
Umum mengetahui bahawa kebiasaannya kaum wanita pastinya akan dikaitkan dengan tabiat suka berswafoto atau ‘selfie’.
Walaupun banyak foto selfie yang sudah ditangkap dan tersimpan dalam telefon, namun kebanyakannya mesti akan dibuang juga kerana rasa tidak yakin dengan hasilnya.
Sebenarnya ada teknik tertentu yang kita boleh pelajari kalau nak dapatkan gambar selfie yang menarik. Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh instafamous dan juga usahawan terkenal, Syafiqah Aina ini.
View this post on InstagramA post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on
1. Perlu ada cahaya semula jadi seperti cahaya matahari.
2. Letakkan kamera di bahagian atas dan pandanglah ke arahnya
3. Elakkan latar belakang yang terang
4. Daripada pegang telefon/kamera di depan wajah anda, alihkannya ke sudut yang lebih menarik
Dan bagaimana jua caranya, anda perlu tahu yang anda tetap cantik dari dalam!
“Senaman Yoga Bagus Untuk Kekal Sihat Luaran Dan Dalaman Ketika Berpuasa”-Jurulatih Yoga Kongsi Kebaikan Yoga Di Bulan Ramadan!

Pasti ramai yang ingin mencari alternatif terbaik untuk kekal cergas dan aktif di bulan Ramadan ini. Sebenarnya, salah satu senaman yang anda boleh lakukan di bulan puasa ini ialah senaman yoga. Bukan sahaja memberi ketenangan pada jiwa, malah ia juga bagus dalam memberi keselesaan kepada tubuh badan untuk tidak berasa begitu penat ketika berpuasa.
Senaman yoga bukan sahaja bagus untuk minda, malah ia juga mampu mengurangkan masalah kesihatan yang lain. Menurut Feexa Nicoll, jurulatih yoga dan Ketua Eksekutif Richness & Wellness Group, masyarakat di barat sebenarnya sudah mengamalkan yoga atau meditasi sejak dahulu lagi.
“Yoga sangat baik untuk kesihatan minda kerana ia bukan sahaja dapat mengembalikan ketenangan minda dan jiwa, malah ia juga membantu kita untuk bernafas dengan baik. Apabila kita mampu bernafas dengan baik, maka kita dapat mengawal emosi kita dengan lebih teratur.”
MEDITASI CARA ISLAM

Tambahnya lagi, meditasi bukanlah sebuah amalan yang songsang, bahkan ia dapat dilakukan dengan mengikut cara Islam.
“Sepatutnya, kita sebagai Muslim, harus sentiasa melakukan meditasi kerana kita sudah ada asasnya. Asas yang saya maksud- kan adalah seperti zikir, doa, selawat dan sebagainya.
Tidak bernokhtah di situ sahaja, meditasi ialah sebuah aktiviti yang menenangkan minda, jiwa dan tubuh. Sekali gus, memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan serta aspek kerohanian diri kita. Ramai yang mengatakan bahawa ketenangan jiwa bukanlah unsur penitng yang harus diambil kira. Namun harus diingat, jika kita tidak menjaga kesihatan minda serta kerohanian kita, ia bakal membuatkan minda muda stres dan depresi.
PERNAFASAN YANG BETUL

Pernafasan melambangkan kawalan tubuh badan mengikut situasi. Jelas Feexa, pernafasan kita akan berubah apabila emosi kita tidak dapat dikawal dengan baik, dan ini akan menyebabkan tekanan emosi dan jiwa yang teruk.
“Apabila kita marah, pernafasan kita akan laju. Jika kita takut atau gelisah, pernafasan kita akan tersekat-sekat. Ini adalah antara contoh yang membuktikan bahawa pernafasan melambangkan emosi kita.
Sekiranya kita sedang marah, cuba tarik dan hembus nafas melalui hidung. Pasti perasaan marah akan hilang kerana badan secara automatik menghantar mesej kepada otak bahawa pernafasan kita sedang dalam keadaan tenang, dan perasaan marah itu akan hilang dengan sendirinya.
Kesimpulannya, pernafasan yang baik dapat meningkatkan kesihatan minda anda dan secara tidak langsung, dapat mengelakkan sebarang tekanan dalam tubuh anda.
TIP JIKA STRESS DI TEMPAT KERJA
• Duduk dalam keadaan tegak.
• Angkat dua belah tangan ke atas.
• Tarik dan hembus nafas melalui hidung selama 30 saat.
• Jatuhkan kembali tangan anda.
5 KEBAIKAN YOGA
- Boleh mengurangkan berat badan.
- Meringankan migrain.
- Meningkatkan kesihatan jantung.
- Membantu untuk tidur nyenyak.
- Meredakan tekanan dan rasa cemas.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Wanita Ini Kongsi Khasiat Minum Lemon Waktu Pagi Yang Ramai Tak Tahu. Jadikan Anda Sihat, Kurus & Kekal Awet Muda

Tidak susah pun sebenarnya nak sihat dan jadi awet muda secara semulajadi. Hanya gunakan petua alami dan salah satunya amalkan minum air detox buat sendiri. Seperti perkongsian wanita ini, Hazirah Maulana di laman sosial facebook yang memberitahu kelebihan minum air detok setiap kali bangun pagi. Menurutnya air detox ini sebagai intro sebelum kita mengambil air lain selepas itu.
Caranya haya menggunakan lemon yang diperah dan masukkan hirisan lemon ke dalam air suam putih. Biarkan seketika sebelum khasiat meresap dalam air berkenaan. Amalkan minum setiap pagi dan hasilnya memang tidak mengecewakan.

Ini detox cara saya. Sihat dan awet muda secara semula jadi. Perah dan masuk kan hirisan nipis lemon ke dalam air suam putih. Biarkan seketika khasiat lemon meresap ke dalam air. Selepas itu, sejuk kan di dalam peti.
Bila bangun pagi. Minum sedikit air suam sebagai intro untuk badan dan minum air detox ini.
Khasiat lemon yang orang kene tahu:
1) mengalkalikan tubuh. Dah makan macam macam, asid jadi bnyak. Bila asid banyak, mudah lesu dan tak bermaya. Ini cara untuk alkali kan tubuh supaya kembali segar.
2) Vitamin C yang tinggi pada lemon boleh mencantikkan kulit dan awet muda secara semula jadi
3) Membantu penghadaman dan merangsang pergerakan usus. Efeknya akan rasa mudah membuang. Toksik dalam badan pun boleh keluar dengan mudah.
4) Minum air lemon pada waktu pagi boleh bakar lemak dengan efisyen. Asid sitrik dalam lemon membantu proses detox pada organ hati. Organ hati yang sihat dapat berfungsi dengan baik untuk memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari. Korang akan rasa sihat, awet muda dan kurus tanpa sengaja.
Skrub DIY Pelbagai Gula Mampu Hapuskan Masalah Bibir Kering Dan Kusam.

Kerengsaan, serpihan, kering, kata-kata yang selalu digunakan untuk menggambarkan bibir anda apabila cuaca panas dan kurang air. Seperti kulit yang lain di badan anda, lapisan luar bibir yang sangat rapuh rentan terhadap kelembapan kehilangan, diperburuk oleh barometer mencelup, yang merupakan tempat penyental bibir DIY.
Namun, ketika menyentuh bibir anda, kesannya akan lebih ketara. Tidak seperti kulit di tempat lain, bibir mempunyai kelenjar minyak yang sangat sedikit. Itulah sebabnya, kerana kelembapan di udara merosot, serpihan berlaku. Jadi apa penyelesaiannya? Pasti balsem bibir dan masker bibir yang terfikir. Tetapi skrub bibir yang sering diabaikan juga boleh membuat keajaiban. Terdapat banyak yang dapat anda dapatkan, tetapi cukup mudah untuk menyiapkan barang buatan sendiri dengan barang yang mungkin sudah anda miliki di dapur termasuk minyak kelapa, madu, dan gula.
Untuk resipi yang padat, skrub adalah cara yang baik untuk menghilangkan sel-sel kulit mati, meningkatkan peredaran darah ke kawasan itu, dan bahkan merangsang pengeluaran kolagen untuk sedikit kesan memuncak. Dan kerana langkah mengelupas sel kulit yang mati dan kusam, mungkin akan melihat sedikit perubahan kilat. Anda akan benar-benar menonjolkan nada semula jadi bibir anda.
Resepi Skrub Bibir Dengan Pelbagai Gula
Bahan-bahan:
- 1 sudu teh minyak kelapa organik
- 1 sudu teh gula putih
- 1 sudu teh gula perang
- 1 sudu teh madu
- 1 sudu teh minyak jojoba
Langkah:
- Campurkan bahan bersama dalam mangkuk kecil hingga sebati.
- Sejukkan selama 1 jam.
- Sapukan ke bibir menggunakan hujung jari anda, mengurut dengan gerakan bulat kecil. (Gunakan segera setelah dikeluarkan dari peti sejuk, sebelum kristal gula larut.)
- Tisu.
Untuk bibir yang sangat kering: Tingkatkan tahap minyak kelapa – hidator oklusi semula jadi dengan satu sudu tambahan.
Untuk kulit sensitif: Hilangkan gula perang dan ganti dengan satu sudu teh gula putih tambahan. Butiran gula putih cenderung kurang kasar dan menjengkelkan.
Untuk bibir yang terbakar sinar matahari: Biarkan formula duduk di kulit anda sebelum menggosok, ini memberi minyak lebih banyak masa untuk menembusi lapisan bibir.
Untuk bibir nipis: Gosok lebih lama! Pengaliran darah yang lebih banyak ke bibir akan memberikan kesan penggumpalan sementara.
Selamat Mencuba!