Bulan puasa penuh dengan keberkatan dan digandakan pahala. Semua umat Islam berebut-rebut untuk mengejar peluang mendapat syafaat di bulan mulia ini.
Namun perkara ini menjadi satu kekhuatiran pada golongan wanita harapan tinggi untuk puasa penuh. Tetapi, agak mustahil kerana wanita normal akan alami pusingan haid setiap bulan dan ini menyebabkan ada yang kecewa kerana tak dapat berpuasa penuh. Mungkin ada yang terfikir untuk ambil ubat penahan haid bagi mendapatkan puasa penuh dan melakukan ibadah berterusan sepanjang bulan yang mulia ini.
Persoalannya apakah hukumnya mengambil ubat menahan haid. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memakan ubat untuk menahan haid dari keluar sama ada ubat itu berbentuk pil atau cecair.
Di antara Ulama silam yang berpandangan harus mengambil ubat penahan haid adalah Imam Ahmad Bin Hanbal. Imam Ibnu Qudamah meriwayat di dalam almughni:-
“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali (tidak membawa kesan negatif).”
Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.
Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haid di dalam bukunya Feqhu siyam. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid.
Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:
“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”
Ayat Doa Bagi Menangguh Dan Menghentikan Sementara Haid Wanita
Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadan mahupun ibadah haji dan umrah.
Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan umrah maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:
Ads
DOA
Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.
Bacaan Ayat dan Surah
Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:
1. Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) :
2. Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :
3. Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :
4. Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4
Ads
5) Baca Selawat Nabi :
Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/ kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.
1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
Ads
2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.”Lalu ditiupkan ke dalam air.
3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
4. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
5. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.
Doa Penamat
Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haidyang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah s.a.w sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:
Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.
Wallahu A’lam Bish Shawab, Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar.
SUMBER: DR ZUBAIDI AHMED/SHAFIQOLBU
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara popular, Neelofa bukan sahaja terkenal dengan gelaran Ratu Trend atau Selfie, tetapi dia juga menjadi inspirasi serta idola buat hijabi di luar sana. Apa sahaja gaya yang dipraktikkan akan menjadi ikutan dek kerana peminat obses dengan aura selebriti yang punya hampir 6 juta follower di laman instagram. Baru-baru ini Neelofa muat turun tutorial hijab bagi koleksi terbaru Naelofar Hijab dalam 4 stail berbeza.
Menurut Neelofa stail digayakan simple ini sangat loose dan tidak banyak menggunakan banyak pin. Malah amat sesuai digayakan untuk ke tempat kerja, santai untuk makan malam dan juga hujung minggu.
Koleksi yang cukup terhad ini boleh digayakan dalam masa tak sampai seminit tetapi memperlihatkan lilitan hijab menjadi sangat perfect. Neelofa turut mencantikkan hijabnya dengan pemakaian aksesori subang untuk gaya berbeza.
Apa yang menariknya dalam video yang telah ditonton lebih 600 ribu berkenaan Neelofa turut bercakap dalam bahasa Kelantan berbunyi ‘aku tokleh paka style gini’ dan turut mengundang pujian dari netizen.
Rata-rata terhibur mendengar dia kecek Kelantan dan menurut mereka sangat comel. Selain itu ada juga yang turut memuji tutorial hijab digayakan sangat cantik walaupun simple sahaja.
Solat tahajud antara amalan yang dapat menyembuhkan hati daripada penyakit dunia.
Bagi orang yang tidak menghafaz al-Quran, mereka boleh menunaikan solat tahajud sambil duduk dengan meletakkan al-Quran di hadapan, lalu membaca satu halaman setiap rakaat.
MACAM MANA NAK BUAT SOLAT TAHAJUD
Waktu yang paling terbaik untuk melakukan solat tahajud ialah sekitar jam 4.30 pagi hinggalah sebelum subuh.
Niat di dalam hati “Aku melakukan solat sunat tahajud kerana ALLAH” Tak perlu lafaz niat.
Caranya, buat 2 rakaat salam, 2 rakaat salam…berterusan semampunya. Tidak ada limit rakaat, terpulang kepada kemampuan masing-masing sama ada hendak buat 2 atau 4, atau 6 atau 8 atau lebih ikut semampunya.
Tidak terkhusus dengan mana-mana Surah, ikut kemampuan hafalan masing-masing dan tidak menjadi masalah jika solat tahajud itu sambil pegang quran kecil@phone dan membacanya. Kalau tak mampu baca quran dan surah yang hanya mampu dihafal itu cuma surah Al-Ikhlas , “Qulhuallah hu ahad…” maka silakan baca surah yang sama pada setiap rakaat. Solat tetap sah dan terbaik.
LAMAKAN SUJUD
Jadi lamakan sujud dan mintak doa pada Allah apa saja yg kita hajatkan. Kata para ulamak kita boleh berdoa dengan bahasa apa yang kita faham. Sah tahajud walaupun kita baca doa dalam bahasa Melayu.
Jangan solat laju-laju, slow and steady. Yang penting buat setenang-tenangnya. Selangilah setiap 2 rakaat itu dengan istighfar dan mana-mana zikir yang kita hafal.
Jika dah buat tahajud maka tutupilah tahajud itu dengan 1 rakaat witir sekiranya witir belum dibuat selepas Isyak. Kalau sudah witir selepas Isyak maka tidak perlu lagi buat witir selepas tahajud.
Setelah menempuh episod duka tahun lalu, pelakon tinggi lampai Bella Dally kini berpeluang mengecap kebahagiaan di awal tahun baru ini. Dalam posting terbaru, Bella mengumumkan dia sudahpun mengikat tali pertunangan Sabtu lalu bersama jejaka pilihannya di Kota Kinabalu, Sabah.
Bella yang cukup anggun mengenakan dress moden rona kuning cair yang juga turut dipadankan dengan hijab rona sama.
Menurut Bella dalam laporan Harian Metro,mengaku sudah bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga ahli perniagaan dikenali sebagai Arif, 34 tahun.
Bella, 28, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally berkata, keputusan bertunang dibuat selepas lima bulan berkawan dan saling mengenali hati budi.
“Arif adalah kenalan sepupu dan beberapa rakan lain. Apabila sering berjumpa beramai-ramai, kami jadi rapat dan cinta pun berputik.
“Saya dapat rasakan antara kami ada keserasian. Begitu juga dengannya. Dalam masa sama, saya pula jenis yang serius dalam perhubungan dan tak nak buang masa. Orang kata, perkara bagus sebaiknya dipercepatkan.
“Sejujurnya, saya tidak menjangka akan melalui fasa ini sekali lagi. Walaupun selepas bercerai saya pernah cakap nak memberi fokus pada kerjaya dan belum fikir soal mencari pengganti, tapi siapa saya untuk menidakkan ketentuan Allah SWT? Inilah yang dikatakan jodoh,” katanya
Ditanya mengenai majlis perkahwinan, Bella berkata dia merancang untuk bernikah tahun ini, namun belum ada sebarang tarikh ditetapkan.
Berkongsi ciri-ciri yang ada pada Arif hingga membuatkannya jatuh cinta, menurut Bella jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu seorang yang ‘gentleman’ dan bertanggungjawab.
“Dari awal perkenalan lagi dia tahu status saya dan dia boleh terima. Cuma, dia baru tahu saya selebriti. Sejak itu, dia mulai mengikuti perkembangan saya di Instagram.
“Apa yang membuatkan saya yakin untuk membawa hubungan ini ke fasa serius adalah dia seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan ‘gentle’.
“Alhamdulillah, kedua belah keluarga merestui hubungan kami. Macam keluarga saya, mereka sentiasa sokong keputusan saya asal saja saya gembira,” katanya.
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...