Bentuk badan tak seimbang, memang menjadi masalah bagi hijabi untuk memilih pakaian yang sesuai. Apatah lagi bentuk badan seperti buah pear. Sesekali teringin kaki langsing dan kecil seperti tiang lampu di tepi jalan tetapi mustahil dalam masa sesingkat ini boleh mencapai impian sebegitu.
Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda adalah masalah kebayakkan hijabi. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha. Peha yang langsing pakai apa pun nampak cantik terletak, tak nampak lemak berlebihan dan tidak seperti sarung nangka. Malah, hijabi boleh tampil lebih berkeyakinan.
Bagaimana caranya nak dapatkan peha langsing? Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha:
1. ‘Kerusi bayangan’
Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
• Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
• Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
• Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
• Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
Ads
• Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.
2. Pergerakan “menggunting”
Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.
3. Pusingan bulatan
Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.
4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!
Ads
5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya.
7 cara mudah ini. Apa yang penting kena jadikan ia rutin dan disiplin.
Minum air kosong
Air putih bukan sahaja untuk elakkan dari dehidrasi tetapi membantu tubuh membuang racun dan memproses pembakaran.
Makan makanan rendah kalori
Berhenti makan makanan berkalori tinggi dan berlemak. Ganti dengan sayur-sayuran, buah-buahan, yogurt dan makanan kaya serat. Makanan tak sihat tu lah punca peha anda besar.
Ads
Pengambilan nutrisi
Pengambilan nutrisi seperti vitamin D, protein, dan asid omega-3 sangat penting. Pada mulanya memang susah nak biasakan diri makan makanan sihat, tetapi anda akan rasai perbezaannya nanti.
Tetapkan masa tidur
Tidur membantu membakar lemak badan. Tubuh anda akan membakar 45-115 kalori sejam sewaktu tidur, bergantung pada berat badan. Tapi jangan makan sebelum tidur, itu punca utama peha anda besar.
Jangan tertekan atau stres
Lemak yang terkumpul di peha akan sukar dibakar walaupun bersukan jika anda sentiasa dalam keadaan tertekan.
Jangan kerja berlebihan
Kerja berlebihan hingga biasa berjaga lewat malam tak baik untuk kesihatan. Ia buatkan berat badan naik dan sukar untuk mengecilkan peha.
Sumber: Kevin Zahri
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Apakah yang akan terjadi sekiranya jenama mewah dan eksklusif, dUCk milik ikon bisnes fesyen terkenal Vivy Yusof bertukar nama kepada Chicken? Pelik bukan?
Menerusi perkongsian dari Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, dia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram tentang perbualannya bersama dengan putera sulungnya, Daniel Azim Shah atau lebih mesra dengan panggilan Daniel.
Dalam perbualan itu, Daniel bertanyakan kepadanya mengenai logo jenama dUCk yang menghiasi dompetnya itu.
Apa yang menjadi bahan jenaka perbualan mereka berdua ini, apabila anak lelakinya itu menunjukkan wajah yang tidak teruja apabila mendengar penjelasan Vivy tentang logo tersebut.
Saya menjelaskan kesemuanya tentang sejarah nama dUCk kepadanya, “Ia lebih catchy, lebih ramah dan semua orang boleh menyebutnya.” Daniel kelihatan tidak berminat. “Saya rasa ia bukanlah idea yang menarik.”
Apabila melihat reaksi anaknya itu, Vivy terus bertanyakan tentang kenyataan dari Daniel itu.
Kerana bila orang ramai membuat carian di Google tentang nama dUCk, segala perkara tentang haiwan akan keluar dulu. Bukan jenama anda.
Terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan dari seorang budak lelaki berumur 8 tahun, Vivy merasakan bahawa anaknya sudah bijak dalam bidang penjenamaan.
Oleh kerana itu, Vivy meminta pendapat warganet tentang nama yang sesuai untuk menggantikan dUCk. Ramai yang berkongsi idea untuk menggantikan nama baru sehingga ada yang mencadangkan untuk menukar jenama dUCk kepada Daniel. Lawak betul!
“Atau mungkin tukarkan kepada Daniel,” komen Izzati Adli.
“Maybe Teh Ais,” komen Meissakura.
“Maybeee “Itik Gantung,” komen Anis Kiss.
Sedikit info, hasil perkahwinan Vivy bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.
Jika anda merasakan bahawa warna kulit tangan, kaki dan muka anda tidak sekata, anda mungkin perlu memberi lebih perhatian kepada kebersihan diri. Lebih-lebih lagi bila perasan kulit muka nampak cerah tapi kulit badan nampak lebih kusam.
Jadi apa yang boleh dilakukan untuk menegangkan kulit seluruh badan dan menjadikan wajah lebih sekata? Bagi anda yang masih keliru, berikut adalah 4 petua untuk meratakan tona kulit anda!
Gunakan Sunscreen Pada Badan
Seperti yang kita sedia maklum, pelindung matahari adalah produk yang harus digunakan untuk melindungi kulit wajah. Tetapi jangan lupa bahawa anda juga perlu menggunakan pelindung matahari untuk badan anda, terutamanya bagi anda yang suka berjemur, sering melakukan aktiviti luar, atau menunggang motosikal anda setiap hari.
Untuk mengelakkan kemunculan belang dan mencapai warna kulit yang lebih sekata, gunakan pelindung matahari untuk badan, terutamanya antara 10 dan 14 jam.00 di mana matahari biasanya menjadi panas dan boleh menyebabkan masalah kulit yang lain.
Kerap Scrub Dan Lakukan Lulur Badan
Sama seperti kulit muka, kulit badan juga memerlukan pengelupasan yang kerap. Untuk mengekalkan tona kulit anda sekata dan bebas coretan, gunakan lulur badan pemutih dua kali seminggu untuk menanggalkan sel-sel mati dan kotoran yang terkumpul serta merangsang pertumbuhan semula sel kulit untuk memastikan ia kelihatan lebih cerah dan cerah.
Kalau nak kulit licin dan bersih, jangan malas nak mandi okay? Mandi dua kali sehari bukan sahaja membersihkan badan, tetapi juga melegakannya. Untuk mendapatkan kulit wajah yang lebih sekata, anda boleh memilih gel mandian yang mempunyai kesan pencerahan pada kulit dan juga menjadikannya lebih licin.
Pastikan anda memilih gel mandian dengan bahan pencerah yang tidak akan mengeringkan kulit anda juga!
Fokus Bersihkan Diri Dengan Betul
Memang benar bahawa kulit pada badan cenderung lebih kering pada waktu malam berbanding siang hari. Jadi tidak ada salahnya menjadi tambahan untuk mengekalkan kulit terhidrat semalaman.
Anda boleh cuba menggunakan serum badan dengan bahan pencerah kulit untuk memastikan tona kulit sekata. Serum badan mempunyai tekstur yang lebih ringan dan oleh itu lebih mudah diserap ke dalam kulit berbanding produk penjagaan badan lain yang melembapkan kulit.
Dalam rumah tangga pasti ada pasang surut dan turun naik yang perlu ditempuhi bersama-sama, bagi pelakon jelita anak jati kelahiran negeri pantai timur, Kelantan iaitu Uqasha Senrose hanya tiga perkara ini mampu menjamin keharmonian rumah tangga.
Pemilik nama penuh, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu kini mengakui dia sedang berada dalam fasa paling terindah di hidupnya apabila semakin mengecapi bahagia alam rumah tangga bersama suami yang juga pelakon Kamal Adli setelah kelahiran cahaya mata pertama mereka pada April lalu.
Ikatan Kasih Sayang Antara Pasangan Punca Rumahtangga Harmoni
Ketika ditanya kepada Uqasha apakah nasihat yang boleh diberikan kepada wanita di luar sana yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan mendambakan rumahtangga yang hamoni dan bahagia, ini respon yang diberikan.
“Pertama, terima baik buruk (pasangan). Kedua, tahap kesabaran kena tinggi dan yang paling penting yang ketiga adalah sayang di antara satu sama lain,” katanya.
Dalam perkembangan lain, pelakon Kamal Adli yang juga suami kepada Uqasha tidak menafikan bahawa kehadiran puteri sulung mereka Hawra Uqaira yang kini berusia 4 bulan, merupakan pengikat kasih sayang yang menyerikan lagi kehidupan dia dan Uqasha.
Kamal Adli Teruja Lihat Anak Membesar Depan Mata!
Malah, menurut Kamal antara cabaran terbesarnya sejak bergelar bapa adalah untuk menjaga permata hatinya, Hawra Uqaira dengan saling bergilir menjaga keperluan si kecil itu.
Kamal bagaimanapun teruja apatah lagi melihat anak membesar di hadapan mata.
“Jujurnya pada awal kelahiran memang agak sukar sedikit. Saya saling bertukar giliran dengan Uqasha untuk menjaganya. Uqasha jaga Uqaira sebelah siang manakala saya pula malam.
“Tapi malam pun Uqasha akan bangun juga. Tak dinafikan susah juga rupanya untuk berjaga malam memandangkan ada ketikanya Uqaira sukar tidur dengan lena,” jelasnya.
Kamal berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Episod Pertama Drama Viu Original berjudul Nafsu, Aurum Theatre di The Exchange TRX, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Uqasha Ibu Yang Baik, Tak Pernah Mengeluh Urus Anak – Kamal Adli
Malah Kamal turut meluahkan rasa bangga terhadap Uqasha yang tidak pernah mengeluh menjaga anak mereka, sejak selamat bersalin April lalu.
“Alhamdulillah Uqasha baru habis pantang. Saya bangga dengan dia sebab caranya dalam menjaga anak kami.
“Saya juga gembira tengok perubahannya sebagai seorang ibu sekarang. Dia memang betul-betul komited sanggup bangun, menyusu dan tidak merungut langsung,” katanya lagi.
Pada masa sama, pasangan selebriti ini juga memilih untuk tidak menggunakan perkhidmatan pembantu dalam menguruskan anak pertama mereka.
Imbas kembali, Kamal mendirikan rumah tangga dengan Uqasha pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang dan sebelum ini, Uqasha pernah mendedahkan pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...