Saat kita berbicara tentang hijab ia selalunya dikaitkan dengan menutup aurat. Namun tidak semua orang mampu istiqamah dengan sebenar-benarnya sehingga ramai yang bertanya “Bagaimana cara agar istiqamah berhijab?” Perlu diketahui bahawa hijab bukanlah hanya sekadar hiasan akan tetapi menjadi 'gaun kehormatan' untuk para Muslimah. Hijab merupakan suatu bentuk betapa cara Islam sangat menjaga dan memuliakan wanita.

Hijab terdiri daripada dua bahagian iaitu jilbab dan khimar (kerudung).

“Kenapa kita harus berhijab ?”

Allah SWT berfirman : “Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:”Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”.Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(QS.Al-Ahzab:59)

Allah SWT berfirman :“Katakanlah kepada wanita yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya. Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan HENDAKLAH MEREKA MENUTUPKAN KAIN KERUDUNG KE PARAS DADANYA dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau puteraputera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak2-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”(QS.An Nur:31)

IKLAN

Berhijab itu tidak susah. Yang susahnya ialah istiqamah. Syaitan tidak akan duduk diam apabila seorang Muslimah mula mengenakan hijab. Dia pasti akan terus menggoda kita untuk menanggalkan hijab yang kita kenakan kerana memang sudah janjinya akan terus berusaha menyesatkan anak dan cucu adam.

Bagaimana untuk terus istiqamah berhijab?

IKLAN

1. Mengingati mati
Renungkan, apakah anda menunggu kain kafan yang akan menjadi hijabmu yang pertama dan terakhir?

2. Cubalah menghitung nikmat Allah
Renungkan betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan kepada kita. Sungguh tidak terhitung banyaknya. Dari situ kita harus berfikir begitu banyak Allah memberikan kita nikmat dan memberikan yang kita minta, tapi ketika Allah meminta kita untuk berhijab, mengapa kita ingkar?

IKLAN

3. Keutamaan berhijab
Dengan berhijab kita mudah dikenali dan tidak diganggu jadi tunggu apa lagi? Istiqamah berhijab!

4. Berkumpul dan bergaul dengan orang-orang yang beriman
Bergaullah dengan golongan yang menitikberatkan ajaran agama. Kiasan orang-orang tua, apabila kita berkawan dengan penjual minyak wangi maka kita juga akan berbau wangi begitu jugalah sebaliknya.

Berkumpullah dengan sahabat-sahabat. Belajar untuk istiqamah, kuatkan iman dan ucapkanlah ”selamat tinggal “ untuk segala keburukan dan perkara yang sia-sia. Semoga kita senantiasa isitiqamah dan menjadi Muslimah sejati yang kehadiranmu membawa keindahan serta kebaikan.

PENTING: Apabila sudah mula berhijab, janganlah sampai menanggalkan hijab. Istiqamahlah. Kuatkan imanmu nescaya Allah pasti akan mempermudahkan segala urusanmu.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI