Malaysia merupakan salah satu negara beriklim tropika di dunia. Oleh itu, negara kita mempunyai situasi cuaca yang selalunya panas dan memiliki kelembapan tinggi. Cuaca seperti ini sememangnya memberi kesan terhadap keadaan dan kesihatan kulit wajah kita.
Sehubungan itu, penggunaan produk penjagaan kulit (Skincare) adalah salah satu jalan penyelesaian terbaik untuk melindungi kulit penduduk di negara beriklim tropika.
Justeru, disini Hijabista kongsikan 4 produk penjagaan kulit yang WAJIB Hijabi miliki jika mahu melindungi kulit dari sebarang kerosakkan.
4 ‘Skincare’ Wajib Dimiliki Hijabi Yang Tinggal Di Negara Tropika!
1. Cleanser
Produk Skincare pertama yang wajib dimiliki hijabi terutamanya mereka yang tinggaldi negara beriklim panas dan tropika adalah pencuci muka. Ini kerana, membersihkan wajah menjadi satu kemestian bagi kaum hawa. Tidak kira tinggal di negara beriklim panas mahupun sejuk!
Pencuci muka merupakan rangkaian perawatan kulit yang berfungsi untuk membersihkan wajah dari segala kotoran. Terutamanya bagi negara beriklim tropika yang memiliki tekanan udara rendah, sehingga mengakibatkan angin dalam negara kita menerbangkan debu dan kotoran pada wajah.
Oleh itu, selain memilih cleanser yang sesuai dengan keperluan kulit wajah anda, pastikan anda memilih pencuci muka yang mengandungi bahan yang dapat memberikan kesegaran serta merta pada kulit.
Carilah pembersih muka yang kaya dengan bahan-bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Green Tea, Lemon, dan sebagainya.
Ads
2. Sunscreen
Negara beriklim tropika cenderung memiliki musim panas yang lebih panjang dari negara beriklim lainya. Secara automatik, terik dan bahang matahari akan lebih ‘kejam’ dan menyengat menerobos hingga ke dasar kulit anda.
Oleh sebab itu, produk selanjutnya yang harus dimiliki oleh hijabi adalah amat penting! Iaitu sunscreen. Gunakan sunscreen yang mengandungi formula SPF 30 sehingga SPF 50 PA+++ untuk perlindungan kulit pada kadar maksima.
Jika anda mempungai kulit berminyak, Hijabista mengesyorkan anda memilih sunscreen dengan hasil akhir matte. Begitu juga jika kamu memiliki masalah kulit kering, pilihlah sunscreen dengan hasil akhir dewy atau glowing.
Menjaga kelembapan kulit wajah juga merupakan antara perkara penting bagi mereka yang tinggal di negara tropika. Kerana suhu panas yang melampau membuatkan kulit berisiko untuk hilang lembapan. Jadi, itulah punca kenapa, moisturizer termasuk dalam produk skincare yang wajib dipakai agar kelembapan kulit sentiasa terpelihara dan dapat dikunci.
Cuaca yang panas akan memberi kesan kepada kulit anda. Jika dibiarkan begitu saja, lembapan di dalam kulit akan terhidrat, lapisan pelindung kulit akan rosak dan meningkatkan risiko penuaan.
Takutnya bila lapisan pelindung kulit rosak! Jika tak mahu perkara ini terjadi, jangan pernah lupa untuk aplikasikan pelembap ya, agar kulit kekal terhidrasi, anjal, dan bebas kusam.
Item terakhir yang harus dimiliki hijabj adalah face mist. Kerana, ia juga mempunyai fungsi sama untuk membantu melembapkan kulit dengan kadar segera.
Anda hanya perlu spraykan pada kulit setiap kali kulit terasa kering. Face mist akan terus membuatkan kulit anda terus segar. Terutamanya jika anda memiliki masalah kulit kering, skincare essential seperti ini sememanya penyelamat utama anda!
Demi menjamin kesihatan kulit di negara tropika, Hijabi WAJIB memiliki empat jenis skincare yang sudah Hijabista senaraikan di atas ya.
Tidak dapat nafikan dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini semua orang ingin cepat-cepat menyejukkan badan. Lantaran itu ada yang menghidupkan penghawa dingin dan kipas angin secara serentak. Kononnya dengan cara ini, udara sejuk lebih cepat dinikmati.
Sebenarnya tindakan menghidupkan penghawa dingin dan kipas (kipas siling) secara serentak adalah tindakan yang salah. Hajat anda untuk menyejukkan badan dengan lebih cepat tidak akan tercapai sebaliknya hanya rasa ‘angin’ sahaja yang anda dapati.
Hidupkan Penghawa Dingin Dan Kipas Biasa (Kipas Siling) Serentak
Tahukah anda bahawa apabila anda menghidupkan kedua-duanya iaitu penghawa dindin dan kipis siling secara serentak, suhu panas dengan suhu dingin boleh bercampur (bergaul). Keadaan ini tentunya akan menyebabkan filter penghawa dingincepat tersumbat.
Maka sebab itulah anda perlu kerap mencuci filter air cond anda. Jika tidak dicuci, penghawa dingin tidak akan sejuk dan memberikan sensasi dingin di ruang dalam rumah anda. Hasilnya anda hanya akan rasq angin sahaja berbanding rasa dingin.
Tentulah rugi sahaja apabila anda menghidupkan penghawa dingin dengan tujuan untuk menyejukkan tetapi hasilnya hampa. Hanya rasa ‘angin’ sahaja yang anda dapat. Boleh lihat rajah berikut bagaimana kitaran angin itu berlaku.
HIJABISTA: Dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini, tubuh mudah dan kerap berpeluh. Kerapkan mandi agar tubuh lebih segar dan bertenaga. Minum air secukupnya agar tubuh kekal terhidrasi.
Kehadiran anak adalah satu kurniaan terindah dari Allah SWT. Kalau boleh mahu melihat anak yang dilahirkan dari rahim seorang wanita membesar sempurna. Namun kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Perkongsian lelaki ini, Muhamad Syafiq di laman sosial beberapa jam lalu meluahkan betapa dia dan isteri reda dengan pemergian bayi selepas 14 hari dilahirkan sebelum bertemu Illahi.
Menceritakan semula detik kelahiran anak syurga ini hingga saat kehilangannya memang begitu menyentuh hati. Lebih mendebarkan ketika isteri memberitahu dia bermimpi didatangi lelaki berjubah. Ternyata perkongsian panjang lebar ini telah mendapat butang share lebih 5 ribu dan butang like pula hampir 10 ribu dari netizen.
Rata-rata melahirkan simpati dengan perkongsian cerita ini dan berharap keduanya dapat bertemu anak syurga ini di jannatul firdausi.
30/09/2018 ( AHAD )
Jarum jam meniti tepat pukul 5.30 petang , isteriku mula menunjukkan tanda-tanda sakit di bahagian peranakkannya . Aku terus mempersiapkan barang-barang kelengkapan bersalin isteriku dan terus memandu tenang ke hospital berdekatan . HUSM Kubang Kerian menjadi pilihan kami pada hari tersebut . Aku menolak perlahan isteriku ke bahagian pendaftaran .
Aku gelisah menunggu kelahiran ‘malaikat kecil’ di bahagian menunggu sementara isteriku sedang menanggung kesakitan di wad 2 Baiduri . Tanpa berlengah aku terus mencapai kain pelikat dan terus membuat solat sunat hajat dihadapan Wad 2 Baiduri tanpa menghiraukan sesiapa yang melihat perbuatan ‘aneh’ ku di kawasan tersebut . Bagi aku asal isteri dan anakku selamat sahaja . Hanya Allah swt tempat aku bergantung harap .
Jam menunjukkan pukul 3.00 pagi isteriku belum melahirkan anak , aku yang keletihan terus tertidur di atas kerusi menunggu beralaskan kain pelikat tadi . Aku bermimpi sesuatu yang aneh , di dalam mimpi tersebut aku bersama isteriku dan satu lagi pasangan sedang mendaki gunung yang sangat tinggi pada waktu malam yang gelap . Tetapi apa yang menghairankan aku pasangan tersebut mendaki sambil mengengdong bayi lelaki mereka tetapi aku dan isteri tidak memangku anak dan akhirnya aku dan isteri sampai dahulu di kemuncak gunung berbanding pasangan tadi . Di kemuncak gunung aku melihat ada satu cahaya bulan purnama yang sangat terang menerangi kami dan memadam kepekatan malam pada hari itu . Apakah petanda mimpi tersebut ?
