Bayangkan suatu hari, sis dan kawan-kawan pergi untuk berkelah atau dah membuat plan untuk membuat satu aktiviti bersama. Tiba-tiba, salah seorang daripada kawan sis terkena sawan dan pengsan. Jadi, nak buat apa?
Ha, sudah pasti sis tidak mahu untuk berada dalam situasi di atas. Tambahan pula, tidak dapat untuk membuat apa-apa.
Baiklah, hari ini, kami ingin kongsi bagaimana berlakunya sawan dan juga jenis-jenisnya.
Apa punca sawan sebenarnya?
Sawan merupakan satu keadaan yang berpunca daripada satu aktiviti neuron (sel saraf) berlebihan di dalam otak. Ianya menyebabkan seseorang individu yang mengalami sawan bertindak diluar kawalan dengan melakukan pergerakan seperti bergetar satu badan dengan sangat cepat.
Namun, penyakit sawan hanya berlaku dalam tempoh yang singkat. Dianggap tidak berbahaya kepada individu yang terkena sawan itu tapi boleh memberhayakan orang di sekeliling jika pergerakan individu itu agak ganas.
Sawan ini ada jenis-jenisnya, anda kena tahu
Bagi setiap orang, mereka akan mempunyai serangan sawan yang berbeza. Walaupun simptom sawan sama bagi setiap individu, serangan yang kena bagi setiap individu bergantung kepada penyakit yang mereka alami.
Jenis sawan yang sering berlaku:
Sawan Absence
Dikenali sebagai ‘petit mal’ atau dalam bahasa Perancis disebut ‘little sickness’. Sawan Absence sering berlaku pada kanak-kanak berumur 5-10 tahun, kadangkala boleh berlarutan sehingga meningkat dewasa.
Mereka yang alami sawan absence akan memandang kosong kepada satu arah dalam beberapa minit, matanya terbeliak dan pesakit mungkin tidak akan sedarkan diri dalam tempoh itu. Tetapi, kanak-kanak yang alami sawan ini akan tersedar dengan kadar segera namun mungkin akan diserang sekali lagi secara berterusan dan banyak kali dalam hari yang sama.
Ads
2. Sawan Tonik-Klonik
Ataupun dikenali sebagai ‘Grand mal’ yang akibat ketegaran tonik (keras) dan kemudiannya menyebabkan satu sentakan badan yang teruk. Terdapat cara untuk mengesan perubahan yang berlaku pada pesakit iaitu:
Pesakit akan bernafas dengan cepat atau menangis sebelum hilang kesedaran
Anggota badan pesakit akan menjadi kejang dan terhenti, lalu bibir akan bertukar jadi biru
Mata akan terbeliak, rahang akan mengetap dimana boleh menyebabkan lidah terkancing oleh gigi.
Fasa tonik boleh memakan masa selama 30 hingga 60 saat dan dalam fasa klonik kemudian anggota badan akan mula mengalami kekejangan
Pesakit akan sedar dan alami kebingungan. Selepas itu, mereka akan tidur untuk beberapa jam.
Pesakit juga akan mengalami sakit kepala dan otot setelah mengalami kontraksi sebentar tadi.
3. Sawan Mioklonik
Berlaku secara tiba-tiba dimana anggota badan akan menjadi kejang dan mungkin atau tidak diikuti dengan hilang kesedaran. Ianya akan berlaku hanya sekali atau boleh juga berulang dengan kadar yang cepat.
4. Sawan Atonik
Sawan ini menyebakan penghidap akan hilang tone otot-otot pada anggota badan. Berkemungkinan besar pesakit akan rebah dan jatuh ke lantai secara tiba-tiba.
Kebiasaannya, sawan ini berlaku pada kanak-kanak yang mengalami kecedaraan di otak atau kekurangan oksigen semasa dilahirkan juga menghidap meningitis (penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang).
5. Sawan Tonik
Badan pesakit akan menjadi kaku serta mungkin atau tidak kehilangan kesedaran. Kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah yang tenat di otaknya.
Ads
Apa perlu dibuat jika berlakunya sawan?
1. Jangan Panik
Anda jangan panik kerana ia boleh menganggu kosentrasi atau fokus untuk membantu pesakit.
2. Lihat Waktu
Pastikan anda ketahui jam berapa pesakit terkena serangan sawan demi membantu proses ketika di rawat oleh doktor atau pakar perubatan.
3. Alihkan pesakit ke tempat yang selamat
Seperti yang anda tahu, pesakit sawan akan bertindak diluar kawalan dan boleh berlaku satu gerakan yang agresif. Jadi perlu anda usung atau bawa mereka ke ruang yang lebih selamat yang tidak berdekatan dengan apa-apa objek.
4. Pastikan posisi mengiring ke kiri
Ads
Posisi ini dikenali sebagai ‘recovery position’ dimana dalam posisi ini pesakit akan mengiring ke sebelah kiri untuk mengelakkan pesakit tersedak dimana mereka boleh tercekik air liur, muntah, lendir, atau sebarang cecair.
