Disakiti, dikhianati dan dilukai adalah sebahagian daripada perjalanan kehidupan. Segala yang berlaku menjadi pengajaran dalam hidup kita. Pernah tak anda berasa marah akan seseorang sehingga rasa mahu membalas dendam? Sehingga satu tahap anda bahkan tidak boleh memaafkan diri anda sendiri? Jadi bagaimanakah cara untuk anda memaafkan diri sendiri seterusnya orang yang telah melukakan anda?
“Ala, maafkan sahaja. Dia bukannya sengaja”. Pernyataan seperti ini kedengaran mudah tetapi hakikatnya tidak. Memang…memang mudah untuk diungkapkan, namun ianya perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda memaafkan insan tersebut?
Sumber gambar dari pexels
Apakah erti kemaafan?
Meninjau perkongsian Naluri, ‘kemaafan’ atau istilah lain iaitu ‘memaafkan’ adalah keputusan yang diambil untuk melepaskan perasaan benci atau dendam terhadap seseorang yang telah menyakiti atau mengecewakan anda. Ramai yang tersalah anggap kemaafan ini adalah untuk melepaskan, melupakan atau membenarkan kesilapan. Namun, sebenarnya tidak.. Erti sebuah kemaafan adalah apabila anda mengakuinya dan membuat keputusan untuk melepaskannya.
1. Maafkan dan Sayang Diri Sendiri Terlebih Dahulu
Sumber gambar dari canva
Sebelum anda maafkan orang lain, anda perlulah belajar untuk memaafkan diri sendiri. Apabila anda disakiti ataupun dikhianati, anda mesti mula berfikir yang semuanya terjadi disebabkan anda, anda sendiri adalah punca. Selepas itu, pasti anda mula membayangkan segala kekurangan dalam diri anda.
Terkadang, kita sukar untuk memaafkan orang lain kerana masih bergelut untuk menerima perasaan dan emosi sendiri. Jadi, langkah pertama untuk meringankan hati adalah dengan memaafkan diri sendiri terlebih dahulu. Lembutkan hati dan berdamai dengan diri sendiri. Anda boleh bermonolog atau mengingatkan diri sendiri seperti “mulai dari hari ini saya akan cuba untuk memaafkan diri sendiri“. Ulang kalimat ini setiap hari. Dari situ akan terbit suatu kekuatan yang lebih besar untuk memaafkan orang lain.
2. Beri Ruang Untuk Memaafkan
Sumber gambar dari pexels
Walaupun masih marah atau sakit hati, cubalah semampunya untuk maafkan. Bukakan pintupengampunankepadamerekayangtelahmenyakitiataumenganiayaanda. Menyimpan kebencian hanya memburukkan dan menghalang anda daripada mencari ketenangan. Islam sentiasa mengajar pengikutnya untuk saling memaafkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).
Jika anda terlalu benci akan seseorang, anda akan sentiasa berfikir sampai termimpi kejadian yang menyakitkan berulang kali. Tambahan itu, ia juga menguasai dan menjejaskan kesihatan mental dan keupayaan untuk merasai kegembiraan, yang merupakan motivasi untuk memaafkan. Sekurang-kurangnyabukapintu dan berikan ruangsupayaanda berasa lebih tenang.
3. Jaga Niat Baik yang Ada
Memaafkan mereka yang telah menyakiti anda, walaupun mereka tidak “layak” merupakan suatu perkara kebaikan. Walaupun dalam proses memaafkan itu anda masih merasa sedih setiap kali mengenangkan peristiwa buruk yang telah berlaku, sekurang-kurangnya niat baik anda masih terjaga. Jangan pernah mendoakan yang buruk terhadap orang lain. Menurut sumber dari Bahtsul Masail, mendoakan kebinasaan atau keburukan terhadap orang lain menurut Imam Al-Ghazali, adalah perbuatan yang keji dalam syariat Islam sebagaimana dinyatakan dalam kitab Ihya Ulumiddin:
ويقرب من اللعن الدعاء على الإنسان بالشر حتى الدعاء على الظالم كقول الإنسان مثلا لَا صَحَّحَ اللَّهُ جِسْمَهُ وَلَا سَلَّمَهُ اللَّهُ وما يجري مجراه فإن ذلك مذموم وفي الخبر إن المظلوم ليدعو على الظالم حتى يكافئه ثم يبقى للظالم عنده فضلة يوم القيامة
Maksudnya: “Dekat dengan laknat adalah mendoakan keburukan untuk orang, termasuk mendoakan orang yang berbuat zalim, seperti doa seseorang, ‘Semoga Allah tidak menyehatkan badannya,’ ‘Semoga Allah tidak memberikan keselamatan untuknya,’ atau doa keburukan sejenisnya karena semua itu adalah perbuatan tercela. Dalam hadits disebutkan, ‘Sungguh, orang yang teraniaya mendoakan keburukan untuk orang yang menganiaya sampai lunas terbayar, tetapi yang tersisa kemudian adalah kelebihan hak orang yang berbuat aniaya atas orang yang teraniaya pada hari kiamat,’”
4. Tumbuh dengan Cara Terbaik Anda (Grow in Your Best Way)
Yakinlah bahawa semua yang berlaku ini membantu anda menjadi lebih lebih kuat, lebih matang dan lebih bijak. Semakin banyak nilai positif yang anda tanam dalam diri anda, lebih cepat ia menyembuhkan semua luka di dalam hati. Walaupunkeikhlasan untuk memaafkan tidakmunculdalamsekelipmata,sekurang-kurangnyaandabolehmenjadiorangyanglebihbaikuntukseketika. Tambahan itu, anda juga perlu faham bahawa semua perkara memakan masa, apatah lagi proses memaafkan. Hargaipertumbuhananda.
Sumber gambar dari pexels
Jangan hancurkan diri anda dengan amarah, kebencian dan dendam. Semoga hati anda sentiasaterbukaya. Dengan memaafkan,hidupandaakanmenjadilebihbaikdimasahadapandanhatiandaakanberasalebih tenang.
Namanya cendawan ‘Mekah’ tetapi bukanlah cendawan mahupun berasal dari Mekah. Jadi apakah ia sebenarnya?
Ia merupakan sejenis minuman yang semakin popular kerana mempunyai khasiat tersendiri yang membantu mereka yang mengalami masalah seperti memori yang lemah, melegakan sindrom prahaid dan juga membantu untuk menyuburkan rambut! Namun, anda perlu tahu dahulu keburukan dan cara pengambilan yang betul.
Kenapa dipanggil Cendawan ‘Mekah’?
Anda mesti bingung kenapa panggil cendawan ‘Mekah’ tapi bukan cendawan dan berasal dari Mekah? ‘Cendawan’ merujuk kepada bentuk rupa dan teksturnya yang seolah-olah bentuk kepala beberapa jenis cendawan. ‘Mekah’ pula merujuk kepada sifatnya yang asing.
Ia sebenarnya dikenali sebagai Kombucha yang berasal dari negara China sekitar tahun 2,000 sebelum masihi. Asal nama Kombucha pula daripada nama seorang doktor dari korea yang bernama Dr. Kombu.
Bagaimana Cendawan ‘Mekah’ dibuat?
Cendawan ‘Mekah’ atau Kombucha ini sebenarnya terhasil daripada penapaian air teh hijau, hitam, ataupun oolong manis bersama gula, yis dan bakteria. Proses penapaian bagi teh ini pula selalunya memakan masa dalam 7 hingga 10 hari sebelum ia boleh diminum dan semakin lama dibiarkan, semakin kurang rasa manis disebabkan bakteria telah memakan gula dalam campuran teh itu.
Setelah siap proses penapaian, maka terhasilnya teh Kombucha atau teh cendawan ‘Mekah’ yang menjadi seperti bergas, mempunyai cuka, vitamin B, enzim, probiotik dan tinggi kandungan asid–asetik, glukonik dan laktik. Hasil penapaian itu juga akan dicampurkan bersama jus-jus buah-buahan asli dimana terhasilnya pelbagai perisa seperti delima, nenas, dan buah naga.
Dan kalau anda nak tahu teh cendawan ‘Mekah’ atau Kombucha ini tidak sama sifatnya dengan Bir dan Wain walaupun melalui proses penapaian dengan yis. Ia sama sekali berbeza kerana Cendawan ‘Mekah’ menghasilkan dua komponen seperti bakteria asid laktik dan bakteria asid asetik yang dianggap sebagai perosak bir dan wain.
Keburukan teh Cendawan ‘Mekah’
Sebenarnya ia tidaklah memberhaya kepada mereka yang ingin cuba atau amalkan minuman teh Cendawan ‘Mekah’ ini. Tapi anda perlu tahu kesan-kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan jika mengambil minuman ini tanpa pengetahuan yang lengkap.
Sebelum mengambil teh ini, anda perlu berunding dengan doktor, ahli farmasi atau penjual herba bagi mendapatkan kepastian. Antara individu yang perlu mendapatkan kepastian adalah:
Jika anda sedang hamil atau menyusukan bayi kerana anda perlu mengambil ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor dalam fasa ini
Anda sedang mengambik ubat-ubatan lain.
Mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan seperti fungsi sistem imun yang lemah
Mempunyai alahan seperti terhadap makanan, pewarna, bahan pengawet, atau haiwan
Jangan khuatir! Teh Cendawan ‘Mekah’ ada kebaikannya juga
Menurut Link (2022) melalui laman sesawang Dr.Axe, teh Cendawan ‘Mekah’ ini memberikan beberapa khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkan pengambilan teh ini seperti:
Membantu menguatkan memori
Melegakan sindrom prahaid
Membantu penghadaman
Menurunkan berat badan
Meningkatkan tenaga
Detoksifikasi badan
Membantu sistem imun
Mengurangkan sakit sendi
Mengurangkan risiko kanser
Membantu untuk menyuburkan rambut
Minuman teh cendawan ‘Mekah’ ini juga dijadikan sebagai minuman alternatif untuk anda yang ingin cuba mengurangkan pengambilan minuman yang manis.
Bulu mata mempunyai kemampuan mengagumkan untuk mengubah wajah anda. Ada kemungkinan anda tidak menggunakan maskara yang tepat untuk anda.
Sama seperti rambut di kepala anda, bulu mata berbeza dari segi ukuran, bentuk, dan panjangnya dan setiap orang mempunyai jenis bulu mata tertentu. Bulu mata setiap orang berbeza dari segi tekstur dari halus hingga sederhana dan kasar begitu juga kelengkungan lurus mahupun kerinting.
Walaupun ada beberapa maskara yang sesuai untuk semua orang, mengetahui jenis bulu mata anda boleh menjadi faktor penting dalam mencari padanan maskara yang sempurna. Panduan ini akan membantu anda menentukan jenis bulu mata dengan cadangan maskara yang disesuaikan untuk setiap jenis bulu mata.
Hijabi yang memiliki bulu mata jenis ini, memiliki ciri khas panjang dan cenderung lurus ke arah bawah. Anda perlu juga memilih maskara yang mampu ‘mengangkat’ sekaligus melentikkan setiap helai bulu mata. Maskara yang perlu dipilih, iaitu bentuknya yang tidak lurus tetapi sedikit melengkung. Dengan sikat seperti ini, tentunya dapat membantu serta melentikkan, volumizing dan waterproof supaya bertahan lebih lama.
Anda yang mempunyai bulu mata yang tumbuh dengan panjang yang tak sama dan renggang? Aplikasi saja dengan maskara yang memiliki formula volumizing yang ‘merapatkan’ sela bulu mata. Namun sebelum menggunakan maskara yang bagus, Anda perlu menggunakan primer khusus bulu mata yang akan membantu memberi efek tebal dan menutrisi setiap helainya.