01/10/2018 ( ISNIN )
Alhamdulillah segala puji bagi Tuhan sekalian alam , pukul 9.30 pagi aku sudah usai khatam Quran dengan pengakhiran surah An-Nas dan kalimat ‘Sodaqallahulazim’ dilafazkan yang bermaksud ‘benarlah kalam Allah yang Maha Agung’ . Berdebar hati ini , berdegup kencang jantung ini menanti namaku dipanggil oleh jururawat bertugas bagi menyaksikan kelahiran anak sulungku .
Jam menunjukkan tepat pukul 10.20 pagi akhirnya isteriku selamat melahirkan anak kami secara normal setelah bertarung nyawa melahirkan anak kami . Bayi seberat 2.89kg diazankan oleh aku sebagai bapa kandungnya . Ya Allah anak aku ! Kata aku yang tidak percaya anak yang selama ini dikandung 9 bulan oleh isteriku kini sudah Allah zahirkan dihadapan aku . Menitis air mata jantanku tanda bersyukur Allah memberikan aku nikmat sebesar ini .
Wajahnya seiras wajahku , putih berseri kemerah merahan , matanya yang bulat dibuka luas melihat dunia . Bayi lelaki ini diberi nama Muhammad Uwais Al-Qarni bin Muhamad Syafiq . Aku diminta oleh guruku untuk ke surau bagi menunaikan solat sunat syukur ke atas kelahiran pertama ini . Ini amanah dari Allah , ini tanggungjawab dari Allah kata guruku kepadaku melalui corong telefon. Tanpa berlengah aku terus turun ke surau bagi melengkapi permintaan guruku .
Seronok gembira hati ini hanya Allah yang tahu , kelahiran anak lelaki sulung ini memberikan seribu makna kepada aku dan isteri . Bagaikan dunia ini ana yang punya .
02/10/2018 ( SELASA )
Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran aku yang ke-25 . Kelahiran anak lelaki pertamaku merupakan satu anugerah Allah paling besar sepanjang hidupku , ini adalah hadiah paling berharga yang Allah berikan kepada aku . Aku bersyukur masih diberikan nyawa oleh Allah . Terima kasih emak Norshita Shawal sebab lahirkan abang ke dunia ini . Besar jasa dan pengorbanan emak dan abah . Apabila aku melihat proses kelahiran anak aku dan susah payah isteriku melahirkan anak , baru aku tahu bagaimana emak bersusah payah melahirkan aku ke dunia . Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa emak . Isteriku sudah boleh pulang ke rumah tetapi anak kami tidak boleh pulang bersama atas alasan anak kami kemungkinan disyaki ada jangkitan kuman di bahagian paru-paru .
03/10/2018 ( RABU )
Sedih hati ini melihat katil anak aku ditolak ke dalam wad Nilam 2 (N.I.C.U) atas faktor anak aku dijangkiti kuman di bahagian darah . Kata doktor , isteriku turun air ketuban awal dan demam sewaktu melahirkan Uwais , maka doktor terpaksa kuarintin Uwais di wad tersebut bagi mengelakkan perkara-perkara sebaliknya berlaku . Aku melihat pernafasan anak aku turun dan naik begitu pantas berbanding bayi yang lain . Allahu akhbar ! Hal ini sungguh merisaukan aku dan isteriku . “Nak , cepat sembuh ye , nanti dah sihat , ikut Walid jalan-jalan “ bisikku ke telinga Uwais .
04/10/2018 ( KHAMIS )
Bermulah rutin harianku , ini sudah hari keempat aku ulang alik ke hospital bersama isteriku ke hospital untuk menyusukan anak kami . Jarak hampir 8km dari rumah ke HUSM tidak aku hiraukan , isteriku yang masih di dalam pantang digagahi jua demi untuk melihat perkembangan anak kami dan menyusukan anak soleh kami Muhammad Uwais Al-Qarni . Seperti kebiasaan , sebelum jari jemari ini menyentuh lembut ubun-ubun dan fizikal Uwais , aku akan memberikan salam kepadanya “ Assalamualaikum Muhammad Uwais Al-Qarni , anak soleh Walid “ . Usai meberikan salam pasti anak comel ini akan mengerutkan dahi dan keningnya tanda memberi respons kepadaku . Cerdik sungguh.
