Seiring dengan perkembangan fesyen, tren hijab juga ikut berkembang. Pelbagai jenama, warna, bahan, hingga gaya penggunaannya pun turut menjadi pilihan bagi para hijabi.
Selain corak dan bahan, salah satu perkara yang biasanya dipertimbangkan hijabi ketika memilih gaya hijab adalah kesesuaiannya dengan bentuk wajah. Jika tidak sesuai, hijab boleh membuat wajah anda kelihatan tidak proporsional. Contohnya memiliki wajah bulat akan terlihat semakin chubby jika tidak memilih gaya hijab yang tepat.
Oleh itu, panduan ringkas ini untuk hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab tak perlu runsing dan kalut. Pastikan anda ikuti tip ini di mana panduan khas memilih gaya hijab mengikut bentuk wajah anda.
Bentuk wajah oval yang paling mudah untuk memilih gaya hijab. Sebenarnya hijabi boleh menggunakan hijab dengan pelbagai macam gaya. Namun salah satu yang paling sesuai adalah gaya hijab shawl panjang.
Gaya hijab menggunakan shawl panjang yang sedang tren ketika ini adalah menggunakannya tanpa dililit ke atas kepala. Tetapi tinggal diberi peniti di bahagian leher lalu sisi kanan dan kiri yang menjuntai disilangkan ke leher.
Bagi yang memiliki dahi lebar, hijabi boleh memanfaatkan ruang dahi dengan penggunaan inner yang betul sebelum memakai pashmina untuk memberikan ilusi sehingga dahi nampak lebih kecil.
Printed hijab dari DefinitelyHANA, rekaan rona lembut bermotifkan floral menyerlahkan keayuan si pemakai. Untuk memberi representasi keanggunan dan gaya elegan, setiap pemilihan warna pastel dan paduan ilustrasi bunga sesuai untuk hijabi tidak kira golongan umur kerana DefinitelyHANA menawarkan harga mampu milik. Menariknya anda yang mempunyai bentuk wajah ini sesuai mengayakan hijab yang bercorak mahupun polos.
Memiliki wajah bulat bererti sisi wajah anda di bagian atas dan bawah atau dahi dan dagu memiliki bentuk yang hampir sama.
Gaya yang paling sesuai untuk wajah bulat adalah hijab digayakan dengan sedikit longgar. Trik yang satu ini akan membingkai wajah anda dengan sempurna. Hijabi boleh melipat sedikit hijab di bagian dagu untuk menonjolkan tulang pipi.
Jika tak ingin mengenakan shawl, Anda juga boleh menggunakan hijab segi empat atau bawal dan melakukan lipatan yang sama pada bagian tulang pipi di kanan dan kiri. Supaya wajah tak kelihatan chubby, yang perlu anda hindari penggunaan inner yang terlalu ke depan hingga menutupi dahi dan cukup kenakan hingga batas garis rambut.
CADANGAN HIJAB:
IKLAN
Bentuk wajah bulat anda harus perhatikan jenis fabrik yang digunakan. Elakkan fabrik lycra yang melekap di pipi. Jenis kain ini akan menampakkan bentuk muka anda kelihatan cubby. Sebaiknya anda pilih fabrik yang mudah dibentuk seperti pleated scarve. Koleksi SLPLEATS dari jenama sheralee.my ini memang sesuai denan pemula, hijab yang tak perlu gosok dan mempunyai himpunan warna yang menarik dan selamat untuk digayakan. Jadi anda tak perlu risau muka nampak cubby lagi
Wajah petak memiliki bentuk rahang yang tajam dan simetri. Ketika mengenakan hijab, anda harus membuat tampilan rahang menjadi sedikit lebih halus.
Hampir sama dengan bentuk wajah oval, Anda juga boleh mengenakan hijab dengan pelbagai gaya dan model. Anda mengenakan shawl ataupun bawal. Cara mengenakannya cukup mudah, letakkan hijab di atas kepala dengan satu sisi pashmina lebih panjang. Sisipkan peniti di bawah dagu, kemudian bawa sisi yang panjang ke atas kepala dan sematkan jarum peniti agar lebih rapi.
Anda cukup bertuah mengayakan apa juga bentuk hijab, tambahkan seri lagi dengan memilih hijab yang bercorak seperti jenama caramelfashionscarves yang mewah dengan koleksi bercorak. Gayakan dengan berani dengan ikatan gaya tudung bawal mahupun shawl.
Wajah berbentuk hati umumnya memiliki bentuk lebar di bagian tulang pipi lalu meruncing di bagian dagu seperti bentuk diamond. Wajah anda memiliki banyak struktur, usahakan untuk mengenakan hijab yang tidak menutupi seluruh wajah. Gaya hijab yang paling sesuai untuk bentuk wajah ini adalah segera pakai (instant).
CADANGAN HIJAB:
Edisi terhad JIMMYSCARVES’ Love Jimmy 3.0 3.0 adalah koleksi khas yang dilancarkan oleh jenama homegrown yang menampilkan cetakan bunga dalam enam warna berbeza. Diperbuat daripada fabrik premium seperti Sakura Chiffon dan Korean Chiffon, selendangnya ringan dan mengalir tetapi cukup legap untuk memastikan pemakainya ditutup dengan betul.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dari tanah seberang, Nikita Willy yang popular di Malaysia menerusi sinetron berjudul Nikita serta Safa dan Marwah satu ketika dahulu.
Menerusi perkongsian video dari akaun Tik Tok Armanmdo_extrada24 yang tular baru-baru ini, memaparkan Nikita mengundang pendakwah Habib Muhammad Syahab untuk mengadakan kuliah agama dirumahnya.
