Benarlah hidayah itu milik Allah dan Allah tidak hanya ada untuk manusia-manusia yang megumpul pahala sahaja, malah Allah juga ada untuk manusia-manusia pendosa.

Allah itu maha adil sifatnya, maka hidayahnya akan diperolehi dan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya, sekaligus membuktikan kalimah ‘Kun Faya Kun’ yang membawa maksud, “dan bila dia (Allah) berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) dia (Allah) hanya mengatakan: “Jadilah”, maka jadilah ia” – (Al-Baqarah: 137).

Begitu jugalah dengan hidayah yang diterima oleh anak muda terkaya Britain, seorang billionaire dan juga ‘tauke’ kelab malam, Alfie Best Jr yang akhirnya memeluk agama Islam.

Keputusan Alfie ‘Peluk Islam’ Mengejutkan Ramai Pihak!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alfie Best (@alfie_best)

Alfie yang dilahirkan pada 22 Mei 1997 di Redbridge, London, telah mengambil keputusan untuk menjadi seorang Muslim dengan memeluk serta menganuti agama Islam di usia seawal 25 tahun telah memberikan kejutan terhadap orang ramai dan juga para pengikutnya.

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Alfie sendiri apabjla memuatnaik sebuah hantaran di laman Instagram miliknya beberapa bulan lalu.

Hantaran berkenaan memaparkan sekeping gambar Alfie yang segak mengenakan jubah hitam dan stokin sedang berdiri berlatarbelakangkan ruangan solat di sebuah masjid di Ibu Kota London.

“Allah memberi petunjuk, tiada siapa yang boleh menyesatkan. Barangsiapa yang disesatkan-Nya, maka tidak ada yang dapat memberi petunjuk,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

IKLAN

Mengulas lanjut tentang bagaimana dia terdetik untuk berhijrah dan memeluk Islam, Alfie mendedahkan bahawa dia menerima hidayah ketika sedang bercuti dengan rakan-rakannya menaiki helikopter bersama ibu salah seorang rakanya yang mahu memeluk Islam.

Justeru, untuk melunaskan kehendak ibu rakanya itu mereka pergi ke masjid di London, agar wanita itu dapat mengucapkan kalimah syahadah.

Jelas Alfie di masjid sama, dia terpesona dengan kemerduan alunan kalimah syahadah yang dibaca, sekaligus dapat merasakan satu kekuatan luar biasa besar hingga dirinya begitu tertarik untuk menjadikan Islam sebagai pegangan hidupnya.

Artikel berkaitan: Aktivis ‘Anti Islam’ Ini Akhirnya Dikurniakan Hidayah, Terbuka Hati Peluk Islam!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alfie Best (@alfie_best)

IKLAN

“Saya pergi ke masjid sekali dengan salah seorang teman dan ibunya mengucapkan syahadah, dan saya masuk (ke masjid itu). Saya sangat berfikiran terbuka dan sebenarnya sangat tertarik dengan keseluruhan tentang Islam.

“Saya menyaksikan ibu kepada rakan mengucapkan syahadah dan saya merasakan sesuatu di masjid yang belum pernah saya rasakan di tempat lain. Saya fikir mungkin ini adalah sesuatu yang hilang yang saya cari selama ini,” kata Alfie, memetik saluran YouTube Osman Lion.

Setelah memeluk Islam, Alfie mengakui dirinya seolah menemui sesuatu yang hilang dalam hidupnya dan merasakan kedamaian yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Lebih membuatkan dirinya merasa bahagia apabila dikurniakan ketenangan fikiran, hati, serta kebahagiaan apabila usai menunaikan solat.

“Saya rasa sangat selesa bangun pagi dan berdoa (solat Subuh) itu menghilangkan stres. Ketika bekerja siang hingga malam, saya tidak dapat menjelaskannya, tapi setelah solat seperti lega, seperti telah menyelesaikan sesuatu yang penting.

Saat mengalami kecemasan, setelah solat rasanya menjadi tenang lagi,” Ujar Alfie.

IKLAN

Sekadar info, menurut Sunday Times Rich List, Alfie Best Jr merupakan anak kepada seorang usahawan berjaya dan tersohor, Alfie Best Sr yang mempunyai nilai kekayaan £700 juta,

Alfie mula berusaha gigih bekerja sendiri sejak usianya meningkat remaja, dia mula menganjurkan pesta untuk pelancong, sebelum membeli kelab malamnya sendiri.

Dia kemudian menjual kelab malamnya untuk membeli sebuah taman pada usia 17 tahun sekali gus menjadi pemilik taman termuda di negaranya.

Sumber: Muslim Mirror, YouTube Osman Lion & Sunday Times Rich List

Artikel berkaitan: Wanita India ‘Hafal’ Quran, Siap Baca Ayat Kursi Jika Nampak Hantu! Netizen Doa Moga Dikurniakan Hidayah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI