Untuk menjadi seorang yang sempurna pastinya bukan proses yang mudah. Malah, mungkin juga mustahil. Siapa yang sempurna di muka bumi ini? Namun, trend hari ini seakan memaksa manusia untuk tampil sempurna terutamanya di laman sosial, biarpun terpaksa berkorban demi mencapai ‘beauty standard’ yang diagungkan. 

Berbicara mengenai soal berkorban untuk cantik, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual Dato Seri Vida (DSV) dalam rancangan The Hijabista Show mengenai persoalan yang seringkali timbul di kalangan masyarakat mengenai imejnya yang seringkali menjadi viral dan perbualan ramai. 

Ada yang menyifatkan bahawa itu hanyalah sekadar propaganda pemasaran jenamanya semata-mata demi untuk mengaut keuntungan. Mengulas lanjut mengenai hal itu, The Hijabista Show merungkai setiap persoalan.

“Imej viral dan ekstravaganza itu ialah diri saya..”

Menyentuh perihal imejnya yang acapkali menjadi perbualan dan mendapat kecaman dari netizen, DSV menyatakan bahawa itulah imejnya yang sebenar. Namun dalam masa yang sama, ia merupakan salah satu cara untuk dirinya dikenali ramai dan sentiasa menjadi tumpuan lensa kamera, dalam kata lain, untuk penjenamaan dirinya.

“Sebenarnya, imej saya hari ini sedikit ringkas berbanding dahulu. Jika dahulu, saya memakai barangan kemas seperti pokok krismas! Begitu sarat dan keterlaluan.

Namun hari ini, saya lebih suka untuk tampil ringkas tetapi masih tidak melenyapkan ‘trademark’ DSV itu sendiri. Bagi saya fokus amat penting dalam membuat sesuatu perkara. Jadi, imej saya ini biarpun sedikit berkurangan, tetapi masih mahu menjadi perhatian ramai,” ulasnya lanjut.

IKLAN

Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri

“Saya ketepikan rasa malu untuk dikenali ramai..”

Tambahnya lagi, imej viral yang dihasilkannya itu juga merupakan salah satu cara untuk perniagaannya terus maju dan dikenali ramai. Tidak meletakkan rasa malu sebagai batu penghalang, DSV tetap fokus menjadi dirinya yang sebenar.

“Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat. Seperti saya, biarlah kecaman itu melewati hari-hari saya, asalkan saya menjadi diri saya sendiri.

Baca juga: Telekung 20 Meter Simbolik DSV Reda Walau Selalu Dipermainkan, Ku Ikhlaskan Bikin Hati Netizen Sayu!

IKLAN

Tidak mudah sebenarnya untuk membina imej diri saya hari ini. Pelbagai proses harus saya lalui tetapi itulah matlamat dan fokus yang saya letakkan dalam karier saya sebagai ahli perniagaan mahupun sebagai seorang penyanyi. Setiap kali saya ingin tampil dengan pembaharuan dan kelainan, saya pinta kepada-Nya untuk diberikan sebuah idea baru.

Jujur saya katakan, siapa yang menjadikan saya sebagai idola mereka, anda harus kental dan kuat menghadapi segala kecaman dan kejian dari masyarakat

Saya harus menjadi lebih kreatif untuk memastikan diri sentiasa kekal relevan hingga ke hari ini. Antara contoh yang paling dekat dan mudah untuk diberikan, seperti muzik video Ku Ikhlaskan, yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini. Biarpun ada yang memberi kecaman, namun ada yang menyifatkan ia sebagai sebuah karya yang unik dan berbeza, kerana itulah diri saya,” kongsinya lagi.

Ternyata, nama Dato Seri Vida ialah satu dalam sejuta. Tidak ramai yang mampu memiliki hati secekalnya. Bijak dalam mengatur strategi penjenamaannya, sehingga hari ini jenama DSV sentiasa meniti di bibir masyarakat. 

IKLAN

Malah, sehingga saat ini, muzik video Ku Ikhlaskan juga berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 3.2 juta di Youtube. Jadi, adakah anda sudah bersedia untuk berkorban demi cantik?

Jawapan itu ada pada diri anda sendiri!

Sumber gambar: Instagram Dato Seri Vida

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI