Fazura kongsi quote wanita solo – “Bujang itu bukan sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah.” Hantaran terbaharu Fazura di Instagram Story nyata mencuri perhatian warga maya apabila aktres dan usahawan terkenal itu berkongsi semula satu petikan tentang wanita berstatus solo.
Walaupun tanpa kapsyen panjang, mesej yang disampaikan cukup ‘loud’ dan penuh makna. Perkongsian apabila Fazura kongsi quote wanita solo ini segera menjadi bualan kerana ia menyentuh realiti yang dekat dengan ramai wanita hari ini.
Petikan tersebut menyentuh tentang realiti kehidupan wanita yang tidak mempunyai pasangan. Ia menggambarkan bahawa hidup solo bukan sesuatu yang perlu dikasihani, malah boleh menjadi satu fasa yang indah, tenang dan membahagiakan.
Fazura Kongsi Quote Wanita Solo Tentang Ketenangan & Fokus Diri
Antara ayat yang paling mencuri perhatian ialah kenyataan bahawa ramai wanita hidup dalam tekanan hubungan yang tidak sihat, sedangkan wanita bujang lena tidur, makin berseri dan fokus pada kehidupan sendiri.
Melalui perkongsian ini, apabila Fazura kongsi quote wanita solo, ia memberi gambaran bahawa ketenangan emosi jauh lebih penting daripada sekadar memiliki status perkahwinan.
Ads
Petikan itu turut menyentuh tentang segelintir lelaki yang masih belum mampu mengurus aspek asas kehidupan seperti emosi, kewangan, kebersihan dan kesetiaan. Ia seolah-olah memberi mesej bahawa perkahwinan bukan sekadar status, tetapi memerlukan kematangan dan tanggungjawab sebenar.
Ayat penutupnya cukup ‘power’:
“Bujang itu bukan satu sumpahan, sebenarnya itulah pakej mewah.”
Emoji Mahkota Jadi Simbolik Self-Worth
Menariknya, Fazura hanya meletakkan emoji mahkota berwarna kuning sebagai kapsyen. Simbol itu jelas membawa maksud tersirat bahawa wanita tetap bernilai, berkelas dan ‘royal’ walau apa pun status mereka.
Apabila Fazura kongsi quote wanita solo dengan simbol mahkota tersebut, ia seakan menegaskan bahawa setiap wanita adalah ‘ratu’ dalam hidupnya sendiri. Nilai diri tidak ditentukan oleh cincin di jari, tetapi oleh keyakinan, prinsip dan maruah yang dijaga.
Ads
Sebagai ikon wanita moden yang sering tampil elegan dan berprinsip, Fazura dilihat konsisten mengangkat mesej self-worth dan keyakinan diri. Perkongsian ini juga dilihat selari dengan semangat wanita berdikari, berkerjaya dan tahu nilai diri.
Status Bukan Ukuran Bahagia
Dalam masyarakat hari ini, soalan seperti “Bila nak kahwin?” sering menjadi tekanan buat wanita. Namun realitinya, setiap individu mempunyai timeline kehidupan yang berbeza.
Perkongsian apabila Fazura kongsi quote wanita solo ini membuka ruang refleksi bahawa kebahagiaan tidak datang dalam satu bentuk yang sama untuk semua orang. Ada yang menemui kebahagiaan dalam perkahwinan, ada juga yang memilih untuk membina diri terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
Ads
Menjadi solo bukan bermakna kesunyian. Ia boleh menjadi ruang untuk memperbaiki diri, memperkukuh kewangan, menjaga kesihatan mental dan membina impian tanpa kompromi.
Mungkin benar seperti yang dikongsikan — bujang bukan sumpahan. Jika dimanfaatkan dengan betul, ia adalah satu ‘pakej mewah’ untuk menjadi versi terbaik diri sebelum memikul tanggungjawab besar dalam kehidupan berumah tangga.
Apabila Fazura kongsi quote wanita solo, mesejnya jelas: wanita berhak bahagia dengan pilihan hidup sendiri, tanpa tekanan dan tanpa perlu memenuhi jangkaan masyarakat semata-mata.
Meraikan Ulangtahun Ke-9 ALHUMAIRA, jenama hijab terulung ini mempersembahkan koleksi ‘EXPECTATION’ dan Hari Raya 2019 di pertunjukan fesyen yang diadakakan di Royale Chulan Kuala Lumpur.
‘EXPECTATION’, siri yang menampilkan 10 koleksi berlainan dengan citarasa dan gaya minimalis. Koleksi ALHUMAIRA Hari Raya 2019 mempamerkan sisi berlainan berbanding ciri elegan dan ringkas yang dibawa oleh jenama ini sebelumnya.
Hani Elia Rousli telah memimpin dan meneraju ALHUMAIRA si cantik manis ini pernah menjadi penghias muka depan majalah hijabista pada April 2013. Jenama ini unggul pada kemunculan jenama-jenama hijab ketika itu kini AlHUMAIRA kembali dengan kolaborasi edisi kedua bersama Swarovski, ALHUMAIRA menampilkan lebih 900 biji kristal Swarovski yang “ditabur” di atas salah satu helai koleksi hijab dan telah menganggarkan ribuan tatahan Kristal Swarovski.
Namun ALHUMAIRA melangkah keluar daripada zon selesa mereka dengan hadirnya rekaan cetakan yang didedikasikan buat wanita cekal seluruh dunia. Tanpa mengabaikan keindahan karakter feminine, ALHUMAIRA telah mencorak garisan abstrak dan cetakan flora sebagai simbolik kepada sofistikasi dengan sentuhan gaya retro.
“Agak mencabar untuk saya yang sukakan rekaan asas, yang turut menjadi signatureALHUMAIRA selama ini. Tetapi kali ini, kami maju selangkah ke hadapan dengan menawarkan koleksi bercorak untuk musim Hari Raya 2019. Ia mencabar, namun menjadikan perjalanan ALHUMAIRA sebagai satu jenama lebih menarik lagi. Helaian hijab bercorak kami adalah versatil, ia boleh digayakan dengan pelbagai cara di mana kami mencipta rekaan yang boleh diubah gaya,” kata Hani ketika acara pertunjukan fesyen ALHUMAIRA, yang mendapat tajaan tatahan kristal oleh Swarovski dan Caudalie sebagai penaja
Pelakon kesayangan Malaysia dan bintang media sosial, Elfira Loy sebagai ahli keluarga baru ALHUMAIRA dalam menyemarakkan lagi kempen dan kolaborasi musim Hari Raya.
Elfira Loy sentiasa memperlihatkan sokongannya terhadap helaian hijab ALHUMAIRA sejak bertahun lalu, sama ada melalui penggayaan dan pemakaian hijabnya atau kala berbicara bersama media ketika ditemu ramah. Pemahaman beliau dan penata gayaan hijabnya yang serasi dengan jenama ALHUMAIRA menyumbang dalam gaya hijab hariannya.
ALHUMAIRA berbangga memperkenalkan Elfira Loy sebagai wajah baru dan Duta Jenama di mana dirinya mempamerkan pemakaian helaian hijab ALHUMAIRA dengan penuh keyakinan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak mengenakan hijab setahun yang lalu, pelakon dan penyanyi kecil molek ini semakin jarang muncul di media massa. Kesibukan menguruskan keluarga kecilnya menjadikan pemilik nama Liyana Jasmay lebih senang berada di rumah. Namun itu tidak membataskan dirinya untuk kekal aktif di media sosial dan juga industri seni tanah air.
Sempena Edisi Hijabersary ini, Hijabista sempat mengadakan sesi temubual dan fotografi dengan beliau. Banyak perkara menarik dan berinspirasi dibualkan bersama wanita dan juga ibu yang jika kita lihat karakternya yang sedikit ‘gila-gila tetapi cukup bermotivasi. Malah Liyana Jasmay juga nyata memberikan kerjasama baik sepanjang sesi fotografi berlangsung.
Sekarang saya baru sahaja habis pengambaran rancangan kembara bertajuk Hijab Journey. Secara umumnya, ia adalah mengenai mencari wanita Muslim yang berjaya di serata dunia. Untuk permulaan kita mencari lokasi sekitar di Kuala Lumpur, Jakarta dan Australia. Rancangan ini akan ditayangkan di saluran Astro Naura.
Dalam bulan Januari pula, saya melancarkan filem pertama yang saya terbitkan bertajuk Bella & Jamie. Idea asalnya adalah daripada saya sendiri dan saya juga turut berlakon dalam filem ini. Filem berkenaan akan ditayangkan pada 31 Januari 2019 dan tayangan perdananya pula adalah pada 29 Januari.
Selain itu saya juga mengarah 30 episod rancangan televisyen yang saya tidak boleh beritahu lagi tajuknya. Apa pun tunggu perkembangan terbaru ini yang akan dimaklumkan tak lama lagi.
Pada saya biasa sahaja sebab saya dah lakukan ini selama lima tahun. The kids are fine. Kita kena selalu mendidik mereka. Mereka selalu juga bertanya, why you have to go to work? Dan saya akan menjawab ‘Oh Mummy has to work to buy toys and milk for you guys.’ Mereka faham cuma hakikatnya mereka masih kanak-kanak.
Saya tidak suka bekerja pada hari minggu kecuali saya terpaksa kerana hujung minggu adalah waktu untuk saya meluangkan masa bersama keluarga. Seboleh-bolehnya saya akan elakkan melainkan ada pengambaran.
Segala hal kerja saya akan selesaikan pada hari Isnin hingga Jumaat dan saya akan pulang jam lima petang untuk memasak buat mereka. Alhamdulillah saya bersyukur dengan segalanya cuma buat masa ini saya belum ada perancangan lagi untuk menambah bilangan anak.
Saya sebenarnya baru setahun berhijab. Pada saya, ia sebuah perjalanan yang berbeza untuk semua orang. Saya seorang manusia yang tidak suka apabila disuruh oleh orang lain untuk melakukan sesuatu.
Saya pakai tudung atas kehendak saya sendiri. Tiada sesiapa yang memaksa. Apa sahaja yang saya mahu lakukan, apa jenis hijab yang saya nak pakai, sama ada turban ke atau nampak leher sekalipun, ia adalah keputusan saya. Bagi saya soal ini adalah urusan di antara saya dan Allah dan tidak melibatkan sesiapa.
Saya rasa adalah sesuatu yang sangat tidak patut apabila masyarakat mengkritik cara pemakaian hijab hijabi di luar sana. Mereka merasakan ada cara yang tertentu untuk berhijab tetapi sebenarnya tidak begitu.
Bagi saya juga semua orang berbeza. Stail dan cara berhijab di negara Arab dan timur tengah berbeza, di negara barat seperti di Amerika Syarikat juga berlainan. Cuma masyarakat di Malaysia sahaja yang merasakan dan memikirkan ada cara tertentu untuk berhijab dan jika tidak kena mereka ini akan mula mengecam. Tetapi tidak mengapalah asalkan keputusan saya ini tidak melibatkan orang lain.
Ini adalah tindakan saya sendiri. Saya mengakui, sememangnya ia tidak mudah. Saya juga tidak malu untuk mengakui bahawa kadang kala ada terdetik rasa di hati untuk menanggalkan hijab contohnya apabila saya rasa tidak cantik apabila berhijab.
Saya tak malu untuk mengakuinya kerana itu adalah perjalanan hijrah saya. Jadi untuk mengatasi perasaan sebegitu, kita perlulah banyakkan berdoa dan beristighfar. Pada akhirnya, ia adalah mengenai diri saya dan tidak melibatkan sesiapa pun. Apabila rasa tersasar, istighfarlah. Lagi satu berdoalah pada Allah agar dipermudahkan segala.
Bagaimana Liyana menghadapi kecaman daripada masyarakat sekeliling terutamanya netizen?
It doesn’t matter. Saya sudah berada dalam industri ini selama 20 tahun. Apa itu kecaman? Cakaplah apa sahaja. At the end, mereka akan pergi ke akaun laman sosial saya untuk melihat segala apa yang saya lakukan. Itulah sebenarnya industri hiburan ini.
Saya rasa biasa sahaja dan mungkin sudah lali kerana ini adalah kerja saya. Dalam 10 orang, mungkin 9 orang lagi akan membenci tetapi akan ada seorang yang sayang pada kita. Take it easy on thing and see deeper than that. Ada orang yang rasa teruk apabila dikecam. Janganlah sampai begitu dan berusaha untuk jadi diri sendiri.
Memang normal apabila ada orang tidak sukakan kita kerana kita sendiri pun bukannya sukakan semua orang. Kita tak boleh harap semua orang sayangkan kita. Apa yang penting kita harus tahu bagaimana hendak mengawalnya. Seperti saya, saya tidak kisah jika orang mengata mengenai turban yang saya pakai, asalkan saya tidak tunjuk benda yang bukan-bukan terhadap masyarakat.
Apa yang saya ingin tonjolkan adalah mengenai hasil kerja saya dan kehidupan saya sebagai seorang ibu dan isteri. Ambillah daripada sisi positifnya seperti bagaimana seorang ibu seperti saya menguruskan syarikat. Jangan lihat dari sudut yang remeh, look at the bigger thing.
Sememangnya sukar untuk menjadi seorang wanita. Kena berkahwin, melahirkan anak, jaga keluarga dan perlu bekerja. Ianya tidaklah mudah. Tanyalah mana-mana perempuan, tipulah jika mereka kata senang.
Sebenarnya, suara wanitalah yang paling orang tidak mahu dengar. Kalau lelaki melihat saya, mereka pasti tidak suka perempuan bulldozer seperti saya. Mereka pastinya mahukan perempuan yang duduk rumah sahaja. I’m not like that! Saya mahukan gadis di luar sana fikirkan yang kahwin itu bukanlah satu misi atau destinasi, ia adalah sebuah perjalanan.
Kebanyakan gadis merasakan dengan berkahwin mereka sudah selamat. Oh sesekali tidak. Ini adalah sebab mengapa saya mahu jadi penerbit kerana saya mahu buat cerita yang seronok untuk golongan perempuan, menghargai dan meraikan mereka.
Kurangnya penerbit wanita yang mahu lakukan sebegini. Usaha saya ini sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011 lagi. Saya mahu tonjolkan kisah bagaimana kehidupan sebenar menjadi seorang wanita.
Apakah impian Liyana yang belum tercapai?
Saya sudah mula mengarah dan pada masa akan datang saya mahu menghasilkan banyak lagi filem mengenai wanita. Mengangkat martabat wanita, itu adalah impian saya.
Oh! waktu itu saya baru berusia 20 tahun! Bezanya mungkin dulu saya nakal, sekarang masih nakal juga (ketawa). Cuma mungkin dahulu semuanya adalah tentang menginginkan keseronokan tetapi sekarang keutamaan saya adalah mengenai anak-anak tersayang. Dahulu saya bekerja kerana mahukan duit tetapi kini adalah untuk anak-anak dan juga bagi mendapatkan redha Allah. Nothing else.
Ada rutin kecantikan tertentu?
Sebenarnya saya tidak mengenakan solekan pada hari biasa. Mungkin hanya yang ringkas. Saya cuma mengenakannya jika ada pengambaran dan juga bila perlu.
Liyana rasa cantik bila…
Bila suami saya puji!
Definisi sempurna buat Liyana?
Tiada definisi sempurna kerana mustahil untuk menjadi seorang yang cukup sempurna. Imperfection is beautiful. Mungkin orang fikir kita haruslah sempurna untuk cantik tapi saya tidak rasa begitu. Tidak perlu jadi sempurna, hanya relaks dan enjoy bila perlu!.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita haid 10 malam terakhir Ramadan sering berdepan rasa sedih kerana tidak dapat melakukan ibadah seperti solat dan puasa seperti orang lain. Saat umat Islam sibuk memburu malam-malam terbaik Ramadan, ada juga wanita yang diuji dengan haid tepat pada fasa paling istimewa ini.
Rasa sedih itu memang ada, malah ramai yang takut terlepas pahala besar pada malam-malam akhir Ramadan dan peluang bertemu Lailatulqadar.
Namun hakikatnya, haid bukan penghalang untuk terus dekat dengan Allah. Dalam keadaan uzur syarie, wanita tidak diwajibkan solat dan puasa, tetapi masih ada banyak ruang ibadah lain yang boleh dilakukan untuk menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan.
