Semua sedia maklum penyanyi yang mencipta nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya minggu ini. Beliau bakal menamatkan zaman gadisnya setelah bertunang hujung tahun lalu dengan pilihan hatinya, Haris Idraki. Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah, Shila Amzah juga seperti gadis lain turut melakukan beberapa majlis kecil seperti khatam Quran dan berinai. Ternyata seri pengantin baru cukup terserlah di wajahnya. Shila Amzah kelihatan cukup jelita dan cantik dengan penampilan sopan memenuhi ciri-ciri gadis Muslimah.
Dalam majlis khatam Quran yang dilakukan sebelah siang di kediamannya, Shila Amzah tampil cantik dengan dress moden rona peach dengan solekan ringkas yang cukup menyerlahkan lagi sisi jelitannya.
Penyanyi yang baru dinobat dalam senarai Forbes 30 Under 30 ini turut diiringi dayang-dayang yang juga merupakan teman baiknya, Fara Fauzana dan Jihan Muse yang mana masing-masing cukup sportingmenggayakan busana rona birulembut sedondon.
Shila Amzah telah mengetuai majlis khatam Quran berkenaan memperdengarkan bacaan dengan suara yang lunak merdu kepada hadirin yang turut hadir.
Ads
Dan sebelah malamnya pula telah diadakan pula majlis berinai kecil. Kali ini penampilan Shila lebih menyerlah dengan rona garang.
Khabarnya majlis ijab kabul pasangan ini akan berlangsung pada hari jumaat ini di kediamannya. Melihat busana yang digayakan cukup cantik, tidak sabar untuk melihat persalinan di majlis pernikahan dan perkahwinan mereka berdua nanti.
2022 Boleh dikatakan tahun yang penuh dengan musim bunga bagi penyanyi kesayangan ramai ini, Aina Abdul terus mengorak langkah dengan pelbagai kejayaan yang dimilikinya. Penyanyi yang memenangi anugerah ini adalah seorang penghibur yang cemerlang dan juga jurulatih vokal dan mentor yang memberi inspirasi. Dia juga terkenal dengan kostum persembahannya yang bergaya dan sering pelik.
Di sunting beberapa jenama tempatan sebagai duta produk dan terbaharu berkerjasama dengan jenama antarabangsa. Musim bunga, musim permulaan baru. Melayari gelombang harapan dan positif, H&M dengan bangganya mempersembahkan koleksi kapsul Spring terbaharu yang menampilkan nama terhangat Malaysia Aina Abdul, Ain Edruce dan Mimi Lana.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dimajlis pelancaran koleksi terbaharu musim bunga H&M, Aina menzahir rasa bertuah menjadi salah seorang yang terpilih dalam kerjasama ini. Akui diri tidak mempunyai figura persis model, dia amat terkejut kerana terpilih mengayakan koleksi ini yang berganding bersama Ain Edruce dan Mimi Lana.
Tambahnya lagi rangkaian koleksi ini bukan sahaja menepati citarasanya malah dia selesa mengayakan setiap helaian.
“Aina dari dahulu hingga sekarang, perkara pertama yang Aina tekankan untuk pemakaian harian adalah longgar dan besar. Ketat-ketat nanti Aina tak selesa” ujar Aina lagi.
Lain pula apabila di pentas, Aina perlukan sesuatu yang berbeza dan sesuai dengan tema dalan jalan cerita lagu. Memandangkan Aina sering mengaitkan lagu dan fesyen jadi pengayaan harian dan bekerja sama sekali berbeza dari dirinya sebenar.
Melihat bagaimana wanita memperkasakan diri dengan setiap helaian, koleksi bermulanya musim bunga ini mendasarkan penerimaan terhadap keperibadian mereka yang dicerminkan melalui pakaian lalu mendapatkan kekuatan dari dalam.
“Fesyen dan mod masih berkait rapat, bagi Aina mewakili wanita di luar yang rasa tiada keyakinan diri untuk bergaya cara Aina mungkin menjadi pada inspirasi pada mereka yang di luar sana”, pendapat anda agar mereka menjadi diri sendiri dengan pelbagai gaya.
Suntingan kepingan dalam kempen ini menyerlahkan fabrik ringan dalam palet segar dan neutral. Koleksi ini menampilkan blaus dan seluar palazzo yang flowy, baju lembut, blazer berstruktur tetapi bersaiz besar, perincian ruffled dengan aksen denim. Kebanyakan pakaian diperbuat daripada 100% kapas organik atau campuran kapas dan linen.
