Solat merupakan ibadah yang sangat penting dan wajib dilakukan. Solat amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun, kita tidak boleh meninggalkan solat.
Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa nabi bersabda, “Solat itu tiang agama. Sesiapa yang meninggalkannya,dia meruntuhkan agama.”
Dalam surah Al-Mukminun ayat 1,2 dan 9, Allah menjelaskan, “Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka… dan mereka yang memelihara solat-solat mereka.”
Ads
Pesanan Seorang Suami
Melalui muat turun Ustaz Don Danial di laman sosialnya, bukan sahaja untuk isterinya tapi untuk kita jadikan peringatan. Jom amati pesanan Ustaz Don:
Jaga lah solat kerana, solat itu wajib,
Bukan pada suami untuk menegur
Tetapi wajib bagi setiap individu.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu tiang agama,
Bukan pada suami sebagai ketua
Tetapi tiang bagi setiap jiwa.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu benteng di akhirat,
Bukan pada suami
Tetapi benteng bagi setiap diri yang disoal nanti.
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana,
Solat itu adalah kunci,
Bukan pada suami yang terkadang alpa
Tetapi kunci bagi setiap yang mengangkat syahadah
.
Wahai Isteri,
Jaga lah solat kerana, solat itu cahaya,
Bukan pada suami yang beragama
Tetapi cahaya bagi setiap yang mendirikannya.
.
Wahai Isteri,
Aku suami, aku cinta kamu kerana الله,
Kerana itu aku menulis untaian nasihat,
Bukan kerana aku suami tetapi kerana kamu isteri.
.
Wallahu a’lam
Coretan lama
Tetap segar untuk @husnazahry
.
Don Daniyal Don Biyajid
Makkah al-Mukarramah
24 Safar 1437H
6 Disember 2015
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walapun drama bersiri Isteri Untuk Disewa baru bersiaran, tetapi mengundang perbalahan di kalangan netizen di media sosial. Ramai yang seakan muskyil dengan title itu dan apakah ia dibolehkan dalam Islam. Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri dalam satu tulisannya menjawab berhubung persoalan ini di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Semoga dengan penjelasan yang diberikan Mufti Wilayah Persekutuan ini dapat menjelaskan kepada orang ramai berhubung kemusykilan ini.
Mukadimah
Alhamdulillah, kami rafa’kan segala kesyukuran kepada Allah atas pelbagai nikmat yang tidak terhitung kepada kita termasuklah negara yang aman dan makmur.
Kami mengambil prihatin dan cakna akan lambakan drama yang berkonsepkan santai, isu-isu kekeluargaan dan percintaan mutakhir ini. Secara umumnya sebagai penonton, kita harapkan drama atau filem yang berkualiti dan sarat dengan mesej, setanding dengan hasil seni peringkat antarabangsa.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kami memilih “Isteri Untuk Disewa” dan bukan drama-drama lain? Ada beberapa sebab mengapa kami memilih drama ini:
Secara umumnya, kami rasakan drama ini baik kerana mengenengahkan satu unsur baru dalam plot yang keluar daripada kebiasaan drama-drama lain yang bertemakan konflik keluarga dan percintaan. Kami sama sekali tidak mempunyai sikap prejudis terhadap seni dan juga anak-anak seni. Ulasan kami ini adalah berdasarkan kepada beberapa babak yang ditayangkan dan menilainya semula dari sudut hukum-hakam.
Pertama: Tentang Tajuk
Kami nyatakan sepertimana berikut:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
Ibnu Kathir ketika mengulas ayat ini menegaskan bahawa ayat ini memerintahkan untuk memperperhaluskan kata-kata dan memperindahkan perilaku dan sikap, sebagaimana yang kita kehendaki daripada seorang isteri.
Kedua: Implikasi Hukum
Penutup
Syabas dan tahniah diucapkan kepada wargakerja drama Isteri Untuk Disewa atas kejayaan menarik jutaan penonton bagi menonton drama ini.
Kami menganggap pengarah mungkin terkhilaf dalam menentukan tajuk dan jalan cerita drama tersebut yang khabarnya diadaptasi daripada sebuah novel. Sekali lagi ditegaskan bahawa kami sama sekali tidak berhasrat untuk menyekat kebebasan dan kreativiti dalam berkarya. Namun, seeloknya biarlah ianya selari dengan agama dan budaya ketimuran kita.
Sepertimana yang telah kami nyatakan di hadapan para artis dan selebriti tanahair dalam program “A Night With Mufti” di Istana Budaya pada Ramadhan lalu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sentiasa membuka pintu dan ruang kerjasama dalam memartabatkan industri seni tanahair. “Dinding” antara seni dan agama wajar dipecahkan bagi mengangkat budaya dan faham seni yang berkualiti serta berdaya saing.
Kami amat yakin bahawa Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) atau Lembaga Penapis Filem (LPF) sentiasa memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan drama dan filem yang disiarkan, mencapai standard kualiti dan moral yang terbaik.
Kami mengambil kesempatan memohon maaf atas kenyataan terbuka ini. Maaf sekiranya kenyataan ini mengguris hati mana-mana pihak. Tidak ada langsung secebis rasa benci dan marah melainkan kasih semata-mata. Kami bacakan firman Allah SWT:
Maksudnya: Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali.
(Surah Hud: 88)
Akhukum fillah,
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Khamis 8 November 2018.
Minggu ini penuh dengan ‘post’ di laman sosial melihat graduan yang menerima ijazah dalam bidang masing-masing. Pelbagai gambar selfie diambil oleh mereka yang dilabel gen-y ini. Cukup kreatif sekali. Dalam ramai-ramai yang konvokesyen salah seorang adalah anak kepada pelakon drama, aktor Zulkifli Ismail. Kelibat pelakon hebat ini sering kita lihat di kaca televsyen membawakan watak sebagai suami atau ayah yang baik ataupun watak golongan korporat.
A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli) on
Dia yang hadir menemani anaknya yang turut menerima ijazah SARJANA di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Bukan calang-calang kursus yang diambil tetapi gadis yang cukup manis berhijab ini menerima Ijazah Sarjana Sastera (pengajian Bahasa – Master Of Art (Language Studies). Pelakon in turut memuat naik gambarnya bersama anak gadisnya turut mengundang usikan netizen. Ramai mengucapkan tahniah dan memuji kecantikan gadis ini.
@arosdi tahniah juga @aktorzulkifli uve been such a wonderful dad
@eda_saleh Tahniah. Sejuk hati mak ayah
@secretrose01 Cantiknya anak en. Zul..
Jika dilihat di laman IG menggunakan nama, Zulfati Izazi juga seperti gadis remaja lain. Gemar sekali menggunakan medium sosial untuk berkongsi segala aktivitinya bersama followernya. Gayanya cukup ringkas dengan OOTD yang sesuai dengan usianya. Lebih manis melihat senyuman Zulfati Izazi ini yang boleh buat hati cair melihatnya.
A post shared by Zulfati Izazi Zulkifli (@zulfatiizazizulkifli) on
Walaupun sibuk di set penggambaran, namun aktor Zulkifli tidak lupakan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Beliau akan menghabiskan masa bersama keluarga jika tidak berada di set penggambaran.
A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli) on
Malah isteri Zulkifli dan mama kepada Zulfati ini juga turut dianugerahkan Ikon Guru Wilayah Persekutuan 2017. Jadi tidak hairanlah dia juga mewarisi kebijaksanaan kedua ibu bapanya hingga berjaya mendapat MASTER. Zulfati juga dilihat cukup rapat dengan adik lelakinya tunggalnya, Zulzarif Irfan.
Zulfati yang baru sahaja menyambut harijadi ke 25 Ogos lalu ini juga turut aktif menulis blog di bawah nama zulfatiizazizulkifli.blogspot.my sejak 2013 untuk berkongsi pengalaman dan apa jua aktiviti yang dilakukan. Selain itu Zulfati atau nama panggilannya Jaji turut menjual barangan kraf di www.kotakraf.com.
Mempunyai seseorang untuk berkongsi bebanan yang ditanggung bersama selama lapan tahun dan tidak berkira kudrat untuk bersama menguruskan ibu yang diserang strok sehingga lumpuh seluruh badan merupakan satu kelegaan buat Nurfatin Amira Abdul Razak.
Menurut Fatin, lelaki yang dikahwininya, Muhammad Syaamil Sabarudin ibarat ‘menantu kiriman tuhan’ kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya serta sabar membantu menguruskan kedua ibu bapa, tanpa pernah mengeluh sedikitpun.
Ketika ditanya kepada Syamil, apa yang membuatnya sabar dan sanggup berkongsi bebanan dengan isterinya meskipun telah mengetahui kepincangan keluarga sebelah isteri sebelum bernikah lagi, ini respon yang diberikan.
“Saya sudah anggap emak mentua sama seperti ibu sendiri malah tiada beza taraf kedua-duanya.
“Jadi macam mana jaga ibu bapa kandung, begitulah saya jaga mentua,” kata Muhammad Syaamil Sabarudin lapor media tempatan.
Mengulas lanjut, Syaamil berkata apa yang membuatkan dirinya tertarik dan akhirnya mengambil keputusan untuk menikahi isterinya selain atas dasar cinta, adalah kerana sifat empati melihat wanita yang dicintai itu bertungkus lumus menguruskan ibunya seorang diri.
Justeru, selepas lapan tahun mengenali hati budi masing-masing Syaamil mengambil keputusan untuk menikahi Nurfatin Amira pada Januari tahun lalu.
“Saya berkenalan dengan isteri pada 2015 ketika ibunya sihat sebelum diserang strok tahun berikutnya, akibat darah tinggi serta kencing manis.
“Jadi, sebelum berkahwin lagi, saya sudah melihat susah payah isteri dan kasihan melihat dia menguruskan sendiri semuanya memandangkan emak (ibu mentua) terlantar, tidak dapat bercakap malah matanya juga kabur.
“Oleh kerana itu, saya tiada masalah untuk bawa sekali ibu mentua tinggal bersama selepas berkahwin kerana selagi terdaya, saya akan bantu isteri.
Malah, Syaamil menjelaskan sejak kecil dia pernah melihat ibunya menjaga nenek sejak kecil lagi, sehubungan itu dia memahami kepayahan serta kesusahan menguruskan orang sakit.
Menurutnya lagi, cabaran terbesar untuk menguruskan pesakit yang kronik lumpuh seluruh badan, bukanlah satu perkara yang mudah, serta memerlukan kesabaran yang tinggi.
Tambahan pula, ibu mertuanya tidak boleh bercakap dan mereka mengalami kekangan komunikasi kerana perlu mengambil masa untuk memahami apa yang dimahukan ibu mertuanya itu.
“Cabarannya mesti ada lebih-lebih lagi apabila menjaga pesakit terlantar yang tidak boleh bercakap kerana ada kalanya kita tidak faham apa dia mahu.
“Tambahan, emak tidak boleh bercakap dan apabila sakit, dia akan tunjuk perasaan dan memberontak hingga isteri pernah beberapa kali tertekan.
“Bagaimanapun, saya dan isteri perlu banyakkan sabar dan cuba faham emosi emak. Daripada segi tugas pula, isteri lebih banyak menjaga ibunya namun saya akan bantu lakukan kerja berat seperti angkat dan alihkan daripada katil ke kerusi roda untuk duduk atau mandi,” ujarnya.
Sementara itu, isterinya, Nurfatin Amira menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang ikhlas dan boleh menerima ibunya daripada awal perkenalan hingga kini.
“Daripada awal perkenalan lagi saya sudah cakap dengan dia (suami) yang emak saya sakit jadi tiada masa untuk keluar ‘dating’ kerana perlu jaga emak sepenuh masa.
“Saya pernah meminta suami untuk mencari orang lain sebagai pengganti kerana kalau berkahwin mungkin tidak boleh fokus sepenuhnya padanya (suami) kerana perlu bahagikan masa tetapi dia tetap setia dan tunggu saya.
“Jujurnya saya tidak yakin pada mulanya dan risau jika dia malu dengan keadaan keluarga saya.
“Lama kelamaan, saya nampak keikhlasan suami terima emak serta sikapnya yang lebih dahulukan ibu bapa dan pada masa sama beri layanan baik kepada saya,” dedahnya.
Sekadar info, video Syaamil yang membantu menguruskan ibu mertuanya itu tular di laman sosial setelah di muatnaik oleh isterinya sendiri menerusi laman Tik Tok akaun @xxmeeraxx kini telah ditonton seramai 999.3k dengan 94.8 tanda suka.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.