
Garam Celtic ketika puasa kini menjadi perbualan hangat setiap kali Ramadan menjelma. Di TikTok dan Instagram, ramai yang berkongsi rutin sahur dengan hanya secubit garam bukit dibancuh dalam air suam katanya boleh bantu badan kekal hidrasi dan kurang rasa haus sepanjang hari.
Bila masuk tengah hari dan tekak mula terasa kering, memang mudah untuk kita terpengaruh dengan tip yang nampak “simple but effective” ini. Tapi sebelum anda jadikan ia rutin wajib sahur, jom fahamkan dulu apa sebenarnya yang berlaku dari sudut sains.

Apa Itu Garam Celtic & Kenapa Ia Viral?
Garam Celtic ialah sejenis garam laut yang diproses secara minimum dan tidak ditapis sepenuhnya. Warnanya sedikit kelabu kerana masih mengandungi mineral semula jadi seperti magnesium, kalium dan kalsium.
Menurut perkongsian beberapa pengamal kesihatan di media sosial, kandungan mineral ini dikatakan membantu keseimbangan elektrolit dalam badan. Elektrolit penting untuk mengawal keseimbangan cecair, fungsi saraf dan otot. Sebab itu ada yang percaya pengambilan sedikit garam bukit ketika sahur boleh membantu tubuh “menyimpan” air lebih lama.
Namun, penting untuk diingat bahawa komponen utama dalam garam Celtic tetap sodium (natrium). Walaupun ada mineral tambahan, kandungan sodium masih tinggi dan memberi kesan fisiologi yang sama seperti garam biasa.
Penjelasan Perubatan Tentang Garam Celtic Ketika Puasa
Menurut penjelasan doktor dan perkongsian Public Health Malaysia, walaupun garam bukit mengandungi mineral tambahan, kesan terhadap badan masih tertakluk kepada kandungan sodium yang dominan.

Apabila sodium dalam darah meningkat, ia akan meningkatkan kepekatan darah dan menarik air keluar daripada sel badan. Otak kemudian mengesan perubahan ini dan menghantar isyarat haus. Inilah sebabnya makanan tinggi garam boleh menyebabkan kita cepat dahaga — termasuk jika berlebihan mengambil garam Celtic ketika puasa.
Secara ringkasnya, tiada bukti saintifik kukuh yang menunjukkan garam Celtic mempunyai kelebihan khas untuk menghilangkan rasa haus ketika berpuasa. Sedikit garam mungkin membantu keseimbangan elektrolit dalam situasi tertentu, tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh memberi kesan sebaliknya.
Risiko Pengambilan Sodium Berlebihan
Pengambilan sodium yang tinggi bukan sahaja meningkatkan rasa haus, malah boleh memberi kesan kepada tekanan darah. Individu yang mempunyai masalah hipertensi, penyakit buah pinggang atau wanita hamil perlu lebih berhati-hati sebelum mencuba trend seperti garam Celtic ketika puasa.
Trend kesihatan yang viral tidak semestinya sesuai untuk semua orang. Setiap tubuh mempunyai keperluan cecair dan elektrolit yang berbeza.
Cara Lebih Smart Untuk Kekal Hydrated Waktu Puasa
Daripada bergantung kepada trend semata-mata, ini cara yang lebih selamat dan terbukti membantu mengekalkan hidrasi sepanjang Ramadan:
- Minum 6–8 gelas air secara berperingkat antara berbuka dan sahur
- Kurangkan makanan tinggi garam dan makanan diproses
- Elakkan minuman terlalu manis dan berkafein
- Ambil makanan tinggi serat dan protein supaya tenaga tahan lebih lama
- Pilih sumber elektrolit semula jadi seperti kurma, pisang dan air kelapa
Selain itu, elakkan minum air dalam jumlah yang terlalu banyak sekaligus ketika sahur. Tubuh memerlukan masa untuk menyerap dan menyeimbangkan cecair dengan baik bagi memastikan badan benar-benar kekal hidrasi sepanjang hari.
Bottom Line: Perlu Ke Amalkan Garam Celtic Ketika Puasa?
Garam Celtic bukanlah “super solution” untuk hilangkan dahaga ketika puasa. Ia tetap natrium klorida seperti garam biasa, cuma dengan kandungan mineral tambahan dalam jumlah kecil.
Sebagai wanita moden yang bijak dan celik informasi, penting untuk kita tapis setiap trend kesihatan yang viral sebelum mengamalkannya. Garam Celtic ketika puasa bukanlah penyelesaian ajaib, sebaliknya keseimbangan pemakanan dan pengambilan air mencukupi adalah kunci utama.
Ramadan adalah tentang keseimbangan — dalam ibadah, pemakanan dan penjagaan diri. Stay hydrated, eat smart and listen to your body. That’s the real Ramadan glow.
BACA LAGI : Makan Banyak Membuatkan Badan Lemas? Pentingnya Cukup Tidur Dan Makan Semasa Puasa!
Sumber : Public Health Malaysia, Dr Samhan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di




