Isteri kepada pelakon terkenal Shukri Yahaya, Tya Adnan berkongsi berita gembira di laman instagramnya iaitu bakal menerima cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Khabar gembira itu diumumkan olehnya melalui sebuah video ‘gender reveal’ yang dilakukan bersama keluarga terdekatnya.
Dalam video tersebut, Shukri bersama seorang lagi anggota keluarganya membuka kotak bagi mengetahui jantina bayi tersebut. Shukri kelihatan begitu gembira sekali apabila mengetahui jantina bayi yang dikandungkan oleh Tya adalah lelaki.
Sudah berada di trimester ketiga, Tya mendedahkan dirinya pada bulan November tahun lalu sewaktu menyambut ulangtahun perkahwinan mereka.
Ads
Sebagai rekod, Tya dan Shukri telah mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015. Mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Aaira Ameena,4.
Tinggal sehari saja lagi untuk kita menerima kehadiran Ramadan. Dan pastinya kaum wanita sudah bersedia membeli barangan stok makanan untuk dimasak bagi juadah berbuka. Tidak perlukan pembaziran kerana yang penting makan sekadar untuk berbuka sahaja dan bukan mengikut nafsu.
Perkongsian wanita ini di laman sosial facebook Naeamah Balqis memberitahu cara jimat untuk menyimpan stok makanan bagi tempoh tiga minggu. Malah bagi yang malas masak juga tidak ada alasan masuk dapur kerana bahan disediakan sangat memudahkan proses memasak.
Jadi ada juga boleh berjimat sepanjang bulan puasa nanti dan bajet yang lain boleh dibuat untuk persediaan sambut Syawal kelak.
Selesai stok lauk dan bahan mentah bulan April 2019 untuk 3 minggu…Alhamdulillah…perancangan penting untuk mengelakkan penyakit M datang menyerang dengan pelbagai alasan
Betul…penat awalnya….tp insyaallah senang kemudiannya….bila dah ada semua….balik lmbat mcmna pun insyaallah akan rajin masuk dapur walau masak biasa2 jer….sebab tu hakak rilek jer walau keluar gelap balik gelap….masa muda dan sihat ni la ibu2 boleh masak untuk family….nanti dah berumur…tak larat nak masuk dapur …mesti kita akan rindu untuk semua ni…masakla…biar anak2 rindukan air tangan ibu mereka…
Mcm biasa..siap asingkan lauk dlm bekas untuk sekali masak….tp kalau nak masak lebih…akan amik 2 bekas..contoh mcm udang…kalau nak letak dlm goreng sayur atau tomyam ke amik jer sebekas…kalau nak buat sambal udang, kena amik 2 bekas…
simpan lauk cara saya Masukkan lauk dalam satu bekas (saya hanya guna tipuware) untuk sekali masak…masukkan air sampai menutupi lauk tadi…simpan kat tempat beku…letak air untuk apa? Untuk kekalkan kesegaran lauk td…anggap lah mcm ikan2 kat kutub sana…dilitupi air batu…bila ais cair…ikan tu tetap segar kan…hahaha…orang sains jangan kecam lak…saya buat contoh jer…senang nak fhm..untuk orang yang ckp manis udang akan hilang bila letak air…simpan lama..terpulang…kita raikan pendapat berlainan….pandangan masing2..tp bagi saya…saya tetap rasa sama jer dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan…
**Lauk yang saya letak air – Udang + sotong + ikan + ayam…semua bersihkan siap2…simpan lauk yang dah bersih
** Daging + tulang – simpan mcm biasa…jangan letak air
bila nak masak…keluarkan…alirkan bawah air paip…kalau udang + sotong sekejap jer cair…kalau ayam amik masa sikit…kalau ikut saya..memang bila nak masak baru bawak keluar…kenapa? Sebab saya tak rancang nak masak apa…bangun pagi baru pikir nak masak apa…mcm gak balik keje…sampai rumah…buka peti baru pikir nak masak apa…hahahha takder masalah nak cairkan ais tu…uolss kalau nak masak pagi esok..malam tu boleh letak kat chiller…ramai orang buat mcm tu kan….
simpan sayur cara saya – Halia + lengkuas + serai + kunyit letak dalam bekas dan masukkan air sampai menutupi sayuran tersebut… – cili hijau + limau + bawang putih + bawang merah + daun sup + kacang panjang + cili merah + carrot + timun + petai + kobis + sawi jepun + bunga kobis + brokoli….letak tisu kering kat bahagian bawah untuk serap air yang akan menitis kat dlm bekas tersebut…sayur tersebut akan tahan lama…insyaallah…cuma sawi jepun + kobis tak tahan lama…seminggu ok lagi…selepas tu sawi akan lembik dan kobis akan hitam dekat tepi… Sebab tu lah sayur berdaun saya tak beli banyak sekaligus..cukup untuk seminggu…
Saya letakkan sekali bajet untuk bulan ni sebab nanti ada yang tanya berapa bajet untuk bahan2 mentah ni..
Udang – Rm 25.00 (1.474 kg) Sotong – Rm 66.00 (3.304 kg) Ikan Tenggiri – Rm 47.00 (2.136 kg) Ayam – Rm13.00 (sekor) Ayam pencen – Rm 20.00 (2 ekor) Ikan lolong – Rm13.00 isi udang – rm12
Jumlah = Rm196.00 (Lauk) = Rm 47.00 (sayur – cili hijau + cili api merah + ubi kentang + kobis unggu + serai + tomato + kacang panjang + daun ketumbar + halia + lobak + pak choy + cili benggala + + terung + salad + bawang merah + bawang putih )
** bajet bergantung kepada keperluan individu…saya bertiga…Adakalanya akan lebih juga sikit bajet tu..contoh kalau saya nak buat nasi ayam..saya akan beli ayam lain..sbb ayam yang ada tak sesuai untuk buat nasi ayam..ayam dipotong kecik2..
saya bukan nak tunjuk bajet saya….saya nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan untuk kita mak2 ni masak…dan juga cara simpan sayur2 untuk tahan lama terutama mak2 bekerjaya keluar pepagi hari dan hampir nak malam baru balik mcm saya…
**jangan ckp peti besar boleh la buat mcm ni…saya dah kahwin 15 tahun….baru kawin dulu peti kecik jer…tp saya buat mcm ni jugak..saya letak dlm plastik…cuma tak letak air la bila letak dlm plastik…cuma rasa kering sikit lauk tu berbanding yang letak air mcm sekarang…tp ok sangat lagi dari tak buat apa2 kan…
** bekas pink saya isi lauk dan sayur ni…bukan tupperware yer …ni tipuware jer…beli kat Mr Diy…tak perlu bekas mahal2 …yang ni pun tahan lama…kat kedai eco rm2 pun ok… ** kenapa letak air…jawapan saya dah letak awal2 kat atas sana…. ** bajet untuk berapa lama..jawapan ada kat atas juga… ** dengan kata lain semua persoalan yang banyak ditanya kat komen…jawapan dah ada kat post… ** Berbeza pendapat dan pandangan…saya raikan…saya terima ** semoga perkongsian ni menjadi ilmu yang manfaat…terima kasih pada yang mendoakan yang baik2 untuk saya…
** Gambar2 last gambar menu hakak masak campak2 lps topap stok …bahan2 dah ada dlm peti ais…balik lambat pun boleh masak mcm tu….
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah – The Home of Siti Khadijah.
Laman Khadijah menjadi saksi pembukaan Galeri Pelawat pertama milik Siti Khadijah yang menawarkan pengalaman berharga buat para pelawat tentang sejarah perjalanan 15 tahun Siti Khadijah dari segi pembuatan, tradisi dan inovasi.
Pengunjung berpeluang mencipta pengalaman berharga apabila dapat menjahit sendiri di galeri ini.
Galeri eksklusif ini bukan hanya mempamerkan legasi jenama Siti Khadijah bahkan turut menawarkan telekung dan barangan edisi terhad yang hanya ada di Galeri Pelawat.
Acara utama pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Enda Group Sdn Bhd (dahulunya dikenali sebagai Siti Khadijah Holding Sdn Bhd), Encik Mohammad Munzir Aminuddin.
Para jemputan juga berpeluang melawat sekitar Laman Khadijah sambil menimba pengalaman secara langsung dalam jahitan sejadah muka seterusnya menyaksikan pertunjukan fesyen yang mempamerkan koleksi Siti Khadijah, Hegira dan Anbot.
FESTIVAL SITI KHADIJAH
Sempena sambutan ulang tahun ke-15 ini, Siti Khadijah turut mengumumkan ‘Festival Siti Khadijah’ yang bakal diadakan pada 22-25 November 2024.
Pelawat juga berpeluang untuk membeli telekung serendah RM100 bagi edisi terpilih serta tawaran eksklusif ketika festival berlangsung.
Bagi memeriahkan lagi sambutan ini, pelancaran festival turut dilakukan di semua butik Siti Khadijah seluruh negara bermula pada 22 November sehingga 5 Januari 2025.
Para pelanggan berpeluang menikmati diskaun hebat bagi barangan terpilih serta memenangi hadiah premium produk dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM400.
Sejajar dengan visinya, Siti Khadijah berusaha untuk menjadi jenama antarabangsa pilihan yang mengutamakan keselesaan, praktikaliti dan kesederhanaan dalam mengketengahkan produk gaya hidup.
Siti Khadijah merupakan jenama tempatan terkemuka yang telah mempelopori pasaran khusus pembuatan telekung di Malaysia dengan lebih daripada 56 butik tempatan, satu di Indonesia dan satu lagi di Singapura.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.