Seorang lelaki meluahkan rasa sedih apabila terpaksa berhadapan dengan nasib malang ketika berniaga di bazar Ramadan di Taman Cempaka, Melaka.
Seorang pengguna di akaun TikToknya membuat perkongsian video di mana nampaknya lelaki itu memberitahu pengikutnya tentang bagaimana dia ditertawakan apabila perkara buruk menimpanya.
“Hari ini ada sesuatu yang telah berlaku ke atas diri aku. Ya aku tahu aku jahil. Aku tahu banyak dosa dengan Tuhan.
“Tapi di saat aku jatuh kenapa orang sekeliling ketawakan aku. Aku penat. Aku tak kacau orang pun. Aku cuma cari rezeki untuk keluarga yang tak senang. Mak aku kontraktor berjaya. Aku (berniaga) pasar malam.
“Satu saja aku nak ingatkan semua orang dekat luar sana. Anda semua jangan pernah ketawakan orang saat orang sedang jatuh!” luahnya.
Ads
Menurut mStar, seseorang di dapur secara tidak sengaja menghidupkan gas, menyebabkan kebakaran. Hos dapur yang digunakan untuk menghidupkan gas bocor, jadi api hampir terlalu dekat dengannya. Seorang yang melihat kebakaran mula cuba membantu.
Muhammad Taufik bertindak pantas memadamkan api dengan mencelup kain ke dalam air gerai berhampiran.
Ads
Akibat kebakaran itu, pemilik perniagaan itu kehilangan beberapa barangan perniagaan, namun rakan baiknya tampil membantu dan menggantikan beberapa alatan baharu supaya dapat terus menjual nasi ayam dan nasi tomato.
Hafiz begitu berbesar hati menghulurkan sumbangan wang untuk membantu mangsa kebakaran yang melanda gerainya. Dia juga bertanya kepada orang ramai bagaimana mereka boleh menghubunginya untuk membuat sumbangan.
Sumber : mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang-orang tua zaman dahulu sangat menggalakkan anak perempuan mereka untuk bangun awal setiap pagi. Bangun awal ini sebenarnya boleh membuka rezeki dengan lebih luas lagi. Sebaiknya, jangan tidur selepas solat subuh.
Kebanyakan wanita kini selalu bangun lambat dan lebih teruk lagi apabila terlepas waktu solat Subuh. Kadangkala, beban kerja yang terlalu banyak menyebabkan anda kepenatan hingga tidak sedar akan waktu Subuh telah berlalu.
Memahami masalah ini, Hijabista paparkan 6 tip yang boleh anda lakukan untuk bangun awal setiap hari.
Sebaiknya, elakkan daripada mengambil kopi selepas jam 2 petang. Minum kopi kegemaran anda hanya pada waktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur anda tanpa anda sedari.
Nak bangun pagi memanglah susah tetapi anda perlu tidur pada waktu yang tepat. Sebaiknya jangan melengahkan tidur anda. Kalau nak bangun awal, anda perlu tidur awal. Cara terbaik, set alarm setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan anda bahawa sudah sampai masa untuk rehatkan diri.
Sebelum tidur, pastikan anda lakukan perkara yang sama setiap malam. Mulakan dengan memberus gigi, pakai pakaian tidur, mandi dan baca sedikit surah serta doa tidur.
Sekiranya anda melakukan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur, ia akan membantu otak anda mengenal pasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Sebaiknya, baca surah Al-Mulk dan niat untuk bangun awal.
Jangan lupa untuk mandi agar suhu badan turun beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan membuatkan badan anda menjadi lebih relaks.
Sebaiknya, matikan semua peralatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur.
Pastikan rutin di atas anda lakukan secara konsisten walaupun pada hujung minggu. Sekiranya anda lakukannya secara konsisten, lama-kelamaan anda sudah terbiasa dan ia tidak akan menjadi satu beban lagi.
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta pasangan yang sihat sejahtera. Namun, siapa sangka Allah mahu menduga, menguji sejauh mana keimanan serta kekuatan hamba-Nya.
Inilah yang berlaku pada Sharul Nizam Ab Rahim. Diuji oleh Allah apabila isteri yang dikahwininya disahkan menghidap Paranoid Schizophrenia. Ia merupakan salah satu penyakit schizophrenia di mana penghidapnya mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarganya.
Kebanyakan penghidap mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata. Sharul Nizam Ab Rahim telah berkongsi kisah isterinya di Facebooknya dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berdoa agar beliau tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini.
Malah, isterinya juga pernah beberapa kali membuat panggilan palsu hingga menyebabkan polis datang ke rumah. Semoga perkongsian Sharul Nizam Ab Rahim ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Usia perkahwinan kami baru masuk 8 bulan. Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.
Penggeledahan maklumat menunjukkan isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 tahun lalu (8 Jun 2000).
Pada 30 November 2014, Doktor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.
Penyakit ini tiada penawarnya. Yang ada cumalah, kawal. Ia mesti dikawal melalui pengambilan ubat. Lagi satu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia suka.
Isteri saya suka melukis. Lagi satu, dia suka mengajar. Mutu lukisan dan mutu pengajarannya sangat baik. Malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.
Sekiranya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti, isteri saya akan didatangi kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi (hallucination).
Semasa delusi, tanpa sedar dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini, dia mula mencari sokongan. Misinya, orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandainya kamu enggan percaya, siaplah kamu.
Dia akan kembali semula pada suaminya dan berkata, “Abang, itu orang jahat”. Tanpa mata hati, kita saling membenci, saling mengesyaki, saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.
Semasa halusinasi, tanpa sedar dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan dan bisikan itu menyatakan suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan, dia sedang dicederakan.
Ketika ini berlaku, tiba-tiba saja isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Itulah orang rayau. Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam.
Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri atau dirosakkan, hati-hati. Kalau dia diam memendam tidak mengapa. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun dia, jaga-jaga.
Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling, memecahkan, menakutkan atau mempertahankan diri. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Masyarakat kita terutama orang-orang Melayu suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan pengidap Psikiatri. Tetapi masyarakat barat, mereka dedahkan.
Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie bertajuk A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya, ada persamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.
Saya sorang-sorang tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doktor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard.
Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.
Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan ku jaganya seumur hayat.
Tulisan saya berhubung turut mendapat perhatian dan komen daripada seorang peguam. Client dia sendiri mengadu dicekik suami. Di pengakhiran kes, dia sendiri tak boleh nak buktikan aksi cekik. Finally, jumpa benda lain.
Saya sendiri sudah berapa kali dah Polis Subang Jaya datang rumah akibat panggilan palsu oleh isteri. Polis siap buat spot check tubuh badan isteri kalau-kalau suaminya betul-betul abuse dia. Namun demikian, polis tak jumpa apa-apa.
Apabila Polis tak memihak kepada aduan isteri, dia kembali kepada saya dan bertanya “Abang rasuah polis berapa RM?”.
Oleh yang demikian, sampai ke sudah isteri tak percayakan polis. Sewaktu singgah makan Laksa di USJ 20, Subang Jaya. Kalau ada polis peronda turut makan situ, saya sorang-sorang je yang keluar makan. Isteri tak nak keluar kereta kerana dia tak nak tengok muka polis-polis yang saya dah “rasuah”.
Actually di rumah, nombor telefon Balai Polis Subang Jaya memang saya beri pada isteri. Seandainya tiba-tiba dia rasa terancam, memang saya ajar dia dapatkan polis. Tujuannya, dia boleh rasa secure dan peroleh perlindungan serta-merta.
Saya tak peduli berapa banyak isteri buat perkara negatif pada saya. Saya cekal. Saya hadap. Saya bertanggungjawab. Dan saya sayangkannya. Finally, saya akan rungkai satu demi satu.
Saya ulang. Ketiadaan mata hati, tiada siapa mampu menghadapi. Sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Bekas pengasuh anak Dato Sri Siti Nurhaliza, Dayah Zubit telah selamat melahirkan anak sulungnya jam 2.41 pagi semalam di Salam Specialist Hospital Kuala Terengganu, Terengganu.
Meluahkan rasa syukur, Dayah juga menitipkan kata-kata manis buat suami tercinta, Ridzuan Razali di atas pengorbanan yang dilakukan buat dirinya.
7.2.2022 | 6 Rejab 1443H
Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yg kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik in shaa Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.
Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yg terbaik untuk sayang! ❤️ Lepasni kita sama2 buat yg terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yg abang lakukan 🤲🏻
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.