05/10/2018 ( JUMAAT )
Hari kelima , tali pusat Uwais dah mula tercabut , Uwais kelihatan sihat dan sedikit bertenaga berbanding sebelum ini . Uwais dah pandai membuat pelbagai reaksi di wajah , mengeliat seperti Umminya , menendang perlahan dan mengigit kuat jari kami seperti bayi yang berusia 5 bulan . Cerdik sungguh kamu wahai anak . Setiap hari kami menunggu dan menemani Uwais di wad tersebut sehingga lewat pukul 1.30 pagi . Aku dan isteriku tidak mengiraukan keletihan dan sakit sakit di badan yang kami alami sepanjang ualng alik ke hospital asalkan sahaja dapat bersama Uwais si cinta hati kami . Ya Tuhan , tak sabar rasanya menunggu anak cerdik ini pulang ke rumah kami .
06/10 – 09/10/2018
Ulang alik ke hospital seperti biasa menjenguk , menjaga , menukar pampers , memandikan dan menidurkan Uwais . Berat Uwais sedikit turun . Proses ultrasounds dilakukan keatas Uwais untuk menentukan tahap kesihatan Uwais . Hari ke 7 , ada satu hal yang terjadi , seperti kebiasaan selepas Uwais bangun dari tidurnya , dia akan mengeliat kepuasan , apa yang mengejutkan kami ialah selepas dia mengangkat tangan ke atas untuk mengeliat , pasti dia meletakkan kedua tangannya di atas dada seperti perbuatan orang sedang qiam dalam solat . Hal ini berterusan sehingga ke hari hari seterusnya . Allahu akhbar !
10/10/2018 ( RABU )
Kami dikejutkan dengan berita Uwais dimasukkan ke wad Nilam 1 (kes lebih berat) , Uwais mula dimasukkan ubat antibiotik tahap kedua kerana ubat antibiotik tahap pertama tidak memberikan tindak balas positif pada darahnya . Uwais mula dipakaikan wayar oksigen di hidungnya bagi menyokong pernafasannya . Sesekali Uwais menangis tanda sakit dan mahukan perhatian dari kami . Uwais bersin berkali-kali . Lucu melihat reaksi anak comel ini bersin . Ya Allah , Engkau sembuhkanlah anak aku ya Allah .
11/10/2018. ( KHAMIS )
Darah Uwais semakin pekat kata doktor , doktor pakar mula mengambil kes Uwais dan anakku akan dikawal sepenuhnya oleh doktor pakar bagi memantau perkembangan Uwais . Kata doktor kuman semakin tinggi di dalam darah anak aku dan kemungkinan akan berlaku pendarahan dalaman keatasnya . Hati ini mula semakin risau , tidur tidak nyenyak , selera makan sudah tiada memikirkan tentang anak sulung kami . Begitu juga dengan isteriku jangankan air , apatah lagi nasi untuk dijamah jauh sekali . Sesiapa yang mempunyai anak pasti tahu bagaimana perasaan ini .
Emak dan abahku sudah pulang ke Pulau Pinang atas sebab bapa saudara aku di Penang semakin tenat . Ini kali kedua Emak dan Abah datang ke Kelantan selepas datang kali pertama pada 1 Oktober lepas .
12/10/2018 ( JUMAAT )
Aku dikejutkan dengan berita kematian bapa saudaraku di Pulau Pinang . Bapa saudara aku yang paling rapat dengan ahli keluarga kami . Aku begitu sedih dengan berita tersebut tambahan pula aku tidak boleh pulang ke Penang atas faktor isteri dan anakku dalam keadaan begini . Sedihku bukan kepalang ibarat jatuh ditimpa tangga . Al-Fatihah untuk Allahyarham Mazlan bin Shawal .
13/10/2018 ( SABTU)
Seharian bersama Uwais bermain , pada hari yang sama isteriku bermimpi telah didatangi seorang lelaki berjubah membawanya ke sebuah bangunan hospital yang sangat besar dan apabila isteriku masuk ke dalam hospital isteri tercinta aku melihat sebujur jasad kaku anak kami Uwais tidak bernyawa . Bangun dari tidur , isteriku menangis tersesak-esak sambil memelukku tanpa menceritakan perihal sebenar mimpi tersebut . Malam hari aku dan isteri bersama Uwais , seperti biasa Uwais minum susu dengan banyaknya tetapi pada hari tersebut susu isteriku sudah kering .
Aku mengusap perlahan kepala anak kesayanganku sambil bercakap dengannya . “ Uwais anak Walid , cepat sihat nak , cepat sembuh , cepat-cepat keluar hospital , semua tunggu Uwais kat rumah . Nanti dah sihat Uwais teman Walid , kita pergi masjid sama-sama ye nak “ kataku sambil matanya merenung tepat kearah mataku , bulat dan hitam penuh anak matanya . Redup dan sayu matanya melihat aku lama lalu tanpa aku sedari mengalir air mata Uwais dan mulut kecilnya terkumat kamit seolah-olah ingin memberitahu sesuatu kepadaku . Jarinya mengemgam kemas jariku tanpa mahu dilepaskan .
Jam menunjakkan pukul 1 pagi , isteriku mahu meletakkan Uwais ke atas katil , hari sudah lewat , kami diminta oleh jururawat untuk pulang tetapi anak kami Uwais tidak mahu melepaskan Umminya , erat dan kemas memeluk tangan isteriku , menangis merengek Uwais apabila mahu diangkat keatas katil seolah olah tidak mahu berpisah dengan Umminya yang telah berada didalam kandungan selama 9 bulan . Dia seperti mahu bersama Umminya sampai ke bila-bila . Aku dan isteri tidak sedap hati dan merasakan bagai ada sesuatu bakal terjadi . Kami meninggalkan Uwais di atas katil dengan beribu kesedihan .
14/10/2018 ( AHAD )
Di subuh yang hening , tiba-tiba telefon aku berdering kuat dan kelihatan nombor hospital tertera di skrin telefon aku , berdebar jantung ini seperti nyawa aku bakal dicabut . “Encik , boleh datang ke hospital dengan segera tak ?” tanya doktor kepadaku . Ya Allah ya Tuhanku , berat sungguh kaki ini nak melangkah .
Sesampainya di wad aku sudah melihat katil Uwais dikelilingi oleh ramai doktor pakar , Uwais sudah tidak sedarkan diri , dia di kelilingi mesin dan alat bantuan pernafasan . Luluh hancur hati ini melihat darah daging aku dalam keadaan begini . Kata yang merawat , Uwais muntah susu dan keluar banyak darah pada pukul 5 pagi tadi . Ya Allah ! Dugaan apa yang Engkau berikan kepadaku ini , baru semalam sahaja Uwais nampak sihat dan bermain dengan Walid dan Umminya , pagi ini Uwais sudah tidak sedarkan diri .
Seharian kami menunggu di wad , kami mengambil peluang untuk pulang ke rumah sebentar untuk mandi dan bersihkan badan . Emak , abah , kakak , adikku dan abang iparku baru sahaja sampai setelah menempuh perjalanan hampir 6 jam dari Pulau Pinang . Jam pukul 9.00 malam sekali lagi hospital menelefon aku , sambil menyuruh aku membawa ahli keluarga terdekat . Petanda apakah ini ?
Sampai di katil Uwais , ketua bahagian perubatan di wad tersebut bersama doktor pakar yang lain sedang membuat sesuatu keatas Uwais , ketika itu hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa . Isteriku tidak henti-henti menangis keesakkan sehinggakan ditenangkan oleh jururawat bertugas .
Doktor menjemput aku dan isteri ke bilik perjumpaan dan doktor menerangkan tentang situasi Uwais . “ Encik Syafiq dan Puan Nurul Fatihah, kita dah cuba sehabis baik tetapi Allah yang memegang kita , anak Encik sekarang sudah berada di tahap 50/50 dan kita hanya menunggu keajaiban dari Allah sahaja , bila kita buat ultrasounds kita lihat penuh tumpah darah dalam badan anak Encik , hati dia telah rosak dan pecah “ . Bayangkan kalian berada disituasi aku dan isteri ketika itu .
———————————-
Akhirnya Uwais di pangkuan isteriku dan semasa diribaan isteri tercintaku , satu persatu wayar di badan Uwais dicabut , tekanan nadi dan jantung Uwais semakin lemah , tepat jam 12.15 pagi anak kesayangan kami MUHAMMAD UWAIS AL-QARNI BIN MUHAMMAD SYAFIQ telah dijemput kembali oleh Allah swt setelah genap 14 hari dia bertarung melawan kuman dalam badan . Dilahirkan pada hari Isnin dan diambil kembali oleh Allah juga pada hari Isnin .
Di penghujung detik nafas Uwais yang terakhir aku sempat menyaksikan kaki dan tangan anak syurga ini terangkat sedikit ke atas dan kelopak matanya terbuka melihat tepat kearah kami dan kelihatan anak mata nya yang pekat jernih kehitaman tersebut, tiba-tiba tanpa disedari sekali lagi terbit air matanya mengalir perlahan-lahan mula jatuh ke pipi . Dengan wajahnya yang sayu tanda seolah olah ingin memberitahu Walid dan Umminya bahawa dia akan pergi selama lamnya meninggalkan kami di dunia yang fana ini . Kini tiada lagi rengekan manja Uwais terhadap kami . Luluh jiwa ini .
Kata jururawat yang menjaga dan merawat Uwais sepanjang dua minggu , dia anak yang sangat senang dijaga , tidak banyak ragam dan susah untuk dengar Uwais menangis . Isteriku terus memangku jasad anaknya yang kini sudah tidak bernyawa lagi sambil menegesat air matanya yang tidak henti-henti mengalir . “Uwais , uwais bangun nak , bangun anak Ummi , Ummi rindu Uwais , siapa nak hisap susu ummi lagi , sayang anak ummi…ummi dah halalkan susu ummi untuk Uwais…tak apalah sayang pergilah dengan tenang..” kata isteriku perlahan. Allah , aku yang melihat bagaikan hendak pengsan . Lahaulawala khuwataillahbillah hila’liyula’zim . Kuatkan kami Ya Allah !
Aku redha Ya Allah , aku terima ujian darimu walaupun pedih dan pahit untuk aku tempuh semua ini . Uwais dicipta untuk hidup didunia ini hanya 14 hari sahaja . Perjanjian dia dengan Sang Pencipta telah ditunaikan . Semua ini terasa bagaikan mimpi . Terlalu pantas berlalu namun inilah realiti yang perlu ditanggung oleh aku dan isteri .
Ketahuilah sesungguhnya Ummi & Walid amat merinduimu wahai anak . Kita jumpa di syurga nanti ye nak . Maafkan Walid tak sempat bawak Uwais ke masjid bersama-sama , Walid hanya sempat mengengdong jasad Uwais yang sudah tidak lagi bernyawa ke masjid untuk menunaikan solat jenazah Uwais . Jasad Uwais wangi sangat sangat , selama Walid hidup atas dunia ini tidak pernah sekali Walid bau sewangi wangian Uwais itu .
Bercucuran air mata ini mengalir laju ketika nukilan ini disiapkan . Aku dan isteri masih mencari semangat . Walaupun kami sudah terpisah jasad dengan Uwais , kami berada di atas tanah dan anak tersayang kami di bawah tanah namun roh Uwais Al-Qarni sangat tenang di sana sambil berlari-lari di dalam syurga Allah swt . Aku terima , aku redha .
———————————-
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… (Al-Baqarah: 286)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (Al-Ankabut: 2)
Manakala berkaitan hadith yang menceritakan tentang kanak-kanak yang belum baligh akan menunggu ibubapa mereka di pintu syurga disebut oleh Imam al-Thabarani di dalam mu’jamnya yang diriwayatkan oleh Habibah RA, beliau berkata:
“Aku berada bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga baginda SAW masuk lalu bersabda: Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari Kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam Syurga. Mereka menjawab: Sehingga dimasukkan ibubapa kami. Maka dikatakan kepada mereka: Masuklah kamu dan juga ibubapa kamu ke dalam Syurga”
Aloe Vera dikenali bersifat untuk menyembuhkan luka selama ribuan tahun lalu hingga kini. Ia terdiri daripada kira-kira 99% air dan selebihnya kebaikan tulen. Kebanyakkan kita telah tahu bahawa ia sangat berkesan untuk selaran matahari tetapi Aloe Vera mempunyai begitu banyak ciri-ciri bermanfaat yang dapat dipanggil super-plant.
Penyelidik dapati aloe vera adalah salah satu rahsia kecantikan Cleopatra. Hijabista, kongsi rahsia yang menakjubkan ini dan menyediakan cara yang berguna untuk hijabi semua.
Aloe vera telah dikenali selama berabad-abad sebagai penyembuh hebat untuk pelbagai jenis kerosakan kulit, seperti luka. Ia meningkatkan pertumbuhan sel-sel kulit dan tisu baru dan mempercepat pertumbuhan semula tisu.
Cara menggunakannya: • Potong daun separuh, memanjang. • Letakkan bahagian potong pada potongan.
Aloe vera telah digunakan untuk merawat luka bakar kecil untuk masa yang lama. Ia mempunyai kesan penyejukan seperti mentol, mengurangkan keradangan, dan mengaktifkan regenerasi tisu dan kulit.
Cara menggunakannya:
• Potong duri di sisi daun. • Potong daun memanjang. • Campurkan gel yang jelas dengan pisau. • Sapukan gel secara langsung kepada pembakaran.
Digigit serangga membuatkan kulit gatal kerana air liur serangga yang mengandungi racun dan alergen yang berbeza yang mengakibatkan gatal-gatal, bengkak atau kerengsaan pada tahap yang berbeza. Aloe vera memberikan kesan penyejukan dan melegakan kesakitan dan gatal-gatal dan mengurangkan keradangan.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Sapukan gel yang jelas di kawasan yang terjejas.
Aloe vera boleh digunakan untuk merawat radang dingin dan mengurangkan kerosakan daripadanya. Ia mempunyai tahap tinggi vitamin E yang tidak terkalahkan apabila ia membaiki kulit. Perlu diingat bahawa ‘frostbite’ adalah keadaan yang sangat serius dan jika anda memilikinya, idea yang terbaik buat pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Cara menggunakannya: • Potong daun memanjang. • Kupas lapisan kuning tepat di bawah kulit. • Sapukan gel di kawasan yang terjejas.
Aloe vera akan membantu anda untuk merasai kulit anda baru semula dengan cara pengelupasan ini. Membuang sel-sel kulit mati dan sangat lembut sehingga ia boleh digunakan pada kulit sensitif. Terdapat banyak skrub aloe vera dan pengelupasan yang terdapat di kedai-kedai hari ini, tetapi anda boleh membuat sendiri hanya dengan tumbuhan ini.
Cara menggunakannya:
• 2 sudu besar gel aloe vera • 2 sudu besar gula perang organik • 1 sudu jus lemon • Campurkan dan sapukan pada kulit. • Bilas sehingga bersih.
Aloe vera juga dikenali untuk membaiki sel-sel kulit dan ciri-ciri anti-kulat dan anti bakteria yang menjadikannya sangat berkesan apabila menghalang jerawat dan merawat jerawat dan kulit kemerahan. Ia juga membantu dengan apa-apa kecacatan, parut pasca pelarian dan kulit yang rosak kerana sifat penyembuhannya.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang. • Sapukan gel yang jelas di kawasan yang terjejas.
Aloe vera mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang yang sangat kuat yang menjadikannya cuci badan yang sangat berkesan dan lembut. Kedua-dua lidah buaya dan vitamin E sangat baik untuk pembaikan sel kulit dan minyak pati menjadikan kulit licin dan lembut.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang. • Campurkan gel – anda memerlukan kira-kira 1/4 cawan. • Campurkan dengan sabun cair, 3/4 cawan. • Tambah 1 sudu vitamin E. • Tambah beberapa titis minyak seperti lavender, geranium, serai atau minyak chamomile. Semua minyak ini sangat bermanfaat untuk kulit.
Aloe vera adalah pelembap semulajadi yang sangat baik – ia sangat baik untuk kulit kering atau sensitif kerana ia menyerap sangat cepat dan melembapkan tanpa menyekat liang-liang, tidak seperti pelembap yang dibeli di kedai lain.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang. • Campurkan 2 sudu teh gel yang jelas. • Campurkan dengan 2-3 sudu minyak kelapa.
Aloe vera sangat berkesan sebagai rawatan keguguran rambut. Ia mengandungi enzim yang membaiki sel kulit mati pada kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang. • Campurkan 2 sudu teh gel yang jelas. • Campurkan dengan 2-3 sudu minyak kelapa. • Tambah 1-2 sudu besar madu. • Sapukan pada kulit kepala dan rambut anda dan biarkan selama 40 minit. • Bilas dan basuh rambut anda seperti biasa.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.