Walaupun kita disarankan untuk memakai krim pelindung matahari setiap hari oleh pakar dermatologi, namun tetap ramai di antara kita yang mengabaikan rutin ini.

Umum mengetahui fungsi SPF di dalamnya boleh melindungi kulit daripada penuaan, kanser kulit dan sebagainya namun ramai yang skip memakainya kerana malas tambah-tambah lagi sunscreen perlu diulang sapu setiap 2-3 jam.

Bagi mengatasi rasa malas itu, Hijabista telah menemui jalan penyelesaiannya iaitu sunscreen stick.

Sesuai untuk kawasan yang sukar dijangkau seperti hidung, belakang telinga, dan celah-celah tangan, stick pelindung matahari ialah alternatif yang mudah untuk digunakan berbanding krim. Senang boleh dipakai di mana jua.

IKLAN

Stick ini juga mempunyai semua fungsi yang terdapat dalam formula krim tetapi menawarkan pilihan mudah alih, kalis tumpahan yang selamat untuk disimpan dalam beg tangan atau beg pakaian semasa dalam perjalanan. Selain itu, stick pelindung matahari lebih pekat, menawarkan peningkatan daya tahan dan formula penyerapan yang lebih baik yang kurang berkemungkinan meleleh atau berpeluh sepanjang hari.

Selain saiznya yang padat dan formula yang sangat pekat,  penggunaan stick ini menjadikan segalanya terasa mudah. Ia tidak merosakkan solekan memandangkan ia mempunyai konsistensi seperti lilin dan mengurangkan kemungkinan iritiasi di bahagian sensitif seperti mata.

Antara pilihan-pilihan yang ada yang sesuai dengan keadaan cuaca di negara kita.

IKLAN

Bio Essence Sunscreen

IKLAN

Wardah Sun Shield

Innisfree Intensive Leisure Sunscreen Stick SPF50

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI