Saban hari selalu kita lihat ramai diantara umat manusia yang menerima hidayah dari Allah yang maha esa, meski mempunyai latarbelakang dan sejarah yang berbeza sebelum berhijrah menganuti agama Islam.
Begitu jugalah yang berlaku kepada seorang lelaki berketurunan India yang akhirnya memeluk Islam kerana merasakan kekosongan jiwa, walaupun kehidupanya sudah berjaya dan menyayangi serta menyanjungi ibunya dengan sepenuh jiwa raga.
Jiwa Kosong, Nampak Berjaya Tapi Hati Semakin Tenat!
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama Muhammad Mikhael Sathayah menerusi sebuah muatnaik video di aplikasi TikTok miliknya menggunakan akaun pengguna @mukagangster
Menerusi video berkenaan Mikael menceritakan tentang bagaimana dia tercuit hati untuk memeluk Islam serta perjalanan hijrah miliknya sehingga akhirnya jiwanya terasa tenang dan amat bermakna.
Menurut Mikael, sebelum memeluk Islam dirinya merasa sangat kosong sehingga tidak tahu apakah erti kehidupan yang sebenar. Malah, dia telah berkali-kali berusaha untuk mengisi kekosongab tersebut namun tidak membuahkan hasil.
“Saya cuba mengisi kekosongan. Tetapi kesakitannya semakin hari semakin menjadi-jadi. Diluar nampak berjaya tapi hati saya dalam kesakitan. Apa yang kurang? Saya sayang mak saya, mak saya segala-galanya bagi saya.
Ads
“Namun pada satu pagi iaitu waktu subuh, dia terdengar satu suara seakan memberi ‘petunjuk’ kepadanya. Menurut Mikhael, meskipun pada waktu itu dia tahu apakah maksud di sebalik petunjuk itu namun dia tidak mengendahkannya. Malah dia terus mengejar dunia namun hatinya tetap tidak tenteram.
“Mencari nur yang tidak kesampaian, jiwa ini meronta sampai subuh suatu pagi. Terdengar suara yang indah, aku yang cipta kamu tapi ini yang aku beri pada kamu. Terima sahajalah. Apakah maksud soalan itu? Saya tertanya-tanya apakah jawapan untuk soalan itu. Saya rasa saya tahu tapi saya masih tidak mahu menerima,” ujarnya.
Tak Sangka Mak Begitu Baik, Terima Penghijrahan Mikael Dengan Berlapang Dada
Namun, pada suatu hari Mikael berkata, dia akhirnya mendapat hidayah untuk memeluk islam dan mengumpul keberanian untuk memaklumkan perkara itu kepada ibunya.
Ads
“Sampai dah dapat jawapan. Saya beritahu mak, ‘Mak, saya nak masuk Islam’. Mak terdiam, terkejut lepas tu, mak tersenyum dan beri kebenaran. Macam-macam mak dikecam sampai ada yang kata mak dah tak ada anak, anak mak dah mati. Sampai kata hidup saya macam ni sebab mak terlalu manjakan saya.
“Mak seorang mak yang baik. Mak hadiahkan saya sejadah. Mak sentiasa teman saya ke masjid. Terima kasih mak walaupun kita berlainan agama, mak tunggu luar masjid. Mak tak hiraukan saudara mara, cakap sesiapa. Mak terima saya,” jelasnya.
Tambah Mikael lagi, sebaik sahaja menganut agama Islam dia merasakan hati semakin tenang dan damai. Malah, segala kerunsingan yang dialaminya lenyap sekelip mata.
Ads
Justeru, merasakan dirinya seorang pendosa, Mikael sanggup berpuasa selama setahun demi menyucikan dirinya dari dosa-dosa lampau sehingga kesihatanya terjejas, meskipun dia sedar perkara itu adalah ditentang di dalam Islam kerana mendatangkan kemudaratan.
“Banyak sangat dosa sampai saya berpuasa sepanjang tahun walaupun Islam larang. Saya puasa 360 hari, aidilfitri dan raya haji. Lain-lain hari saya puasa nak hilangkan dosa. Sampai saya sakit,” katanya.
Apa yang lebih membuatkan Mikael bahagia selepas memeluk agama Islam adalah menerima rezeki yang tidak disangka apabila, Mikael akhirnya berjaya membeli sebuah rumah dan berjiran dengan ibunya yang begitu baik dan tulus menjalaninya sebagai seorang anak, walaupun berlainan agama.
Berikutan kes yang cukup menjadi perbualan dalam kalangan masyarakat kita baru-baru ini, gangguan seksual pada hari ini bukan lagi suatu perkara yang patut di pandang remeh. Ramai juga mangsa yang telah melalui pelbagai situasi yang memberikan kesan buruk kepada mereka.
Mengapa amang gangguan seksual ini boleh di jadikan sebagai suatu perbuatan yang normal bagi sesetengah orang? Adakah mereka tidah takut pada hukuman yang bakal menimpa mereka?
Amang seksual bukan sahaja pada kanak-kanak atau perempuan
Sumber gambar dari Canva
Tular baru-baru ini mengenai kes amang seksual secara fizikal yang melibatkan gangguan kepada remaja lelaki malah bukan sahaja itu, ramai lagi yang menjadi mangsa kepada permasalahan ini. Jadi apakah yang di maksudkan dengan amang seksual secara fizikal?
Di hellodoktor telah menjelaskan mengenai di sebalik maksud amang seksual fizikal ini. Terdapat perbezaannya sedikit antara amang seksual berbanding gangguan seksual dan rogol.
Seperti yang kita tahu gangguan seksual merupakan satu perbuatan yang keji terhadap mangsa yang menjadi sasaran untuk melepaskan nafsu mereka. Ia boleh terjadi dalam bentuk tulisan, percakapan, atau fizikal secara bersemuka.
Antara perbuatan yang berunsurkan gangguan seksual adalah:
Di pegang atau melakukan sentuhan fizikal tanpa kerelaan
Menerima apa-apa komen yang berunsurkan makna seksual
Di mintak melakukan perkara yang berunsurkan seksual
Di perhati lama
Sering di soal mengenai kehidupan seksual
Manakala amang seksual pula ada sedikit perbezaan dari gangguan seksual. Pada lazimnya, ia berlaku apabila mangsa di paksa atau di tipu untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti seksual, sebagai contoh, memegang, menicum atau melakukan seks tanpa kerelaan.
Jadi sejurus itu kita perlu tahu juga amang seksual fizikal dan rogol–ia membawa maksud kepada suatu keadaan yang di mana mangsa terpaksa melakukan seks dengan seseorang tanpa rela. Rogol adalah satu perbuatan jenayah.
Di sini di jelaskan lagi bahawa jika anda tidak mahu melakukan seks atau pada sesiapa yang memaksa, ia adalah satu bentuk amang seksual dan juga rogol. Jadi bahaya buat anda tidak kira lelaki mahupun perempuan, terdapat jua kesan yang boleh anda terima secara mental dan fizikal, seperti:
Stres, alami depresi dan sentiasa gelisah
Tidak mahu bergaul dan sering menjauhkan diri
Hilang keyakinan diri
Alamai simptom fizikal disebabkan stres seperti sakit kepala, sakit belakang atau masalah tidur
Sukar untuk fokus di tempat kerja
Anda di syorkan untuk lakukan sebarang tindakan dengan segera jika berlaku tanda-tanda gangguan seksual. Pastikan anda dalam keadaaan yang selamat dan tidak segan untuk berkongsi jika berlaku perkara sedemikian.
Bila mendengar sahaja status ‘Jutawan’ pasti hijabi terbayangkan figura lelaki atau wanita yang berpakaian serba mewah dan memperagakan jenama mewah dari kepala hingga ke kaki. Malah, apa sahaja barangan yang digayakan oleh Jutawan pasti menjadi sorotan dan meraih perhatian.
Namun, lain pula kisah yang didedahkan oleh hijabi jutawan seorang ini, iaitu cik Epal yang juga pengasas kepada produk kecantikan wanita ‘Makaji’ dan ‘Fair Fit’.
Dek kerana status Jutawan yang dimilikinya, ramai menyangka bahawa apa saja yang diperagakan oleh Cik Epal ini pastinya berjenama dan mahal harganya.
Cik Epal Selamba, Pakai Tudung ‘Marhaen’ RM 6 Melaram Di Milan!
Tetapi, perkongsian yang dilakukan Cik Epal menerusi hantaran Instagram miliknya baru-baru ini yang mendedahkan bahawa dia hanya memakai tudung bawal RM6 yang dibeli di Shoppee sahaja ketika berkunjung ke Milan, Itali telah mengejutkan wargamaya!
“Today pakai tudung RM6. Dah share link tudung 6 ringgit dekat IG story,” dedahnya di media sosial.
Meski kehidupan dilimpahi dengan kekayaan dan murah wang ringgit, namun hijabi jutawan ini bersikap ‘selamba’ dan tidak kisah menyarung dan menggayakan tudung marhaen ketika berkunjunh ke luar negara.
Malah, apa sahaja yanh diperagakan oleh Cik Epal secara automatik akan terlihat mewah dan mahal jika anda pandai mengayakanya bersesuaian dengan tempat dan acara. Paling penting, bila dah cantik perlulah ada rasa yakin terhadap penampilan diri sendiri!
Sekadar info, kunjungan Cik Epal dan keluarga ke Milan bukan sekadar untuk bercuti tapi juga sebagai tanda sokongan kepada suami tercinta yang menyertai pertandingan membuat pizza di sana.
Menariknya! Daripada 50 pasukan yang bertanding, suami Cik Epal iaitu Jofliam berjaya menduduki tempat keempat! Sebelum ini pizza buatan Jofliam atau lebih dikenali Pizza Wagyu menjadi bualan ramai kerana keenakannya.
Hijabista menzahirkan ucapan tahniah diatas kejayaan suami kepada Cik Epal yang telah berjaya membawa dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa!
Nama Fuad Rahman, mula dikenali dan menjadi sebutan apabila dia kembali beraksi menerusi Program Realiti Gegar Vaganza 9 (GV9) yang lalu.
Meski mempunyai sejarah silam yang tidak berapa enak untuk diungkapkan, di tambah pula dengan ukiran tatu di bahagian leher dan beberapa anggota badan yang lain. Namun, itu bukanlah penghalang untuk Fuad menuju ke arah kebaikan dan kembali ke pangkal jalan.
Alunan Merdu Surah Taha, Bacaan Fuad Rahman Jadi Bualan!
Baru-baru ini, sebuah muatnaik video yang dikongsikan isterinya di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @Rajakingtom telah berjaya menarik perhatian warganet sekaligus membuatkan rata-ratanya merasa kagum.
Dalam hantaran video berkenaan dapat dilihat penyanyi kelahiran Singapura itu bersama isterinya memenuhi undangan sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Geng Ngaji iaitu sebuah program terbitan Astro.
Pada program itu, dapat dilihat Fuad yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Taha dengan penuh penghayatan dengan begitu merdu sekali.
Mengulas isu sama, isteri kepada Fuad iaitu Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom tidak menafikan bahawa dirinya masih belum pandai mengaji lancar dan merdu seperti suaminya.
Kebanyakkan warganet membanjiri hantaran itu dengan komen puji-pujian diatas perkongsian murni yang dilakukan oleh Tom berhubung sisi positif suaminya.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan tersentuh dengan alunan ayat suci al-Quran yang dibaca Fuad.
Sekadar info, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005, bagaimanapun ikatan mereka terputus ditengah jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara ekoran terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pada 10 Februari lalu genaplah usia usahawan, pelakon dan pengacara terkenal Neelofa yang ke-36 tahun.Masih belum terlambat untuk Hijabista titipkan ucapan selamat ulang tahun...