Bekas penyanyi dangdut popular, Iwan Syahman meluahkan rasa syukur apabila dua puterinya yang tersayang iaitu pelakon Oktovia Manrose dan Aprena Manrose kini sudah tampil dengan imej berhijab sepenuhnya.
Jelas Iwan, dia sering menasihati kedua-dua anak perempuannya itu namun tidak pernah memaksa mereka dalam soal mengenakan tudung.
Saya selalu jumpa anak-anak saya tarbiah. Saya kata ini rezeki kamu, kamu kena fikir bahawa rezeki ini berterusan kamu kena berubah. Bila dua orang anak saya Aprena dan Oktovia beritahu, papa saya dah tutup aurat. Alhamdulillah, bagus.
Tambah Iwan, dia hanya menasihati mereka namun yang mengubah dan menggerakkan hati mereka untuk berhijrah hanyalah kuasa Allah S.W.T.
Iwan juga berkata dia tidak pernah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anak-anaknya meskipun sudah mempunyai keluarga sendiri.
Ujarnya, dia akan terus mendoakan agar anak-anaknya itu terus kekal istiqamah dalam penghijrahan mereka.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Setiap manusia itu tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Namun apabila sedar apa yang dilakukan hanya merugikan, pasti dibukakan hati oleh Allah untuk berubah. Begitu juga dengan bekas isteri Along (Cham) Zila Seeron yang telah mengejutkan ramai pihak apabila awal tahun ini telah membuka tudung dan tidak lagi berhijab. Namun akhirnya Zila sedar apa yang dilakukan itu salah dan dia kemudiannya kembali berhijab. Ini dapat dilihat dalam post terbaru di laman sosial dan ramai berharap Zila tak akan ‘no turning back’ .
Alhamdulillah, Zila sekali lagi mendapat hidayah dari Allah. Malah Zila sebenarnya lebih cantik berhijab dan nampak manis sekali. Zila juga dalam setiap kapsyen entrinya seperti menunjukkan dia juga telah terkesan dengan perbuatannya sebelum ini.
Dapatkan majalah dan buku yang dijual pafa harga serendah RM1 di JUALAN GUDANG AKHIR TAHUN. Berlangsung selama 10 hari bermula 27 OKTOBER – 5 NOVEMBER 2017. Dari jam 9 pagi hingga 7 malam di KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF.
Perubahan imej Zila ini juga mendapat reaksi positif dari netizen. Yang rata-rata pengikut Zila di laman Ig mendoakan Zila agar terus kekal berhijab dan maintain dengan imej demikian. Memang tidak dinafikan, bekas peserta akademi fantasia 4 ini tampak cantik sekali mengenakan hijab semula.
@dasimasudin Alhamdulillah.ya Allah cantiknya zila bertudung. Jgn tanggalkan lagi ya. Manis dan ayu berlawanan dgn tak pakai tudung
Sebelum ini, Zila telah berkahwin dengan dikurniakan seorang cahayamata lelaki, Ahmad Danial yang berusia 5 tahun. Walaupun dirinya pernah dilanda kontroversi, tetapi Zila juga sedar setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Followernya juga turut memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada Zila untuk terus meneruskan kehidupan dan supaya belajar dari kesilapan.
@monajahid36 Ctik zila….itulh kehidupan…(belajar dri kesilapan…mematangkn diri…smga allah memudahkn segala urusan #zilaseeron
@rosnisa.boneka Moga kali ni lebih istiqamah ye.. insyaallah..
@miss_rossa88 Teruskan istiqamah.. cari la kwn2 yg dpt membantu kita utk terus istiqamah
@nurshafaati Zila, akk doakan zila berjaya dan akn terus berjalan menuju Allah Yg Satu. InshaAllah. Zila bdk baik. Sbb akk knl zila seadanya.. Miss u so much, dik
Sekitar tahun 90-an, pelakon ini cukup popular dengan bakat lakonan yang semula jadi dan mantap. Namun setelah mendirikan rumah tangga Sharifah Norazleenda seakan menyepi dari dunia seni. Malah beliau banyak tumpukan perhatian pada keluarga. Ternyata banyak perubahan berlaku padanya dan salah satu adalah penampilan beliau yang dilihat sudah berhijab. Selain muat turun foto dirinya berhijab, beliau yang selesa dipanggil Lyn juga turut menyebarkan dakwah kecilnya melalui medium sosial, Instagram. Dan salah satu perkongsiannya adalah mengenai penghijrahan dilakukan.
Dalam posting terbaru itu Lyn muat turun sekeping gambar beserta kapsyen luahan isi hatinya yang baru menyedari segala ujian ditempuhi selama ini adalah kerana Allah menyayangi dirinya.
Tambahnya lagi, beliau memilih untuk mendiamkan diri selama ini adalah untuk mencari dirinya sebagai hamba Allah, mendalami apa itu taqwa dan belajar apa erti kasih sayang sebenar walaupun tiada ikatan perkahwinan.
Sebelum itu dalam satu tembual bersama majalah NONA, Lyn yang terkenal dengan jolokan nama ‘Julia Robert Malaysia’ hanya kerana wajah seiras pelakon antarabangsa itu mengakui penghijrahannya bermula dari dalam jiwa.
“Ia bermula dari dalam jiwa. Saya mula kurang bersosial serta mula memikirka tentang kehidupan. Selain itu saya juga banyak menghadiri majlis-majlis agama. Kebetulan anak pula cenderung kea rah agama. Mungkin itu satu petunjuk buat diri saya untuk berubah menjadi wanita yang lebih baik.
