Umum mengetahui, Nurul Izzah Anwar yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh baru sahaja menjalani alam rumahtangga sekali lagi selepas mendirikan perkahwinaan bersama jejaka pilihan hati iaitu seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Malah, perkahwinan yang baru berusia lima bulan itu turut diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung mereka, apabila Nurul Izzah menerima khabar gembira bahawa dirinya sedang hamil sebaik sahaja usai berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Namun, disangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengahari, semalam anak sulung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengumumkan khabar duka, bahawa dia telah mengalami keguguran.
Khabar duka berkenaan dimaklumkan oleh Nurul Izzah sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
Dalam hantaran berkenaan Izzah memuat naik foto dirinya yang sebak sedang berada dalam dakapan kedua orang tuanya, usai memaklumkan berita sedih berkenaan berhubung kehilangan cahaya mata keempat mereka.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan.
Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama – selesai berkempen, sempat pula menjangkiti covid buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat, kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya – dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone …
IKLAN
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
“Surely, we belong to Allah and verily to Him do we return,” tulis Izzah pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Izzah turut memikirkan bagaimana wanita-wanita cekal diluar sana berjaya melalui episod serta pengalaman getir yang sama sepertinya, walau mempunyai jalur kekuatan yang berbeza.
Bagaimanapun, disebalik kedukaan dan keperitan kehilangan yang dirasainya, Nurul Izzah tetap memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT diatas ujian dan dugaan yang diberikan kerana yakin proses ini akan menjadikan dirinya lebih kuat di masa akan datang.
“Ungkapan mensyukuri nikmat dan kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucap kan walau mengalir air mata, kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Kepada anda diluar sana yang juga diuji dengan merasai kehilangan, doa dan pelukan secara maya kami tujukan khas buat anda, namun ingatlah sesukar manapun ujian yang perlu ditempuh, kehidupan perlu diteruskan.
IKLAN
“Penyembuhan adalah satu perjalanan.. Dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Sekadar info, pada 5 Ogos 2023, Izzah sekali lagi bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.
Hasil perkahwinan terdahulu, Izzah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13. Manakala, Shao Loong juga mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan sebelumnya.
Perkongsian dari Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor baru-baru ini mengenai anak saudaranya, Sheikh Aiman Shukor Al Masrie, berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang menyentuh hati orang ramai.
Angkasawan Negara itu meluahkan rasa bangganya terhadap berita itu melalui posting di instagram. Beliau juga turut memberitahu dia telah menjaga Aiman sejak pemergian arwah adiknya ketika beliau sedang dalam misinya di angkasa lepas dan Aiman hanya berusia tiga tahun.
Dalam perkongsian beliau juga turut berkata bahawa kejayaan Aiman memang tak dapat disangkal lagi kerana dia merupakan seorang pelajar yang pintar dan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Walaupun Dr Sheikh Muszaphar agak sangsi kerana Aiman ingin menyambung pelajaran dalam bidang perubatan namun ditawarkan jurusan undang-undang, semuanya atas rezeki yang diberikan oleh Allah swt.
Rata-rata di ruangan komen memberikan pujian serta semangat kepada beliau dan juga anak buahnya.
Disini orang ramai juga meluahkan bertapa ikhlasnya kasih sayang angkasawan negara itu terhadap anak buahnya bagaikan seperti anak kandungnya sendiri.
Jika anda biasa minum kordial, pasti akan terpandang wajah kanak-kanak yang menghiasi botol kordial jenama yang cukup dikenali ramai peminat kordial. Kini kanak-kanak yang menjadi ‘penghias’ botol kordial ini menginjak usia 22 tahun. Ketika menjadi penghias botol kordial tersebut, usianya baru lima tahun.
Walaupun poster itu sudah lama, tetapi syarikat berkenaan tetap mengekalkan wajah sebenar kanak-kanak kecil untuk tujuan promosi dan pemasaran. Pengguna juga sebenarnya lebih senang melihat senyuman ‘kanak’kanak’ ini setiap kali mahu membancuh kordial berkenaan.
Ramai yang menyangka wajah kanak-kanak ini milik Liyana Jasmay. Senyumannya saling tak tumpah persis Liyana Jasmay. Tetapi sebenarnya tanggapan itu salah kerana gambar kanak-kanak itu bukanlah Liyana sebaliknya milik Madihah Mohd Firdaus.Madihah Mohd Firdaus atau lebih mesra mesra dengan sapaan Dihah.
Pemilik sebenar wajah kanak-kanak itu sudah berubah menjadi seorang hijabi yang ayu dan menawan. Kecantikannya tetap terserlah dengan senyuman manis yang dilemparkan.
Menurut ibunya Fatimah Abdullah, dia mula membawa Madihah untuk menghadiri sesi uji bakat ketika Madihah berusia tiga tahun lagi. Akui Fatimah, dia sendiri tidak menyangka rezeki untuk menjadi penghias botol kordial jenama F&N ini berpihak kepada Madihah.
Madihah baharu sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Ampang. Gadis ini juga bakal menyambung pengajiannya di peringkat ijazah dalam bidang yang sama.
Sama seperti gadis lain yang seusia dengannya, Dihah juga gemar bermekap. Walau bagaimana pun untuk produk mekap, Madihah akan selektif. Mungkin kerana gadis ini memiliki kulit wajah yang agak sensitif. Madihah mengakui bahawa dia gemar belajar mekap melalui Youtube.
“Saya sukakan solekan glam. Bermain dengan warna-warna solekan seakan memberi kepuasan ketika ‘menconteng’ wajah. Warna-warna coklat menjadi pilihan saya. Ketika bersolek, saya akan lebih memberi tumpuan solekan pada bahagian mata. Untuk bahagian mata biasanya saya suka mengaplikasikan gaya solekan ‘cat eye.’
“Sebenarnya saya mula berminat dengan dunia mekap sejak masih kecil lagi. Ketika itu ibu saya mahir mekapkan pengantin. Pendek kata saya sudah mula didedahkan dengan dunia solekan sejak usia saya masih ‘hijau’ lagi. Ibu saya pun tidak kisah bila saya bermain-main dengan peralatan mekapnya,” cerita Madihah.
Untuk pilihan baju raya pula, gadis manis ini sukakan gaya fesyen yang ringkas namun tampak elegan. Sesuai dengan usianya yang muda, Dihah gemar bergaya terutama untuk ‘rakaman’ OOTD di laman Instagramnya yang kini mempunyai lebih 33,000 pengikut.
“Saya sukakan warna-warna nude, pastel, coklat dan juga merah jambu lembut. Yang pasti rekaan fesyennya serba ringkas dan tidak terlalu sarat.
“Hijab pula, saya lebih sukakan hijab daripada fabrik mix satin dan juga sifon. Kedua-dua fabrik ini menjadi pilihan saya kerana ia mudah dibentuk dan jatuh terletak ketika digayakan."
UNTUK ARTIKEL PENUH, DAPATKAN MAJALAH HIJABISTA VERSI E-MAGAZINE. MUAT TURUN APLIKASI EMALL DI GOOGLE PLAY DAN APP STORE.
Tak dinafikan mmang stress jika mengalami masalah kuit yang teruk. Pelbagai cara digunakan untuk mengatasinya dan masih belum pulih. Seperti perkongsian wanita ini yang mengalami masalah kulit wajah hampir 9 bulan tetapi tidak berputus asa dan akhirnya pulih setelah puas mencuba. Dia juga tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan harian serta produk yang digunakan di laman sosial untuk memastikan kulitnya kembali pulih.
Ini rupanya rutin harian penjagaan yang dilakukan oleh wanita ini yang menggunakan nama akaun @shafifiqa sepanjang 9 bulan merawatnya.
Kulit kembali pulih setelah 9 bulan.
Jenis kulit kering dan sensitif. Ini rutin penjagaan dan produk digunakan.
Ini pula cara untuk hilangkan parut yang berlubang.
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.