Siapa sangka tujuan utama datang ke Malaysia adalah untuk menimba ilmu. Tetapi diberikan hidayah oleh Allah apabila akhirnya memilih agama Islam sebagai agama rasmi di bumi Terengganu. Bagi penuntut dari Itali, Giovanna Wolswijk, 24 tahun terbuka hati untuk memilih Islam sebagai agama barunya.
Dia yang ditemui selepas majlis Syahadah di Masjid UMT, Kuala Nerus baru-baru ini. Giovanna berkata mula tertarik dengan Islam sejak Februari lalu sebelum mengkaji agama Islam dengan lebih mendalam melalui rakan dan ahli agama.
“Hati saya tersentuh setiap kali mendengar alunan al-Quran daripada pembesar suara masjid UMT (Universiti Malaysia Terengganu), sekali gus membuka hati saya mendalami Islam.
“Saya mula menyesuaikan diri dengan memberi salam kepada rakan selain belajar mengucap dua kalimah syahadah.
“Proses pengislaman saya berjalan lancar melalui Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM) dan banyak bimbingan diberikan PISM sejak saya mengutarakan keinginan untuk memeluk Islam.
Ads
“Perasaan saya sangat tenang sebaik mengucap dua kali syahadah dan teruja bergelar saudara baru,” katanya sebelum ini yang merupakan penganut asal atheist.
Giovanna kini berada di UMT kerana mengikuti pengajian sarjana di Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS).
Ads
Pada majlis yang dilangsungkan pada 18 Jun lalu, kelihatan Giovanni tampil cantik dan santun mengenakan hijab bercorak bunga rona biru dengan ditemani rakan-rakannya.
Pengislamannya turut mendapat komen positif dari netizen melalui perkongsian di laman sosial Facebook di page Media Kreatif UMT
Pernah tak sis beli minyak wangi yang baunya sangat wangi apabila di kedai. Namun, bila sudah pulang dari kedai, sis cuba untuk sembur lagi di rumah, sekali baunya tidak sama!
Ada juga situasi di mana ada orang yang beli minyak wangi yang banyak tapi hanya separuh sahaja yang serasi dengan sis. Habis sahaja duit beli deretan minyak wangi tapi tak pakai kerana hal sebegini.
Sis kena faham maksud serasi dengan kita ini bukanlah hanya berpandukan dengan bau malah ia berkaitan dengan aura serta personaliti. Ada orang yang mempunyai watak yang riang namun bau minyak wanginya tidak menunjukkan perwatakkan serta aura yang serasi.
Jadi bagaimana kita nak ketahui apa jenis yang sesuai dengan kita? Usah khuatir sebab kami dari Hijabista pasti akan rungkaikan dengan anda mengenai masalah ini, kita tidak mahu sis habis duit dengan begitu sahaja bukan? Ikuti tip ini supaya anda tidak membazir.
Secara asasnya kita tahu mengenai perwatakan kita, ada yang riang, pendiam, dan sebagainya. keserasian minyak wangi akan membuatkan kita berasa lebih yakin kerana ia boleh menampilkan watak kita dengan lebih senang.
Sebagai contoh, wanita yang berperwatakkan lemah-lembut atau soft spoken akan lebih cenderung untuk memilih minyak wangi yang berbau manis kerana ianya tidak terlalu drastik dan agresif, lembut dan tenang sahaja. Manakala, bagi lelaki yang aktif dengan sukan dan lakukan aktiviti lasak, mereka akan suka untuk menjaga imej sebagai seorang yang maskulin. Mereka akan lebih cenderung memilih minyak wangi yang berbau citrus dan segar, jadi boleh memberikan mereka kelihatan lebih segar sepanjang hari.
Adakalanya, seseorang individu lebih gemar untuk memilih bau yang terlalu agresif dan ‘menyengat’ hidung. Ia boleh membuatkan orang lebih senang untuk mengecam anda. Walaupun begitu, sis mungkin tidak suka untuk di ingat dengan begitu senang. Jadi anda boleh cuba pilih minyak wangi yang kurang agresif dan mungkin kena pada masanya.
Pemilihan di kedai juga perlu sis dengan kadar yang sederhana. Ada orang yang suka untuk membuat pilihan dan cuba terlalu banyak minyak wangi dengan sangat banyak pada masa yang sama. Jika anda lakukan begitu ia akan buat anda pening dan susah untuk pilih minyak wangi yang betul-betul kena dengan anda. Cuba satu persatu dan jangan terlalu gelojoh.
Apabila anda sembur minyak wangi untuk mencuba, pastikan anda ada jarak masa untuk bau minyak wangi tersebut. Biarkan sekitar 1 hingga 2 minit supaya minyak wangi tersebut sebati dengan bau di persekitaran dan bau badan.
