Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh barakah dan hikmah, jadi pada bulan yang paling mulia dan penuh ganjaran ini, ramai diantara umat Islam berlumba-lumba mengutip dan mencari pahala demi mendapat keredhaan yang maha esa.
Begitu juga dengan perihal anak gadis kepada aktor Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang tampil berbeza demi menghormati bulan Ramadan sekaligus menyahut seruan rakan-rakanya untuk berhijab ketika keluar bersiar-siar di khalayak umum.
Leona Akur Disuruh Rakan-Rakan Untuk Tampil Berhijab
Perkongsian Leona menerusi laman TikTok miliknya baru-baru ini telah meraih pujian netizen apabila Leona dilihat begitu sopan dan berbeza ketika mengenakan hijab sewaktu bersiar-siar bersama rakannya yang lain.
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Leona yang tampil lebih manis dan menawan mengenakan hijab berona kuning air sambil memakai baju sejuk lengkap hoodie berwarna merah jambu lembut.
Dalam perkongsian sama, gadis berusia 21 tahun itu juga sempat menitipkan ucapan salam Ramadan yang ditujukan khas buat para pengikutnya di aplikasi berkenaan.
Ads
“Kawan-kawan menyuruh saya untuk memakai tudung di khalayak ramai. Salam Ramadan,” tulis Leona ringkas pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Cantik Sangat Semoga Istiqamah Leona! – Netizen
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen terhadap perubahan positif yang ditampilkan Leona khususnya di bulan mulia ini.
Rata-rata wargamaya memberi respon menyokong bahawa Leona lebih jelita dan menawan apabila mengenakan Hijab. Malah, ramai yang mahu Leona untuk terus menjaga penampilannya agar dapat berhijrah menjadi lebih baik selari dengan apa yang dituntut oleh agama Islam.
Ads
Dalam pada itu, netizen turut meminta Leona agar terus berkawan dengan rakan-rakan yang memberikan pengaruh baik seperti ini yang sering menegur di saat kita lalai dan terleka dengan dunia.
Sekadar info, sehingga kini, video tersebut berjaya meraih lebih 700,000 kali tontonan dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada warganet selepas sehari dimuat naik dalam aplikasi tersebut.
Ads
Terdahulu nama Leona sering mendapat perhatian dan menjadi bualan wargamaya di media sosial ekoran penampilannya yang terlampau seksi dan ‘mencolok mata’ sehingga mencetuskan kritikan, rasa kurang senang dan cemuhan orang ramai.
Biasanya dalam masakan kita akan guna cili kisar. Untuk memudahkan kerja, kita kisar sekali banyak dan simpan untuk beberapa kali kegunaan untuk memasak.
Cili kisar bukan sahaja mempercepatkan proses memasak tetapi dalam masa yang sama boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan. Maka sebab itulah amat penting ibu-ibu membuat stok cili kisar untuk memudahkan urusan di dapur di samping mempercepatkan proses memasak di dapur terutama buat ibu-ibu yang bekerja.
Ikuti perkongsian berikut:
Hari ini saya nak share cara membuat cili kisar. Ini cara mak saya yang memang saya praktikan. Sesuai untuk orang yang kurang masa campur ‘kurang rajin’.
Bila buat cili sendiri lagi sedap masakan kita. Cuma nak buat cili ini ramai yang guna macam-macam cara. Boleh share cara mudah ini supaya ramai orang tahu. Okay jom tengok cara mak saya di bawah.
Pilih cili kering. Ambil banyak mana yang nak guna atau disimpan jadikan stok. Ambil yang cili kerinting untuk kurang pedas. Kemudian basuh dan mesin. Tak perlu gunting. Tak perlu rebus. Masuk semua, letak air dan mesin.
Gambar mesin cili tak sempat tangkap. Dah mesin ambil tapis macam gambar di bawah. Tapis biji dari cili.
Taadaa..Haa dah ada cili sahaja .Tak ada biji. Mudahkan. Sesuai sangat untuk orang yang tak rajin tapi bijak.
Selepas ini tiada alasan lagi untuk malas 'turun' ke dapur. Dengan adanya cili kisar ini, kerja-kerja memasak menjadi mudah dan cepat.
Sumber kredit: Nor Atiqah Othman via Masa Apa Hari Ini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kita sedia maklum fadhilat membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat. Persoalannya, bolehkah sesiapa yang hanya mendengar bacaan surah-surah ini mendapat fadhilat daripada surah-surah ini.
Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang kelebihan orang yang membaca Surah al-Mulk pada setiap malam dan Surah al-Kahfi pada setiap hari Jumaat.
Antara hadis-hadis berkenaan adalah seperti berikut:
Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Lalu didapati di dalamnya ada seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi SAW lalu berkata:
Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda SAW, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. (Hadis riwayat al-Tirmidzi : 2890)
Dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jum’at, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq. (Sunan Ad-Darimi: 3273)
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal. (Hadith riwayat Muslim: 1342)
Sesungguhnya al-Quran memberi manfaat kepada orang yang membaca dan mendengarnya. Justeru itu, Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mendengar al-Quran dengan baik apabila ia dibacakan.
Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. (Surah al-A’raf: 204)
Rasulullah SAW sendiri meminta para Sahabat RA supaya memperdengarkan al-Quran al-Karim kepada Baginda SAW. Dalam satu hadith yang diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW meminta Abdullah Ibn Mas’ud RA membacakan al-Quran:
Maksudnya: (Rasulullah SAW bersabda): “Bacakanlah kepadaku al-Quran”. Aku (Abdullah Ibn Mas’ud RA) bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, aku membacakan al-Quran kepada kamu padahal al-Quran diturunkan kepada kamu?” Jawab Nabi SAW, “Sesungguhnya aku suka untuk mendengarnya dari bacaan orang lain.” Kemudian aku membaca Surah al-Nisa sehingga ayat 41 dan Baginda SAW bersabda: “Cukuplah untuk sekarang.” Lalu aku berpaling kepada Baginda SAW dan aku mendapati kedua-dua mata Baginda SAW bercucuran air mata . (Hadis riwayat al-Bukhari: 4583)
Orang yang mendengar al-Quran juga mendapat pahala jika disertai dengan adab-adabnya dan menghayati bacaan al-Quran tersebut. Walaubagaimanapun, pahala orang yang mendengar al-Quran tidak sama dengan orang yang membacanya. Ini kerana orang yang membaca al-Quran akan mendapat pahala yang lebih besar dan fadhilat daripada bacaannya tersebut. Daripada Abdullah Ibn Mas`ud RA katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitabullah (al-Quran), maka untuknya satu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali ganda seperti itu. Aku tidak mengatakan bahwa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ adalah satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ juga satu huruf. (Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Justeru, mencemburui dan iri hati terhadap orang yang dapat membaca al-Quran adalah sesuatu yang dibenarkan dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak dibenarkan iri hati melainkan terhadap dua macam orang, iaitu: Orang yang diberi kepandaian oleh Allah SWT dalam hal al-Quran, lalu ia membacanya pada waktu malam dan waktu siang. Juga seorang yang dikurniakan Allah SWT akan harta lalu ia menginfaqkannya pada waktu malam dan siang. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
KESIMPULANNYA:
Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, dapat disimpulkan bahawa fadhilat membaca sesuatu ayat atau surah dalam al-Quran tidak didapati dengan hanya mendengarnya sahaja.
Oleh itu, adalah lebih baik orang yang mendengar turut mengikuti bacaan dengan menyebut ayat-ayat yang didengarnya walaupun tidak menghafal dan tidak melihat kepada mushaf al-Quran. Dalam situasi ini, maka orang yang mendengarnya pun turut mendapat pahala yang sama dan fadhilatnya. Semoga Allah SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayah kepada kita untuk terus melaksanakan amal soleh dan ketaatan kepada-Nya.
Konsep rezeki akan jadi lebih murah dan mudah datang jika kita bersedekah atau ‘memberi’ kepada orang lain. Tidak kisah banyak atau sedikit, apa yang penting adalah keikhlasan.
Seperti contoh kisah Nabil yang memberi sedekah pada seorang pakcik walaupun ketika itu hanya ada RM2 dari poketnya. Dan kini beliau antara selebriti terkaya di tanah air.
Tidak susah untuk melakukannya dan paling utama adakah nawaitu untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada mereka yang memerlukan.
Jika bukan dalam bentuk wang tunai, mungkin pertolongan atau barangan keperluan lain. Ingatkan bukan semua yang ada di muka bumi ini adalah hak milik kita. Semuanya kepunyaan Allah SWT.
Walaupun tidak mempunyai kucing peliharaan, mungkin akan ada kucing ini singgah di rumah kita. Jadi sediakanlah sebekas makanan dan semangkuk air di luar rumah kita. Ini khusus untuk kucing jalanan yang singgah dan lalu di kawasan rumah kita. Anggap ia adalah rezeki kucing berkenaan.
Setiap kali mendapat gaji, cuba asingkan sedikit untuk disedekahkan pada mereka yang memerlukan. Tidak perlu susah mencari orang lain, sebaliknya sedekah pada adik beradik yang susah dan memerlukan. Tidak banyak sedikit juga sudah memadai dan penting sedekah.
Kalau boleh amalkan sentiasa sediakan wang kecil dalam dompet kerana kadang-kadang kita diduga ada yang memohon bantuan. Atau jika singgah solat di mana-mana masjid boleh berbuat demikian pada tabung disediakan.
Letakkan di bilik tidur sebuah kotak kecil. Setiap kali anda berbuat tidak baik atau melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap satu bulan, keluarkan duit ini dan sedekahkan duit ini pada yang memerlukan. Insya-Allah.
Satu lagi amalan lain adalah jika kita mengunjungi majlis keramaian, ada cara tertentu boleh bersedekah. Selain memberi wang, anda juga boleh sedekahkan air mineral pada tetamu yang hadir. Paling afdal untuk buat adalah ketika urusan pengebumian sebab selalunya tuan rumah tidak sediakan makanan dan minuman. Ini memang sangat membantu!
Tidak rugi juga jika kita amalkan konsep ‘keep the change’ ini. Walaupun bakinya hanya beberapa sen tetapi tak salah sedekah untuk peniaga kecil. Lebih berkat dan memberi kegembiraan pada orang lain. Itu sudah cukup memadai kerana kebahagiaan orang lain sangat bererti padanya.
Sekiranya anda ada wang lebih digalakkan untuk membeli Al-Quran atau sejadah, boleh sedekahkan di mana-mana masjid atau surau atau pusat tahfiz. Jika mereka membacanya akan ada bahagian anda di situ.
Amalan paling mudah adalah membaca surah Al-Fatihah setiap pagi. Sedekahkan juga kepada kedua ibu bapa yang masih hidup ataupun sudah mati. Insya-Allah jika kita amalkan, akan nada balasan baik yang Allah berikan.
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.