Namun, kecomelan anak lelaki sulung Nikita yang memakai kopiah pada sidang kuliah berkenaan telah berjaya meraih perhatian netizen.
Rata-rata netizen tidak keruan melihat gelagat dan kecomelan yang dipaparkan anak Nikita pada video tular berkenaan, sehingga masing-masing membanjiri ruangan komen pada hantaran tersebut dengan pujian dan doa agar Baby Izz menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.
Malah, terdapat juga beberapa netizen yang memuji ketampanan anak Nikita yang dikatakan diwarisi daripada ketampanan suaminya. Ini antara komen pujian yang ditinggalkan warga maya.
“Definisi menikah memperbaiki diri yang sebenar, suka tengok keluarga ini, nikita walaupun artis tapi tiada kontroversi, agama pun kuat.
“Semoga Baby Izz jadi anak soleh yang mampu membahagiakan kedua ibu bapa hingga ke syurga Allah SWT.. Amin..
Selain, netizen juga begitu teruja apabila melihat perkembangan bayi comel itu yang semakin sihat dan tembam. Lebih menarik lagi apabila Baby Izz kini sudah boleh duduk dengan sendiri tanpa sebarang sokongan.
Kehadiran Baby Izz dalam kehidupan Nikita dan suami ternyata menambah seri dan keharmonian rumah tangga bagi pasangan ibu bapa muda itu. Sehingga ada netizen yang menyifatkan rumah tangga pasangan itu kini lebih sempurna dengan kehadiran cahaya mata yang begitu comel.
Untuk rekod, pelakon berusia 28 tahun itu, kini sudahpun bergelar seorang ibu, setelah melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya Indra Priawan pada tahun 2020, dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Issa Xander Djokosoetono.
Mata adalah anugerah tidak ternilai yang dikurniakan Allah kepada hambanya. Malah, tahukah anda bahawa mata adalah antara organ manusia yang amat sensitif dan memerlukan penjagaan rapi.
Bak kata pepatah, “Mata adalah tingkap kepada dunia.” Tanpa, mata bagaimana kita mampu melihat dunia? Oleh itu, kesihatan mata haruslah dijaga supaya penglihatan kita juga dapat diperlihara.
Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan oleh kita seharian yang menjadi punca kepada kekeringan dan kerengsaan mata, antaranya adalah aktiviti-aktiviti seperti berikut:
Selepas Berenang: Rohto Cool Eye Wash membantu membasuh segala bahan kimia dan juga klorin yang terdapat di dalam kolam renang.
Pemakaian Solekan: Apabila hijabi tidur tanpa membersihkan solekan seperti celak & maskara dengan betul, sisa yang terkumpul di sekeliling mata bakal membuatkan mata mengalami kerengsaan jadi gunalah Rohto Cool Eye Wash untuk pengalaman membersihkan kesan solekan dengan sempurna!
Pemakaian Kanta Lekap: Penggunaan kanta lekap yang terlalu lama mengakibatkan mata mengalami protein deficit sekaligus mengakibatkan mata menjadi kering. Maka, Rohto Cool Eye Wash melembapkan dan menyegarkan kembali mata Hijabi.
Pencemaran Bandar: Rohto Cool Eye Wash juga mengekang bahan pencemar seperti habuk dan kotoran yang mengakibatkan kerengsaan.
Sensasi Dingin Rohto Cool Eye! Beri Pengalaman ‘Luar Biasa’ Penjagaan Mata
Rohto Cool Eye Wash direka secara khusus untuk memelihara mata hijabi dari masalah kering dan juga kerengsaan yang menjadi punca ketidakselesaan pada mata.
Malah, Rohto Cool Eye Wash, merupakan jenama penjagaan mata No.1 di dunia yang akan melindungi mata anda menggunakan sensasi dingin yang cukup ‘Signature’ sekaligus membantu menyegarkan mata dan menangani masalah kelesuan serta keletihan mata.
Tambahan pula, dengan setiap cucian ia juga akan melindungi mata anda dari sebarang anasir luar seperti habuk, debu dan sisa solekan yang menempel pada kawasan mata serta boleh membuatkan mata rengsa.
Lebih menarik lagi, cawan pencuci Rohto Cool Eye Wash ini, direka secara inovatif sehingga mampu mencuci mata anda pada kedudukan menghadap ke bawah. Kini hijabi tidak perlu lagi menolehkan kepala anda ke belakang untuk mencuci mata! Wow syok bukan?
Jadi anda tunggu apa lagi? Jika Hijabi sayangkan mata anda, jangan bertangguh lagi, segera dapatkan Rohto Cool Eye Wash di farmasi Watson dan kongsikan pengalaman dan perbezaanya bersama kami dengan hashtag #RohtoCoolEyeWash #WorldNo1EyeCareBrand dan jangan lupa tag kami tau!
Walaupun ramai hijabi yang hanya membiarkan wajah nampak polos, tetapi tidak ada salahnya memberi sentuhan warna bagi menceriakan penampilan. masih boleh bermekap tetapi hanya perlu kurangkan kepekatan dan bilangan produk yang kita gunakan untuk disesuaikan dengan cuaca di luar.
Selain sapuan bedak dan sedikit pemerah pipi, bahagian mata juga jangan dipinggirkan. Untuk mata, gunakan eyeliner sahaja sudah mencukupi. Tidak perlu beriya dengan eyeshadow bagai. Ingat, ‘less is more’.
Mari lihat tutorial ini untuk dapatkan winged eyeliner that always on fleek!
SUMBER: Youtube (Hijabs By Hanan)
P/S: Define mata anda dengan winged eyeliner yang ringkas dan tidak terlalu panjang. Manis dan amat sesuai untuk Ramadan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!