Bau yang terhasil selepas semburan adalah hasil dari tindakbalas antara pati minyak wangi dengan pH permukaan kulit kita. Jadi ia sangat penting untuk anda pastikan masa yang di ambil untuk ia sebati kerana ia menajdi penentuan yang sangat penting bagi pemilihan minyak wangi yang betul.
Apabila sudah lama pakai minyak wangi tersebut, sis pasti mengalami masalah yang di mana sis tidak lagi bau minyak wangi sepertimana sis mencuba di awal-awal dahulu. Jadi apakah punca daripada masalah ini?
Hakikat yang sis kena tahu adalah setelah memakai minyak wangi bagi tempoh yang agak lama, dan ianya berulang kali juga kerap di gunakan, otak sudah mula berhenti menghantar deria bau wangi tersebut ke hidung kita. Jadi jangan anggap bahawa orang lain di sekeliling tidak bau minyak wangi yang kita pakai.
Ikut kata hati untuk memilih bau boleh sis, cumanya kena tengok dahulu keadaan kerana kita tidak tahu macam mana ia melekat di badan kita. Mungkin pada dasarnya ia agak rumit tetapi kita hanya boleh buat untuk kebaikan menjaga imej kita.
Sepertimana yang kita semua maklum, apabila datangnya haid semua ibadah yang wajib kita lakukan tidak dapat dilaksanakan. Begitu juga semasa bulan Ramadan nanti.
Tetapi tidak bermakna kita tidak boleh mengumpul pahala semasa bulan Ramadan. Jangan jadikan haid sebagai alasan untuk mengabaikan melakukan kebaikan untuk mengumpul pahala.
Terdapat beberapa amalan yang boleh anda lakukan walaupun anda haid. Walaupun Ramadan belum muncul, tetapi sekurang-kurangnya anda buat persediaan awal.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut.” Riwayat At-Tirmizi
Jadi, anda hanya perlu menyediakan makanan berbuka untuk keluarga anda dan pahala puasa menjadi milik anda!
Amalan ini seharusnya menjadi amalan rutin hijabi yang haid tidak kira masa. Cuma In Shaa Allah pada bulan Ramadan ini, pahalanya akan dilipat gandakan.
Bulan Ramadan sangat dituntut untuk dilakukan qiamullail namun hijabi yang haid pasti tidak boleh melakukan solat-solat sunat. Jadi, hidupkanlah malam anda dengan bermunajat, bertafakur, berzikir, bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Jelas bagi wanita yang haid tidak boleh menyentuh dan membaca Al-Quran dengan kuat. Gunakan masa haid anda ini dengan membaca dan memahami terjemahan Al-Quran. Cara ini boleh mendekatkan anda dengan Al-Quran dan juga peroleh pahala yang banyak.
Sepanjang Ramadan ini nanti sudah tentu masjid atau surau meriah dengan kuliah atau majlis ilmu. Hadirkan diri anda di majlis-majlis ini agar keberkatannya dapat anda perolehi.
Ibadah ini paling senang dilakukan. Lakukan ini dengan kerap dan konsisten. Pahala dari sedekah akan digandakan sehingga 700 kali ganda di bulan Ramadan ini.
Hubungan antara kita dan manusia lain seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin terutamanya dengan ahli keluarga terdekat kita. Cuba kawal emosi dan tahap moody semasa haid ini dan layan mereka dengan sehabis baik.
Semoga kita yang sedang datang bulan ini tidak sesekali alpa dan lalai dalam merebut pahala semasa Ramadan nanti. Sesungguhnya sangat rugi jika kita tertinggal peluang ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sementara menunggu panggilan tawaran ke Universiti, penyanyi lagenda Malaysia, Nora Ariffin memberikan keizinan dan restu kepada anak perempuannya, Putri Dahlia untuk berkecimpung dan bergiat aktif dalam dunia hiburan.
Memetik Harian Metro, Nora menjelaskan bahawa Putri Dahlia, 18 tahun, bercita-cita menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi subjek Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, masih belum menerima tawaran setakat ini walaupun sudah memohon.
“Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia.
“Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi,” kata Nora.
Justeru, pelantun suara lagu Dipersimpangan Dilema itu menegaskan bahawa dia merestui dan gembira, jika anaknya dapat memanfaatkan bakat yang ada padanya untuk mula berjinak-jinak dalam industri nyanyian.
“Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya.
Pada pengamatan Nora, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, memandangkan anaknya itu banyak mewarisi bakat dirinya dan arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Untuk rekod, kebanyakkan lagu karya Putri Dahlia dihasilkan dalam Bahasa inggeris dan mendapat tumpuan warga net sehingga mempunyai peminatnya yang tersendiri menerusi aplikasi Tik Tok dan Youtube.
Antara lagu yang mendapat tontonan tertinggi adalah ‘Old Love’ duet bersama Yuji yang mencecah 7.7 juta tontonan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.