Posisi ini dilakukan kerana objek di dalam mulut akan lebih mudah termasuk kedalam rongga paru-paru kanan berbanding kiri. Jadi anda perlu ingat untuk mengiringkan mereka ke arah kiri dan jangan kawal pergerakan mereka kerana khuatir akan berlaku kecedaraan.
5. Jangan memasukkan sebarang objek ke dalam mulut
Hal ini kerana ia boleh menyebabkan objek itu patah sekaligus membahayakan lagi keadaan pesakit.
Apa yang perlu anda lakukakn ialah dengan memaksa mereka untuk minum air atau mengambil ubat-ubatan melalui mulut ketika serangan ini berlaku. Lapkan sebarang bendalir yang terkeluar dari pesakit.
6. Bawa berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan
Apabila pesakit telah sedar, bawa mereka dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Pastikan anda beritahu apa yang berlaku dengan maklumat yang jelas supaya dapat membantu proses kenalpasti dengan lebih mudah.
Sawan ini boleh jadi dengan begitu sahaja, jadi kadangkala kita alpa untuk pastikan keadaan dalam keadaan yang tenang ketika ia berlaku. Jadi, sis perlu tenang dan buat seperti yang disarankan.
Rutin treadmill mudah, senaman dengan rentak lagu pilihan selama 30 minit bukan sahaja buat anda melekat di treadmill malah mampu menurunkan berat badan tak perlu berpeluh basah kuyup. Hanya perlu berjalan atau berlari ikut irama!
Senaman strut pertamanya, berjalan atas treadmill dengan diiringi senarai main yang penuh dengan lagu popular Taylor Swift, telah mengumpul lebih 2.6 juta tontonan dan memulakan kegilaan si gadis menghabiskan masa di treadmill.
Komponen utama latihan sokongan ini ialah anda hanya meningkatkan kelajuan sebanyak 1 batu sejam (mph) setiap kali lagu berubah. Kebanyakan senarai main bermula di suatu tempat dalam julat tiga mph, supaya pada penghujungnya, anda telah terus berjalan ke arah power walk atau mungkin juga berjoging tanpa disedari.
Senaman ini menjadikan ia sangat mesra pemula, mudah diakses, lain dari yang lain. Prestasi kecergasan yang melampau cenderung untuk menarik perhatian di platform media sosial.
Untuk mencuba dan mengubah naratif di “GymTok,” lelaki berusia 23 tahun dari Raleigh, North Carolina memutuskan dia mahu mencipta senaman yang memperkasakan orang ramai untuk menggerakkan badan mereka untuk tujuan semata-mata berasa baik dan bersiar-siar dengan mendengar lagu kegemaran artis mereka.
Tetapi adakah senaman ‘treadmill struts’ berkesan kerana ia menyeronokkan?
Pendek kata, ya. Bersenam tidak perlu membuat anda basah kuyup dengan peluh untuk mendapat manfaat. Berjalan ialah satu bentuk senaman yang sangat hebat dengan halangan yang rendah untuk miliki faedah utama.
Lakukan senaman ini hanya 21 minit sehari berjalan boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 peratus. Berita baiknya ialah anda boleh mencapai matlamat itu dengan melakukan hanya satu daripada latihan sokongan ini.
Format ini juga memberi anda banyak fleksibiliti untuk menyesuaikannya dengan tahap kecergasan anda. Jika tidak mahu meningkatkan rentak semasa lagu yang lebih laju, kekal dengan kelajuan yang dirasakan selesa. Lemparkan sepasang dumbel ringan atau pemberat buku lali semasa anda lakukan senaman ini. Sebagai alternatif, sesetengah orang suka lakukan rutin ini sebagai aktiviti memanaskan badan atau menyejukkan badan.
Tidak kira bagaimana anda mengubah suai, perlu diingat semangat sebenar ‘treadmill struts’. Ia bukan tentang menurunkan kilo atau menetapkan PR. Ini semua tentang mengingatkan diri anda bahawa menggerakkan badan sepatutnya menyenangkan.
Faedah mental ‘treadmill struts’ juga bagus
Di sebalik manfaat fizikal berjalan selama 30 minit, ternyata terdapat banyak keajaiban mental yang berlaku dalam latihan ini yang membuatkan mereka hampir ketagih. Komponen terakhir dan boleh dikatakan paling menarik dari ‘strut treadmill’ ini? Muzik yang membuatkan anda berasa seperti bebas. Malah muzik adalah pengubah permainan yang besar.
Ia memberi fikiran kita sesuatu untuk disibukkan dan sesuatu untuk kita berhubung dengan emosi. Dan lagu-lagu dipilih dengan sengaja untuk menjadi sangat optimis, positif, menaikkan semangat. Ini bukan sahaja memberi kita tergesa-gesa endorfin, tetapi ia boleh mendorong anda untuk mendorong diri sedikit lebih kuat daripada biasanya. Dan oleh kerana senaman ini membuatkan anda berasa yakin dan bersemangat, anda berkemungkinan besar untuk membawa kepada rutin senaman yang lebih konsisten, yang seterusnya, meningkatkan tahap kecergasan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penularan wabak COVID-19 yang semakin berleluasa sehingga mencecah hampir lima ribu kes setiap hari menjadi kebimbangan buat kita semua. Kebimbangan ini turut dirasai oleh figura tempatan yang terkenal dengan jolokon ‘guru fesyen’ ataupun dengan jenama ‘RI’ nya. Siapa lagi kalau bukan Dato’ Rizalman Ibrahim, penaung bagi jenamanya Rizalman Ibrahim.
Baru-baru ini, Dato’ Rizalman memuat naik sebuah status pengumuman tentang PENUTUPAN dan PENYEKATAN penuh untuk semua transaksi perniagaannya termasuklah dengan pekerja dibawah naungan syarikatnya RIC Group Sdn Bhd.
Pengumuman rasmi tentang penutupan dan penyekatan penuh syarikatnya yang dibuat oleh Dato’ Rizalman Ibrahim menerusi laman Instagramnya.
Inisiatif yang dilakukan oleh beliau ini mendapat pujian ramai terutamanya di laman Twitter kerana ia merupakan tindakan berani dan bertanggungjawab untuk bersama-sama mengurangkan kes Covid-19 di Malaysia.
Antara komen-komen positif di laman Twitter yang memuji sikap keprihatinan Dato’ Rizalman dalam usaha untuk mengurangkan kes wabak Covid-19.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Dato’ Rizalman juga menghentikan sementara penjualan talian untuk rangkaian produk ‘supplement’ nya seperti T’Neeq dan T’Neeq Junior sehingga tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Justeru, kami di Hijabista memandang hormat kepada beliau atas usahanya ini dan berharap agar tindakannya ini menjadi ikutan kepada beberapa pihak lain untuk bersama-sama mencegah dan menghapuskan wabak COVID-19. Syabas Dato’ Rizalman Ibrahim!
Kafe ikonik EL&N London yang terkenal dari London, secara rasminya membuka cawangan pertama di Asia Tenggara.
Kafe EL&N London terkenal dengan jenama gaya hidup yang khususnya dengan konsep suasana merah jambu yang indah, reka bentuk dalaman yang unik, dan menghidangkan makanan, sajian pencuci mulut yang istimewa, dan kopi adunan khas.
Pembukaan kafe terbaru ini turut menyerikan lagi Pavilion Kuala Lumpur sebagai destinasi libur dan pusat membeli belah dengan rekaan dalaman yang menonjol, penggunaan pepohon bunga sakura merah jambu sebagai hiasan serata kafe, di dalam dan kiosk luar. Konsep mesra-instagram ini sekaligus memberi peluang kepada pengunjung mengambil swafoto selain dari menjamu selera.
Selain dari membawa hidangan ikonik dari London, Kafe ini telah mencipta semula hidangan sarapan, makan tengahari dan makan malam terlaris mereka untuk dinikmati oleh penduduk tempatan Malaysia, serta hidangan terhad, eksklusif untuk cawangan Kuala Lumpur, seperti Nasi Lemak Arancino, suatu keunikan yang diolah daripada Nasi Lemak tradisional, serta Rose Spritz berwarna merah jambu yang dibuat dengan cincau.
Lokasi bakal menjadi tumpuan ramai
Lokasi kafe ini adalah impian yang menjadi kenyataan dan kami yakin bahawa pelanggan Malaysia kami akan menyukai segala yang kami tawarkan, dari konsep reka bentuk dalaman yang unik hinggalah kepada olahan menu Eropah dengan sedikit sentuhan tempatan.
Menurut Alexandria Miller, Pengasas EL&N London berkata, “Kami sangat gembira akhirnya membuka cawangan pertama kami di Malaysia, Kuala Lumpur. Hari ini merupakan detik bersejarah untuk Kafe EL&N pertama di Asia Tenggara dan kami amat berbangga dan sukacita untuk membawa jenama ini ke kawasan yang luar biasa ini.
Pada majlis pembukaan yang penuh meriah, menjadi tumpuan pengunjung di Pavillion, apabila ramai selebriti terkenal dan pempengaruh media sosial turut hadir bagi memeriahkan majlis pembukaan.
Rata-rata yang pernah berkunjung kafe ini di London, teruja dan gembira dapat menikmati hidangan dan suasana kafe ini di Malaysia.
Menurut pihak pengurusan EL&N juga kerjasama yang baik dengan pasukan di Kuala Lumpur selama hampir tiga tahun menjadikan pembukaan ini suatu impian jadi kenyataan akhirnya! EL&N secara rasmi membuka perniagaan pada hari Selasa, 18 Julai, terletak di Tingkat 3 Pavilion Kuala Lumpur, dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 11 malam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kesempatan bertemu dengan pengacara dan pelakon cantik Uyaina Arshad pada acara sebuah majlis pertunjukan fesyen bau-baru ini membuka peluang kepada Hijabista untuk mencungkil rahsia...