“Selain menghadiri majlis agama, saya turut membuat inisiatif sendiri pergi ke Indonesia untuk menggali ilmu agama dengan lebih mendalam. Saya tinggalkan seketika anak-anak yang masih kecil ketika itu demi mengejar ilmu akhirat.
“Sejujurnya ilmu agama saya masih cetek. Maka sebab itulah saya mengambil tindakan sedemikian. Jiwa sentiasa tidak tenteram selagi tidak ‘mencarinya’. Di sana saya banyak bertemu dan bergaul dengan mereka yang pandai ilmu agama.
“Alhamdulillah hasil usaha tersebut saya menjadi siapa diri saya sekarang. Pun begitu saya masih Lyn Alkhaired yang dahulu, masih rapat dengan rakan-rakan lama dan baru. Cuma mungkin ada batas-batasnya mana yang boleh dan tidak. Saya rasa bersyukur dan bertuah kerana Allah SWT telah membuka pintu hati saya lebih awal untuk berubah ke arah kebaikan.
“Ketenangan jiwa adalah nikmat paling mahal buat saya. Kini saya lebih banyak fikirkan tentang kehidupan, diri sendiri serta keluarga. Anak-anak juga sering mendoakan saya agar terus menjadi ibu yang terbaik buat mereka. Semua ini petunjuk daripada Allah SWT untuk saya berhijrah.
“Bertahun-tahun saya rasa lost dan tercari-cari. Jiwa saya bergolak dan akhirnya apabila bertudung jiwa saya merasa sangat tenang.
“Dan itulah sebenarnya apa yang saya tercari-cari selama ini. Biarpun perubahan ini tidak terlalu drastik dan semoga saya terus istiqomah,” ujarnya yang menambah setiap kesilapan dilakukan itu adalah ‘guru’nya.
Ibu kepada lima orang anak ini juga turut menjadikan Ustazah Sharifah Khasif sebagai sumber inspirasi.
Penghijrahan selebriti ke arah kebaikan memang sentiasa mendapat sokongan padu daripada peminat dan juga orang ramai. Seperti Syaheera Rahman iaitu isteri kepada pelawak terkenal iaitu Fad Bocey yang telah bertudung pada awal tahun ini.
Bermula episod baru ,tak la niat tulis utk tunjuk baik tapi sekadar nak berkongsi. sebenarnya niat dah lama .dan dah lama sy kumpul tudung .tapi biasala iman kita turun naik ,kadang tengok org cantiknya bertudung .tapi bila pakai rasa mcm tk yakin. mashaAllah bukan mudah istiqamah tu .tapi satu masa tu hampir setiap hari ,sy selalu dlm keadaan resah .klu kemana mana mesti otak pikir klu eksiden mati mcm mna .sampaikan setiap hari mimpi kiamat .mimpi family satu satu tinggalkan sy .sy selalu crita dgn fad sy mimpi buruk tapi without no reaction from him sy jdi trtanya tanya kenapa rsa ni buatkan sy resah tk brhenti pkir .sampai la satu hari tu sy dpt satu mimpi yg mmg sy tkot utk terima .sy mimpi sy mati tinggalkan anak2 .bila bangun rasa sedih rasa sayu .sebab kita yg setiap pagi mandikan anak2 ,siapkn anak2 pegi school ,hantar school ,balik masak utk anak suami dan pastikan semuanya kenyang dan tk lapar .tapi klu sy tkda nt sapa yg akan buatkan semua tu(jgn berani nak kahwin lain) .anak2 sapa yg akan uruskan .takut sgt walhal jalan yg Allah tulis kita kena redha terima semuanya .lama sy cri apa sebenarnya yg Allah nk tunjukkan .pernah dkt satu tmpt tu sy msuk dlm keadaan aurat tk sempurna utk solat ,dan banyak mata yg pandang pelik .tapi abaikan sbb Allah tau niat kita .lepas solat sy akan baca alquran yg ada terjemahan supaya sy dpt cri apa yg kurang dlm diri .sy selalu refer kwn2 .salah sorangnya @syashamsul .dia slalu ckp slow slow .
Bukannya nk ckp pakai tudung ni kita dh jdi ckup baik ckup sempurna tapi bila kita bertudung moga kita kearah yg lebih baik .takda satu pun manusia sempurna tapi kita cuba la utk cari kesempurnaan tu .takda paksaan dri suami tpi kenapa kita sbg isteri tk boleh korbankan benda tu .satu ceramah yg sy dgr dri youtube ,tidak akan cium bau syurga bagi seorang wanita yg tidak menutup auratnya .sy masih belajar dan belum sempurna menutup aurat. moga ada yg dpt bimbing sy .ramai sgt yg dm yg whatsapp ,semuanya bgi semangat.tktau nak ckp rasa tu mcm ramainya yg syg kita sebenarnya .19 jan hari first sy bertudung sepenuhnya .satu rasa yg tktau nk gmbrkan tapi hati tu rasa lapang .rasa luas. rasa lega .doakan sy terus istiqamah ❤️
Benarlah hidayah Tuhan itu memang sangat mahal harganya. Kita sebagai hamba perlulah berusaha mendapatkan dan beruntunglah sesiapa yang berjaya memilikinya. Moga Syaheera terus istiqomah dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah buat mereka sekeluarga.