Tidak dapat dinafikan antara masalah yang sering dihadapi di rumah selain masalah lipas ialah cicak. Namun yang membuatkannya lebih menggelikan apabila ada banyak najis cicak yang bersepah di lantai rumah mahupun di dalam kabinet dapur.

Lebih menyukarkan untuk dibersihkan ialah apabila najis cicak itu sudah kering. Sudah tentu ianya menjijikkan. Keadaan ini tentunya membuatkan anda berasa kurang selesa selain ianya boleh menganggu kesihatan dan mengundang pelbagai jenis penyakit.

Photo by Min An from Pexels

Serba sedikit info tentang cicak:
Makanan cicak: binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat, kumbang, unggas, labah-labah kecil.

Pemangsa cicak: burung

Habitat cicak: Tempat yang hangat, belakang almari, belakang televisyen, sekitar peti sejuk, sekitar lampu, belakang bingkai gambar dan cermin.

Kesukaan: persekitaran yang kotor, tempat yang berbau hapak seperti timbunan kertas terutamanya surat khabar, timbunan kasut, timbunan baju

Kebencian: bau yang tengik seperti bau bawang merah, bawang putih, tembakau, cuka, ubat gegat

Berdasarkan info tentang cicak seperti di atas, berikut dikongsikan 10 cara bagaimana hendak mengelakkan ciccak daripada terus ‘berkampung’ di rumah kita.

1.Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah kita, iaitu kita uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak di rumah. Gunakan racun semut (yang jual sepeket RM1 itu sangat berkesan) dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Apabila bekalan makanan cicak tiada di rumah kita, secara automatik cicak akan berkurang atau tiada lansung.

IKLAN

2.Disebabkan cicak takut pada burung, sediakan jejak burung seolah-olah ada burung di rumah kita dengan cara:

*Letak beberapa kulit telur burung puyuh di kawasan tingkap atau mana-mana tempat cicak boleh masuk. Apabila cicak nampak kulit telur burung puyuh itu, cicak tidak akan masuk ke rumah anda.

Jangan dihancurkan kulit telur burung puyuh ini. Memadai letak seketul dua di tempat masuk cicak.

*Lekatkan bulu pelepah burung di tempat cicak selalu masuk. Kalau hendak cantik, boleh letak bulu pelepah burung merak, lekat pada dinding untuk jadikan perhiasan.

3.Disebabkan cicak suka ‘lepak’ di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot pada dinding. Jarakkan dalam 10 sm dari dinding. Kalau di rumah banyak cicak, kurangkan perhiasan yang bersangkut-sangkut seperti bingkai cermin dan gambar.

4.Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sebab apabila sampah dan sisa makanan tarik perhatian lalat, automatik cicak pun akan tertarik untuk datang kerana ada banyak makanan.

5.Elakkan suka melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Re-organise semua barang supaya teratur dan berada serta tempat khas untuk setiap barang-barang.

IKLAN

6.Letakkan beberapa ulas bawang putih atau hirisan bawang merah dalam kabinet. Tapi anda perlu rajin sebab perlu ditukar selang 3 hari. Jika tidak, bawang akan membusuk.

7.Letak ubat gegat dalam kabinet atau laci. Walau bagaimanapun laci/kabinet berisi makanan tidak digalakkan.

8.Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka (diy surface cleaner) untuk mengelakkan cicak melintas atas meja makan kita.

250 ml air biasa (air paip)
50 ml cuka
3 sudu plastik dish soap
1 sudu plastik dettol

IKLAN

9.Guna pelekat perangkap lalat. Boleh beli di kedai Eco. Tampalkan di sebelah peti sejuk atau di belakang televisyen, bingkai cermin atau gambar. Cicak akan melekat di atas pelekat itu dan kita boleh buang apabila sudah ada beberapa cicak melekat. Tidak digalakkan untuk orang penggeli cicak.

10.Bela kucing sebab kucing boleh tolong tangkap cicak, bukan setakat cicak kadang-kadang sumpah-sumpah pun boleh ‘dihadiahkan’ pada tuannya.

Oleh itu pilihlah cara yang mana satu yang sesuai untuk diaplikasikan untuk menyingkirkan cicak di rumah anda.

HIJABISTA: Amalkan membersihkan rumah dan mengelap lantai sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan kemas. Dengan cara itu tiadalah serangga-serangga berani datang mendekat. 

Sumber kredit: Hani Mynis Top image: Photo by Junaid Ur Rehman Jamil Ahmed on Unsplash

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI