Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat buat semua rakyat Malaysia, tidak kira umur, bangsa, atau agama, semua orang meraikan hari kemerdekaan bersama. Semangat patriotik dan sayang pada negara pasti tersemat di hati setiap rakyat Malaysia.

Setiap kali kemerdekaan di sambut, kita sering melihat terdapat segelintir masyarakat yang cukup kreatif dalam hiasan untuk menunjukkan semangat cinta akan negara, seperti menggantung bendera di kereta, di rumah, bahkan ada yang membuat tudung atau sampin. Namun, sebenarnya ada beberapa larangan bagi menghormati Jalur Gemilang itu sendiri.

Sudah lama buat ‘hiasan’ menggunakan bendera kenapa di larang?

Sumber gambar dari Kosmo!

Tidak di nafikan, pasti akan ramai orang meluahkan rasa kekeliruan mengenai larangan penggunaan bendera Malaysia sebagai aksesori busana. Namun, sejak Ogos 2019, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengeluarkan posting di Facebook mengenai penggunaan Jalur Gemilang yang perlu di hormati orang ramai.

Menerusi posting itu, penggunaan bendera dalam pelbagai gaya seperti di jadikan sebagai tudung, topi, songkok, sampin, juga pakaian adalah sama sekali tidak boleh.

Menerusi temubual di Bernama, Prof. Datuk Teo Kok Seong, Felow Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, punca dari salah faham ini adalah kerana kurang pengetahuan mengenai protokol penggunaan bendera yang sebetulnya. Walhal, bendera Jalur Gemilang perlulah di hormati dengan tatacara yang sebetulnya bagi menghormati negara.

Artikel berkaitan: Seni Dan Budaya Membentuk Trend Di Peringkat Global, Merdeka Duck 14 Lukisan Pratriotik Di Setiap Helaian Tudung

IKLAN

Sumber gambar dari Canva

Beliau berkata mengenai tatasusila yang perlu di patuhi berdasarkan panduan am global mengenai penggunaan bendera. Salah satu garis panduan yang di tegaskan di sini adalah penggunaan bendera sebagai pakaian.

“Sesetengah cara rakyat negara ini, dalam keterujaan meraikan Bulan Kebangsaan, di dapati tidak menghormati bendera apabila ada yang menjadikannya pakaian dan sebagainya.

“Walaupun ketika ini ia tidaklah menjadi satu kesalahan sehingga (boleh) di denda, sebenarnya bendera sewajarynya hanya di kibarkan kerana maksud asas bendera itu sendiri ialah mengibarkan atau mengapungkan di atas angin,” katanya.

Beliau berkata bahawa Jalur Gemilang bukan sahaja menjadi lambang kebesaran negara, malah, ia berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah bangsa, agama dan ibu pertiwi, serta sebagai satu lambang kepimpinan dan kewarganegaraan bagi sesebuah negara.

Terdapata e-Book yang di terbitkan oleh Jabatan Penerangan (Japen) pada 2020 tentang etika yang perlu di patuhi oleh rakyat dalam menggunakan bendera. Martabat Jalur Gemilang boleh di rendahkan apabila ia di gunakan sebagai unsur penggayaan pakaian tetapi boleh di tukarkan motif itu dengan menggunakan warna yang terdapat pada bendara seperti merah, putih, biru, dan kuning.

IKLAN

Selain daripada itu, sebarang gubahan bendera secara fizikal tidak kira dalam pelbagai gaya, gambar serta bentuk (di letakkan bertindih) meskipun tujuan mempromosikan sambutan Bulan Kebangsaan dan penggunaan Jalur Gemilang tidak di benarkan. Jalur Gemilang seharusnya di letakkan keutamaan sebagai unsur yang asli tanpa perlu di campurkan dengan unsur serta motif lain.

Tiada pemantuan terhadap isu ini

Sumber gambar dari Canva

Menurut Prof. Datuk Teo Kok Seong lagi, keterujaan rakyat yang kian menjulang sehinggakan sanggup ‘berhabis’ demi menyediakan pakaian dan lain-lain mengikut kreativiti sangat di fahami. Namun katanya masyarakat perlu di dedahkan kepada peraturan penggunaan bendera yang sewajarnya.

Malang sekali, beliau berkata tiada mana-mana pihak, sama ada kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan nasionalisme dan patriotisme, bertindak untuk menegur penggunaan bendera yang tidak wajar itu.

Artikel berkaitan: Seni Warisan Batik Tarik Perhatian Hijabi, Koleksi Baharu Naelofar Memupuk Semangat Anak Malaysia

IKLAN

“Saya pasti ada penguat kuasa yang melihat isu ketidakwajaran penggunaan bendera seperti menjadikannya tudung, baju dan sebagainya yang tidak mengikut etika, akan tetapi mereka seolah-olah menutup sebelah mata dengan situasi tersebut.

“Justeru, saya mencadangkan pihak berwajib untuk lebih menguar-uarkan etika atau buku penggunaan bendera kepada rakyat dengan lebih meluas, terutamanya di sekolah, kerana ada antaranya tidak memasang Jalur Gemilang mengikut panduan ditetapkan,” katanya.

Menurut beliau, pendedahan mengenai garis panduan penggunaan bendera boleh di lakukan menerusi pelbagai cara, termasuk media sosial, televisyen atau semasa slot berita utama setiap saluran atau surat khabar kerana liputannya yang meluas. Dengan ini, rakyat akan lebih peka akan garis panduan dan tidak alpa mengenainya.

Sejak sekian lama tidak menyambut kemerdekaan di sebabkan Covid-19, kini pada 31 Ogos 2022 bakal berlangsung hari pelancaran kemerdekaan buat julung kalinya di dataran Merdeka. Tema dan logo sambutan Hari Kebangsaan tahun 2022 bagi ke-65 adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama di pilih sebagai tanda penghargaan keprihatinan, kesungguhan, dan ketabahan wara Malaysia dalam mengharungi cabaran dan dugaan pandemik covid-19.

Sumber: Bernama

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI