Jika anda peminat tegar artis dari negara United Kingdom ini, artikel ini khas untuk anda! Pelantun lagu Easy On Me, Adele, 33, bakal mengeluarkan muzik video untuk lagu keduanya dalam album 30 iaitu, Oh My God. Muzik video Lagu yang berentak pop itu bakal menemui peminat pada 12 Januari 2022 nanti.

Apa yang menjadi perbualan ramai ialah apabila Adele tampak lebih langsing dalam muzik video ini! Jadi apakah rahsia disebaliknya? Ayuh kita rungkaikan..

Adele tampak lebih langsing, inilah rahsianya!

Ramai yang terkejut dengan penampilan Adele selepas beberapa tahun menyepi dalam dunia hiburan! Lebih kurus dan menawan! Berjaya menurunkan sebanyak 100 paun selama 2 tahun, akhirnya penyanyi ini berkongsi rahsia saat ditemu-ramah oleh majalah Vogue dan juga Oprah Winfrey.

Menurutnya, sepanjang waktu Covid-19 melanda, dia banyak menghabiskan masa bersenam selama 3 kali sehari. Kebiasannya, dia akan melakukan ‘weight lifting’ pada waktu pagi dan akan melakukan aktiviti mendaki pada waktu tengah hari. Untuk melengkapkan rutin senamannya, Adele akan melakukan senaman kardio di waktu malam. Tambahnya lagi, jurulatih Greg Miele dari Heart & Hustle Gym membantunya sepanjang proses menurunkan berat badannya.

Dalam temubualnya bersama pengacara popular, Oprah Winfrey, dia juga turut berkongsikan tentang senaman ‘deadlifting’ yang bermula dengan 10 pound sehinggalah dia mampu melakukan sebanyak 170 pound! Hebatnya! Adele juga turut mengatakan bahawa dia tidak berdiet kerana labih banyak dia melakukan senaman, lebih banyak pengambilan makanan yang akan diambil untuk memastikan keseimbangan dalam proses penurunan berat badannya!

Adele lebih yakin dan positif terhadap tubuh badannya

Antara sebab penyanyi ini tidak berkongsikan tentang proses menurunkan berat badannya adalah kerana ia bersifat peribadi. Menurutnya, dia melakukan proses ini kerana kesedaran itu hadir dalam dirinya. Oleh itu, baginya dia tidak perlu berkongsikan tentang perjalanan penurunan berat badannya ini.

IKLAN

Namun, oleh kerana ramai yang ingin tahu tentangnya, dia merelakan hati untuk berkongsikan tentangnya kerana dia sendiri sudah berasa yakin dan positif terhadap dirinya.

Muzik video ‘Oh My God’ bakal menemui peminat!

Video ‘teaser’ yang berdurasi 15 saat itu yang dimuat naik menerusi laman Instagramnya menjadi perhatian ramai terutamanya peminat Adele sendiri. Mudah seperti memetik jari, video itu mendapat lebih 2 juta tontonan dalam masa tidak kurang satu jam! Berkonsepkan hitam putih dan penuh elemen misteri, Adele kelihatan anggun dan ‘mewah’ berdiri tegak di dalam video pendek itu. Pastinya ramai yang tidak sabar dengan kejutan yang bakal dilakukan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You.

Pastinya ia bikin ramai menjadi teruja dengan buah tangan terbaru dari penyanyi itu. Ramai yang memberi komen tentang kegembiraan mereka apabila Adele memulakan diari tahun baru 2022 ini dengan sebuah muzik video yang sungguh berbeza!

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele)

Rehat & mulakan semula! Rasa teruja untuk memulakan tahun 2022 ini, banyak perkara yang bakal tiba, saya sungguh teruja untuk anda saksikan!

Oh My God merupakan ‘single’ keduanya dalam album terbaru, 30 dan merupakan salah satu karyanya yang berjaya mengungguli tempat pertama dalam setiap carta di Amerika Syarikat juga di beberapa negara luar selepas ‘single’ pertamanya Easy On Me.

Adele melancarkan album 30 pada November lepas selepas 5 tahun menyepi dari industri muzik. Seperti yang sudah dijangkakan, ‘comeback album’nya ini mendominasi banyak carta di seluruh dunia menjadikan ia sebagai sebuah album paling tinggi purata jualan di United Kingdom pada tahun 2021. Tidak sampai enam minggu, album 30 sudah mampu terjual sebanyak 60,000 salinan di United Kingdom.

IKLAN

Album yang diinspirasikan daripada kisah hubungannya bersama bekas suami, Simon Konecki sarat dengan lirik yang cukup bermakna serta mempunyai mesej terindah untuk anaknya, Angelo. Selain lagu Oh My God, beberapa lagu lain dalam album ini turut menjadi pujaan ramai seperti Hold On, Love Is A Game dan I Drink Wine.

Sumber gambar: Instagram Adele

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI