Hanya yang pernah alami saja tahu bagaimana deritanya bila ‘diserang’ slip disc, kan? Bila usia meningkat, fungsi vital tubuh pun kian menurun.
Maka, seseorang itu akan berisiko untuk menghidapi slip disc. Tulang belakang antara anggota tubuh yang mudah terkesan dan ‘menua’ lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berusia 30 tahun dan ke atas.
Satu hantaran telah dimuat naik di Instagram pelakon dan usahawan cantik Syatilla Melvin di mana dia berkongsi keadaannya yang sedang berhadapan dengan slip disc.
Kata isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini, dia tidak menyangka rasa sakit belakang dan leher selama tiga hari sebelum ini bukan disebabkan kesan menyusu anak.
Saat menjejakkan kaki ke dalam rumah, kita pasti dambakan bau haruman yang segar bagi memberikan ketenangan setelah seharian penat bekerja bukan. Barulah tenang saja rasanya.
Sebenarnya, tak susah dan mahal pun bagi mengekalkan kewangian di dalam rumah. Ada cara yang sangat senang dan mudah! Ikuti saja perkongsian daripada gadis ini di twitter. Harum semerbak jadinya rumah kita.
Berlakon di dalam air bagi montaj terbaharu drama lakonannya menjadi cabaran hebat buat pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad.
Walaupun pada asalnya dia takut untuk menyelam dalam air, Uyaina bagaimanapun terpaksa membiasakan diri sehingga berlaku kecederaan pada hidungnya dan berdarah.
Hidung berdarah!
Actually, underwater shoot untuk opening montage Love Elsa hari tu adalah pertama kali Yana dive. Memang tak pernah dive before this! Nervous.. Tak berani.. Memang Yana berpaut aja dekat divers keliling Yana time tu @pupakupa🤪
2 jam jugak lah Yana kat situ & team kena tunggu. Waktu tu la buat water confidence. Waktu tu jugak la first time belajar nak guna oxygen tank tu 🤪 Pastu baju pulak melabai2 dalam air, berat! 🙂 Belum lagi tengok ikan2 besar dalam tank tu 🥵 Michael pulak nak I graceful dalam air, macam fallen angel katanya 🙂
Masuk dalam air first time, cuak. Second third time dah berani. Siap boleh joget dalam air 🤪 Alhamdullilah dapat jugak shots! Lega.. Tapi, naik2 je, hidung berdarah. Maybe sebab pressure dalam air tu kuat sangat kot 😢
Sebenarnya, kita selalu takut dengan benda yang kita tak tahu. Once kita dah tahu cara, belajar skill, ada ilmu sikit, baru kita akan confident dengan diri sendiri. I managed to pull through the shoot and most importantly, I overcame my fear! 🥰
Bergandingan bersama Zul Ariffin dalam drama Love Elsa, ramai rakan artis yang memberikan kata semangat dan pujian kepadanya kerana mampu berlawan dengan ketakutan terhadap air.
Setiap kali sambutan ulang tahun kelahiran pasti kita akan mencucap syukur kepada Tuhan kerana masih berpeluang untuk bernafas lagi. Bagi personaliti dan juga penyampai di TV Alhijrah Farahanim Razak, sambutan ulang tahun dirinya ke 28 tahun ini begitu bermakna dengan kurniaan Illahi yang tidak terhingga. Ibu muda ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata kembar dan inilah hadiah yang tidak ternilai yang dimaksudkannya.
Baru-baru ini Hanim ada muat turut foto videonya bersama kembar ini ketika menyambut ulang tahun kelahirannya ke 28. Aksi dia yang mengendong bayinya di kiri kanan begitu comel sekali.
Posting sebelum itu yang memuatkan caption “syukur untuk rezeki Allah di hari lahir ku ke-28 tahun dengan video di mana kedua-dua kembar ini berciuman mendapat hampir 700 ribu view.
Geram melihat keletah anak kembar kepada pasangan ini yang semakin membesar dan bijak. Walaupun masih kecil tetapi sudah punyai peminatnya tersendiri.
Setiap kali muat naik foto bersama kembar perempuan seiras iras, akan mendapat butang view cukup tinggi hingga ada kalanya cecah setengah juta. Keletah kembar ini cukup mencuit hati walaupun usianya baru mencecah 4 bulan.
Jika dilihat di laman instagram Hanim, sebagai ibu dia memng cukup teruja melayan kerenah anak-anak kembarnya. Malah baju atau aksesori juga akan dipakaikan sedondon setiap hari.
Dia juga sentiasa ‘update’ mengenai perkembangan bayinya yang semakin bijak ini. Terbaru-kedua-duanya sudah boleh meniarap dan berlumba-lumba antara satu sama lain.
Sekali pandang memang tidak dapat membezakan antara keduanya yang mana adik dan yang mana satu kakak.
Oleh kerana kedua-duanya bekerja, Hanim dan suami akan bergilir-gilir menjaga kembar ini yang dinamakan Amina Raissa dan Amira Raissa. Hanim dan suami turut menggelarkan kedua-duanya sebagai ‘Rassa Twin’.