Disusun khas untuk wanita moden yang sederhana dalam fikiran, koleksi ini adalah tentang menyerlahkan kecantikan dalaman anda dan memperkasakan wanita dalam koleksi bergaya ini. Kini tersedia dalam talian di hm.com dan di kedai.
Impian tidak terhenti di sini sahaja, permulaan kerjasama ini Aina juga berharap banyak lagi kerjasama dengan jenama-jenama antarabangsa dan juga tempatan di masa akan datang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sewaktu bercuti di negara orang, pasti banyak memori indah yang tersimpan di kotak minda dan terpahat di hati. Begitulah yang dirasakan oleh Shafinaz Roshaizad,apabila mendapat peluang untuk menerokai pelbagai negara dan tempat pada usia yang muda.
Jika hendak disenaraikan tentu panjang sekali namun antara yang berada di ingatannya ialah United Kingdom, Indonesia, Thailand, Australia, Hong Kong, Ireland, Poland, Brussels dan Dubai.
Jelas gadis ini, sememangnya semua tempat yang telah dijelajahi menyeronokkan tetapi ada satu negara yang menjadi kesukaannya. “Yang paling saya suka sekali ialah negara Poland. Seronok dan best skali rasanya apabila dapat bermain ski di situ ketika musim salju. Memang menjadi antara momen kegemaran dan kenangan terindah percutian saya.
“Namun,ada juga kejadian yang tidak disangka berlaku. Adik saya jatuh hingga berdarah ketika bermain. Ambulans bergegas ke tempat kejadian dan dia terpaksa berkerusi roda sepanjang percutian kami di sana. Ia seperti kelakar tetapi juga menakutkan,” tambahnya.
POLAND DESTINASI PILIHAN
“Kebiasaanya sewaktu bercuti, saya dan rakan ataupun keluarga tidak menggunakan perkhidmatan mana-mana agensi pelancongan. Kami memilih untuk merancang sendiri percutian kami kerana lebih selesa dengan cara begitu,” jelas hijabi yang berusia 24 tahun ini ketika ditanya bagaimana dia merancang percutiannya.
Tidak sah sesuatu percutian itu jika tidak dilengkapi dengan aktiviti membeli-belah yang sememangnya sinonim dengan diri seorang perempuan. Sekali lagi, negara Poland turut menjadi destinasi pilihannya untuk membeli-belah.
“Saya suka membeli-belah di Poland kerana harganya yang sangat murah. Memang rambang mata untuk membeli di situ. Semua pusat membeli-belah di situ juga besar dan cantik sekali. Ianya boleh dikatakan sebagai lokasi shopping heaven!’’ tutur gadis dari Ampang ini.
Ketika ditanya mengenai pencarian makanan halal sebagai santapan sewaktu melancong, Shafinaz atau mesra dipanggil Finaz ini menjelaskan bahawa perkara itu tidaklah sukar dan tidak menjadi masalah untuknya.
TEMUI BANYAK INSAN BAIK SEWAKTU BERCUTI
“Tidak susah untuk mencari atau mendapatkan makanan halal ketika bercuti di luar negara tetapi ada kalanya ada hari yang kita akan masak sendiri. Ataupun untuk lebih mudah, kita akan makan makanan segera yang dibawa dari rumah seperti yang selalu dilakukan oleh orang lain juga.
“Sepanjang pengalaman saya melancong di luar negara, Alhamdulillah saya selalu berjumpa dengan orang dan masyarakat yang baik. Semua yang saya jumpa sangat mesra dan selalu memberi pertolongan tatkala kita memerlukannya.
“Kebanyakkan daripada mereka memang suka membantu orang luar. Pemandu-pemandu yang membawa kami berjalan-jalan sewaktu bercuti juga sangat bagus kerana pandai carikan tempat yang menarik dan membawa kami ke lokasi yang murah untuk membeli-belah dan makan,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai fesyen yang digayakan, dia akan sentiasa membawa pakaian lebih kerana risau jika apa-apa berlaku. Shafinaz akan memadankan segala aksesori dengan pakaian serta kasut sebelum memasukkannya ke dalam beg.
“Tetapi yang paling penting saya akan memastikannya selesa supaya mood saya tidak terganggu tatkala bercuti nanti,” jelasnya.
Selain itu, ketika melancong, gadis ini sering membelikan rantai kunci ataupun magnet peti sejuk sebagai kenangan buat kenalannya. Walaupun kedengaran seperti perkara biasa, namun sebolehnya dia akan mencari rekaan yang paling menarik dan unik kerana setiap negara yang dijelajahi pasti ada keistimewaan rekaan mereka yang tersendiri.
Berazam untuk ke Santorini selepas ini kerana terpukau dengan keindahan tempat tersebut, Shafinaz juga menyifatkan percutian ini bukan sekadar mengisi waktu lapang tetapi juga sebagai momen indah bersama keluarga dan sahabat handai.
“Bahagian paling menarik sewaktu bercuti semestinya kerana kita dapat berkumpul bersama-sama keluarga atau kawan sambil menerokai tempat-tempat yang belum pernah kita pergi. Walaupun ianya boleh jadi mencabar, namun pengalaman itu sangat berharga dan menyeronokkan!
“Nasihat Shafinaz kepada semua yang ingin melancong, sebagai seorang gadis kita perlulah sentiasa berhati-hati dan pandai menjaga diri kerana perempuan ini selalu menjadi sasaran untuk diganggu. Pakailah pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan diri kita. Tak salah untuk bergaya kerana kita boleh menggayakannya dengan stail yang tersendiri asalkan kita tahu batas-batasnya,” katanya sebelum menutup perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap amalan yang dilakukan pastinya berpandukan kepada ke ikhlasan seseorang insan itu dalam membuatnya. Juga amalan-amalan wajib serta sunnah harus diambil berat supaya akur pada perintah Allah SWT.
Ada juga ura-ura yang mengatakan satu amalan yang tidak akan ditolak adalah selawat ke atas Rasulullah SAW. Namun, ia ada dijelaskan dengan lebih lanjut bahawa tiada hadis sahih yang menguatkan kenyataan ini.
Pasti ada yang pernah dengar hujahan serta andaian mengenai amalan berselawat ke atas Rasulullah SAW adalah satu-satunya yang tidak akan ditolak. Malah, ianya menjadi perbincangan sehingga kini mengenainya.
Di jelaskan pada Laman Portal Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan tiada pun hadis sahih yang menyatakan selawat kepada Rasulullah SAW akan diterima secara mutlak. Tidak juga bermaksudh kepada seseorang itu berselawat akan diberi pahala dalam sesetengah keadaan–berselawat dalam keadaan riyak misalnya.
Ada beberapa hadis yang bersandarkan kepada Rasulullah SAW menyebut tentang selawat kepada Baginda merupakan satu-satunya amalan yang akan diterima Allah SWT:
Maksudnya: Dibentangkan kepadaku amalan umatku, dan aku mendapati ada antaranya yang diterima dan ditolak, melainkan selawat kepadaku.
Kata al-Hafiz al-Suyuti: Aku tidak menjumpai sanad baginya (لم أقف له على سند).[2]
Jelas bahawa hadis-hadis ini dan seumpamanya bermasalah dari sudut sanad. Namun terdapat kata-kata yang dinukilkan daripada para sahabat dan ulama, antaranya daripada Abu al-Darda’ R.A, katanya:
Maksudnya: Apabila kamu semua ingin meminta kepada Allah sesuatu hajat maka mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi sallahu ‘alaihi wasallam kerana sesungguhnya Allah itu lebih Maha Pemurah daripada hanya mengurniakan salah satu hajat sahaja dan menolak yang lain apabila diminta dua hajat (daripada-Nya).
Ada juga kata-kata dari Abu Sulaiman al-Darani yang menyebut:
الصَّلاةُ على النَّبِيِّ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّم مقبولَةٌ
Maksudnya: Selawat ke atas Nabi SAW itu diterima.
Tetapi, menurut al-Hafiz al-Sakhawi, Imam al-Ghazali merupakan sandaran kata-kata kepada Rasulullah SAW (marfu’), namun al-Sakhawi tidak menjelaskan sanad baginya, dan beliau juga memaklumkan bahawa kata-kata al-Darani ini sebenarnya bersumberkan Riwayat Abu al-Darda’ di atas.
Imam Ibn ‘Abidin al-Hanafi ketika menghuraikan riwayat ini menjelaskan maksud dan konteks sebenar riwayat itu tentang selawat sebagai satu bentuk doa agar Allah SWT mengurniakan rahmat dan kemuliaan kepada Rasulullah SAW akan diterima sepenuhnya dan tidak akan ditolak. Melalui firman Allah SWT menyatakan selawat keatas Baginda, melalui firman-Nya:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW);
Surah al-Ahzab (56)
Jelas disini tiada hadis sahih yang menyebut berkenaan amalan berselawat keatas Baginda adalah satu-satunya yang diterima mutlak. Namun terdapat banyak kata-kata daripada para sahabat dan salafussoleh menyatakan demikian. Akan tetapi, tidak dijanjikan pula pahala jika berselawat dalam keadaan riyak.
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.