Untuk bentuk bulu mata seperti ini, anda perlu memilih maskara yang bagus dan memiliki sikat kecil dan rapat untuk menyisir helaian bulu mata satu persatu sekaligus mengangkatnya agar lebih lentik.
Bila bulu mata anda tipis dan panjang? Sebaiknya memilih maskara yang melentikkan dan memberikan volume. Ketika menggunakannya, sebaiknya anda ulangi beberapa kali untuk memberikan kesan tebal.
Jika anda memiliki bulu mata yang tipis dan pendek, sebaiknya memilih maskara yang memberikan efek memanjangkan dan memberikan volume dengan bentuk berus sedikit melengkung agar mempermudah jangkauan lapisan maskara dengan satu kali sapuan saja.
Tidak seperti pemilik bulu mata yang lain, pemilik bulu mata yang tebal dan panjang dapat memakai jenis maskara apa pun. Yang perlu diperhatikan dalam memilih maskara yang memiliki kemampuan memberikan volume, sebaiknya cukup oleskan sekali agar menghindari terlihat berat dan penggumpalan.
Hijabis yang memiliki bulu mata tebal dan pendek, sebaiknya gunakan maskara yang bagus dan dapat melentikkan (curl up) dan memanjangkan (lengthen). Jangan memilih maskara yang memberikan volume. Hal ini kerana dapat membuat mata kelihatan berat.
Sejumlah 10,000 naskah Al-Quran telah diwakafkan oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Yayasan Ammirul Ummah (YAU) bertujuan meningkatkan pembangunan Islamiah di rantau Asia Tenggara.
Seniwati Fauziah Ahmad Daud yang juga sukarelawan utama YAU, turut hadir bagi memeriahkan program yang dilancarkan oleh Pengarah Urusan YAU, Ibrahim Ridhwan bertempat di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Hulu Kelang.
Antara para selebriti yang turut hadir adalah personaliti veteran terkemuka seperti Kismah Johar, S. Atan, Sandakiah Aziz, Aiman Badrul dan Zaidi Omar.
Naskah Al-Quran Juga Di Wakaf ke Jawa Barat, Indonesia.
YAU Lengkapkan Wakaf 50,000 Naskah Al-Quran Di Seluruh Asia Tenggara
Memetik laporan Kosmo, pada majlis pelancaran berkenaan Ibrahim ridhwan berkata, bagi 10,000 naskah Al-Quran yang disediakan terjemahan akan turut diwakafkan ke Jawa Barat, Indonesia.
Jelasnya, ini bertujuan melengkapkan jumlah peruntukan 50,000 naskah yang diwakafkan kepada pelbagai pihak pada tahun ini.
“Tahun lalu (2021), sebanyak 135,000 Al-Quran telah kami wakafkan kepada umat Islam di Indonesia seperti di Lombok, Sulawesi Utara, Bali, Papua Barat, Maluku dan Riau,” katanya.
Tambahnya lagi, kesemua program kebajikan yang dibuat atau disertai oleh YAU adalah hasil sumbangan derma daripada pelbagai individu dan badan-badan korporat.
Justeru, program anjuran YAU kesemuanya bercorak kemanusiaan, pembangunan sosio-ekonomi dan kesihatan.
“Ini termasuklah wakaf Al-Quran, wakaf masjid, bantuan bencana alam, sumbangan bakul makanan untuk asnaf dan pelajar miskin serta sumbangan kerusi roda untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU),” jelasnya.
Terdahulu, YAU pernah menerbitkan dua filem pendek dakwah iaitu Iqra’ serta Aidil & Atok arahan Fauziah Datuk Ahmad Daud.
Sebagai rekod, YAU ditubuhkan pada 22 April 2001 dan sehingga kini YAU telah melaksanakan pelbagai program amal kemasyarakan khusus untuk membantu komuniti Islam di dalam dan luar negara.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...