada kaki model wanita. Apa pendapat anda pula?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam kita dikejutkan apabila mendengar berita kematian seorang penuntut Amirul Ashraff Md Zin, 22 tahun yang meninggal dunia setelah dikatakan tergelincir jatuh dari tingkat 23 pangsapuri di kediamannya di Sydney, Australia.
Walaupun berita itu amat memedihkan tetapi bagi keluarga Amirul Ashraff, mereka sekeluarga reda dengan takdir yang menimpa.
Melalui laporan di KampusUols, bapa kepada Amirul Ashraff memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan apa yang terjadi kerana sudah nasib arwah anak sulung yang merupakan harapan keluarga
Menurut Md Azhar, anak sulung daripada tiga beradik itu merupakan pelajar tahun akhir jurusan Ijazah Kejuruteraan Mekatronik di University Technology Of Sydney dan dijangka tamat pelajaran serta pulang ke tanah air pada Februari tahun depan.
“Saya masih tidak percaya atas apa yang menimpa anak saya sebab kami baru sahaja berbual melalui telefon 30 Julai lalu. Ketika itu sambutan hari jadi dia dan dia kedengaran seperti biasa sahaja.
“Tahu-tahu sahaja petang semalam pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) hubungi memaklumkan anak saya terjatuh dari pangsapuri kediamannya dan meninggal dunia. Luluh hati saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tekah, di sini hari ini.
Md Azhar berkata, dia ada menerima tawaran daripada MARA untuk membawanya ke Sydney bagi menguruskan jenazah Amirul Ashraff, tetapi dia menolak atas faktor kesihatan dan tidak mempunyai kekuatan untuk ke sana.
“Saya tidak sanggup ke sana kerana sampai hari ini lutut saya masih lemah, nak berjalan pun susah selepas mendengar perkhabaran bahawa anak sulung harapan keluarga sudah tiada.
“Biarlah saya duduk di sini menunggu jenazahnya dibawa pulang. Saya harap jenazah Amirul Ashraff dapat dibawa pulang segera,” katanya.
Menurutnya yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kali terakhir dia dan isteri, Zunaidah Ahmad, 46, bertemu Allahyarham Amirul Ashraff adalah ketika dia pulang bercuti musim panas November tahun lalu sehingga Februari tahun ini.
“Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah saya sempat menghantar dia untuk mengambil lesen kereta sepanjang dia bercuti dan menghantarnya pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya.
Sementara itu, ibu mangsa, Junaidah Ahmad, 46, berkata arwah anaknya adalah harapan keluarga.
“Arwah pernah menjadi lima pelajar terbaik sepanjang belajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Balik Pulau dan kini adik-adiknya mengikuti langkahnya.
“Memang berat untuk kami terima namun ia adalah ketentuan Allah dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya kepada Harian Metro.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi yang popular dengan lagu Semalam, Aina Abdul meluahkan rasa syukurnya kerana telah menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari di majlis konvokesyen yang berlangsung di Universiti UCSI pada hari Sabtu yang lalu.
Ujar Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, dia berasa lega kerana akhirnya dapat menamatkan pengajiannya yang mengambil masa lima tahun itu.
“Pencapaian ini amat penting untuk diri saya secara peribadi kerana akademik juga adalah keutamaan saya. Semestinya membanggakan apabila memiliki pencapaian begini di samping kejayaan karier seni,” luahnya.
Penyanyi yang berusia 28 tahun ini juga menyifatkan pencapaian itu sekali gus menjadi motivasi buatnya untuk terus meniti kejayaan dalam hidup.
Tambah Aina, walau bagaimanapun kerjayanya dalam bidang seni tetap menjadi keutamaannya buat masa ini.
“Kerjaya muzik yang semakin berkembang sekarang tetap menjadi keutamaan saya. Jadi fokus saya tetap terus menjadi penghibur disegani serta menghasilkan banyak lagu terbaik.
“Apapun, saya cuma ingin nyatakan bahawa akademik juga perlu seiring dengan kerjaya saya. Saya amat menitikberatkan pendidikan berkaitan muzik di samping tunjukkan kecemerlangan sebagai penyanyi,” jelasnya.
Di laman Instagram, Aina telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokongnya dan menghargai segala keyakinan yang telah diberikan buat dirinya.
“Saya ambil lima tahun untuk dapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang muzik ini. Terima kasih kepada guru-guru, rakan-rakan dan semestinya ibu serta adik beradik saya. Tak mungkin saya berjaya tanpa doa kalian,” tulis Aina.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Sekiranya anda merupakan seorang yang gemar ‘travel’ dan suka bercuti dengan gaya mewah menaiki kapal terbang tapi dalam masa yang sama mempunyai masalah ‘tight budget’ tak boleh terlalu boros untuk menikmati percutian, tip ini mungkin untuk anda!
Justeru, di sini Hijabista kongsikan semula tip yang diutarakan oleh seorang gadis menerusi laman Twitter miliknya menggunakan akaun pengguna @elybaeraq tentang bagaimana anda boleh berjimat dan membayar kos yang lebih murah bagi pengangkutan untuk sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
I found a new cheaper way to go to KLIA2 and I only spend RM9.40 to go here by using MRT to Putrajaya Sentral and switch to KLIA Transit.🥹😂
I’m so stingy to myself that’s why I don’t want to take a grab bcs it’s RM75 💀💀 And it’s more cheaper than taking the express train too pic.twitter.com/kzlyTgw5Cy
Perkara berkenaan dikongsikan oleh Ely menerusi ciapan bebenang (thread) dalam satu muatnaik hantaran baru-baru ini. Menurut Ely dia menggunakan kemudahan Mass Rapid Transit (MRT) Laluan Putrajaya dan berhenti di stesen terakhir iaitu stesen Putrajaya Sentral.
“Saya jumpa cara baharu lagi murah nak pergi ke KLIA2.
“Saya hanya belanjakan RM9.40 pergi ke sini menggunakan MRT ke Putrajaya Sentral dan tukar ke Transit KLIA.
“Saya sangat kedekut dengan diri sendiri sebab itulah saya tak nak gunakan pengangkutan e-hailing yang menelan kos RM75. Lagi murah daripada gunakan kereta api ekspres,” katanya.
Mengulas lanjut, Ely berkata sekiranya hijabi adalah pemegang My50 Unlimited Travel Pass (My50). Anda akan mempunyai keistimewaan menaiki MRT secara percuma!
Namun, sekiranya anda tidak melangga My50 jangan risau! Masih boleh berjinat dengan menggunakan MyCity Pass yang berharga RM5 untuk menaiki MRT ke mana sahaja dalam masa satu hari tanpa had atau caj tambahan.
Dalam ciapannya, Ely juga menyertakan beberapa keping foto sebagai bukti bahawa dia berjaya tiba di KLIA2 menggunakan laluan serta tip yang dikongsikan olehnya.
Setakat artikel ini ditulis, tip perkongsian dari Ely ini telah diulang ciap sebanyak 5,962 ciapan dengan 16.6 ribu tanda suka dari wargamaya.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.