Pengasas produk kecantikkan Ainaa Beauty, Syafiqah Aina baru-baru ini membuat kejutan tahun baharu dengan menghadiahkan sebuah kereta Ferrari bewarna merah buat suaminya, Hafiz Mahamad yang dilihat banyak berkorban demi kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri.
Perkara berkenaan dimaklumkan Aina sendiri menerusi sebuah hantaran video di laman sosial miliknya semalam. Dalam video berkenaan dapat disaksikan Aina menyerahkan kunci kenderaan mewah itu kepada suaminya yang tersenyum bahagia.
Hafiz Banyak Berkorban Untuk Orang Lain, Kali Ini ‘This Is For You’
“New year and this is for you. Reaction macam tak happy je hmm tapi hopefully awak boleh gunakan kereta ni untuk bagi manfaat pada orang ramai,” tulis Aina pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Bagaimanapun, menurut Aina, suaminya tidak kelihatan begitu gembira menerima hadiah itu. Mungkin kerana sifat Hafiz yang sentiasa mengutamakan isteri, anak-anak, keluarga dan orang lain berbanding dirinya sendiri.
Malah, sifat yang ditonjolkan Hafiz dan Aina sering menjadi sumber inspirasi khususnya bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia perniagaan.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati perkongsian kali ini telah menjadi sorotan dan bualan hangat dikalangan wargamaya, selain itu netizen turut menzahirkan rasa tumpang bahagia untuk pencapaian yang dikecapi Hafiz Mahamad itu.
Rata-ratanya bersetuji bahawa Hafiz layak menerima ‘penghargaan’ sedemikian kerana dia sendiri jarang dilihat memewahkan dirinya sendiri. Sebaliknya selalu membuat kejutan kepada ahli keluarga, teman rapat dan orang-orang terdekat disekelilingnya.
Ads
Berikut adalah beberapa komen yang ditinggalkan oleh wargamaya pada hantaran berkenaan.
“Asyik bagi orang je, nah sebijik mustang bini bagi”
“Naaaa dia bukan x happy tapi dia mesti akan bebel “awk duit awk tu boleh buat simpan benda lain saya nak awak dan anak2 je” hahahahaha dia sebak sangat tu sebab dia xpernah letak minat dia di tangga teratas sebab selalu letak AINAA dulu dari minat dia. THANKYOU NAAA BUAT RAMAI ORANG TERINSPIRASI ❤️
Ads
“Tahniah abg Hafiz!!! @hafizmahamad kereta idaman bohhh. You deserve it! More to go this year with AINAA 😍,” tulis wargamaya.
Jodoh adalah suatu benda yang ghaib kita tidak ketahui. Begitu juga keajaiban yang menakjubkan membuatkan kita terkejut dengan aturan Allah SWT buat setiap insan.
Tular baru-baru ini perkahwinan antara seorang guru maahad tahfiz yang selamat diijab kabulkan bersama pasangannya yang berasal dari Hawaii, Amerika. MasyaAllah, siapa sangka jodoh di perantuan.
Tular baru-baru ini pasangan berlainan negara, Herman Zulfikar Hamzah, 25, memilih untuk mendirikan rumah tangga bersama, Naziha Nuha Ali, 22, yang berasal dari Hawaii, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas.
Kisah cinta mereka telah termeterai pada Program Aqdun Mubarak: Program Memeterai Kontrak Maknawi (Kemuncak Destinasi Cinta) Tahun 2022 di Masjid Tengku Ampuan. Bukan sahaja mereka, sebanyak 10 pasangan juga selamat diijabkabulkan pada hari tersebut dan tempat yang sama.
Guru Maahad Tahfiz Baitul Ehsan itu turut di temu bual oleh Sinar Harian berkenaan peristiwa kisah cintanya. Dia menyatakan sudah lama menyimpan hasrat untuk mengahwini seseorang yang berasal dari negara lain selepas melanjutkan pelajaran ke Indonesia sewaktu ketika dahulu.
“Kita boleh sebar dan luaskan keluarga kita ke luar negara,
“Pada awalnya, saya tidak tahu pertemuan tersebut adalah untuk menjodohkan saya dengan isteri kerana keluarga beritahu ada orang dari Hawaii datang ke Malaysia untuk berkenalan,
“Tapi selepas saya berjumpa isteri buat pertama kali, saya lihat dia (Naziha Nuha) baik dan kena dengan ciri-ciri yang saya inginkan,” ujarnya.
Lelaki yang berasal dari Alor Setar, Kedah itu tidak pun merancang perkara ini. Dia hanya di maklumkan sahaja dari ahli keluarga dan di temukan bersama pasangan serta keluarga mentuanya pada Julai lalu di Kuala Lumpur tanpa pengetahuannya dan bakal isteri (ketika itu).
Dengan Izin Allah SWT, tanpa sedari pertemuan itu adalah suatu perjumpaan untuk menyatukannya bersama isterinya. Herman membuat keputusan terus untuk menikahi Naziha Nuha selepas perjumpaan itu.
Syawal tahun ini menutup tirai dengan pelbagai momen manis yang dapat disemikan dalam diari kehidupan kita meskipun tahun ini, Aidilfitri disambut dalam suasana yang ‘mengejut’. Berbicara mengenai sambutan raya, pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk mendapat duit raya. Bukan sahaja sebuah tradisi, malah ia dilihat sebagai sebuah budaya masyarakat Melayu dalam meraikan kemeriahan Syawal ini.
Berbual lanjut soal duit raya, Hijabista secara eksklusif dalam The Hijabista Show, menemu-bual pengacara popular, Fara Hanim Razak yang memiliki anak kembar untuk berdiskusi soal duit raya anak-anaknya. Persoalannya, duit raya anak simpan di mana?
Menurut Hanim, kebiasaannya, dia dan suami akan tunggu sehingga dua minggu selepas Syawal berakhir, kemudian barulah mereka mengira duit raya yang dikumpul oleh anak-anak. Malah, tambahnya lagi, duit raya anak-anaknya akan disimpan di dalam SIMPAN SSPN untuk kegunaan pada masa akan datang.
Memang semenjak Amina Raissa dan Amira Raissa kecil lagi, saya dan suami sudah siap membuka akaun SIMPAN SSPN mereka bagi tujuan untuk pendidikan mereka pada masa akan datang. Jadi selalunya, kami akan masukkan duit raya yang mereka kumpul ke dalam akaun mereka sendiri.
Bagi Hanim sendiri, duit raya anak-anak merupakan sebuah amanah dan tanggungjawab yang harus digalas oleh dirinya dan suami. Oleh itu, sebagai ibubapa, ia bukanlah tiket untuknya menggunakan duit raya anak-anak dengan sewenang-wenangnya.
Hari ini ramai yang bangga apabila menggunakan duit anak-anak terutamanya duit raya. Malah , di media sosial juga, kita lihat ramai yang berbelanja mewah dengan menggunakan duit raya anak-anak.
Bagi saya sendiri, jika ibubapa itu tidak berkemampuan, maka tidak mengapalah sekiranya mereka ingin membeli barangan keperluan seperti susu, lampin dan lain-lain lagi. Namun, jika mereka mampu, sebaik-baiknya usahlah mengggunakan duit anak-anak itu. Simpanlah di saluran yang betul untuk kegunaan pendidikan nanti.
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebagai ibu, Hanim tidak memanjakan anak-anaknya dengan memberi segala kehendak mereka. Malah, Hanim akan mendidik mereka untuk tidak menggunakan duit simpanan seperti duit raya untuk membeli barangan yang tidak berfaedah.
Biasalah, anak-anak ini, kehendaknya bermacam-macam terutamanya alatan mainan. Jadi, saya harus bijak dalam mengajar mereka perihal perbelanjaan biarpun anak-anak masih di usia muda.
Sudah dididk semenjak kecil lagi, Hanim juga yang sudah biasa dengan amalan menabung semenjak kecil lagi bijak mengatur perbelanjaan anak-anaknya bersama dengan suami.
Saya dan suami akan dahulukan dulu perbelanjaan yang penting dan keperluan harian. Jika ada lebihan bajet, barulah kami akan berbelanja untuk membeli alatan mainan untuk anak-anak kami.
Untuk sentiasa cantik kita kena mengikut rutin penjagaan harian yang telah ditetapkan. Selepas mencuci muka dan meletakkan toner, perlu pula menyapu pelembap muka agar wajah akan menjadi lebih hidrasi. Namun lambakan pelembap atau moisturizer di pasaran menyebabkan kita keliru pilihan mana terbaik.
Perkongsian gadis ini di laman sosial facebook Izu Akma menyenaraikan pilihan pelembap muka yang jadi kegemaran ramai dengan harga dijual bawah RM60. Produk ini dijual di farmasi atau drugstore di Malaysia untuk tahun lalu.
Dia turut memberitahu rutin pemakaiannya setiap hari pada siang dan malam dan sangat penting sebagai pelembap muka terbaik.
Rutin harian pemakaiannya akan menyebabkan kulit wajah menjadi lebih baik, lembap dan cerah. Bukan itu saja, juga dapat mencegah tanda-tanda penuaan dan juga rekahan kulit.
PELEMBAP MUKA TERKENAL KEGEMARAN RAMAI DI BAWAH HARGA RM60 DARI DRUGSTORE MALAYSIA UNTUK 2018.
Siapa kat sini masih fening lalat nak pilih pelembap a.k.a moisturizer yang sesuai? Tahun 2019 cecepat pilih pelembap muka yang sesuai taw.
Pelembap muka selalunya bertekstur krim lembut yang terdapat dalam pelbagai variasi untuk siang dan malam. Rutin pakai pelembap ni terdapat dalam BASIC skincare setiap hari kitew siang dan malam kena ada. Disebabkan cuaca kat Malaysia tak menentu kejap panasss kejap hujan. So…apa pon terjadi amat penting untuk pakai pelembap muka.
Pasti kitew pilih pelembap yang sesuai dengan ” skin type ” dan ” skin concern ” memasing taw. Ni kakak manis sharing dengan ualss jenis pelembap terbaik sepanjang tahun 2018 yang terdapat kat drugestore Malaysia. Insha Allah harga pon superb mampu milik kan. Mana tahu terkenan dengan skin ualss .
1. Moisturizer untuk remaja dan ibu hamil Krim pelembap ini diformulasikan dari ekstrak lidah buaya yang membantu melindungi kulit dengan memberikan nutrisi yang mencukupi untuk kulit. Sifat antibakteria yang terdapat di dalam krim ini juga turut membantu untuk mengatasi masalah kulit agar lebih sihat, lembut dan berseri. Kulit akan kelihatan lebih segar dan sempurna dengan beberapa kali penggunaan. Harga : RM 8.83
2. Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif Cetaphil Moisturizing Cream mengandungi sistem superior emolien yang memberikan rasa kelegaan untuk kulit kering dan juga sensitif. Ia telah terbukti secara klinikal memberikan penghidratan segera kepada kulit dan tahan lama. Yang lebih menarik, ia mudah dan cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak menjadikan kulit berminyak. Harga : 59.75
3. Pelembap terbaik dengan SPF 24. Krim pelembap muka ini mempunyai sistem nutrisi yang berkesan tiga kali ganda kebaikan untuk kulit. Dengan gabungan vitamin B3, pro B5 dan vitamin E, ia melembapkan kulit wajah, menghilangkan bintik hitam, dan turut mempunyai perlindungan terhadap sinaran UV yang merbahaya. Kulit kelihatan sempurna cerah dan dilindungi dengan pemakaian pelembap muka ini. Harga : RM 25
4. Moisturizer bahan dasar air (water based) untuk kulit berminyak. Pelembap yang menggunakan bahan dasar air ini baik untuk kulit kerana ia memberikan kelembapan yang berpanjangan dan memberikan rasa kelegaan pada kulit yang kering. Selain itu, ia turut membantu dalam mengatasi masalah kulit yang berjerawat kerana ia tidak menjadikan muka anda berminyak apabila memakainya. Teksturnya yang ringan dan lembut pastinya memberikan keselesaan pada wajah. Harga : RM 38.80
5. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi dan bebas alkohol. Krim pelembap Hada Labo ini mengandungi asid hyaluronik ( HA) yang mampu menembusi lapisan kulit untuk memelihara dan membantu mengembalikan kelembapan dan seri kulit. Selain itu, ia turut membantu mengawal pH kulit agar seimbang dan meninggalkan kulit yang lembap dan licin.
Krim pelembap muka ini bebas dari bahan wangian (no fragrance) , minyak mineral (mineral oil) dan alkohol. Alami kulit yang licin dan bebas minyak dengan krim pelembap dari jenama ini. Harga : RM 47.20
6. Moisturizer terbaik untuk memutihkan wajah dan kulit kusam serta dark spot. Pelembap muka ini mempunyai bahan seperti ekstrak sakura, vitamin B3 dan vitamin C yang membantu menyuburkan wajah dari lapisan dalam. Dalam beberapa kali penggunaan wajah akan kelihatan seperti memakai pemerah pipi. Ia juga membantu menjadikan kulit yang kusam kembali segar dan kekal bermaya. Kulit akan terasa lebih lembut dan gebu kerana ekstraknya yang diperkaya dengan bunga sakura. Harga : RM 26.60
7. Pelembap dengan SPF terbaik Olay Regenerist Revitalizing Hydration Cream SPF 15 menyediakan penghidratan optimum pada siang hari dan melindungi kulit daripada sinaran UVA / UVB yang membahayakan kulit dengan SPF 15. Formula yang tidak berminyak dan membantu memperbaharui lapisan permukaan kulit dengan kompleks amino-peptide.
Secara beransur, ia dapat mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang tampak lebih muda. Ini pelembap terbaik yang menginginkan kulit yang kelihatan lebih remaja dan bebas dari tanda-tanda penuaan.
Harga : RM 48.29
8. Pelembap terbaik untuk kulit jerawat (acne prone). Himalaya menggunakan herba yang terbaik di dalam setiap produknya. Bahan utama yang terdapat di dalam krim ini ialah lidah buaya yang mengawal muka dari kewujudan bakteria yang menyebabkan jerawat. Selain itu, ia juga mempunyai bahan antioksida yang tinggi untuk memperbaiki sel kulit mati. Krim pelembap yang melembapkan kulit dan mudah untuk menyerap ke dalam kulit ketika sapuan. Malah, ia juga sesuai untuk dipakai pada kulit ekzema. Harga : RM15.50
9. Moisturizer water-based terbaik untuk remaja. Jenama Safi Balqis terkenal di kalangan pengguna wanita Malaysia yang inginkan penjagaan kulit wajah sempurna dengan harganya mampu milik. Tekstur gel krim Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah water-based, sesuai untuk remaja aktif yang memiliki kulit berminyak.
Dengan kandungan asid Hyaluronik (HA), Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi, krim pelembap ini berkesan untuk mencerahkan kulit kusam serta kulit akan kekal segar sepanjang hari. Ianya juga dapat melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas dan tona kulit akan menjadi sekata. Harga : RM 17.80
10. Moisturizer organik yang terbaik untuk kulit kering. Krim pelembap Vitamin E adalah produk penjagaan kulit yang lembut dan berkesan untuk mengekalkan kulit yang sihat dan berseri. Selain itu, ia juga menyegarkan kulit kering serta melindunginya daripada matahari. Dengan tekstur krim yang tidak berminyak dan cepat diserap, ia sangat membantu dalam mengekalkan dan keseimbangan kelembapan kulit dapat dipertingkatkan. Harga : RM 15.47
11. Moisturizer terbaik untuk kulit kombinasi. Untuk pemilik kulit kombinasi, masalah utama yang selalu adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah yang sering berminyak. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada kulit kering dan berminyak. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Diuji secara klinikal, sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan matte sebagai sentuhan terakhir. Kulit akan tampil lembut dan bersinar sepanjang hari. Harga : RM 27.80
KREDIT FOTO: SUMBER GOOGLE (Untuk top image – sekadar hiasan)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
mboleh mengambil masa untuk pulih. Ketahui lima kandungan skincare yang terbukti membantu memudarkan bekas jerawat serta cara penggunaan yang betul untuk hasil lebih berkesan.