Pejabat Mufti Wilayah turut menjelaskan bahawa wanita haid tetap boleh memperbanyakkan amalan seperti doa, zikir, selawat, sedekah dan lain-lain sepanjang Ramadan.
Ramai yang menyangka apabila datang haid pada penghujung Ramadan, maka peluang untuk meraih pahala besar sudah tertutup. Hakikatnya, Islam adalah agama yang sangat memahami keadaan wanita.
Dalam keadaan uzur syarie, wanita tetap mempunyai banyak jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah walaupun tidak dapat melakukan ibadah tertentu.
Antara amalan paling utama bagi wanita haid 10 malam terakhir Ramadan ialah memperbanyakkan doa. Ini kerana malam-malam akhir Ramadan merupakan waktu yang sangat istimewa untuk bermunajat kepada Allah.
Kita digalakkan memohon keampunan, meminta rahmat, serta mengharapkan agar dipertemukan dengan malam Lailatulqadar yang penuh keberkatan.
JAKIM menegaskan bahawa malam al-Qadar ialah malam penuh kemuliaan dan umat Islam digalakkan bersungguh-sungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan.
Selain doa, wanita yang sedang haid juga boleh melazimi zikir, selawat dan wirid harian.
Ini termasuk zikir pagi dan petang, istighfar, tasbih, tahmid, takbir serta memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW.
Jabatan Mufti Negeri Selangor menyebut wanita haid digalakkan memperbanyakkan doa, zikir dan menyeru kepada perkara kebaikan sepanjang bulan Ramadan.
Satu lagi amalan yang sangat sesuai dilakukan ialah bersedekah. Tidak kira sama ada melalui wang, makanan berbuka, keperluan untuk keluarga, atau bantuan kepada golongan memerlukan, semuanya termasuk dalam amal soleh yang sangat besar ganjarannya.
Sedekah dalam Ramadan sememangnya antara amalan yang sangat digalakkan, lebih-lebih lagi pada malam-malam terakhir ketika ramai sedang mengejar pahala berganda.
Bagi wanita haid 10 malam terakhir Ramadan, perkara berkaitan al-Quran memang perlu dijaga dengan cermat.
Menurut pandangan yang dinyatakan Pejabat Mufti Wilayah, wanita haid tidak dibenarkan membaca al-Quran secara biasa menurut pandangan jumhur. Namun ayat-ayat al-Quran yang dibaca dalam bentuk zikir atau wirid adalah diharuskan.
Dalam masa sama, wanita haid masih boleh mendengar bacaan al-Quran, membaca tafsir, tadabbur makna ayat dan menghayati mesej al-Quran sebagai cara mendekatkan hati kepada Allah.
Tidak kurang penting, wanita haid 10 malam terakhir Ramadan juga boleh menghidupkan malam dengan muhasabah diri.
Duduk seketika dan renung kembali perjalanan Ramadan. Senaraikan dosa yang ingin ditinggalkan, perbaiki hubungan dengan keluarga dan pasang azam untuk menjadi hamba yang lebih baik selepas Ramadan.
Kadang-kadang saat tidak mampu solat itulah hati menjadi lebih lembut, lebih jujur dan lebih bersungguh-sungguh dalam berdoa kepada Allah.
Jadi, jangan terus rasa tersisih hanya kerana period datang pada penghujung Ramadan.
Allah tidak menilai hamba-Nya hanya pada satu bentuk ibadah sahaja, tetapi pada keikhlasan, kesungguhan dan usaha untuk terus taat dalam apa juga keadaan.
Malah Nabi SAW sendiri memberi galakan agar malam-malam terakhir Ramadan dihidupkan dengan lebih bersungguh-sungguh berbanding malam-malam lain.
Walaupun dalam keadaan uzur syarie, wanita haid 10 malam terakhir Ramadan masih boleh menghidupkan malam dengan doa, zikir, selawat, sedekah dan pelbagai amal kebaikan.
Mudah-mudahan walau dalam keadaan tidak dapat solat, kita tetap dipilih Allah untuk meraih keberkatan malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.