Hujung minggu ini pastinya anda akan meluangkan banyak masa dengan melakukan pelbagai aktiviti. Sebagai pembuka hari anda, anda disarankan untuk mulakan dengan melakukan senaman kardio ini. Mudah sahaja sis, buat sahaja di rumah.

Senaman kardio adalah apa sahaja jenis senaman yang akan menyebabkan jantung anda berdegup dengan sangat laju. Perkataan kardio adalah singkatan daripada ‘kardiovaskular’ yang bermaksud jantung. Ia memberikan memberikan kesan positif kepada seluruh tubuh badan anda terutamanya jantung. Tambahan itu, senaman ini juga mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih efisien dan membuatkan anda tidak mudah mengah apabila melakukan aktiviti yang memerlukan tahap kecergasan yang tinggi.

Senaman kardio ini juga adalah senaman yang mudah dan boleh dilakukan tanpa alat senaman. Jom, kosongkan masa dan ruang di ruang tamu dan bersiaplah untuk berpeluh sis. Pergerakan yang telah diperincikan di bawah ini dapat disesuaikan untuk latihan pemula, jadi ianya sangatlah senang dan mudah.

Artikel berkaitan: Faktor Perlu Difikirkan Ketika Melabur Untuk Turunkan Berat. Treadmill Atau Basikal Senaman?

1.Senaman Lompat Bintang

Sejak daripada zaman sekolah lagi kita dah terbiasa melakukan senaman lompat bintang ni. Senaman ini merupakan senaman yang mudah untuk dilakukan. Senaman lompat bintang ini turut dikenali sebagai jumping jacks. Senaman jenis ini meningkatkan kadar denyutan jantung dan melibatkan pergerakan seluruh anggota badan anda.

Cara melakukannya: Berdiri dengan tangan disisi, bengkokkan lutut anda sedikit kemudian lompat dan buka kaki lebih besar daripada lebar bahu anda. Pastikan tangan diangkat melebihi kepala. Setelah itu, kembali ke posisi awal dan anda boleh lakukannya secara berulang.

2. High Knees

Senaman kardio yang satu ini mudah dah tidak memakan ruang yang banyak.

Cara melakukannya: Berdiri tegak dengan tangan di sisi, kemudian angkat sebelah kaki anda ke arah dada, turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Teruskan pergerakan tersebut secara berselang-seli dan ayunkan tangan anda untuk mengimbangi pergerakan tersebut. Yang paling penting, pastikan badan anda tidak membongkok semasa mengangkat kaki.

3.Butt kicks

IKLAN

Senaman ini berbeza dengan high knees. High knes adalah ketika anda mengangkat lutut anda ke atas, butt kicks pula ialah apabila anda mengangkat tumit ke arah punggung anda.

Cara melakukannya: Anda perlulah berdiri tegak dengan tangan di sisi,angkat sebelah kaki anda dengan tumit mengarah ke punggung, kemudian turunkan kaki tersebut dan ulang dengan kaki sebelah lagi. Seterusnya, ulang senaman tersebut dengan bersilih ganti antara kedua kaki anda.

4. Mencangkung

Senaman ini melibatkan otot bahagian bawah badan iaitu bahagian pinggang ke bawah.

Cara melakukannya: Mulakan dengan membuka kaki anda selari dengan kelebaran bahu, bengkokkan lutut dan turun sehingga ke posisi mencangkung ataupun bertinggung. Depakan tangan anda ke hadapan untuk mengimbangi badan anda dan condongkan badan anda sedikit kehadapan.

5. Lunges dan reverse lunges

Senaman ini baik untuk otot kaki dan jantung anda.

IKLAN

Cara lakukannya: Mulakan dengan berdiri tegak dengan kaki berada selari dengan paras bahu. Bengkokkan kedua-dua lutut anda pada sudut 90 darjah dengan sebelah kaki dimajukan ke hadapan. Ulang pergerakan tersebut dengan memajukan kaki sebelah lagi dan ulang pergerakan tersebut. Untuk reverse lunges, anda perlu menggerakkan kaki ke belakang dan kedua-dua lutut perlu dibengkokkan pada sudut 90 darjah.

6. Tumbukan (punches)

Senaman jenis ini bagus untuk bahagian atas badan terutamanya otot lengan dan jantung.

Cara lakukannya: Senaman ini hanya memerlukan anda untuk menumbuk ke hadapan seperti seorang petinju. Kalau nak dapatkan ‘feel‘ tu lagi, anda boleh lah memakai karung tinju.

7. Lateral shuffles

Senaman ini baik untuk keluasan kaki selari dengan pinggul. Lutut dan pinggang perlulah sedikit bengkok, kemudian condongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat kaki kanan, tolak kaki kiri anda dan bergerak ke kanan sambil mengekalkan bentuk badan anda. Letakkan kaki anda bersama-sama dan menyeret ke kanan. Ulangi langkah yang sama ke sisi kiri pula.

8. Berjoging setempat

IKLAN

Senaman ini memerlukan ruang yang luas dan baik untuk meningkatkan kadar denyutan jantung.

Cara melakukannya: Lantunkan dengan ringan satu kaki ke satu kaki yang lain. Pada masa yang sama hayunkan tangan anda dari sisi ke sisi.

9. Arm circles

Senaman ini paling mudah dilakukan kerana ia boleh dilakukan secara berdiri atau duduk.

Cara melakukannya: Putarkan kedua-dua belah tangan dalam pergerakan bulatan mengikut arah putaran jam dan arah lawan jam. Sekiranya anda tidak dapat membuat pergerakan bulatan yang besar, anda boleh mendepakan tangan dan melakukan pergerakan bulatan yang kecil.

Artikel berkaitan: Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!

Anda semua bolehlah lakukan senaman diatas dengan kerap di rumah. Sambil-sambil tengah dengar lagu atau tonton filem tu, boleh lah bersenam. Untuk pengetahuan anda, senaman kardio yang kerap dan konsisten ini dapat membantu anda mengurangkan berat badan, meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit kronik serta mendapatkan tidur yang baik tau. Orang kata badan sihat, otak cerdas.

Sumber info dan gambar: JiwaSihat dan Google

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI