Jika anda merupakan individu yang sedang mencari solusi untuk menurunkan berat badan dengan efektif, penulisan artikel ini ialah jawapannya! Senaman kardio (kardiovaskular) merupakan sebuah senaman yang memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan. Bukan sahaja dapat menurunkan berat badan serta membakar kalori dengan cepat, malah ia juga memberi kesihatan yang baik kepada jantung, oksigen (pengaliran pernafasan) serta aliran darah.

Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: Cottonbro

Jenis Senaman Kardio

Senaman kardio atau ‘cardio workout’ merupakan senaman yang dilakukan berulang kali bagi tempoh masa yang tertentu dengan intensiti yang tertentu. Sebenarnya, senaman kardio bukan sahaja sekadar jogging, berlari dan berbasikal malah lebih dari itu! 

Antara senaman kardio lain yang boleh anda cuba adalah:

  1. Menari
Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: Cottonbro

Sama juga seperti Zumba, menari juga memberi banyak kebaikan kepada tubuh badan. Ia juga mampu untuk membakar kalori dengan mudah di bahagian paha, pinggang dan juga kaki. Bukan hanya boleh dilakukan di rumah, malah ia juga boleh dilakukan di luar dan pastinya menyeronokkan!

2. Berenang

Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: NIKE

Bagi anda yang mempunyai kolam renang di kediaman anda, gunakannya dengan bijak! Berenang merupakan antara senaman kardio impak rendah yang turut membantu untuk menurunkan berat badan. Sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti air, berenang boleh dilakukan 3 kali seminggu atau lebih, mengikut kemampuan anda.

3. Mendaki

Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: RF Studio

Hari ini, aktiviti mendaki sudah menjadi trend terutamanya bagi golongan muda yang menjadikannya sebagai salah satu aktiviti kesihatan. Sebenarnya, aktiviti mendaki bukan sahaja dapat memberi ruang kepada kita untuk melepaskan tekanan dengan melihat pemandangan hijau yang menenangkan, malah mendaki juga meruoakan senaman kardio yang membuatkan otot-otot besar bergerak. Meningkatkan ketahanan kaki dan stamina tubuh badan, ia sesuai dilakukan untuk anda yang ingin menurunkan berat badan!

Ads

4. Tinju

Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: RON

Bukan hanya dapat melepaskan geram malah senaman tinju juga merupakan senaman efektif untuk memakar kalori dan meningkatkan kadar denyutan jantung. 30 minit bertinju mampu untuk membakar 400 kalori dalam tubuh badan anda.

5. Melompat Tali

Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: Running magazine

Senaman melompat tali atau berskip (skipping) juga antara senaman kardio yang dapat membakar kalori dengan cepat dan membantu untuk menurunkan berat badan dengan efektif.

Kebaikan Senaman Kardio

Untuk pengetahuan anda juga, terdapat pelbagai manfaat senaman kardio ini tubuh badan kita. 

Ads
Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!
Sumber gambar: Julia

Antara manfaat senaman kardio adalah:

1.       Meningkatkan Kesihatan Jantung

Kesihatan jantung amat penting dan perlu dijaga dengan baik. Oleh kerana itu, bagi memastikan jantung sentiasa sihat dan dapat menjalankan fungsinya untuk mengepam darah dengan baik, maka melakukan senaman kardio secara konsisten dapat menjadikan jantung sentiasa sihat. Bukan itu sahaja malah, senaman kardio juga dipercayai dapat mengurangkan masalah diabetes!

2.       Meningkatkan Metabolisma

Seperti pilihan senaman kardio di atas, sudah jelas menunjukkan bahawa senaman kardio membantu dalam meningkatkan metabolism badan. Apabila metabolisma badan meningkat, kadar pembakaran kalori juga meningkat. Lebih mudah untuk mendapatkan berat badan yang ideal dengan bersenam secara rutin.

Ads

3.       Meransang Hormon dan Mercerdaskan Otak

Senaman kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan perasaan ‘gembira dan tenang’. Secara tak langsung latihan kardio ini dapat mengurangkan stres dan tekanan pada minda. Selain daripada itu juga ia menjadikan kita lebih ceria sekaligus mencerdaskan otak.

4.       Mempercepat proses ‘recovery’

Latihan kardio dapat mepercepatkan kadar ‘recovery’ badan kita. Senaman kardio dapat melancarkan pengepaman darah yang membawa oksigen ke otot yang dapat membantu pembentukan otot-otot baru sekaligus mepercepat proses pembaikan.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Bukan Sekadar Berlari Atau Berbasikal, Ini 5 Pilihan Menarik Senaman Kardio Yang Wajib Anda Cuba!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI